Kerusi Urut

9 Jenama Kerusi Urut Terbaik di Malaysia

Kerusi urut semakin popular pada masa kini dengan kehadiran pelbagai kerusi yang canggih. Selain itu, pelan pembayaran yang menarik juga menambah minat kepada pelanggan. Akan tetapi, anda mungkin tertanya apakah jenama kerusi urut terbaik di Malaysia.

Sebelum saya kongsikan dengan lebih lanjut mengenai kerusi urut terbaik, apa kata kalau anda ketahui dahulu beberapa perkara berkaitan kerusi urut. Sebenarnya terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kerusi urut.

Anda perlu tahu apakah yang anda mahu kerusi urut anda lakukan untuk diri anda serta berapakah bajet kewangan anda?

Memiliki mesin urut badan yang berkualiti tinggi merupakan salah satu pelaburan penting dalam aspek kesihatan bukan sahaja untuk diri anda tetapi juga untuk seluruh ahli keluarga. Anda tidak sepatutnya membuat pembelian kerusi urut tanpa mengetahui beberapa hal penting mengenainya. Disebabkan itu, adalah penting untuk anda mempunyai sedikit ilmu berkenaan kerusi urut.

Di bawah ini, saya telah senaraikan secara teliti beberapa perkara utama untuk anda pertimbangkan sebelum memiliki kerusi urut anda. Jom lihat!

9 Tips Membeli Kerusi Urut Yang Praktikal

Berikut merupakan perkara utama yang perlu diketahui apabila membeli kerusi urut terbaik iaitu:

1. Fungsi Urutan

Jika anda memiliki sumber kewangan yang kukuh dan stabil, adalah lebih baik jika anda membeli kerusi urut mewah untuk mendapatkan pelbagai ciri utama yang diperlukan oleh tubuh dan kesihatan anda.

Untuk makluman anda, kerusi urut murah mempunyai rasa getaran yang ringan dan urutan secara gulingan. Malah programnya juga tidak sebanyak yang dimiliki oleh kerusi urut terbaik di mana segala fungsi telah diprogramkan yang mana ia akan membuat anda berasa selesa dan memberi kelegaan kepada otot tubuh.

Kebiasaannya kerusi urut mewah diprogramkan dengan fungsi pra-program seperti:-

  • penggelek 2D (asas), 3D (boleh laras), 4D (bolehubah),
  • terapi haba
  • menguli
  • refleksologi bergolek
  • Shiatsu
  • terapi bunyi
  • getaran kuat
  • graviti sifar

Tambahan pula, reka bentuknya yang menjimatkan ruang. Mudah untuk diletak di mana saja di kawasan rumah.

2. Harga

Buat anda yang baharu pertama kali membeli kerusi urut pasti akan terkejut apabila melihat harga kerusi urut tambah-tambah lagi bagi yang berkualiti tinggi. Namun, harga yang tinggi pastilah setimpal dengan pelbagai fungsinya.

Kebanyakan harga model kerusi urut tidak kisahlah sama ada ia merupakan kerusi urut premium mahupun kerusi urut standard, harganya ditentukan oleh beberapa faktor dan antara faktor tersebut adalah seperti bilangan fungsi, teknologi, kebolehubahsuaian dan upholsteri.

Walaupun harganya agak mahal terutama kos untuk jenama kerusi urut mewah, perlu diingat bahawa kos yang anda keluarkan hanya untuk sekali sahaja. Berbanding pula kos mengurut dengan tukang urut yang dikunjungi setiap bulan dan adakalanya hamper setiap hari adalah lebih tinggi nilainya.

Apa yang penting sekali, dengan adanya kerusi urut di rumah sendiri, anda boleh membuat urutan pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu tanpa perlu keluarkan kos lagi.

3. Kawasan Urutan

Jika anda memilih kerusi urut mewah, ia disertakan dengan pelbagai teknik dan gaya urutan di mana kawasan-kawasan urutan tersebut merangkumi bahagian belakang badan, kaki, lengan dan juga tangan.

Kebiasaannya, semua urutan ini akan disampaikan ke tubuh anda melalui beg udara, kepala urut atau penggelek yang terdapat di seluruh kerusi tersebut.

Malah, ada kerusi urut yang turut mempunyai urutan kepala seakan-akan ibu jari untuk meniru kaedah urutan terapeutik yang selalu digunakan oleh tukang urut tradisional.

4. Penggelek Urut & Trek

Sebelum anda membeli kerusi urut, anda perlu periksa julat penggelek yang terdapat pada kerusi urut tersebut iaitu:

L-track adalah trek penggelek yang memanjang dari leher ke otot gluteus dan mengikut bentuk semula jadi “S” tulang belakang. L-track biasanya 47”–52” panjang.

S-track pula merupakan trek penggelek yang memanjang dari leher melalui kawasan lumbar bawah dan menepati bentuk semula jadi “S” tulang belakang. Oleh itu, trek-S adalah lebih pendek sedikit daripada trek-L (kira-kira 30”–32”), tetapi membenarkan regangan tulang belakang dan fleksibiliti berpusing.

J-track yang turut dikenali sebagai Flex Track menggabungkan julat L-track dengan keupayaan regangan S-track.

Anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa kerusi urut yang boleh dilaraskan bagi menampung pelbagai ketinggian dan ada sesetengah kerusi urut mempunyai lebar roller yang turut boleh dilaras.

5. Urutan Melalui Beg Udara

Selain penggelek, beg udara juga memainkan peranan penting dalam memberikan urutan terbaik. Ia mampu memberikan kelegaan pada otot badan melalui rasa tegang beg udara yang terletak pada belakang, kaki dan sisi kerusi urut.

Apabila mengembung beg udara akan memampatkan otot anda di mana dengan cara ini akan membantu merangsang aliran darah dan memberikan rasa kelegaan kepada otot dan sendi yang sakit dan lenguh.

Urutan menggunakan beg udara ini dapat memberikan rasa dan gaya urutan yang berbeza mengikut kaedah urutan menggunakan sistem roller.

Oleh itu, satu kelebihan sekiranya anda membeli kerusi urut yang mempunyai beg udara sebagai salah satu kaedah urutan untuk kelegaan pada keseluruhan tubuh anda.

6. Saiz Kerusi Urut

Boleh dikatakan kebanyakan kerusi urut yang terdapat di pasaran direka khas untuk menampung berat dan juga ketinggian dengan ukuran standardnya adalah 5’ hingga 7’.

Sekiranya anda ingin mencari kerusi urut mengikut ketinggian dan juga kapasiti berat badan, anda perlu membuat carian dengan lebih teliti lagi.

Ini adalah kerana, terdapat beberapa jenama tertentu yang membina kerusi urut yang lebih besar bagi menjamin keselesaan buat anda yang berbadan besar.

7. Urutan Pemanasan

Pada zaman sekarang, kebanyakan kerusi urut sudah dilengkapi dengan haba inframerah di mana fungsinya adalah untuk memberikan haba yang berkesan dapat merehatkan otot, meningkatkan peredaran darah serta membebaskan toksin di dalam badan.

Oleh itu, bagi anda yang mengalami masalah seperti arthritis, keradangan, kekakuan sendi atau otot atau sakit tisu dalam sangat digalakkan untuk membeli kerusi urut yang mempunyai kelengkapan haba inframerah ini.

Terdapat sesetengah kerusi yang menumpukan terapi haba pada tempat duduk dan ada juga sesetengahnya dilengkapi terapi haba untuk keseluruhan tubuh di mana terapi haba ini akan bermula dari tapak kaki dan seterusnya ke tempat letak kepala anda.

8. Fungsi Baring

Kebanyakan kerusi urut akan mempunyai fungsi baring. Berbeza dengan kerusi urut standard, mesin urut mahal menawarkan lebih banyak pilihan bagi fungsi baring ini. Buat pengetahuan anda juga, fungsi berbaring yang paling popular adalah pada kedudukan graviti sifar.

Apa itu graviti sifar?

Berbaring secara graviti sifar adalah kaedah baring yang meniru ruang tanpa berat kerana ia meletakkan badan anda dalam kedudukan neutral graviti, mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda di mana keadaan ini boleh menurunkan kadar denyutan jantung anda, mengurangkan ketegangan dan meningkatkan peredaran darah.

Terdapat beberapa pilihan baring kerusi urut termasuk ciri satu sentuhan, memberikan anda kawalan sempurna dengan hanya menekan satu butang.

Sebuah kajian telah dilakukan di mana dari hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa menambahkan tahap baring pada urutan anda bukan sahaja memberikan pengalaman urutan yang lebih mendalam, tetapi ia juga dapat meningkatkan kelonggaran pada otot dengan sangat ketara.

9. Kekuatan urutan

Selain saiz, fungsi dan kaedah urutan, anda juga perlu menitikberatkan soal intensiti urutan. Kekuatan urutan merupakan aspek paling penting yang perlu ada bagi setiap kerusi urut.

Jika kerusinya cantik, mempunyai pelbagai fungsi dan ciri yang menarik tetapi kekuatan urutannya adalah sangat lemah itu tidak mendatangkan kelegaan kepada badan anda.

Untuk mendapatkan kekuatan urutan, ia bergantung kepada bilangan motor dalam kerusi urut tersebut. Jika bilangan motor yang digunakan adalah lebih tinggi maka ia bakal mencetus kekuatan urutan yang kuat.

Oleh itu, dengan motor kerusi urut yang besar, ia akan menjamin kelegaan selepas urutan serta pelaburan yang berbaloi.

Pilihan Kerusi Urut Terbaik Dan Berkualiti Tinggi

1. Kerusi Urut GINTELL S3

kerusi urut gintell

Kerusi urut GINTELL terkini memberi urutan yang berkualiti premium dan mewah serta mampu milik buat anda sekeluarga.

Ia mempunyai S-3D Roller Ball (11cm Protrusi & Dimensi) bagi membuat urutan sehingga ke tisu dalam serta memberi keselesaan pada tubuh.

Selain itu, dengan adanya penggelek bola S-3D, ia dapat membuat urutan pada bahagian tubuh yang sukar dicapai seperti leher atas dan atas bahu.

Terdapat 7 jenis teknik urutan utama iaitu menguli, mengetuk, shiatsu, menguli dan mengetuk, menguli buku jari dan menumbuk. Selain 7 teknik urutan, kerusi urut ini juga dilengkapi dengan Vi-Memory Effortless di mana ia berupaya untuk menyimpan sehingga 3 slot memori bagi membolehkan anda menikmati program kegemaran tersuai, mencipta pengalaman urutan yang mudah dan menyeronokkan.

Antara program yang tersuai adalah program regangan, urutan kaki Detoksologi 4D bagi membantu dalam pengaliran darah, meningkatkan sistem imun dan melegakan sakit perut.

Ia turut mempunyai 15 program auto seperti SPA goyang, penjagaan lumbar, SPA purba, sedentari, penjagaan tulang belakang dan lain-lain lagi.

Kerusi Urut GINTELL S3 SuperChAiR AI turut dilengkapi dengan pembesar suara sekeliling 3D yang boleh bersambung melalui Bluetooth. Ia memberikan anda membuat sambungan muzik pilihan pada smartphone.

Ia juga disertakan dengan USB, bagi membolehkan pengecasan bateri peranti anda.

2. Kerusi Urut Ogawa iMelody

kerusi urut ogawa

Dengan lambang kemewahan dan urutan yang menyeronokkan, kerusi urut Ogawa ini dilengkapi dengan 5 teknik urutan seperti urutan tangan manusia.

Ia juga mempunyai 7 program urut pintar automatik yang bersesuaian dengan keperluan yang berbeza. Ini memudahkan anda membuat pilihan tanpa perlu menekan pelbagai tetapan pada kerusi urut.

Selain itu, ia turut mempunyai fungsi bluetooth dengan bunyi 3D. Anda hanya perlu sambungkan di telefon dan nikmati lagu sambil berurut. Mesin urut Ogawa seperti yang diketahui ramai adalah jenama kerusi urut yang berkualiti tinggi.

3. Kerusi Urut Takasima

kerusi urut terbaik

Kerusi urut second hand Takasima ini jika digunakan secara tetap boleh membantu mengurangkan kesakitan yang terdapat di badan anda.

Antara salah satu kawasan urutan yang berkesan ialah pada bahagian bawah belakang. Apabila urutan dilakukan ia akan membuatkan otot-otot badan menjadi longgar. Maka, sakit belakang dan bahagian bawah yang rasa sakit akan semakin berkurangan.

4. Kerusi Urut MSW

mesin urut badan

Kerusi urut MSW ini pula mempunyai graviti sifar terapung yang memanjangkan susun atur urut. Ia turut mempunyai balutan beg udara yang dapat membuat urutan pada keseluruhan badan menggunakan teknik urutan Thai Deep V.

Mesin urut badan ini turut mempunyai kawalan skrin LCD yang jelas dan cantik, kompres panas Wormwood, dan muzik beserta bluetooth.

Jenama kerusi urut Zero lebih memberi fokus kepada bahagian leher. Urutan akan dilakukan juga pada tubuh seperti mengurut kepala dan menguli pinggang dan bahu bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

5. Kerusi Urut OSIM uDivine Mini 2

kerusi urut osim

Osim massage chair adalah kerusi urut terbaik yang sangat santai. Ia turut dilengkapi dengan pembesar suara Bluetooth.

Walaupun saiznya agak kecil tetapi urutan fungsi penuh sama seperti kerusi urut jenis bulky. Kerusi urut OSIM uDivine merupakan kerusi urut gaya moden dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai ruang letak yang luas di rumah.

Mesin urut badan yang memberikan urutan kekuatan sederhana tinggi dan anda boleh mendengar muzik semasa menikmati urutan.

6. Mesin Urut SNOWFIT Settleback

mesin urut badan

Kerusi urut murah dari jenama SNOWFIT ini menawarkan 22 fungsi urut kepala dengan terapi haba. Ia mampu melegakan sakit pinggang dan belakang anda. Mesin urut ini juga turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti:

  • Getaran pinggul frekuensi tinggi
  • Kawalan berasingan untuk belakang dan pinggul
  • Pelarasan ketinggian
  • Pelarasan sudut 3D
  • Leher dan seluruh belakang dengan pemanasan dan urutan roller
  • Urut getaran pinggul
  • Uli arah jam dan anti jam

7. Kerusi Urut SNOWFIT Spacia II

Antara program auto yang membabitkan kerusi urut terbaik SNOWFIT Spacia II adalah urut seluruh badan, belakang atas dan bawah.

Manakala untuk urutan secara manual yang boleh anda rasai pula adalah urut separa badan, seluruh badan dan urut tekanan udara yang menggunakan kaedah urutan secara golekan menggunakan penggelek ABS yang diperbuat daripada bahan kulit PU.

Bahagian tubuh yang terbabit dalam kaedah urutan beg udara pula adalah seperti kepala, bahu, lengan, pinggul, bawah, betis dan kaki. Apa yang menarik, Snowfit menawarkan 1 tahun on-site warranty. Sebarang kerosakan pada mesin urut, mereka akan datang ke rumah anda untuk repair.

8. Kerusi Urut SNOWFIT Oasis

Jenama kerusi urut SNOWFIT Oasis ini pula mempunyai tiga program auto iaitu Urutan Seluruh Badan (15 minit), Urutan Seluruh Badan (20 minit), Urut Seluruh Badan (25 minit) dan Urut Seluruh Badan (30 minit).

Selain program auto, ia turut disertakan dengan program manual seperti urut separa badan, urut seluruh badan serta urut tekanan udara.

Terdapat lebih kurang tiga fungsi urutan seperti menguli, mengetuk dan mengetik mengggunaka penggelek yang diperbuat daripada ABS.

Untuk urutan yang menggunakan kaedah beg udara pula antara tubuh badan yang diurut adalah seperti bahu, lengan, bawah, betis dan kaki dengan 3 tahap kelajuan urutan dan 3 tahap intensiti beg udara.

Ia juga mempunyai terapi haba dan dilengkapi dengan pembesar suara bluetooth.

9. Kerusi Urut ADSports 8D

Apa yang menarik dengan kerusi urut ini adalah ia telah dinaik taraf dengan menggunakan kawalan suara AI, di mana anda boleh kawal kerusi urut pintar ini hanya dengan menggunakan suara anda.

Anda tidak perlu bangun dan melaraskan kerusi semasa proses urutan untuk menikmati lebih keselesaan semasa urutan dilakukan. Ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik yang lain seperti urutan graviti sifar iaitu menaikkan kaki anda ke tahap yang sama dengan jantung anda.

Anda juga akan berasa selesa kerana ketinggian tersebut akan melegakan ketidakselesaan sakit belakang. Kerusi ini juga dibina bagi menyokong kepala, leher, bahu, pinggang dan belakang anda.

Selain itu ia turut mempunyai pemanasan inframerah yang boleh melegakan kesejukan dan kesakitan di belakang anda. Menariknya, mesin urut badan ini juga dilengkapi dengan sambungan bluetooth supaya anda boleh berurut sambil mendengar muzik.

Dengan roda bergerak, memudahkan anda mengalihkan kerusi urut ke mana saja. Paling penting semua kekuatan urut badan boleh dilaraskan untuk beberapa peringkat yang disimulasikan dengan urutan yang sebenar.

10. Kerusi Urut Zero

Kerusi urut terbaik jenama Zero ini mempunyai pelbagai program automatik dengan kekuatan urutan yang berbeza. Ia juga fungsi manual seperti urutan belakang, urutan tengkuk, urutan kaki serta urutan tekanan udara.

Turut menggunakan teknologi zero graviti dengan menumpukan pada 3 posisi. Selain itu, ia turut mempunyai urutan 3D roller dengan 14 point. Anda juga boleh menyambungkan ke smartphone dengan sambungan bluetooth bagi menikmati lagu sambil berurut.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada anda serta membantu anda membuat pilihan bijak!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.