Pasir Kucing Terbaik

12 Jenis Pasir Kucing Terbaik 2024

Buat pemilik kucing, selain makanan kucing, pasir kucing juga menjadi satu perkara yang wajib ada. Bau busuk, melekit dan sisa buangan kucing di merata tempat boleh diselesaikan jika anda menyediakan pasir kucing terbaik untuk membuang najis.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Pasir Kucing

Terdapat beberapa faktor yang harus anda pertimbang sebelum membeli pasir untuk kucing anda. Antaranya adalah:

1. Menyerap bau

Pastikan pasir yang anda beli mempunyai campuran bahan yang mampu menghilangkan bau najis mereka.

2. Mudah untuk dicedok

Pastikan juga gumpalan najis pada pasir tersebut mudah dicedok untuk dibuang.

3. Isian pasir

Anda tidak perlu menggantikan isian pasir yang banyak walaupun banyak kali kucing anda membuang najis.

Di bawah ini, saya telah senaraikan beberapa jenis pasir kucing yang sesuai dan berkualiti tinggi untuk kucing anda. Harga pasir kucing ini juga sangat berpatutan dan mampu milik. Jom lihat!

Senarai Pasir Kucing Terbaik dan Berkualiti

Berikut merupakan beberapa pilihan pasir kucing terbaik yang boleh anda pilih.

1. Premium Super Clumping Natural Cat Litter 6L/2.3kg

pasir kucing terbaik

Pasir kucing terbaik indoor ini adalah mesra haiwan dan planet. Anda tidak perlu risau jika kucing kesayangan menjilatnya kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi, boleh diperbaharui, terbiodegradasi dan kompos.

Pasir kucing clumping Tofu cat litter terbaik ini boleh dibuang ke dalam tandas, selamat untuk sistem septik dan pembetung. Jadi, anda tidak perlu lagi bersusah payah membuangnya di dalam tong sampah.

Malah, pasir kucing terbaik dari Premium Super Clumping ini juga akan membentuk gumpalan padat apabila bersentuhan dengan cecair. Ia boleh dicedok keluar dengan mudah tanpa pecah atau runtuh, di mana ianya memudahkan kerja pembersihan anda.

2. Pasir Kucing Premium Quality 6L

pasir kucing terbaik

Pasir kucing terbaik yang seterusnya pula adalah Premium Quality Economic Price Flushable Tofu Cat Litter 6L. Pasir kucing yang bagus ini mempunyai 5 pilihan bauan iaitu Lavender, Honey Peach, Teh Hijau, Arang.

Ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan mesra alam. Pasir kucing wangi yang bagus ini juga selamat dan boleh dimakan kerana tidak mempunyai toksin. Jenis pasir kucing ini juga anti-bakteria dan mampu mengekalkan bau yang kering, segar serta ringan dan lembut juga selesa digunakan oleh kucing.

3. Pets Project Premium Super Clumping Cat Litter Tofu 7L/2.3kg

pasir kucing terbaik

Pets Project Premium Super Clumping Cat Litter Tofu 7L/2.3kg ini juga diperbuat dari bahan semulajadi iaitu sisa tauhu dan tiada bahan tambahan kimia yang lain.

Pasir kucing tofu sangat selamat untuk digunakan dan ia turut boleh dimakan oleh kucing anda. Selain itu, ia mempunyai kuasa lima kali penyerapan untuk memastikan sisa buangan najis kucing tetap kekal kering, berbau segar dan tiada pembiakan bakteria berlaku.

Ianya juga boleh disiram kerana diperbuat dari gentian tumbuhan tulen serta mudah untuk dilupuskan. Oleh itu, jadikan jenama pasir kucing terbaik ini sebagai pilihan anda.

4. SANLIN 15L/10KG Premium Cat Litter Sand

pasir kucing terbaik

Pasir kucing murah jenama SANLIN 15L/10KG Premium Cat Litter Sand ini pula mempunyai kadar penyerapan cepatdan lebih tinggi, menjimatkanserta tahan lama. Selain itu, pasir kucing terbaik ini mempunyai wangian yang sangat kuat dan berbau harum serta dapat mencegah daripada pembiakan bakteria.

Pasir kucing wangi ini juga membuatkan gumpalan najis menjadi kuat dan tidak akan hancur jika kucing anda memijaknya dan memudahkan proses pembuangannya. Ia direka khas bagi memastikan bau najis dan air kencing tidak merebak ke serata tempat.

5. Pasir Kucing Lemon

pasir kucing terbaik

Pasir kucing terbaik yang seterusnya pula adalah pasir kucing murah berbau lemon ini. Ia merupakan pilihan terbaik jika anda sedang mencari cara jimat pasir kucing.

Selain itu, pasir kucing ini juga sangat berpatutan dengan harganya dan mempunyai haruman lain lagi seperti ros, lavender, odor seal, dan epal.

6. Premium Quality Super Clumping Bentonite Clay Cat Litter 10kg

pasir kucing terbaik

Pasir kucing bentonite ini mempunyai bahan molekul karbon teraktif, serbuk mineral dan manik mikro penyahbauan. Tiada bahan berbahaya serta ia selamat digunakan untuk kucing kesayangan anda.

Pasir kucing terbaik ini juga dapat mengelakkan ahli keluarga anda daripada sebarang kesan bahaya kepada kesihatan. Ia diformula khas untuk memproses pengeluaran habuk ultra rendah serta penggunaan jangka panjang di mana ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada kucing anda.

7. Pasir Kucing Kristal Little Star 5L

pasir kucing terbaik

Pasir kristal kucing jenama Little Star ini mempunyai jangka hayat selama 24 bulan dan diperbuat daripada manik gel Silika yang dirumus secara saintifik. Manik-manik kecil yang unik ini juga mengandungi beribu-ribu liang mikroskopik dan ia turut mempunyai bau yang neutral.

Oleh kerana ia tidak toksik, ia benar-benar selamat walaupun dimakan oleh kucing. Pasir kucing terbaik ini juga berkesan untuk menghilangkan bau sisa cecair dan pepejal dengan cepat. Malah, penyelenggaraan dan pembersihan turut mudah dengan penyerapan unggul serta ringan.

8. TORNADO 2.0 Golden Cat Litter 10L


Pasir kucing tornado ini juga merupakan pasir kucing terbaik yang perlu anda beli. Ia mempunyai 4 haruman iaitu coffee, lavender, forest fresh dan green tea. Pasir kucing ini juga merupakan pasir kumbahan unggul yang dibuat khas daripada Natrium Bentonite semula jadi, iaitu penyelesaian yang mudah, bersih dan amat berkesan untuk mengawal bau najis kucing.

Dalam keadaan basah sekalipun zarah pasir tetap cepat menyerap lembapan dan bau untuk membentuk gumpalan kecil. Gumpalan ini mudah disingkirkan dan memastikan dulang kumbahan sentiasa dalam keadaan bersih dan segar.

9. Pasir Kucing Palet Organic EcoBed 10L/5.6kg


Pasir kucing terbaik jenama ecobed cat litter ini diperbuat daripada hampas kelapa sawit. Ia 100% organik tanpa campuran bahan kimia berbahaya dengan saiz pallet adalah di antara 8mm diameter dan panjang 6mm-12mm.

Pasir kucing ini lebih praktikal untuk digunakan serta bau yang dihasilkan EcoBed adalah semulajadi dan sesuai untuk kucing. Kos penyelenggaraannya juga adalah rendah.

Pasir kucing terbaik ini mampu menyerap kelembapan dan mengawal bau najis dengan berkesan Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis haiwan peliharaan.

10. Pasir Kucing Pawsitives Lemon-0071


Pasir kucing kedai eco mampu menyingkirkan bau busuk daripada najis dan air kencing kucing anda. Ia mempunyai haruman lemon yang mampu memberi kesegaran yang berpanjangan.

11. Reallabs Real Litter Lite Tofu Cat Litter 6L


Reallabs cat litter yang menggabungkan hampas kacang soya gred makanan dengan mineral zeolit ​​ringan berkualiti tinggi dengan menggunakan nisbah 75% hingga 25%, ia adalah campuran sempurna untuk kucing anda.

Sifat antibakteria daripada zeolit ​​dan ciri boleh siram daripada kacang soya, gabungan ini saling melengkapi untuk meningkatkan prestasi penyerapan bau dan najis dengan lebih berkesan.

12.Pasir Kucing KAWAN 20kg


Pasir kucing 20kg jenama KAWAN ini pula mempunyai 7 haruman iaitu apple, kopi, baby powder, lavender, lemon, rose dan charcoal. Ia mempunyai kawalan bau yang sangat efisien serta super gumpalan dengan menjadikan pasir sentiasa kekal bersih serta anti bakteria.

Pasir kucing ini juga diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat serta mampu menyerap dengan lebih kuat dan pantas. Harganya juga sangat berpatutan dan menjimatkan.

Akhir Kata

Semoga najis kucing anda lebih mudah untuk diurus dengan menggunakan pasir kucing terbaik.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.