kerusi gaming terbaik

9 Kerusi Gaming Terbaik & Berkualiti 2024

 Bagi anda yang selalu menghadap komputer untuk bermain game tentunya inginkan kerusi gaming terbaik dan selesa.Tambahan pula bila bermain game akan mengambil masa berjam-jam. Jadi tentunya kerusi gaming memainkan peranan penting.

Jika anda bekerja dari rumah kerusi gaming ini boleh juga digunakan untuk buat kerja pejabat. Yang penting selesa walaupun duduk lama.

Jadi dalam artikel ini saya akan kongsikan kerusi gaming terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran.

Kerusi Gaming Terbaik

Berikut merupakan senarai kerusi gaming terbaik.

1. Kerusi Gaming Tomaz Syrix II

kerusi gaming

Kelebihan

  • 3 tahun waranti
  • Rekaan ergonomik
  • Kusyen kerusi tak panas
  • Siap bantal kepala & bantal belakang

Kekurangan

  • Harga mahal

Kerusi gaming premium yang diperbuat khas untuk keselesaan anda bermain game dalam tempoh yang lama.

Menampilkan rekaan yang cantik. Kerusi gaming Tomaz ini juga kukuh dan tahan lama.

Tempat duduk kerusi gaming Tomaz boleh disandarkan sehingga 165 darjah. Kerusi ini juga lebar dan tinggi hingga ke kepala.

Selain siap dengan bantal kepala, ia juga mempunyai bantal belakang untuk menambah keselesaan anda ketika duduk di kerusi.

Kerusi gaming Tomaz ini sangat ideal untuk anda yang duduk menghadap komputer untuk masa yang lama sama ada untuk bekerja atau bermain game.

Tempat duduk kerusi diperbuat dari fabrik supaya anda tak rasa panas walaupun duduk lama.

Anda juga boleh melaraskan tempat penyandar lengan selain ketinggian kerusi yang boleh laras.

Jika anda bimbangkan soal berat, kerusi ini boleh menampung sehinggalah 160kg.

2. Kerusi Gaming TTRacing Swift X


Kelebihan

  • Kerusi yang tahan lasak
  • Bahagian bahu yang lebih lebar
  • Ketinggian penyandar tangan boleh laras

Kekurangan

  • Harga agak mahal

TTRacing merupakan antara jenama kerusi gaming ergonomik yang popular. Kerusi yang diperbuat dari gabungan cold cure foam dan kulit faux ini tahan lasak dan boleh menampung berat sehingga 150kg.

Walaupun harganya boleh tahan mahal, tapi boleh dipakai lama.

Untuk menambah keselesaan anda, kerusi TTRacing boleh disandarkan sehingga 165 darjah. Jadi, bila rasa letih, boleh rehatkan badan dengan sandarkan kerusi ke belakang.

Kerusi TTRacing Swift X ini lebih besar dari model Duo V3 dan lebih rendah dari model Surge.

Rekaan kerusi ergonomik dengan bahagian bawah belakang serta bahu yang lebih lebar untuk memberikan anda keselesaan.

Kerangka kerusi dibuat dari besi yang kukuh dan tahan lasak. Seperti kerusi lain, kerusi gaming TTRacing turut boleh berpusing 360 darjah.

Dalam masa 2 tahun jika kerusi ada mengalami kerosakan, anda boleh hubungi terus pihak TTRacing.

3. Kerusi Gaming Amz


Kelebihan

  • Harga murah
  • Bantal lumbar siap urutan
  • Kaki kerusi jenis besi yang kukuh & tahan lama
  • Bahagian belakang yang tinggi

Kekurangan

  • Tempat duduk akan terasa panas jika duduk lama
  • Penyandar lengan tidak boleh laras

Kerusi gaming dari Amz ini menampilkan kaki kerusi jenis besi. Bagi anda yang bimbang kaki kerusi cepat patah, anda boleh memilih kaki kerusi jenis besi yang tahan lama.

Kerusi ini dilengkapi dengan bantal lumbar yang siap boleh urut. Anda sambungkan saja USB ke power bank. Ia akan memulakan urutan dan menghilangkan lenguh di pinggang anda.

Bantal lumbar dan bantal kepala boleh dilaras mengikut kehendak anda.

Anda boleh menyandarkan kerusi sehingga 135 darjah. Penyandar lengan juga siap padded untuk menambah keselesaan anda.

Tempat duduk kerusi diperbuat dari kulit. Ianya tidak terlalu keras dan tidak juga lembut.

Kerusi gaming ini dikatakan boleh menampung berat sehingga 180kg.

4. Kerusi Gaming LR-920

Kelebihan

  • Penyanyi lengan boleh laras
  • Siap foot rest
  • Kusyen yang lembut dan kukuh
  • Ada bantal lumbar dan bantal kepala

Kekurangan

  • Kaki kerusi tak berapa kukuh

Kerusi gaming ini diperbuat daripada PU leather. Rodanya pula kukuh dan diperbuat daripada material getah. Jadi, tidak bimbang lantai vinyl anda calar akibat roda kerusi.

Kusyen tempat duduknya lembut dan kuat. Ini membuatkan anda dapat duduk dengan selesa dan kerusi boleh tahan lama.

Penyandar lengan bukan saja boleh laras tapi juga lembut. Rasa selesa bila letakkan lengan.

Tambah selesa dengan adanya foot rest untuk merehatkan kaki anda.

Untuk sandarkan kerusi anda boleh sandarkan sehingga 135 darjah.

Turut disediakan bantal lumbar dan bantal kepala. Jika anda tidak mahu gunakan bantal kepala, anda boleh buka dan letak di tempat lain.

5. GTGamez Gaming Chair

Kelebihan

  • Ada foot rest
  • Harga murah
  • Bahagian belakang tinggi hingga kepala
  • Ketinggian boleh laras
  • 1 tahun waranti

Kekurangan

  • Penyandar lengan tidak boleh laras

GTGamez menyediakan bantal lumbar dan bantal kepala boleh alih. Kerusi yang diperbuat daripada PVC leather ini tidak terlalu panas walaupun anda duduk lama. Jenis kulit yang tahan lasak dan senang nak bersihkan jika tertumpah air atau makanan.

Kerusi gaming ini boleh disandarkan sehingga 150 darjah. Penyandar lengan jenis padded buatkan lengan anda lebih selesa.

Kerusi boleh dilaraskan ketinggian mengikut kesesuaian anda. Bila terasa kaki terasa lenguh, naikkan saja penyandar kaki ke atas.

Sebarang kerosakan kerusi anda boleh dapatkan 1 tahun jaminan dari kedai.

6. Kerusi Gaming WFurniture


Kelebihan

  • Harga murah
  • Kaki kerusi yang kukuh
  • Kusyen tak panas dan lembut
  • Bantal lumbar siap urutan

Kekurangan

  • Item pre-order (perlu menunggu 14 hari)
  • Penyandar lengan tidak boleh laras

Ini pula kerusi gaming murah. Walaupun murah kerusi gaming OEM ini turut memiliki ciri-ciri yang ada pada kerusi gaming yang mahal.

Tempat duduk dibuat dari material jenis PU leather yang tahan lasak serta mampu bertahan lama. Kusyen belakang pula lembut dan tak panas untuk memberikan anda keselesaan bersandar lama.

Kaki kerusi pula dari stainless steel. Jadi, ianya kukuh dan tak mudah patah. Kerusi ini boleh disandarkan sehingga 155 darjah. Ketinggian kerusi juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.

Untuk memberikan anda kerusi gaming yang kukuh, kerangka kerusi dibuat dari besi. Ia juga dilengkapi dengan bantal lumbar yang boleh urut. Bantal kepala pula boleh dialih mengikut kesesuaian anda.

Kerusi ini antara pilihan yang bagus untuk bajet yang terhad. Cuma anda perlu menunggu agak lama dan tiada jaminan jika ada kerosakan.

7. Kerusi Gaming Koskido Alien Z

kerusi gaming terbaik

Kelebihan

  • 1 tahun waranti
  • Dibuat dari fabrik yang tak panas
  • Penyandar lengan padded dan boleh laras
  • Kerusi boleh sandar sehingga 170 darjah

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Untuk anda yang menyukai material kerusi jenis fabrik berbanding leather, kerusi Koskido Alien Z antara pilihan terbaik. Rekaan kerusi dari fabrik yang tak panas supaya anda kekal selesa walaupun duduk lama.

Kerusi boleh disandar sehingga 170 darjah yang buatkan posisi anda seperti berbaring. Sangat sesuai untuk tidur seketika setelah penat menghadap komputer.

Menampilkan rekaan penyandar lengan kerusi yang boleh laras sehingga 4 dimensi serta siap dengan padded. Anda boleh mengubah kedudukan penyandar lengan ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan mengikut keselesaan anda.

Jaminan 1 tahun disediakan untuk kerusi gaming ini. Selain warna coklat, terdapat juga pilihan warna lain seperti oren, merah dan kelabu.

8. Kerusi Gaming Fighter (Hitam + Foot Rest)

kerusi gaming terbaik

Kelebihan

  • Siap foot rest
  • Penyandar lengan boleh laras
  • Bantal lumbar siap urutan (rechargeable)
  • Senang nak pasang

Kekurangan

Kerusi gaming Fighter boleh disandar sehingga 155 darjah. Terasa letih, sandarkan saja kerusi, keluarkan penyandar kaki dan lelapkan mata seketika.

Penyandar lengan juga boleh dilaraskan untuk keselesaan lengan anda. Bantal lumbar siap urutan turut disediakan. Anda boleh caj bantal ini sebelum digunakan.

Kerusi gaming ini dikatakan boleh menampung berat sehingga 180kg. Material tempat duduk dibuat dari faux leather dan isian kusyen dari latex yang lembut. Tak terasa sakit punggung jika duduk lama.

Untuk kerusi ini, tempoh jaminan 1 tahun disediakan oleh pihak kedai.

9. TTRacing Duo V3 (Fabrik)

kerusi gaming ttracing

Kelebihan

  • Material fabrik yang tak panas
  • Tempoh waranti yang panjang

Kekurangan

  • Tiada bantal lumbar & bantal belakang

Model fabrik TTRacing Duo V3 ini menampilkan rekaan badan serta tempat duduk kerusi yang agak lebar. Khusus untuk anda yang tak minat kerusi jenis leather, kerusi fabrik buatkan anda tidak terasa panas dan tak sakit punggung walaupun duduk lama.

Jika ingin berehat seketika setelah penat bermain game ataupun bekerja, anda boleh sandarkan kerusi sehingga 155 darjah. Penyandar lengan juga padded. Jadi anda boleh meletak lengan dengan selesa.

Berbeza dengan jenama lain, kerusi gaming TTRacing Duo V3 ini memberikan anda jaminan selama 2 tahun.

Untuk anda yang suka rekaan simple, material fabrik serta harga yang agak berpatutan, ini adalah kerusi gaming terbaik.

Akhir Kata

Sememangnya banyak pilihan kerusi gaming terbaik di pasaran. Namun begitu, untuk membuat pilihan, selain dari harga, pilih juga kerusi yang memberikan tempoh jaminan yang panjang.

Ini kerana, jika baru pakai beberapa bulan hidraulik kerusi dah rosak ataupun kerusi patah, anda juga yang rugi kalau tiada waranti. Tak pasal-pasal kena keluar duit lagi untuk baiki atau beli kerusi baru.

Namun begitu, jika bajet menjadi kekangan utama buat masa ini, pilih saja kerusi gaming yang murah. Cuma, jangan terlalu berharap untuk tahan lama.

Bak peribahasa, alah membeli, menang memakai.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.