Mainan Kanak-kanak Perempuan

15 Mainan Kanak-kanak Perempuan Terbaik 2023

Ada banyak sangat mainan di pasaran. Sampai pening nak pilih mainan kanak-kanak perempuan yang sesuai.

Kanak-kanak sememangnya suka dengan mainan. Sebagai ibu bapa kita tentunya ingin berikan mainan terbaik untuk anak-anak. Mainan yang bukan saja memberikan keseronokan tapi juga baik untuk perkembangan otak.

Dengan itu, dalam artikel ini saya kongsikan mainan kanak-kanak perempuan untuk pilihan ibu bapa. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat kanak-kanak perempuan.

Permainan Kanak-kanak Perempuan

Berikut mainan kanak-kanak perempuan terbaik. Dalam senarai di bawah ada mainan kanak-kanak murah dan ada juga yang mahal. Anda boleh buat pilihan mengikut bajet yang anda tetapkan.

1. Monopoly Ultimate Rewards Board Game

Mainan Kanak-kanak Perempuan

Set Monopoly ini sesuai sebagai mainan kanak-kanak perempuan 8 tahun ke atas. Permainan untuk bermain 2 hingga 4 orang. Anak boleh bermain bersama adik beradik yang lain. Mainan ini jadi lebih seronok lagi jika ibu bapa dapat bermain bersama. Ini masanya untuk anda luangkan masa dengan anak.

Untuk set ini, terdapat sedikit kelainan berbanding Monopoly biasa. Anak anda didedahkan dengan perbankan elektronik. Setiap pemain diberikan kad bank dan mendapat reward melalui kad. Tiada cash digunakan dalam game ini.

Anak anda boleh beli hartanah ataupun sewakan unit hartanah yang dimiliki. Mereka juga boleh menaiki kapal terbang untuk pergi ke unit harta yang dimiliki. Permainan Monopoly ini membuatkan anak-anak kurang menghadap gajet.

2. LEGO® Classic 10698 Large Creative Brick Box (790 Pieces)

Ini pula, mainan untuk kanak-kanak perempuan 4 tahun ke atas. Mengandungi lego 790 keping. Set ini lengkap dengan kotak supaya mudah untuk simpan selepas bermain.

Permainan Lego ini bagus untuk memupuk kretiviti serta imaginasi anak sejak dari kecil. Pelbagai reka bentuk boleh dibina dengan set lego ini. Dengan 33 warna yang menarik, menambah minat anak-anak untuk bermain.

Jika anak anda masih lagi baru dengan permainan Lego, beberapa idea binaan turut disediakan dalam set ini. Jadi, ianya sesuai untuk kanak-kanak yang baru bermula.

3. Vtech Learning Walker Baby Walker

mainan kanak-kanak perempuan

Baby walker ini adalah mainan kanak-kanak perempuan 1 tahun. Bukan saja sesuai untuk latihan berjalan, tapi juga untuk mengasah kemahiran motor anak.

Mainan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 9 bulan dan ke atas. Mainan berkualiti dari Vtech ini turut ditawarkan jaminan selama 1 bulan dari tarikh pembelian.

4. Kitchen Playset

mainan kanak-kanak perempuan


Mainan yang sememangnya disukai oleh kanak-kanak perempuan. Kitchen playset dari kayu ini lengkap dengan peralatan memasak.

Bukan saja dibuat dari binaan yang berkualiti, set ini juga mempunyai ketinggian yang agak tinggi dan bersaiz agak besar berbanding playset lain.

Mainan ini sesuai dari usia anak 3 tahun. Bagus untuk membina imaginasi serta kreativiti. Dengan keadaan playset yang menarik seakan-akan dapur yang betul, membantu anak anda mengenali peralatan dapur.

5. Cleaning set

mainan kanak-kanak perempuan

Alatan mencuci yang terdiri dari mop, vakum dan juga robot vakum. Mainan kanak-kanak perempuan yang boleh melatih diri anak untuk membersihkan rumah.

Cordless vacuum cleaner dibuat dengan saiz yang sesuai untuk kanak-kanak serta turut mempunyai lampu. Walaupun hanya mainan, suction vakum tetap berfungsi untuk mengutip sampah kecil ataupun habuk.

Ia membuatkan permainan anak anda seperti real. Untuk bermain mainan ini, anda perlu sediakan bateri.

6. Roller blade dengan lampu LED

mainan kanak-kanak perempuan

Kasut roda warna pink yang sinonim dengan kanak-kanak perempuan ini turut dilengkapi dengan lampu LED. Setiap kali roda berpusing laju, lampu LED akan menyala.

Harus diingatkan, anda perlu memastikan keselamatan anak ketika bermain kasut roda ini. Gunakan kit keselamatan seperti helmet yang perlu dibeli berasingan dari kasut roda.

7. Trampolin

mainan kanak-kanak perempuan

Dibuat dari frame yang kukuh dan stabil. Trampolin ini sesuai untuk kegunaan di dalam ataupun luar rumah.

Saiz frame dengan net yang tinggi tidak merbahaya ketika anak anda melompat tinggi. Trampolin ini sesuai untuk anak dari usia 3 tahun dan ke atas. Berat maksima yang boleh ditampung adalah 100kg.

8. Barbie Dreamhouse

mainan kanak-kanak perempuan

Untuk anak perempuan yang meminati Barbie Doll, memiliki Barbie Dreamhouse sudah tentu salah satu impian mereka. Apa kata anda realisasikan impian anak anda ini?

Set ini mempunyai beberapa saiz. Boleh beli saiz bersesuaian ikut umur anak anda.

Ada yang dilengkapi dengan lampu LED. Memang nampak cantik bila dah siap pasang dengan lampu tu.

Hadiah untuk kanak-kanak perempuan set rumah Barbie ini pasti buatkan mereka bersorak riang tatkala menerimanya.

9. Set Barbie Doll

mainan kanak-kanak perempuan

Ini pula Barbie Doll, buat anak perempuan yang suka bermain patung princess.

Dalam set ini ada doll serta aksesori. Boleh mereka berimaginasi tukar pakaian doll. Mainan kanak-kanak perempuan ini sesuai untuk umur 3 tahun dan ke atas.

10. Set Alat Solek


Seterusnya, sesuai untuk mainan kanak-kanak perempuan 8 tahun ke atas. Bagi anak-anak yang suka nak tiru ibu mereka bersolek, set ini sesuai untuk mereka. Boleh bersolek seperti seorang princess.

Dibuat dari bahan yang tiada toksik dan telah menjalani uji kaji bagi memastikan selamat untuk kegunaan kanak-kanak. Alat make-up yang dipakai juga boleh dicuci dengan air biasa.

Namun begitu, jika anak anda senang menghadapi masalah kulit seperti alergik, tidak disarankan untuk memakai alat solek ini.

11. Khemah


Ini pula khemah ala istana. Yang sememangnya cantik dan bertambah menarik dengan adanya lampu bintang pada waktu malam.

Datang dengan 2 warna, biru dan juga pink. Khemah yang boleh dijadikan istana buat puteri anda.

12. Jenga


Jenga merupakan mainan yang bukan saja menyeronokkan, malah memerlukan strategi serta kemahiran. Mainan ini boleh main seorang diri ataupun beramai-ramai. Ianya sesuai untuk diberikan sebagai mainan kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun ke atas.

Jika anda belikan hadiah untuk anak perempuan, anda juga boleh bermain bersama. Permainan jadi lebih seronok bila ibu dan ayah pun main.

13. Mini Kamera


Buatkan anak anda merasai sendiri pengalaman ambil gambar menggunakan digital kamera. Walaupun ada kamera handphone, mini kamera memberikan perasaan yang berbeza. Kamera ini didatangkan dengan 3 pilihan warna; biru, pink dan hijau.

Saiznya yang comel amat sesuai untuk berada dalam tangan si comel anda. Mana tahu dah besar nanti anak anda boleh jadi jurugambar profesional.

Namun begitu, digital kamera ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar mengambil gambar. Sekiranya dia sudah pandai dan suka ambil gambar, Kamera Mini Instax lebih sesuai untuk mereka. Gambar yang diambil pun on the spot boleh siap!

14. Kids Skuter


Skuter kanak-kanak perempuan siap dengan roda lampu. Ia sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas.

Skuter ini boleh dilipat jika tidak mahu digunakan. Jadi, mudah untuk disimpan serta tidak makan ruang yang banyak.

15. Kereta Elektrik


Kanak-kanak tentu teruja bila dapat memandu kereta elektrik mereka sendiri.

Kereta yang siap dengan fungsi kawalan jauh ini boleh dikawal melalui telefon saja. Ia juga mempunyai fungsi mp3, di mana anak boleh dengar lagu sambil naik kereta.

Berat maksimum yang disarankan adalah 40kg. Ia turut mempunyai seat belt untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjaga.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Memilih Mainan Untuk Kanak-kanak Perempuan

Ada beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum membeli mainan untuk kanak-kanak perempuan.

1. Usia

Pemilihan mainan untuk kanak-kanak perlu sesuai dengan usia mereka. Selain baik untuk perkembangan otak semasa bermain, anak anda juga didedahkan dengan mainan yang selamat untuk mereka. Contohnya mainan Lego tidak sesuai untuk anak berusia 3 tahun ke bawah. Bimbang nanti mainan dimasukkan ke dalam mulut mereka.

Pembelian mainan yang sesuai dengan usia boleh membantu perkembangan otak kenak-kanak. Contohnya dengan bermain Jenga, anak dapat melatih otak berfikir strategi supaya tidak jatuhkan kayu.

2. Material

Anda perlu memastikan mainan yang dibeli diperbuat dari barang yang selamat seperti tiada toksik. Ini penting supaya tidak terjadi sesuatu yang berbahaya kepada mereka.

3. Kualiti barang mainan

Mainan yang berkualiti boleh tahan lama. Walau harga sedikit mahal, tapi boleh dipakai sampai ke adik-adiknya nanti.

4. Tujuan

Apa tujuan anda belikan mainan kanak-kanak perempuan ini? Jika tujuan untuk mereka berfikir sambil bermain, anda boleh board games atau educational games.

Jika sekadar hiburan, boleh saja belikan mainan kesukaan mereka.

Penutup

Diharap artikel ini dapat membantu anda memilih mainan kanak-kanak perempuan terbaik. Happy shopping!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.