periuk nasi elektrik terbaik

11 Periuk Nasi Elektrik Terbaik

Antara peralatan dapur yang wajib ada dalam setiap rumah adalah periuk nasi elektrik. Masalah nasi hangit atau tak masak seringkali terjadi pada masa dahulu. Namun kini, dengan adanya periuk nasi elektrik terbaik, nasi dapat dimasak dengan sempurna dan cepat.

Kelebihan Periuk Nasi Elektrik

Periuk nasi elektrik adalah peralatan masakan yang sangat berguna dan praktikal. Ia dapat memasak nasi dengan cepat dan mudah tanpa perlu menggunakan dapur gas.

Tambahan pula, nasi yang sudah dimasak boleh kekal hangat sehingga waktu anda nak menikmatinya. Anda juga dengan mudah boleh panaskan semula nasi yang telah dimasak dengan hanya menekan butang yang telah ditetapkan.

Selain itu, periuk nasi elektrik dilengkapi dengan timer yang memudahkan anda menganggar waktu masak nasi dengan tepat. Dengan periuk nasi elektrik, anda tidak perlu lagi risau nasi hangit.

Senarai Periuk Nasi Elektrik Terbaik di Malaysia

Berikut adalah antara periuk nasi elektrik yang terbaik. Dari periuk nasi besar sehinggalah rice cooker mini.

1. Periuk Nasi Elektrik Gaabor GR-S30B (1.2L)

rice cooker

Periuk Nasi Elektrik Gaabor sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memasak yang cepat dan lazat. Dengan enam menu yang tersedia, anda boleh memasak pelbagai menu daripada stim hingga sup.

Panel sentuh di bahagian atas memudahkan anda memilih menu yang anda inginkan. Tambahan pula, penggunaan kuasa 500w bermakna anda akan menjimatkan wang untuk bil elektrik.

Selain itu, permukaan tidak melekat memudahkan anda mencuci periuk nasi setiap kali selepas memasak.

2. Periuk Nasi Elektrik Xiaomi Mi Smart (1.6L)

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk nasi Xiaomi Mi Smart ini adalah saiz yang sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil. Dengan kapasiti 1.6 liter, ia boleh memasak 4-5 cawan beras. Ia juga mempunyai periuk jenis tidak melekat supaya mudah untuk mencuci selepas masak.

Selain itu, anda boleh membuat tetapan periuk nasi elektrik Xiaomi dengan menggunakan aplikasi pada telefon mudah alih. Aplikasi yang disediakan terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

3. Periuk Nasi Besar Butterfly (10L)

periuk nasi besar

Periuk Nasi Elektrik besar jenama Butterfly sesuai untuk memasak nasi dalam kuantiti yang banyak. Ia boleh memasak sehingga 55 cawan beras, menjadikannya sesuai untuk keluarga besar, kenduri atau berniaga. Periuk ini juga mempunyai waranti 2 tahun, jadi anda boleh yakin dengan kualitinya.

4. Tefal Fuzzy Logic Rice Cooker (1.8L)

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk Nasi Tefal Fuzzy Logic ialah periuk nasi elektrik yang sempurna untuk memasak nasi yang lazat dan dimasak dengan sempurna. Dengan 8 program memasak yang tersedia, anda mudah untuk mencari tetapan yang sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Anda bukan saja boleh masak nasi, tapi juga steam, sup dan stew.

Periuk sfera memastikan nasi anda mempunyai rasa yang enak. Dan dengan jaminan 2 tahun, anda boleh yakin bahawa periuk ini akan bertahan lama.

5. Periuk Nasi Digital Toshiba (1.8L) RC-18DH1NMY

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk Nasi Toshiba mempunyai kapasiti 1.8 liter dan jaminan 1 tahun. Ia mempunyai menu pratetap dengan paparan LED, menjadikannya mudah untuk digunakan.

Periuk dalam jenis Honatsukama dengan 5 lapisan yang berketebalan 2.2mm. Ini adalah bagi memastikan nasi masak sempurna serta rasa nasi yang sedap.

Periuk nasi elektrik Toshiba ini adalah pilihan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang mahukan periuk nasi bersaiz sederhana yang sesuai untuk 3 hingga 5 orang makan.

6. Rice Cooker Mini Panasonic SR-Y10G

rice cooker mini

Periuk Nasi Panasonic SR-Y10G ialah rice cooker mini yang boleh memasak sehingga 5.5 cawan beras. Selain itu, ia juga boleh memanaskan nasi sehingga 5 jam. Jadi anda boleh menikmati nasi hangat pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Tambahan lagi, periuk ini lengkap dengan bahan anti karat yang membuatkan nasi yang dimasak sentiasa selamat dari bahan kimia berbahaya.

Periuk dengan rekaan lama ini boleh diangkat terus penutupnya. Ini menjadikan lebih mudah untuk digunakan.

7. Periuk Nasi Philips X1 RICE COOKER (1.8L)

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk nasi digital jenama Philips ini sangat mudah untuk digunakan. 8 menu telah tersedia, hanya tekan butang pilihan. Ia akan masak menu pilihan anda mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Selain masak nasi, anda juga boleh masak beras perang, bubur, kacang, sup, stim, dan juga panaskan semula.

Periuk 6 lapisan jenis Maifanshi Bakuhanseki membolehkan beras yang dimasak masak sekata. Tambahan pula, periuk jenis non-stick ini mudah dicuci selepas memasak. Tak perlu nak sental kuat bagi menanggalkan kotoran.

Selain itu, periuk nasi Philips turut dilengkapi dengan intelligent cooking AI. Ia membuatkan masakan pilihan anda masak sempurna, serta aroma rasa yang sedap.

Philips juga memberikan 2 tahun jaminan untuk periuk nasi X1 ini.

8. Periuk Nasi Cuckoo CR-0810F Micom (1.4L)

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk nasi elektrik terbaik jenama Cuckoo ini berkapasiti 1.4 liter. Dengan menggunakan periuk nasi elektrik Cuckoo, anda tidak perlu risau nasi tidak masak sempurna.

Ia juga dilengkapi dengan 9 pilihan menu yang berbeza untuk dipilih. Sangat sesuai untuk kegunaan keluarga kerana ia boleh masak sehingga 8 cawan beras.

Selain itu, anda boleh mengawal rasa nasi, jadi sama ada anda mahu ia lembut, melekit atau manis, ia akan menjadi seperti yang anda inginkan.

Dan nasi yang dimasak tidak pernah berkerak dalam periuk ini. Tambahan pula, terdapat paparan digital supaya mudah untuk anda memantau nasi yang sedang dimasak. Dengan pemegang sedia ada, senang untuk anda mengalih periuk nasi ke mana saja yang anda inginkan.

9. Rice Cooker Mini Sharp KSP8MVWH (0.72L)

rice cooker mini

Rice cooker mini Sharp mempunyai kapasiti 0.72 liter dan boleh memasak sehingga 4 cawan beras. Ia juga mempunyai tempoh simpan panas selama 6 jam.

Dilengkapi dengan periuk tidak melekat, menjadikannya mudah dibersihkan. Periuk nasi elektrik kecil ini sesuai untuk keluarga kecil atau individu yang ingin membuat hidangan yang cepat dan mudah, terutamanya masak nasi.

Periuk nasi elektrik terbaik jenama Sharp ini siap jaminan selama 1 tahun. Sebarang masalah anda rujuk kepada Sharp.

10. Periuk Nasi Elektrik Besar Milux (14L)

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk nasi elektrik besar Milux ialah periuk nasi berkapasiti besar yang boleh memberi makan sehingga 76 orang. Ia sesuai untuk acara atau kegunaan perniagaan.

Selain itu, periuk nasi elektrik terbaik ini mempunyai elemen pemanas yang besar untuk memastikan nasi masak sama rata dan cepat.

Periuk nasi besar Milux juga sangat mudah digunakan, menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari periuk nasi yang besar, senang nak guna dan cepat memasak. Jaminan selama 12 bulan diberikan oleh Milux untuk pembeli periuk nasi mereka ini.

11. Periuk Nasi Elektrik Dessini Italy (5L)

periuk nasi elektrik terbaik

Periuk nasi besar jenama Dessini sesuai untuk keluarga besar. Dengan kapasiti 5 liter, ia mudah dikendalikan dan nasi dimasak dengan sempurna setiap masa.

Tambahan pula, periuk dalam jenis tidak melekat memastikan makanan anda tidak melekat pada periuk dan memudahkan proses pembersihan.

Pengendalian dan pembersihan yang mudah menjadikan periuk nasi besar ini mesti ada untuk mana-mana dapur dengan isi rumah yang ramai.

Penutup Kata

Periuk nasi elektrik sudah menjadi satu keperluan dalam setiap rumah di Malaysia. Ia bukan saja memudahkan kerja memasak, tapi juga memasak nasi dengan sempurna setiap kali memasak.

Sesiapa saja boleh masak nasi dengan sempurna menggunakan periuk nasi elektrik. Sememangnya satu pelaburan yang berbaloi memiliki periuk nasi elektrik.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.