Hadiah untuk Newborn

15 Idea Hadiah Untuk Newborn & Ibu Bersalin

Menjadi seorang ibu baru adalah satu pengalaman yang luar biasa, tetapi juga menuntut dan memerlukan banyak pengorbanan. Oleh itu, memberikan hadiah yang praktikal dan bermanfaat dapat memudahkan perjalanan ibu dan menyeronokkan saat selepas bersalin. Hadiah untuk newborn bukan hanya untuk ibu baru. Tetapi juga buat para ibu yang baru saja bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.

Semoga bertambah ceria hari ibu dengan hadiah yang anda berikan. Hadiah ini tidak terhad untuk si ibu saja, tapi juga hadiah untuk baby baru lahir. Untuk itu, mari kita lihat beberapa pilihan hadiah untuk newborn yang boleh anda berikan untuk menzahirkan kasih sayang kepada si kecil dan juga ibu.

Idea Hadiah Untuk Newborn

Berikut antara hadiah untuk ibu bersalin dan bayi baru lahir yang anda boleh berikan. Hadiah yang disarankan di bawah merupakan hadiah yang berguna buat ibu dan juga bayi.

1. Baby Rocker

hadiah untuk newborn

Hadiah untuk newborn yang sangat berguna dan menarik adalah baby rocker. Baby rocker jenama Mastela 5 in 1 adalah rocker multifungsi dan serbaguna untuk membantu ibu menidurkan dan menjaga bayi dengan lebih mudah. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak mahu menggunakan buaian gantung. Dengan baby rocker, anda boleh bawa ke mana saja.

Rocker ini boleh digunakan untuk bayi dari lahir hingga usia 3 tahun. Ia juga dapat menanggung berat bayi sehingga 18kg. Baby rocker ini menawarkan 5 kedudukan sandaran yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan keselesaan bayi. Pertama, Rock Sleeper adalah kedudukan yang sesuai untuk bayi tidur lebih selamat dengan ruang yang tenang.

Kedudukan ini boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kehendak bayi. Selain itu, Dream Center adalah tempat tidur isolasi yang cocok untuk bayi berusia 0 hingga 1 tahun, membolehkan mereka tidur berdekatan dengan ibu tanpa perlu risau.

Kedudukan selanjutnya ialah Cozy Seat, yang menawarkan tiga penyesuaian sandaran untuk memenuhi keperluan pertumbuhan bayi. Kedudukan yang sangat selesa untuk bayi bermain dan bercakap dengan ibu mereka.

Untuk perjalanan yang mudah, Baby Rocker ini juga boleh diubahsuai menjadi Travel Bassinet, di mana bakul tidur dapat dikeluarkan dan digunakan secara berasingan, sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana.

Selain itu, Baby Rocker ini juga menawarkan fungsi Rock & Play yang boleh disesuaikan dengan mainan beruang kartun yang dapat dilepas jika tidak diperlukan. Penopang kaki juga boleh disesuaikan dan diperbaiki untuk keselesaan tambahan bayi. Dengan pelbagai fungsi ini, Baby Rocker Mastela 5 in 1 adalah hadiah yang sangat berharga dan berguna untuk bayi baru lahir dan ibu mereka.

2. Baby Cot

hadiah untuk baby baru lahir

Katil bayi jenama Mamakiddies adalah tempat tidur bayi yang selamat dan selesa. Diperbuat daripada 100% polyester, ia sesuai untuk bayi dari lahir sehingga usia 36 bulan atau berat maksimum 15kg. Ruang tidur baby cot adalah panjang 103cm x lebar 67cm. Ia dilengkapi dengan roda yang boleh dikunci supaya mudah mengawal pergerakan ketika katil digunakan.

Tambahan pula, ia turut didatangkan dengan bassinet dan tempat menukar lampin yang boleh dikeluarkan apabila tidak mahu digunakan. Ia juga dilengkapi dengan kelambu untuk menghalang nyamuk serta mainan lembut. Baby cot ini juga mudah dilipat dan disertakan dengan beg bagi memudahkan anda membawa anda ke mana saja.

Ketinggian pintu katil juga boleh dilaraskan untuk membolehkan anda tidur bersebelahan dengan bayi. Mudah untuk anda mengambil bayi ketika dia tersedar untuk menyusu pada malam hari.

3. Nursing Cover

hadiah untuk ibu bersalin

Kain menyusu atau nursing cover adalah hadiah untuk ibu bersalin yang berguna bagi memudahkan menyusu bayi dengan selesa di tempat awam. Ia diperbuat daripada bahan bukan toksik, lembut dan selesa untuk ibu dan bayi.

Dengan reka bentuknya yang ringan, ia mudah dibawa ke mana saja oleh ibu. Masukkan saja ke dalam beg tangan. Penutup leher juga boleh disesuaikan mengikut saiz yang anda inginkan.

Kain ini diperbuat daripada kapas. Oleh itu, ia tidak mengganggu pernafasan. Selain digunakan sebagai nursing cover, ia juga boleh digunakan sebagai selimut bayi atau kain pelindung matahari untuk melindungi kulit bayi.

Ia mempunyai fungsi anti-lift up untuk mengelakkan bayi mengangkatnya dan terdapat beg yang disertakan untuk memudahkan penyimpanan.

4. Baby nest / Baby crib

hadiah untuk newborn

Baby crib ataupun baby nest adalah tempat tidur bergerak yang serbaguna untuk bayi. Diperbuat daripada gabungan kapas dan polyester. Menggunakan kain sarung jenis berzip, ia membolehkan sarungnya dikeluarkan dan dicuci dengan mesin basuh. Sudah tentu sangat mudah untuk dibersihkan dari segala kotoran.

Baby nest ini membantu melindungi tulang belakang bayi, memberi sokongan badan yang seimbang serta mengurangkan tekanan pada tubuh bayi. Ia boleh diubahsuai mengikut umur bayi dan boleh digunakan hingga usia 3 tahun.

5. Set Hadiah Untuk Bayi

hadiah untuk newborn

Antara hadiah yang indah dan praktikal untuk menyambut kelahiran bayi baru adalah set hamper untuk bayi. Set ini kelengkapan yang bermanfaat untuk memenuhi keperluan bayi.

Pertama, terdapat 5 helai pakaian bayi untuk memastikan bayi kekal selesa dan bergaya. Selain itu, swaddle muslin blanket juga disertakan dalam set ini, memudahkan untuk membedung bayi dan membuatkan mereka lebih selesa.

Set ini juga dilengkapi dengan baby care kit yang mengandungi barang seperti berus, sikat, dan pemotong kuku.

Tisu lap bayi juga tidak dilupakan dalam set ini. Dengan begitu banyak item bermanfaat dalam satu set, hadiah set hadiah untuk bayi adalah pilihan yang sangat baik untuk memberikan sokongan kepada ibu dan memastikan bayi mendapat segala yang mereka perlukan dalam saat-saat penting ini.

6. Baby Learning Walker

baby stand walker

Baby learning walker jenama V-Tech adalah hadiah yang membantu bayi dalam pembelajaran dan perkembangan mereka. VTech Sit-to-stand Learning Walker sesuai untuk bayi berumur 9 hingga 36 bulan.

Bayi juga boleh bermain permainan di lantai sebelum bayi mampu berdiri dan berjalan. Apabila bayi mulai berjalan, walker ini mempunyai 2 kawalan kelajuan yang boleh menyokong peringkat berjalan yang berbeza.

Papan pembelajaran ini mempunyai sensitiviti terhadap kelajuan berjalan. Apabila bayi berjalan lebih cepat, ia akan memainkan muzik dorongan yang lebih pantas.

7. Baby Walker

hadiah ibu bersalin

Baby walker yang moden ini menyediakan ruang lapang dan permukaan yang rata, memudahkan bayi untuk makan dengan lebih selesa. Ketinggiannya boleh disesuaikan mengikut tinggi bayi atau keperluan ibu.

Baby walker ini mempunyai tempat untuk meletak makanan dan mainan yang menarik. Ia turut dilengkapi dengan roda yang sangat baik untuk perjalanan yang lancar dan selesa.

Walker ini sesuai untuk bayi berumur 6 hingga 12 bulan. Baby Walker membantu bayi dalam mengembangkan kemahiran motorik yang sihat dan menggalakkan perkembangan otot dengan cara yang menyeronokkan dan gembira.

8. Baby Carrier

hadiah untuk newborn

Baby Carrier adalah hadiah untuk ibu bersalin yang berguna apabila baby telah berumur 4 bulan ke atas. Dengan adanya baby carrier, mudah untuk membawa ibu bapa membawa bayi ke mana saja.

Penggunaan baby carrier yang ergonomik ini memberikan keselesaan kepada ibu dan bayi. Ia mudah digunakan dan tidak menyebabkan ketidakselesaan pada pinggang dan bahu.

Diperbuat daripada kapas yang tidak panas, berkualiti tinggi serta telah diuji tahap keselamatan. Berat baby carrier ini hanya 0.5kg Sahaja, boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam beg.

Ia boleh digunakan dengan dua cara, hadap depan (baby menghadap pemakai) dan gendong belakang. Sesuai untuk bayi berumur 4 bulan atau 7kg hingga berat maksimum 20kg.

9. Beg bayi

hadiah untuk newborn

Beg bayi adalah hadiah yang berguna dan praktikal untuk membantu ibu membawa semua keperluan bayi mereka. Tambahan pula jika bayi tinggal di rumah pengasuh. Senang untuk ibu masukkan segala keperluan bayi dalam sebuah beg.

Diperbuat daripada polyester tahan air dan tahan lasak, ia juga mudah dicuci. Beg ini mempunyai ruang yang besar dan ringan, dengan beberapa ruang untuk keperluan bayi dan barang-barang ibu.

10. Kain Bedung

hadiah untuk ibu bersalin

Kain bedung ini diperbuat daripada cotton yang menjadikan bayi berasa lebih selesa dan selamat ketika menggunakan kain ini.

Ia boleh digunakan sebagai kain tidur ataupun kain untuk lap bayi. Kain ini sangat ringan dan mudah dibawa. Selain itu, ia adalah mesra kulit, tidak panas, lembut, dan mempunyai corak yang cantik. Kain ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan tidak mudah pudar. Jahitannya juga kemas.

11. Sweet Cherry Convertible Infant Baby Car Seat

hadiah newborn

Car seat baby terbaik Sweet Cherry adalah sesuatu yang sangat penting untuk keselamatan bayi semasa berada di dalam kenderaan. Ia sesuai untuk bayi baru lahir hingga usia 48 bulan dengan berat maksimum 18kg.

Untuk bayi berat 0-13kg, disarankan untuk menggunakan kedudukan menghadap ke belakang di tempat duduk kenderaan. Bagi berat 9kg hingga 18kg, letakkan tempat duduk kereta dalam kedudukan menghadap ke depan. Car seat Sweet Cherry ini mempunyai 3 laras kedudukan sandaran.

12. Joie Muze LX Travel System Baby Stroller

hadiah untuk bayi yang tahan lama

Stroller Joie Muze LX Travel System adalah hadiah untuk newborn yang sangat praktikal untuk membantu ibu bergerak dengan mudah bersama bayi mereka. Ia telah diuji melebihi kapasiti berat standard untuk menampung hingga 17.5kg.

Stroller ini juga sesuai untuk digunakan oleh bayi sejak lahir kerana ia turut dilengkapi dengan Juva infant carrier. Ia juga mudah dilipat dan sesuai untuk dimuatkan di dalam bagasi.

Tempat duduk stroller boleh dilaraskan dengan beberapa posisi sandaran. Ia turut mempunyai brek bagi memudahkan mengawal roda stroller serta memastikan keselamatan bayi sentiasa terjamin.

13. Bengkung bersalin berzip & bertali tradisional

hadiah untuk ibu bersalin

Bengkung berzip bertali tradisional adalah hadiah untuk ibu berpantang yang sangat berguna. Kain ini diperbuat daripada kain belacu yang tebal dan tidak akan meregang selepas dicuci serta tidak mudah koyak ketika digunakan.

Selain itu, dengan memakai bengkung dapat membantu menghalang peranakan dari jatuh, membentuk tulang pinggang untuk lebih ramping selepas bersalin, menguatkan semula otot-otot di bahagian pinggang, dan merapatkan kembali miss V selepas bersalin. Ia juga mempunyai zip berkualiti dan tahan lasak untuk memudahkan pemakaian.

Pemberian bengkung sudah tentunya hadiah untuk ibu yang sangat bermakna.

14. Portable Baby Food Processor

newborn gift

Baby food processor dapat membantu menyediakan makanan bayi dengan mudah dan cepat. Alat ini mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk stim dan blend makanan. Ia mampu memelihara nutrien semulajadi dalam makanan bagi menyediakan hidangan yang sihat dan lazat.

Food processor ini mudah dan cepat digunakan. Selain itu, ia membolehkan ibu memberi makan bayi dengan makanan homemade yang berkhasiat serta menjimatkan masa dan wang dalam menyediakan makanan bayi. Sememangnya ia satu hadiah untuk ibu bersalin yang sangat berguna apabila baby boleh mula makan makanan pejal.

15. Mastela Adjustable Dining Baby Chair

hadiah untuk bayi baru lahir

Kerusi makan bayi boleh laras jenama Mastela adalah hadiah yang berguna untuk membantu bayi makan dengan selesa dan selamat. Ia mempunyai 2 tahap penyesuaian ketinggian, 2 tali keselamatan yang boleh laras, tapak kaki yang tidak mudah tergelincir, dan sistem penahan 3 titik.

Reka bentuknya yang ringan, mudah disimpan menjadikan ia sangat praktikal dan mudah dibawa ke restoran atau ke mana saja yang anda inginkan.

Penutup Kata

Dengan pelbagai pilihan hadiah untuk ibu bersalin dan hadiah untuk newborn ini, anda pasti dapat menemui sesuatu yang istimewa untuk ibu berpantang dan bayi mereka. Pemilihan hadiah yang berguna dan praktikal dapat membantu ibu dan bayi dalam kehidupan harian mereka.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.