Power Bank Terbaik

11 Power Bank Terbaik (2024)

Sehingga kini, walaupun dengan pelbagai inovasi teknologi yang dilakukan terutama pada tahap keupayaan bateri telefon bimbit untuk bertahan dengan tempoh yang lama power bank tetap menjadi keperluan yang sangat penting. Tambahan pula jika sedang travel. Sudah tentu power bank terbaik menjadi satu kepentingan.

Satu-satunya penyelamat yang ada sudah tentulah power bank yang mampu membekalkan kita sumber tenaga elektrik yang berterusan terutama ketika waktu gelap. Terdapat pelbagai jenis power bank yang terdapat di pasaran yang berbeza-beza terutama dari fungsi dan ciri-ciri yang ada padanya.

Tidak kurang juga dengan perbezaan dari segi harga di mana semakin banyak fungsi power bank tersebut, maka semakin tinggi harganya. Tetapi itu semua bergantung kepada cara penggunaan kita, jika hanya untuk mengecas satu peranti terdapat juga power bank yang murah harganya dan berbaloi untuk dibeli.

Bagi membantu anda membuat pilihan power bank paling terbaik berdasarkan fungsi dan ciri serta reka bentuk dan harganya, di bawah ini saya telah senaraikan beberapa pilihan power bank terbaik untuk rujukan anda. Jom kita lihat!

Senarai Power Bank Terbaik

Berikut merupakan power bank terbaik.

1. PINENG PN-969

power bank terbaik

Power bank terbaik jenama PINENG PN-969 ini mempunyai banyak ciri yang menarik. Antaranya adalah ia mempunyai dua output USB di mana anda dapat mengecas dua peranti pada masa yang sama.

Power bank terbaik ini juga sangat sesuai digunakan untuk mana-mana telefon, tablet dan peranti yang menggunakan pengecas USB. Selain itu, anda juga akan dapat melihat peratusan bateri atau status pengecasan keluar dan masuk peranti anda melalui paparan skrin LED.

Ia juga mempunyai cip pengecaman voltan pintar secara automatik mengesan voltan dengan bateri yang terbina dalam.

Power bank terbaik jenama PINENG PN-969 ini juga dibina dengan ciri keselamatan iaitu perlindungan bateri terbina dalam untuk mengelakkan pengecasan berlebihan, lebihan nyahcas dan litar pintas.

Beratnya pula adalah 420gm dengan ukuran saiz adalah 163 x 76 x 21mm dan kapasiti bateri pula adalah 20,000 mAh. Ia mempunyai rekaan yang ‘sleek’ dan juga agak ringan dan boleh dibawa kemana sahaja.

2. Pineng PN-987 5000mAh

power bank terbaik

Power bank terbaik jenama Pineng PN-987 ini pula mempunyai output dual USB di mana ia berupaya untuk mengecas peranti anda pada masa yang sama. Ia juga sangat serasi untuk mana-mana jenis telefon, tablet dan juga peranti pengecas USB.

Selain itu, power bank 5000 mAh ini juga turut dilengkapi dengan paparan bar bateri lampu penunjuk serta cip pengecaman voltan pintar secara automatik mengesan voltan. Ia juga mempunyai IC perlindungan bateri terbina dalam untuk mengelakkan pengecasan berlebihan, lebihan nyahcas dan litar pintas.

3. Pineng PN-917PD

power bank terbaik

Istimewanya power bank terbaik dari PINENG PN-917PD ini, ia dilengkapi dengan bilangan port sehingga 3 slot yang membolehkan anda mengecas 3 peranti berbeza pada satu-satu masa.

Power bank 20,000 mAh ini juga turut menyokong pengecasan secara pantas jenis Power Delivery dan juga Qualcomm Quick Charge 3.0. Selain itu, powerbank ini juga memiliki ciri keselamatan yang dibina dengan cip pengecaman voltan pintar secara automatik untuk mengesan voltan dengan perlindungan bateri untuk mengelakkan pengecasan berlebihan, lebihan nyahcas dan litar pintas.

Mempunyai reka bentuk yang ringan dengan berat adalah 400gm disertai dengan saiz 190 x 92 x 14mm ia sangat mudah dan ringan untuk dibawa.

Malah, power bank ini juga menggunakan bateri polimer litium menjadikan bank kuasa paling nipis serta memiliki cip pengecaman voltan pintar secara automatik mengesan voltan.

4. Anker Powercore A1363

power bank terbaik

Power bank jenama Anker ini mempunyai kapasiti bateri 20,000 mAh dengan teknologi powerIQ berkelajuan tinggi dan USB-C (Input Sahaja) untuk iPhone, Samsung Galaxy dan banyak lagi peranti lain.

Dengan kapasiti bateri yang ultra-tinggi ia menyediakan lebih daripada 5 caj untuk iPhone XS, hampir 5 caj penuh untuk Samsung Galaxy S10, lebih daripada 4 caj untuk iPhone 11 dan lebih daripada 2 setengah caj untuk iPad mini 5.

Selain itu, teknologi powerIQ berkelajuan tinggi mampu menyampaikan pengecasan yang dioptimumkan kepada peranti anda. Anda juga boleh mengecas peranti anda secara serentak dengan adanya port USB berkembar.

Power bank ini juga akan mengecas semula PowerCore dengan pengecas 10W di mana ia akan mengambil masa kira-kira 10.5 jam, manakala pengecasan semula dengan pengecas 5W akan mengambil masa lebih kurang 20 jam.

5. MOPOER Powerbank

power bank terbaik

Power bank yang seterusnya pula adalah dari jenama MOPOER. Reka bentuk power bank yang sangat versatil ini dapat memastikan peranti anda dicas dalam masa yang cukup singkat. Ia juga turut dilengkapi dengan teknologi VOOC fast charging di mana teknologi ini berupaya untuk menampung keperluan pengecasan pantas pada smartphone anda.

Ia dilengkapi dengan 2 port tersedia yang memudahkan anda untuk mengecas dua peranti secara serentak. Power bank ini juga mempunyai masa hidup selama 500 kali dengan kapasiti baterinya adalah 20,000 mAh. Ia sangat sesuai untuk semua jenis peranti dengan berat adalah 420gm dengan ukuran saiz pula 150 x 74 x 21mm.

6. Aukey PB-WL03S Powerbank

power bank terbaik

Bagi anda yang tidak sukakan sambungan wayar ketika pengecasan dilakukan dan merasa terganggu dengannya, power bank terbaik dari Aukey PB-WL03S ini adalah penyelesaian yang paling terbaik.

Ia dilengkapi dengan cas peranti serasi Qi anda dengan mudah sehingga 10W tanpa menyambungkan kabel (menyokong tahap output wayarles 5W, 7.5W dan 10W). Iturut dilengkapi dengan sokongan tapak kaki untuk menyediakan tontonan telefon bebas tangan yang stabil.

Power bank ini menggunakan Output Penghantaran Kuasa 3.0 dan output Caj Pantas 3.0 bergabung untuk menyampaikan cas yang dioptimumkan kepada peranti anda sehingga 18W. Anda boleh mengecas iPhone 11 Pro dengan pantas sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja dengan output PD.

Malah, power bank dengan kapasiti 20,000 mAh ini turut memiliki penunjuk aras bateri LED Digital di mana anda boleh melihat tahap bateri dan status pengecasan sekilas pandang. Power bank yang menyokong pengecasan berwayar dan tanpa wayar secara serentak untuk kemudahan tambahan iaitu Port Quick Charge 3.0 mampu untuk mengecas peranti anda sehingga 4 kali lebih pantas daripada pengecasan secara konvensional.

7. Baseus Power Bank

power bank terbaik fast charging

Pilihan power bank terbaik fast charging yang seterusnya adalah Baseus power bank yang mempunyai rekaan kabel pengecas iP/jenis c ini. Anda tidak perlu menunggu untuk peranti anda dicas penuh kerana ia mempunyai Output 20W dengan pengecasan yang sangat pantas.

Dengan input dwi dan empat output, power bank ini berupaya untuk menyokong bekalan kuasa secara serentak untuk berbilang peranti, yang anda perlukan hanyalah satu

Paparan digital LED membolehkan tontonan masa nyata baki paras bateri peranti anda. Power bank ini didatangi dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan juga ungu.

8. High-power Multifunction Power Bank

power bank terbaik

Power bank terbaik ini sangat sesuai digunakan sebagai power bank atau jumper kereta terutama ketika waktu-waktu kecemasan. Ia merupakan 100% jenama baharu yang dibuat dengan bahan yang berkualiti tinggi.

Ia sangat ringan dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja dengan bateri yang berkuasa tinggi dengan kitaran hayatnya boleh mencapai sehingga 1000 kali ganda penggunaan.

Power bank ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis peranti seperti telefon bimbit, PSP, MP3/MP4, tablet, PDA, komputer diba dan Notebook.

Ia turut dilengkapi dengan lampu penunjuk yang akan berkelip satu persatu dengan bilangan lampu gelongsor yang memaparkan kapasiti bateri power bank anda. Power bank ini juga mempunyai lampu suluh LED ultra terang terbina dalam dengan mod isyarat obor, strob dan SOS.

Harga powerbank ini juga tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi dengan fungsinya yang pelbagai serta kecekapan kuasanya.

9. Remax Original 80000mAh

Power bank ini pula merupakan yang mempunyai kapasiti bateri sebanyak 80000 mAh. Ia boleh digunakan untuk semua jenis peranti dengan pengecasan yang sangat pantas dan tanpa henti.

Power bank terbaik dan murah ini diperbuat daripada bahan jenis ABS + PC + bahan kalis api dengan berat 1679g serta ukuran saiz 178 x 83 x 78.6.

Kedua-dua port USB mampu untuk mengecas secara serentak di mana hanya mengambil masa selama 30 minit untuk pengecasan sebanyak 60%. Istimewanya, power bank ini mempunyai reka bentuk lanyard mudah alih.

10. Power Bank 4 USB


Powerbank yang mempunyai kapasiti bateri 60000 mAh ini diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dengan dilengkapi bateri terbina dalam. Ia mempunyai 4 port output dan 3 port input membantu memberikan pengecasan yang pantas dengan kelajuan pengecasan terpantas.

Dengan kuasa bateri sehingga 60000, anda boleh menikmati peranti anda dengan masa yang lama. Power bank ini mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

11. Xiaomi Mi Power Bank 10000mAh


Power bank terbaik dan murah Xiaomi Mi 10000mAh ini mempunyai sembilan lapisan perlindungan cip litar yang bertaraf dunia dan dibina oleh Texas Instruments dan Monolithic Power Systems.

Dengan kelengkapan cip kawalan pintar USB yang diguna pakai dan cip pengecasan/penyahcasan, power bank Xiaomi bukan sahaja dapat menyediakan sembilan lapisan perlindungan cip litar tetapi turut berfungsi dalam meningkatkan kecekapan. Ia juga lengkap dengan ciri keselamatan iaitu rintangan suhu di mana dapat memastikan bateri Li-ion beroperasi dalam julat yang selamat.

Kesimpulan

Ketika membuat pembelian power bank, aspek utama yang perlu anda sentiasa titikberatkan adalah mengenai saiz, reka bentuk, berat, kapasiti dan fungsi power bank tersebut. Antara ciri penting yang perlu ada pada sesebuah power bank terbaik adalah petunjuk jelas tentang jumlah kuasa yang tinggal. Ada sesetengah model menunjukkan paparan digital dan bukannya bar sebagai contoh skrin yang memapar baki bateri “80% baki”.

Manakala, untuk kapasiti bateri pula iaitu miliamp (mAh) anda perlu pastikan power bank mempunyai keupayaan bateri yang cukup tinggi sekiranya anda ingin mengecas dua atau tiga peranti sekaligus. Ini juga bergantung kepada jenis power bank tersebut.

Ini adalah kerana, semakin tinggi nombornya, semakin banyak kuasa yang boleh dihantar ke peranti anda.

Pastikan juga anda mencari power bank yang boleh mengecas semula telefon pintar atau tablet anda sepenuhnya sekurang-kurangnya dua kali sebelum memerlukan pengecasan semula. Ini dapat memastikan peranti anda dilindungi selama satu hingga dua hari pada satu masa.

Untuk makluman anda juga, power bank boleh terdiri daripada cas tunggal (3000mAh) hingga lebih tinggi. Kebanyakan telefon pintar terkini sudah mempunyai bateri dengan kira-kira 3000 mAh.

Power bank dengan kapasiti bateri 10,000 mAh sepatutnya boleh mengecas telefon pintar sehingga tiga kali. Manakala, power bank dengan 20,000 mAh boleh mengecas lebih daripada enam kali.

Sentiasa membuat semakan terlebih dahulu di tapak web pengilang sebelum anda menggunakan power bank yang dibeli. Semoga perkongsian ini memberikan anda manfaat untuk anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.