jenama jam tangan lelaki terbaik

Jenama Jam Tangan Lelaki Terbaik di Malaysia

Anda tentunya sedang mencari jam tangan. Sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dijadikan hadiah. Jadi mesti nak pilih jenama jam tangan lelaki terbaik.

Untuk itu dalam artikel kali ini saya akan kongsikan jenama jam tangan lelaki terbaik untuk pilihan anda. Dari harga yang mahal dan juga harga yang mampu milik.

Jenama Jam Tangan Lelaki Terbaik

Jam tangan boleh dikatakan sebagai aksesori wajib bagi setiap lelaki. Bukan sahaja mudah untuk melihat waktu tapi juga menambah segak seorang lelaki.

Dibawah ini saya senaraikan jam tangan lelaki terbaik beserta model. Mudah untuk anda terus beli jika berminat!

1. Cerruti 1881 Ruscello Men Chronograph CTCRA163SRU04GY

Harga: RM1282


Jam tangan dengan tali kulit ini sesuai digayakan di tempat kerja ataupun ketika melakukan aktiviti luar.

Rekaan warna rosegold dari stainless steel buatkan jam ini nampak stylo. Ia sesuai untuk dijadikan hadiah untuk suami atau bos lelaki.

Jam ini juga mempunyai ketahanan 5 ATM water resistant. Tiada masalah jika terkena percikan air, bawa mandi ataupun berenang. Tapi, tidak sesuai untuk aktiviti menyelam.

Buat anda yang selalu terlupa tarikh, lihat saja pada jam. Tiada lagi masalah tak ingat tarikh lepas ni.

Cuma tali jenis kulit, kalau kena air atau peluh, lama kelamaan akan berbau.

Cerruti juga memberikan 2 tahun warranty untuk jam ini.

2. Fossil FS5237

Harga: RM185


Jam tangan Fossil, sesuai untuk anda yang mempunyai bajet kecil. Tapi, inginkan jam yang berkualiti.

Jenama yang berasal dari Texas, United States ini menawarkan jam tangan pada harga mampu milik.

Dari segi rekaan, jam tangan Fossil tidak kalah dengan jam mahal yang lain. Jam bertali kulit ini sesuai dipakai dengan pakaian kasual ataupun formal.

Anda boleh jadikan hadiah untuk bos lelaki, hadiah untuk ayah ataupun suami. Nak buat sebagai barang hantaran kepada lelaki pun boleh.

Fossil turut menyediakan 2 tahun jaminan untuk kerosakan jam.

3. Tag Heuer Aquaracer GMT WAY201F.BA0927

jam tangan lelaki terbaik

Harga: RM10300


Ini pula jenama jam tangan lelaki yang mahal, Tag Heuer. Sesuai untuk dipakai golongan elit. Tentu akan bertambah keyakinan diri dan nampak berkarisma bila pakai jam mahal ini.

Jam bertali steel ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk ayah atau suami. Lebih mudah, jam tangan ini tak perlukan bateri. Ia berfungsi secara automatik bila dipakai.

Cuma, jam automatik bila lama tak pakai, anda perlu setting semula waktu dan tarikh.

Selain itu, jam Tag Heuer ini ada mod waktu malam. Jadi, senang anda nak tengok jam walaupun gelap.

Jam tangan ini dilengkapi dengan 300m water resistant. Bolehlah jika nak bawa menyelam.

4. Swatch EXTRAVEHICULAR Watch 47mm SB04Z400

Harga = RM670


Seterusnya, Swatch, jenama jam tangan lelaki terbaik yang tidak asing lagi di Malaysia. Membawa imej sporty, sesuai untuk golongan muda yang aktif. Nak dijadikan sebagai hadiah untuk remaja lelaki memang sesuai.

Rekaan jam tangan Swatch ini mengambil inspirasi dari pakaian angkasawan NASA.

Yang menariknya jam buatan Switzerland ini ada fungsi glow in the dark. Kiranya dalam gelap pun anda boleh nampak jam pukul berapa.

Tali jam pula dari material silikon. Memang selesa bila pakai. Tahan lama pula tu.

Dari segi jaminan, Swatch memberikan jaminan 2 tahun. Jika ada kerosakan hantar saja ke outlet Swatch.

Swatch juga menawarkan perkhidmatan menukar bateri jam secara percuma sepanjang hayat. Bila jam habis bateri, tukar saja di mana-mana outlet Swatch. Jimat duit anda!

5. Casio G-Shock Master of G Rangeman Series Black Resin Band Watch GW9400-1D

Harga: RM843.60


Jenama jam tangan lelaki terbaik dari Jepun, Casio G-Shock. Khusus untuk anda yang suka jam jenis digital.

G-Shock Rangeman direka untuk anda yang gemar melakukan aktiviti lasak. Jam yang kalis gegaran, kalis air, ada fungsi kompas, suhu dan pelbagai fungsi lain.

Ia juga mempunyai LED backlight supaya mudah untuk melihat jam di tempat gelap.

6. Apple Watch Nike SE (GPS)

jam tangan lelaki terbaik

Harga: RM1179


Ini pula jenama jam tangan lelaki terbaik dari Apple. Sesuai dengan nama smartwatch, jam ini mempunyai pelbagai fungsi.

Untuk anda yang menjalani gaya hidup yang aktif, suka bersukan, tentunya Apple Watch Nike menjadi pilihan.

Antara fungsi yang terdapat dalam jam ini:-

  • GPS
  • Boleh call dan text tanpa telefon ada bersama
  • Kadar oksigen dalam darah
  • Cek kadar denyutan jantung
  • Kompas
  • Ukur aktiviti sukan seperti berenang, berlari, jogging
  • Sync dengan podcast, audiobook
  • Memberi amaran bila kadar denyutan jantung tidak sekata

Memang banyak fungsi Apple Watch SE. Berbaloi dengan harga.

Cuma, anda perlu ada iphone 6s dan ke atas dengan minima ios 14 untuk pakai Apple Watch SE.

Jika sekarang tak pakai iphone, mungkin perlu pertimbangkan betul-betul sebelum memakai Apple Watch SE. Sebab anda perlu beli iphone dan juga Apple Watch. Boleh tahan banyak duit yang dikeluarkan nanti.

7. Seiko Prospex SPB051J1

Harga: RM3080


Jenama jam tangan lelaki terbaik seterusnya adalah Seiko. Jam tangan yang berasal dari Tokyo, Jepun ini menampilkan jam jenis stainless steel. Tahan karat dan tahan lama.

Cermin jam diperbuat dari Sapphire Crystal yang anti calar. Jadi tak bimbang cermin jam calar bila pakai harian.

Jam ini juga jam automatik yang boleh hidup tanpa bateri.

Rekaan yang ringkas tapi tetap nampak eksklusif. Sesuai untuk anda berikan hadiah untuk ayah atau lelaki yang berusia.

8. Tissot T1164101105700

jam tangan lelaki terbaik

Harga: RM942.48


Buat anda yang suka rekaan jam simple, ini adalah jam untuk anda. Rekaan yang klasik dengan paparan angka yang jelas.

Diperbuat dari stainless steel yang anti karat. Tali jam juga dari stainless steel yang tahan lama.

Cermin jam dari kaca Sapphire Crystal. Jadi tak risau soal cermin jam calar.

Water resistant pula 100m. Boleh la nak bawa mandi atau snorkeling.

Tissot menyediakan 2 tahun international warranty. Sekiranya jam anda rosak ketika anda berada di luar negara, anda boleh claim warranty dari mana-mana cawangan Tissot di seluruh dunia.

9. Ice-Watch ICE steel – Marine Silver (Large)

Harga: RM429


Ice Watch, satu lagi jenama jam tangan lelaki terbaik. Direka di Belgium. Rekaan yang tidak terlalu serabut dengan angka yang jelas. 

Tali jam ini diperbuat dari stainless steel. Jadi tak risau soal karat ataupun tali mengelupas. 

Water resistant pula 10 ATM. Saiz jam ini agak besar dengan diameter 44mm. Sesuai untuk anda yang memiliki pergelangan tangan yang besar. 

Jaminan disediakan selama 2 tahun oleh pihak Ice Watch. Ada sebarang kerosakan, bawa jam, kad warranty beserta resit pembelian sebagai bukti untuk claim warranty.

Akhir Kata

Terdapat pelbagai jenama jam tangan lelaki terbaik yang boleh anda pilih dari senarai di atas. Semuanya nampak cantik kan? Rambang mata nak memilih.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk membeli jam tangan.

Happy shopping!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.