Hadiah cabutan bertuah

35 Idea Hadiah Cabutan Bertuah

Apabila ada sesuatu acara diadakan, pasti ada hadiah cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi majlis. Ia bukan saja menceriakan suasana, tapi juga menghiburkan peserta yang hadir. Yelah, siapa tak suka dapat hadiah kan?

Sama ada anda mencari hadiah cabutan bertuah bajet atau premium, di sini saya senaraikan hadiah cabutan bertuah untuk anda pilih.

Cabutan bertuah bukan saja boleh dibuat untuk majlis rasmi tapi juga boleh dibuat ketika hari keluarga ataupun sambutan birthday.

Senarai Hadiah Cabutan Bertuah

Berikut adalah cadangan hadiah cabutan bertuah.

1. Bekas makanan

Bagi yang mencari hadiah cabutan bertuah bajet, ini adalah salah satu berang yang boleh diberikan. Malah, anda boleh sediakan hadiah yang banyak dengan memberikan bekas makanan.

Sesuai untuk cabutan bertuah saguhati.

2. Ketuhar gelombang mikro

Sesuai diberikan sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pelbagai jenis microwave terbaik boleh anda pilih bergantung kepada bajet.

Pasti si penerima gembira mendapat sebuah microwave. Akan diingati selamanya acara yang anda adakan itu.

3. Peti sejuk mini

Antara cabutan bertuah menarik yang pastinya buatkan si penerima teruja. Bukan saja seronok menang cabutan bertuah, tapi barang yang dapat sangat berguna.

Pelbagai peti sejuk mini boleh anda pilih ikut kesesuaian bajet.

4. Tablet

Ini pun boleh diberikan sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Kalau bajet besar boleh berikan Ipad. Jika tidak, ada banyak lagi pilihan tablet di pasaran dengan spesifikasi terbaik dan harga yang berpatutan.

5. Earbuds

Bagi cabutan bertuah peringkat korporat atau company, sesuai untuk berikan earbuds. Boleh digunakan ketika bekerja seperti untuk zoom meeting agar pendengaran lebih jelas.

Lagipun, nak pakai untuk mendengar lagu atau bermain game pun boleh. Bunyi lebih mantap dan jelas.

Ada banyak jenama earbuds di pasaran. Ini antara earbuds terbaik.

6. Skincare

Sekiranya acara diadakan ramai wanita, sudah pasti skincare antara barang idaman mereka. Berikan set skincare, ataupun pencuci muka terbaik untuk wanita.

7. Jam tangan

Hadiah cabutan bertuah seterusnya adalah jam tangan. Ada jam tangan wanita dan jam tangan lelaki. Pilih yang bersesuaian dengan peserta untuk acara anda.

Selain itu, boleh juga berikan smartwatch. Bukan saja berguna untuk tengok masa, tapi juga baik untuk memantau kesihatan.

8. Mainan

Jika anda mencari hadiah untuk kanak-kanak, boleh berikan mainan atau set alat tulis. Boleh beri mainan untuk kanak-kanak perempuan dan juga kanak-kanak lelaki.

9. Beg

Anda boleh berikan beg tangan untuk perempuan dan beg sandang untuk lelaki. Tentunya para penerima rasa teruja dapat handbag baru.

10. Tudung

Ini satu lagi hadiah untuk perempuan. Boleh dikira hadiah cabutan bertuah bajet.

Ada banyak pilihan tudung di pasaran seperti tudung Fazura dan tudung Naelofar. Pilih saja yang sesuai dengan bajet.

11. Cadar

hadiah cabutan bertuah

Set cadar juga antara hadiah yang menarik. Boleh digunakan untuk menukar cadar lama di rumah.

Anda boleh buat pilih nak beri cadar single, queen ataupun king.

12. Smartphone

hadiah cabutan bertuah

Telefon pintar satu lagi hadiah utama. Dengan zaman teknologi sekarang, siapa saja yang tak suka bila dapat telefon bimbit kan..

Hadiah yang pastinya berguna buat penerima. Jika dia tak mahu pakai sendiri, boleh beri kepada orang tersayang.

13. Pressure cooker

Periuk tekanan tinggi kini semakin popular di kalangan wanita. Bukan saja memudahkan mereka memasak, tapi juga kerja memasak mereka jadi lebih pantas.

Penerima hadiah cabutan bertuah tentunya sangat menghargai pemberian ini.

14. Air fryer

Periuk yang sangat berguna untuk menggoreng ataupun mereka yang sedang berdiet. Masakan yang dimasak sangat sihat tanpa penggunaan minyak masak.

Ini antara air fryer terbaik di pasaran.

15. Kuali non-stick

Kuali yang sememangnya wajib ada dalam setiap rumah. Tak melekat dan menyenangkan kerja memasak. Apa yang penting, ia sangat berguna buat si penerima.

16. Tuala mandi

hadiah cabutan bertuah

Seterusnya, anda boleh berikan tuala mandi Jean Perry. Tuala dari cotton ini bukan saja lembut, malah menyerap air. Kain yang berkualiti tinggi dan tak berbulu.

17. Buffet di Restoran Atmosphere 360, KL Tower

atmosphere 360

Hadiah ini pastinya mencipta momen indah buat si penerima. Sambil menikmati makan malam di restoran berputar KL Tower, mereka dapat melihat pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

Anda boleh berikan voucher makan malam, makan tengahari ataupun minum petang.

18. Tiket ke Taman Tema Air

Sesuai untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah family day. Antara taman tema air di Malaysia seperti Sunway Lagoon, Legoland, Lost World of Tambun, Escape Theme Park Penang, Adventure Waterpark Desaru, Bukit Merah Laketown Resort.

Pilihan tempat boleh dibuat berdasarkan bajet dan juga tempat yang berdekatan dengan kawasan anda. Ini bagi memudahkan penerima pergi ke sana.

19. Laptop Lenovo IdeaPad Flex 5i

Hadiah utama cabutan bertuah , sebuah laptop jenama Lenovo. Laptop 2 dalam 1 yang boleh dipakai dalam gaya. Bukan saja processor yang laju tapi juga dilengkapi dengan pengecasan pantas.

Sangat sesuai untuk dipakai golongan eksekutif. Bagi acara korporat, hadiah ini sangatlah bernilai tinggi. Anda juga boleh buat pilihan dari jenama laptop terbaik ini.

20. Hamper

hamper

Hadiah yang tidak asing lagi berupa hamper yang terkandung dalamnya pelbagai jenis makanan seperti biskut, air dan keropok. Sama ada balut sendiri ataupun beli hamper siap di pasaraya.

Nak jimat, beli barang secara pukal yang nak dimasukkan dalam hamper dan balut sendiri. Contoh hamper bajet yang terkandung dalamnya sebotol air, sebungkus biskut dan sebungkus gula atau jeli. Boleh dapat tak sampai RM15 untuk satu hamper.

21. Slow juicer

Sangat berguna untuk mereka yang selalu buat jus buah. Mudah untuk buat minuman sihat yang baik untuk tubuh dan diet. Pening nak pilih slow juicer yang bagus di pasaran? Lihat saja senarai slow juicer terbaik ini.

22. Pembakar roti

Peralatan dapur yang berguna bukan saja untuk mereka yang dah berkeluarga tapi juga si bujang. Senang untuk buat roti bakar untuk sarapan pagi atau minum petang. Hadiah ini sesuai untuk diberikan semasa family day ataupun acara syarikat.

23. Mesin basuh

Hadiah utama yang semestinya sangat disukai penerima. Mesin basuh yang memudahkan tugas mencuci baju di rumah. Sesuai untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah untuk anda mempunyai bajet besar. Pasti sangat dihargai penerima hadiah.

24. Buku cerita kanak-kanak

hadiah cabutan bertuah

Untuk menghiburkan peserta cilik, apa kata berikan hadiah cabutan bertuah murah yang sangat berguna untuk anak kecil seperti Komik Sunah Rasulullah ini.

Mengajar kanak-kanak mengenai sunah Nabi Muhammad s.a.w melalui komik yang menyeronokkan.

Sesuai untuk diberikan sebagai hadiah cabutan bertuah family day memandangkan ramai kanak-kanak akan turut serta.

25. Payung

hadiah cabutan bertuah bajet

Bagi yang mencari hadiah cabutan bertuah bajet, apa kata berikan payung unik dengan rekaan menarik ini. Direka mudah untuk dipegang dengan tempat pemegang bentuk C.

26. Kerusi Urut

Buat yang mempunyai bajet besar dan ingin berikan hadiah cabutan bertuah premium, mungkin kerusi urut adalah pilihan terbaik untuk anda. Sangat berguna untuk mengurut sambil merehatkan badan.

Ini antara pilihan kerusi urut terbaik di Malaysia.

27. Dash cam

Untuk mereka yang memiliki kereta, dash cam sudah menjadi alat yang sangat penting untuk merakam perjalanan anda. Bagi penerima hadiah cabutan bertuah ini sudah tentu sangat menghargai dan berguna untuk mereka.

Saya telah senaraikan di sini dash cam terbaik di Malaysia.

28. Periuk nasi elektrik

Setiap rumah wajib ada periuk nasi elektrik. Bukan saja mudah untuk masak, tapi nasi yang dimasak juga tidak hangit seperti masak atas dapur. Penerima cabutan bertuah tentu seronok bila dapat hadiah periuk nasi baru. Boleh tukar periuk lama di rumah.

Ini antara periuk nasi terbaik di Malaysia.

29. Powerbank

Sangat berguna untuk mereka yang sering bekerja di luar. Tempat yang susah nak cari plug, itulah gunanya ada powerbank. Senang nak caj handphone. Tiada lagi masalah bateri kong.

Apa yang penting, anda hadiahkan powerbank terbaik yang mampu tahan lama.

30. Dapur gas

Ini merupakan hadiah yang berguna di dapur. Anda boleh berikan dapur gas yang biasa digunakan di kebanyakan rumah. Ataupun boleh berikan dapur elektrik.

31. Basikal

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Aktiviti yang sihat dan mencergaskan badan ini banyak kebaikannya. Ada pelbagai jenis basikal seperti basikal lipat, basikal elektrik dan juga basikal mountain bike.

Selain itu, basikal senaman yang boleh digunakan dalam rumah juga boleh dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah.

32. Smart tv

Android tv ataupun smart tv semakin popular di Malaysia. Televisyen dengan skrin LED ini mempunyai gambar yang cantik dan juga sambungan internet.

33. Kerusi gaming

Buat mereka yang selalu duduk di meja menghadap komputer tentunya kerusi gaming sangat diperlukan. Terutamanya kerusi yang selesa serta baik untuk tulang belakang.

Ini antara kerusi gaming terbaik di Malaysia.

34. Periuk kukus

Peralatan dapur yang berguna untuk mereka yang suka memasak jenis stim. Senang nak stim ikan, buat pau, dan macam-macam lagi. Anda boleh pilih periuk kukus yang sesuai mengikut bajet.

35. Bekas beras

hadiah cabutan bertuah

Seterusnya, bekas yang mudah untuk letak beras. Beras selamat dari dimasuki ulat. Ini hadiah cabutan bertuah bajet dan berguna untuk penerima.

Akhir Kata

Moga senarai di atas dapat memberi idea kepada anda untuk mencari hadiah cabutan bertuah yang sesuai untuk aktiviti anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.