Dashcam Terbaik

13 Dash Cam Terbaik Malaysia 2024

Dash cam merupakan kamera papan pemuka yang dipasang pada cermin depan untuk merakam segala perkara yang terjadi di hadapan kereta. Ianya sangat penting supaya ia boleh menjadi saksi kepada sebarang keadaan yang melibatkan kemalangan atau hal-hal lain. Untuk itu, adalah penting bagi memilih dash cam terbaik untuk kereta agar setiap kejadian berjaya direkod dengan baik.

Ia juga penting untuk membuat tuntutan insurans kereta jika berlaku kemalangan. Bagi memudahkan anda memilih dash cam terbaik, di bawah ini saya telah senaraikan beberapa pilihan terbaik untuk anda.

Senarai Dash Cam Terbaik

Berikut merupakan pilihan dash cam terbaik di Malaysia iaitu:

1. DDPai Dash Cam Mini 5 4K 2160P HD DVR Car Camera

Dash cam ini mempunyai waranti selama 12 bulan. DDPai Dash Cam ini telah dilancarkan pada tahun 2020. Ia mempunyai pelbagai ciri yang menarik dan merupakan antara dashcam terbaik untuk kereta.

Antara ciri-ciri yang ada pada DDPai Dash Cam adalah dashcam kereta terbaik ini mempunyai sensor SONY IMX415 CMOS 8MP yang bersensitiviti tinggi dengan teknologi pemprosesan imej DDPai.

Dengan adanya dashcam kereta ini, pemanduan anda adalah lebih selamat dan menyakinkan.

2. 70mai M300 Car Recorder Dash Cam

Pilihan dash cam terbaik yang seterusnya pula adalah 70mai M300. 70mai M300 ini mempunyai resolusi video 2304 x 1296 dengan pengurangan bunyi 3D dan kapasiti baterinya pula adalah 240 mAh.

Dashcam terbaik malaysia ini juga turut dilengkapi dengan kamera 3 megapiksel. Selain itu, 70mai M300 ini turut mempunyai pandangan lebar seluas 140 darjah di mana ia mampu menangkap lebih banyak permandangan ketika

pemanduan berlaku.

3. Dash Cam Terbaik Blueskysea Waterproof 2.7inch DV128

Blueskysea Waterproof DV128 Dash Cam 1080P Dual ini juga antara jenama dash cam terbaik Malaysia.

Ia mempunyai kamera IP67 yang kalis air di mana memudahkan anda untuk merekod walaupun dalam keadaan hujan. Selain itu, dash cam terbaik jenama Blueskysea Waterproof 2.

7inch DV128 Motorcycle Dash Cam 1080P Dual ini juga mempunyai pandangan lebar seluas 130 darjah serta dilengkapi dengan dashcam depan belakang terbaik yang boleh dipaparkan secara serentak.

Ia turut mempunyai ciri keselamatan yang mana Blueskysea Waterproof DV128 mempunyai G-Sensor yang boleh mengesan gegaran atau sebarang perlanggaran secara automatik.

4. HP F560X Dash Cam Car Recorder Sony IMX307 Starvis Sensor

Pilihan dash cam terbaik yang ke-empat pula adalah HP F560X Dash Cam. HP F560X Dash Cam ini sangat sesuai buat anda yang gemar melakukan perjalanan ketika waktu malam.

Ia mempunyai resolusi F560X yang sangat jernih dan cantik dengan sensor Sony IMX307 Starvis walaupun dalam keadaan cahaya yang suram dan malap.

Paling menarik, anda boleh melihat segala simpanan fail dengan mudah melalui telefon pintar anda.

5. 70mai A500s Dashcam Pro Plus+ Built-in GOS Car Recorder 1944P Dual Record A500

Dash cam terbaik malaysia yang seterusnya pula adalah 70mai A500s Dashcam Pro yang mempunyai kamera kereta depan belakang ini. Dash cam terbaik ini mempunyai IPS 2 inci dengan resolusi 1944 serta kamera 5

megapiksel. Selain itu, ia turut dilengkapi GPS terbina dalam dengan ADAS. Malah kualiti gambarnya juga sangat cantik dengan resolusi yang tinggi iaitu 2592 x 1944.

6. BLACKVUE DR900X-2CH Plus 4K UHD Front Rear Full HD

Walaupun harga dash cam BLACKVUE DR900X-2CH Plus ini mahal, tetapi ciri-ciri dan fungsi yang dimilikinya sangat bagus dan berkuasa tinggi.

Kamera kereta ini mampu merakam sensor CMOS 8 megapiksel dalam definisi ultra tinggi 4K iaitu 3840 x 2160 pada 30FPS. Selain itu, kamera belakang kereta ini pula mampu membuat rakaman Sony STARVIS dalam HD Penuh iaitu 1920×1080 juga pada 30FPS.

Ia mempunyai sudut 162 darjah ultra lebar dengan kamera hadapan dapat memanfaatkan sepenuhnya resolusi 4K UHD. Kamera belakang pula dapat merakam dalam HD penuh dengan sudut 139 darjah melalui sensitiviti cahaya malap yang luar biasa.

7. GOQ D90-3 Camera Lens Car Dashcam Camcoder 1080P FHD Cam

Dash cam terbaik yang berikut adalah GOQ D90-3 Camera Lens Car Dashcam Camcoder 1080P FHD Cam dengan reverse camera terbaik.

Ia didatangkan dengan tiga kamera iaitu untuk menangkap pandangan hadapan, belakang, dan juga bahagian dalam kereta secara serentak. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan rakaman gelung untuk rakaman secara berterusan.

8. Dashcam ADZOME M17

Dash Cam Terbaik

Camera kereta Dashcam ADZOME M17 mempunyai pelbagai fungsi dan ciri yang menarik. Antara kelebihan dash cam terbaik ini adalah ia mempunyai kanta sudut lebar 6-kaca. Selain itu, dash cam terbaik ini juga mampu menangkap butiran yang lebih halus contohnya seperti

plat nombor dengan lebih cekap dan tepat. Malah, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan sistem G-sensor di mana ia mengunci fail atau data tertentu dan tidak boleh diakses tanpa keizinan pengguna.

9. 2.5 INCH LCD 1080P CAR DVR CAMERA DASH CAM

dash cam terbaik

Dash cam ini mempunyai lens seluas 110 darjah yang dapat merakam lebih banyak sudut dan dirakam secara automatik.

Ia turut dilengkapi auto delete untuk rakaman lama dan memastikan memori kad sentiasa mempunyai ruang yang mencukupi. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sensor G untuk menyimpan rakaman sekiranya berlakunya kemalangan.

10. Dashcam GOQ A10

Dash Cam Terbaik

Pilihan dash cam terbaik yang berikut merupakan dash cam dari jenama GOQ A10 Dash Cam. Dash cam ini disertakan dengan kanta mata ikan HD yang mampu menangkap kedua-dua bahagian dengan sempurna, serta menjadikannya ideal untuk pemanduan biasa tanpa terlepas mana-mana pemandangan dari setiap sudut.

Ia juga mempunyai penapis lanjutan 6G untuk mengelakkan sebarang silau serta memastikan foto menjadi lebih terperinci pada semua tahap cahaya. Selain itu, dash cam ini turut menawarkan penglihatan malam dan Julat Dinamik Luas untuk perspektif pada waktu malam dengan lebih baik lagi.

11. ETTRO 64GB 3 dalam 1 Dash Cam

Dash Cam Terbaik

Pilihan lain untuk dash cam terbaik adalah ETTRO 64GB ini. Terdapat tiga kanta berkualiti tinggi yang ditawarkan untuk rakaman secara serentak dan juga tontonan gambar. Anda juga akan mendapat perkhidmatan pembaikan secara percuma seumur hidup dengan pertukaran waranti selama 10 tahun.

12. SAFECAM V13 TOUCH 3 Camera

Dash Cam Terbaik

Seterusnya adalah SAFECAM V13 Touch 3 yang mempunyai G-sensor di mana anda boleh mengukur pergerakan kenderaan melalui tiga paksi iaitu atas dan bawah, kiri dan kanan, ke hadapan dan ke belakang.

Ia mampu menangkap paparan gambar yang jelas dengan resolusi gambar adalah 1080P untuk kamera depan, 480P untuk kamera dalam dan 480P untuk kamera Belakang.

13. DDPAI Mola N3 Dash Cam

Dash Cam Terbaik

DDPAI Mola N3 Dash Cam ini pula mempunyai kemasan hitam matte yang sejuk, anggun serta reka bentuk yang kelihatan sangat cantik.

Ia termasuk penapis inframerah dengan lensa yang berfungsi sangat baik bagi mengurangkan kekaburan serta meningkatkan keupayaan untuk membuat rakaman pada waktu malam.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pemandangan seluas 140 darjah dan mampu untuk menangkap gambar ketiga-tiga lorong yang berada di hadapan anda.

Penutup Kata

Dashcam sememangnya aksesori yang sangat penting untuk ada dalam setiap kereta. Walaupun keselamatan tidak terjamin dengan adanya dash cam, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi bukti jika berlaku sesuatu perkara.

Semoga anda dapat membuat pilihan dengan mudah selepas membaca artikel ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.