Dapur elektrik

8 Dapur Elektrik Terbaik Di Malaysia 2022

Bagi anda yang sukakan kemasan, penjimatan masa dan rekaan bentuk yang menarik, dapur elektrik adalah list barang dapur yang wajib ada di ruangan dapur anda. Tugasan memasak anda pastinya jadi lebih menarik dan seronok dengan kemudahan yang terdapat pada dapur ini.

Tips Beli Dapur Elektrik

Terdapat beberapa tips pemilihan dapur elektrik yang perlu penelitian khusus sebelum anda membelinya, jadi sebelum anda membeli dapur induksi atau dapur elektrik, pastikan anda terlebih dahulu meneliti ciri-ciri yang perlu ada seperti di bawah ini :

1. Saiz

Pastikan ketika membelinya anda sudah pun mengetahui tentang perbezaan saiz dapur. Kalau anda sudah berkeluarga atau memiliki keluarga yang ramai, pilih dapur induksi yang mempunyai sekurang-kurangnya dua zon memasak serta beli periuk untuk induction cooker supaya lebih mudah untuk anda memasak.

2. Kaedah Kawalan Unit

Bagi makluman anda, dapur elektrik mempunyai dua jenis kawalan iaitu kawalan sentuh dan juga kawalan menggunakan tombol. Tetapi jika anda inginkan penjimatan masa serta mudah, pilihlah jenis menggunakan kawalan sentuh kerana ianya mempunyai keseluruhan permukaan yang rata dan proses membersihkan juga menjadi lebih cepat dan mudah.

Harga suis tekan tutup untuk dapur ini juga tidaklah semahal mana jika ianya rosak dan perlu diganti.

3. Pengesan saiz kuali/Periuk automatik dan juga fungsi ‘boost’

Dilengkapi dengan fungsi pengesanan saiz peralatan yang anda gunakan ketika memasak. Bagi fungsi boost, ianya akan memberikan daya pemanas yang lebih ke zon memasak contohnya seperti anda ingin mendidihkan air, boost akan percepatkan proses pendidihan itu supaya menjadi lebih singkat.

Tetapi perlu diingat, tidak kesemua dapur elektrik mempunyai fungsi daya pemanas tambahan ini.

4. Child Lock

Bagi menjamin keselamatan anak-anak anda, dapur induksi ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang direka khas untuk mengelakkan anak anda dari menyalahgunakan butang kawalan yang terdapat pada dapur induksi ini.

5. Penjadual Masa

Untuk anda yang suka memasak pelbagai jenis masakan, dapur induksi ini juga mempunyai ciri penjadual masa dimana anda boleh memprogramkan dapur anda dengan mematikan atau menurunkan suhu pemanasa bersesuain dengan jenis masakan yang sedang dimasak.

6. Penyahaktif Automatik

Fungsi keselamatan ini juga merupakan ciri eksklusif yang terdapat pada dapur induksi. Ianya akan mematikan dapur masak anda secara automatik jika ketika memasak periuk anda terlalu mendidih sehingga menumpahkan masakan anda.

Senarai Dapur Elektrik Terbaik Dan Menarik

Di bawah ini saya masukkan pilihan dapur elektrik Shopee dan Lazada yang terbaik dan berkualiti tinggi.

1. Philips Induction Cooker

dapur elektrik Philips

Antara pilihan dapur elektrik yang terbaik adalah dapur induksi Philips. Ianya mempunyai waranti selama 2 tahun dan diperbuat daripada panel gentian kaca kelas A sepenuhnya.

Philips Induction Cooker ini juga dilengkapi program keselamatan memasak iaitu auto-tutup serta pemasa 24 jam. Anda pastinya akan merasa sangat selesa memasak tanpa menggunakan api dengan dapur elektrik Philips.

2. Elba Ceramic Cooker

dapur elektrik elba

Dapur elektrik Elba yang diperbuat daripada black ceramic crystallite glass plate ini sangat sesuai untuk semua peralatan memasak.

Mempunyai fungsi untuk kawalan suhu sama ada rendah atau tinggi. Selain itu, ianya juga mempunyai fungsi pilihan memasak dan sistem pemasa. Elba Ceramic Cooker ini juga dilengkapi fungsi kunci keselamatan dan sentuhan sensor dengan paparan LED.

3. SUGAWA Induction Cooker Smartcooker SMS 8800

Sugawa induction cooker

Pilihan dapur elektrik seterusnya pula adalah Sugawa induction cooker yang mempunyai dwi-fungsi 2 dalam 1 iaitu di sebelah kiri adalah dapur jenis induksi, manakala di sebelah kanan pula adalah jenis seramik dengan perkongsian kuasa maksimum 3100w.

Dapur elektrik jenis SUGAWA Smartcooker SMS 8800 ini juga sesuai untuk semua jenis alatan memasak. Dilengkapi dengan gegelung pemanas EGO dari Jerman dan juga mempunyai waranti selama 3 tahun.

Harga dapur elektrik ini walaupun mahal, tetapi sangat berbaloi untuk dibeli dengan fungsinya yang sangat terkini dan berkualiti tinggi.

4. Dapur Elektrik Panasonic KY-R727RL

dapur elekrik Panasonic

Panasonic induction stove ini pula adalah dapur induksi anti-radiasi. Melalui kawalan digital penuh dengan sentuhan hujung jari, anda boleh mengawal semua fungsi dengan begitu mudah sekali.

Malah, ianya turut mempunyai fungsi pelarasan tahap haba yang ingin anda gunakan dan juga tetapan suhu dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan tenaga elektrik. Anda juga boleh memilih 9 tahap kuasa memasak mengikut tahap keperluan anda.

Hanya dengan sentuhan kira-kira 3 saat anda sudah boleh mengunci atau membuka kunci panel kawalan dengan sangat mudah. Jadikan Panasonic KY-R727RL sebagai pilihan induction cooker anda.

5. Dapur Elektrik PerySmith PS2310

dapur elektrik perysmith

Bagi pilihan dapur gas elektrik yang seterusnya pula adalah PerySmith Induction Cooker PS2310. Dapur induksi jenama PerySmith Induction Cooker PS2310 ini mempunyai waranti selama 2 tahun.

Dengan rekaan daripada panel kaca kristal hitam gred A+, serta berkualiti tinggi, pastinya tugasan memasak anda lebih selesa, mudah dan menyeronokkan.

Ianya mempunyai 8 kuasa pratetap yang sangat sesuai untuk keperluan memasak yang berbeza seperti sup, perapan, merebus, mendidih susu, barbeku, pot panas, kukus dan menggoreng.

Panel kaca kristalnya juga sangat kuat dan tahan calar. Malah, ianya turut dilengkapi dengan panel operasi sentuh yang sensitif, kekunci untuk keselamatan kanak-kanak, sistem pemasa dan juga suhu.

6. Midea Induction Cooker C16-SKY1613

midea induction cooker

Dapur induksi jenama Midea Induction Cooker C16-SKY1613 ini dilengkapi dengan 8 tahap kuasa pemanas serta 6 mod masakan.

Tentunya dengan pilihan memasak ini, ianya lebih memudahkan anda menyediakan hidangan buat keluarga tersayang.

Dapur elektrik ini Midea Induction Cooker C16-SKY1613 ini juga turut mempunyai paparan panel LED yang amat jelas dengan dua ciri keselamatan yang telah pun digabungkan iaitu sistem penyahaktif automatik dan juga perlindungan bagi suhu yang tinggi.

Waranti selama 1 tahun turut diberikan jika anda membelinya. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat periuk untuk dapur elektrik secara percuma.

7. Dapur Elektrik HETCH

induction cooker

Dapur induksi HETCH yang mempunyai teknologi 2 dalam 1 iaitu induksi dan juga halogen ini mempunyai dua bahagian memasak.

Di sebelah kirinya adalah induksi yang berkuasa 1500w, manakala di bahagian kanan pula merupakan halogen yang berkuasa 1600w.

Bagi anda yang tidak mengetahui apakah itu halogen, halogen ini sebenarnya adalah penggunaan mentol halogen untuk memanaskan masakan, dan bukannya menggunakan gegelung elektrik seperti yang digunakan di kebanyakan proses induksi.

Ianya sangat berkualiti tinggi, tahan panas dan juga sangat membantu anda memasak dengan lebih pantas dan tangkas.

8. Faber FIC 3100 C Built-In Ceramic

dapur elektrik

Menggunakan dua jenis kaedah pemanasan iaitu seramik dan induksi, dapur elektrik jenama Faber FIC 3100 C Built-In Ceramic ini dibina dengan material kaca yang berkualiti (Schott Ceran) yang telah diimport dari Jerman.

Dapur elektrik ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti “child lock” dan juga sistem pencegah panas melampau (overheating).

Di bahagian kanan adalah induksi yang mempunyai kuasa 1300w dan manakala dia bahagian kiri pula adalah pemanas seramik yang berkuasa 1800w.

Kelebihan Dapur Elektrik

Antara kelebihan dapur gas elektrik adalah seperti berikut:-

  • Bagi anda yang sibuk bekerja dan ingin cepat menyediakan hidangan, induction cooker dapat membantu anda menyelesaikan masalah. Ianya mempunyai suhu yang konsisten dan juga dapat menghasilkan pemanasan yang lebih pantas berbanding dapur gas.
  • Dapur ini juga berfungsi secara pintar yang dapat memudahkan lagi proses memasak serta peralatan plastik yang anda gunakan juga tidak akan cair.

Kekurangan Dapur Elektrik

Antara keburukan dapur elektrik adalah:-

  • Cara guna dapur induksi juga berbeza dengan dapur gas iaitu anda memerlukan peralatan memasak yang sesuai untuk digunakan ketika memasak. Disebabkan dapur induksi mempunyai permukaan yang rata, jadi peralatan memasak anda juga perlulah rata juga dan belilah kuali untuk dapur elektrik yang sesuai untuknya.
  • Selain itu, anda turut menghadapi masalah apabila bekalan elektrik terputus. Jadi segala aktiviti memasak anda tidak dapat dilakukan.

Kesimpulan

Berbanding dapur gas biasa, dapur induksi adalah pilihan terbaik. Sangat pantas dan berkualiti tinggi juga tahan lama. Dapur induksi memudahkan aktiviti memasak dengan lebih cekap, pantas, lasak serta lebih menyeronokkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.