Basikal Elektrik

7 Basikal Elektrik Terbaik di Malaysia (2022)

Basikal elektrik yang juga dikenali sebagai eBike merupakan kenderaan alternatif mesra alam yang amat fleksibel untuk dikendalikan. Jika anda peminat sukan berbasikal, tentunya anda sudah mengetahui tentang basikal elektrik terbaik ini.

Tetapi bagi anda yang baharu pertama kali mengetahui tentang kewujudan basikal ini, basikal elektrik ini adalah sejenis kenderaan yang menggunakan motor dengan tenaga elektrik untuk bergerak.

Basikal Elektrik Terbaik di Malaysia

Sehingga kini terdapat pelbagai jenis basikal elektrik di pasaran mengikut kemampuan kewangan anda.

Jom kita lihat beberapa basikal elektrik terbaik untuk anda miliki.

1. Electric Scooter Model LEM-Z(E-BIKES)

basikal elektrik

Electric Scooter Model LEM-Z(E-BIKES) mempunyai dua tempat duduk pastinya sangat sesuai dijadikan hadiah untuk ibu bapa yang telah membesarkan anda.

Dilengkapi signal dan juga kunci keselamatan serta hanya dua mod kelajuan ianya dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

Basikal elektrik dewasa ini juga direka khas untuk warga tua kerana kelajuannya antara 35-40 km sahaja. Malah, sangat sesuai untuk di bawa ke masjid, kedai runcit, beriadah mahupun keluar bersarapan di waktu pagi.

Ianya juga hanya mempunyai dua mod kelajuan iaitu rendah dan tinggi serta mempunyai tongkat skuter, signal kiri kanan untuk memudahkan aktiviti membelok.

Apa yang membuatkan model ini lebih menarik adalah ia mempunyai bakul di bahagian hadapan untuk meletak barang dan tempat duduk kedua untuk pembonceng.

2. Electric Bike Alucard aluminium Alloy 12 inch Wheel E-bike B75


basikal elektrik

Basikal yang memiliki reka bentuk urban ini disasarkan kepada golongan dewasa. Ianya ringan dan hanya boleh digunakan untuk seorang pengguna.

Basikal yang mempunyai roda berukuran 12 inch ini diperbuat daripada aluminium aloi dan berhasil menampung beban sehingga 120kg.

Dengan menggunakan bateri lithium ion 36v 7.5Ah, ia dianggarkan mampu bergerak sejauh 25km.

Selain itu, anda juga boleh mengecas di mana sahaja yang anda mahu kerana ianya didatangkan bersama USB charging port.

Untuk kemudahan memeriksa jangka hayat penggunaan bateri, panduan pengguna dipamerkan di bahagian pemegang sebelah kanan.

Malah, ianya juga mempunyai lampu yang membantu penglihatan sejauh 5 meter dan mempunyai sistem brake disc tayar hadapan dan juga belakang.

Tempat duduk pula boleh dilaraskan mengikut keselesaan penunggang dan menggunakan tayar jenis angin.

3. Stonbike-MTB36 26inch Electric Mountain Bike

basikal elektrik

Merupakan basikal elektrik bertayar besar. Reka bentuknya sangat sporty dan kelihatan begitu rugged.

Ia juga boleh dilipat tetapi agak berat. Basikal ini menggunakan bateri jenis portable 36V 10Ah dan memerlukan antara 4-6 jam tempoh pengecasan.

Motor elektrik yang digunakan pula adalah berkuasa 250W dan ianya berupaya menampung sehingga 120kg berat pengguna.

Digayakan dengan sport rim 26 inci, basikal ini juga mampu memecut sejauh 25km/j kelajuan maksimum dan dipasang brake disc di kedua-sua bahagian depan dan belakang basikal tersebut.

Untuk lebih laju, anda boleh sahaja adjust speed mengikut kehendak anda kerana basikal ini mempunyai tujuh tahap kelajuan.

Bagi keselamatan anda di waktu malam, basikal ini turut dilengkapi lampu depan dan belakang, lampu brake, dan juga hon.

Ia dibawa terus dari kilang dan mempunyai jaminan selama satu tahun.

4. Stobike 20 Bike Audi Electric Foldable Bike

basikal elektrik

Basikal elektrik ini adalah buatan Malaysia. Basikal ini sama seperti model yang ketiga tadi dimana ia berat tapi boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan dan memaksimakan ruang penyimpanan.

Malah, basikal ini juga boleh dimuatkan di dalam kereta untuk dibawa ke mana sahaja. Bateri yang digunakan ialah 36V 10Ah, 350 kuasa motor, pengguna boleh memilih 6 speed kelajuan.

Tayarnya pula memiliki sport rim bersaiz 20’ dan berat kasar sebanyak 22kg. Disebabkan ianya mempunyai absorber di bahagian depan dan juga tengah, basikal ini boleh ditunggang di kawasan berpasir, bertar, berbatu, dan juga di kawasan tanah yang berbonggol.

Selain daripada itu, basikal ini juga mempunyai voltage display di bahagian depan pemegang kanan untuk memudahkan pengguna memantau penggunaan voltan.

5. ES VOLT Malaysia LITE 11 Electric Scooter

skuter elektrik

Dengan reka bentuknya yang moden, mempuyai platform yang lebar dan selesa, skuter elektrik ini boleh memuatkan dua orang pengguna sekaligus.

Walaubagaimanapun skuter elektrik dewasa ini hanya boleh dipacu oleh golongan dewasa sahaja. Skuter elektrik ini memiliki tiga pilihan iaitu Eco, Normal dan Turbo untuk mod kelajuan.

Ia juga menggunakan bateri lithium 48V 21Ah manakalanya kuasa motornya pula ialah 1000W. Body kenderaan ini diperbuat daripada aluminium besi mempunyai daya laju 60km/j dan pengecasan bateri pula antara 3 hingga 6 jam.

Tidak seperti model di atas basikal ini mempunyai paparan skrin LCD untuk memaparkan tripmeter dan speedmeter pada sistem brake disc. Ia juga dilengkapi dengan lampu keselamatan pada bahagian depan dan belakang basikal.

Roda basikal ini pula mengunakan roda jenis tubeless berukuran 11 inci. Individu yang mempunyai ketinggian antara 130cm sehingga 200cm agak sesuai menunggang basikal ini dan ia mampu menampung berat sehingga 200kg.

Selain itu, basikal bateri ini juga memiliki keunikan yang tersendiri apabila tempat duduknya merupakan 2 dalam 1 dan sangat mudah untuk ditanggalkan.

6. CT-Bike Electric Scooter

Merupakan sebuah basikal motor elektrik yang murah namun mampu memudahkan urusan anda. Berukuran 134cm x 63cm x 105cm dilengkapi roda 14 inci menggunakan bateri 48V dan motornya mempunyai kuasa 350W.

Basikal ini dianggarkan mengambil masa selama 5 jam untuk pengecasan bateri kenderaan ini berupaya bergerak sejauh hampir 45km. Kelajuan kenderaan ini juga boleh dilaras mengikut kehendak pemacu.

Walaupun tidak mempunyai alarm, ia dilengkapi hon, lampu LED pada bahagian depan dan belakang serta memiliki kunci tayar belakang untuk keselamatan.

Manakala untuk keseimbangan semasa memakir kenderaan ini, stand dipasang pada bahagian tengah dan juga belakang basikal.

7. Scooter Electric 120W

Untuk yang terakhir, jika anda mencari hadiah hari jadi untuk anak anda, scooter elektric 120W pastinya membuat anak anda tersenyum riang.

Anda tidak perlu bimbang kerana skuter elektrik murah yang direka khas untuk kanak-kanak ini hanya berkelajuan 18km/j. Seat skuter ini boleh ditinggikan sehingga 58cm.

Kenderaan ini menggunakan bateri berkapasiti 24v4.5a (2 bateri bersiri 12v4.5). basikal ini sangat sesuai untuk kanak- kanak yang berumur 8 tahun keatas.

Kelebihan Basikal Elektrik

Kalau anda nak tahu, sebenarnya terdapat beberapa kelebihan jika anda menggunakan basikal ini.

Antara kelebihannya adalah :

  1. Berbanding basikal biasa, basikal jenis ini sebenarnya lebih kecil dan juga ringan. Jadi, sesiapa sahaja pasti mampu mengendalikannya termasuklah orang tua dan juga kanak-kanak.
  2. Bagi anda yang sudah seharian penat bekerja pula, tentunya di waktu petang anda ingin beriadah secara santai kan? Malah, kalau boleh tak mahu langsung buat aktiviti yang memerlukan anda untuk keluarkan peluh. Jadi, basikal elektrik adalah pilihan terbaik dan sangat sesuai untuk memenuhi keinginan dan juga kehendak anda.
  3. Selain itu, anda juga boleh hadiahkan basikal elektrik ini untuk kegunaan insan tersayang terutamanya kedua-dua orang tua anda.
  4. Ia tidak memerlukan ruang yang luas untuk penyimpanan. Basikal elektrik ini juga mampu bergerak sejauh 40km sekali pengecasan.
  5. Jika kehabisan bateri anda boleh mengendalikannya secara manual. Tiada istilah kehabisan minyak dan ini menjimatkan duit poket anda kerana tidak perlu membeli petrol.
  6. Boleh juga dijadikan kenderaan untuk ke tempat kerja jika mengikut jarak kenderaan ini bergerak.

Penutup

Basikal elektrik sebenarnya akan menjadikan hidup anda lebih mudah, serta mampu membuatkan anda berasa lebih santai. Ia juga membantu anda bergerak dengan lebih bebas serta bergaya.

Selain itu, ia turut menjimatkan kos wang anda kerana harganya yang tidak terlalu mahal dan tidak memerlukan minyak untuk bergerak. Basikal elektrik ini juga lebih fleksibel dan selesa untuk kegunaan harian mahu pun untuk anda berulang-alik ke tempat kerja.

Malah, cara penyimpanannya sangat mudah. Basikal elektrik ini juga mesra alam, praktikal serta dapat menjimatkan masa anda. Ianya juga selamat untuk digunakan oleh warga emas, kanak-kanak dan juga wanita hamil kerana memiliki ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan lengkap.

Oleh itu, dengan membeli basikal ini anda sebenarnya telah pun membuat satu keputusan yang sangat tepat dan bijak bagi memenuhi citarasa dan memudahkan pengangkutan harian anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.