periuk kukus

12 Jenis Periuk Kukus Terbaik Dan Berkualiti Tinggi

Periuk kukus merupakan salah satu peralatan dapur yang wajib ada di setiap dapur kediaman terutama buat anda yang merupakan penggemar makanan kukus yang sihat. Namun begitu, nak memilih periuk kukus terbaik kadang-kala merunsingkan juga, apatah lagi dengan lambakan jenama pengukus yang ada di pasaran sekarang.

Oleh itu, bagi memudahkan anda membuat pilihan terbaik, saya senaraikan beberapa jenama periuk kukus yang berkualiti tinggi dan mesra pengguna.

Senarai Periuk Kukus Terbaik

Berikut adalah senarai periuk kukus terbaik. Terdapat juga periuk kukus elektrik yang lebih memudahkan anda nak mengukus.

1. Periuk Kukus Azonex

periuk kukus terbaik

Buat yang inginkan periuk kukus simple, anda boleh memilih periuk kukus daripada jenama Azonex. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dengan dua lapisan yang berkualiti tinggi dengan ukuran saiz diameternya adalah 28cm.

Anda boleh memilih sama ada mahukan 1 lapis, 2 lapis atau 3 lapisan periuk bergantung kepada keperluan. Untuk kegunaan kukus, sesuai ambil 2 lapisan periuk kerana lapisan kedua mempunyai lubang periuk.

Selain mengukus anda juga boleh merebus pelbagai lagi jenis makanan. Periuk kukus ini turut disertakan dengan penutup kaca yang mempunyai rintangan haba suhu yang tinggi serta memudahkan anda melihat makanan semasa sedang mengukus. Penutupnya juga mempunyai lubang supaya wap makanan dapat keluar.

Periuk kukus Azonex ini juga direka bentuk dengan reka bentuk yang ergonomik untuk mengelakkan anda daripada melecur dengan pemegangnya yang berpenebat haba.

2. Periuk Kukus Japanese 430

periuk kukus terbaik

Pilihan periuk kukus terbaik yang seterusnya pula adalah dari Japanese 430 Stainless Steel Snow Sauce Steamer Pot ini. Ia merupakan produk yang berkualiti tinggi dengan reka bentuk serta warna yang sangat cantik dan tampak eksklusif.

Periuk ini juga mudah untuk dibersihkan setiap kali selepas digunakan kerana ia tidak melekat. Diperbuat daripada keluli tahan karat dengan gred makanan, tiada salutan kimia, tahan hakisan, mempunyai bentuk permukaan yang licin serta dapat mengekalkan makanan dengan khasiat yang tinggi.

Tombol serta pemegang diperbuat dari kayu Bavarian yang diimport dari Jerman membuatkan periuk kukus kelihatan tambah menarik dan tak rasa panas bila dipegang.

Dengan reka bentuk yang unik dan terkini, ia mampu menjadikan peredaran wap dalam periuk di tahap terbaik serta dapat mengekalkan kecekapan haba dan memendekkan masa anda memasak.

Paling best mengenai periuk ini adalah ia sangat ringan berbanding periuk kukus tradisional. Selain itu, dalam periuk turut dilabel dengan sukatan air supaya mudah untuk anda memasak. Periuk kukus ini juga sesuai untuk kegunaan atas dapur gas, dapur induksi atau seramik.

3. 2 Layer Stainless Steam Fish Steamer

periuk kukus terbaik

Buat penggemar ikan stim, anda boleh dapatkan periuk kukus besar ini di pasaran! Berbentuk bujur, steamer dari keluli tahan karat dengan 2 lapisan ini didatangkan dengan lapisan atas siap lubang periuk wap dan lapisan bawah tanpa lubang periuk.

Ia diperbuat daripada bahan gred makanan dengan ukuran diameternya adalah 38.7cm(L) x 25cm(W) ​​x 28cm(H).

Dengan reka bentuk yang menarik, ia mampu menjadikan tugas mengukus anda menjadi lebih mudah.

4. Periuk Kukus Dafeike Steamer Maifan Stone

periuk kukus terbaik

Periuk kukus Dafeike Maifan Stone merupakan jenama yang sangat popular di kalangan penggemar peralatan dapur sejak tahun 2017 lagi. Selain untuk kukus, ia turut dilengkapi dengan sauce pan yang mesra pengguna.

Di bahagian bawah pengukus ini, terdapat non-stick yang membuatkan periuk ini tidak melekat serta menjadikan proses pemanasan dapat berlaku dengan sangat cepat dan sekata.

Apa yang penting, periuk pengukus ini sangat sesuai digunakan di atas dapur gas asli, gas cecair, microwave. Pengalaman memasak anda akan menjadi lebih menarik apabila menggunakan periuk kukus dari jenama Dafeike yang berkualiti tinggi serta harga yang sangat berpatutan.

Ia juga sangat ringan kerana diperbuat aluminium, mudah dibawa dan dibersihkan serta mempunyai pemegang yang sangat selesa.

5. Periuk Kukus Elektrik Pensonic

pensonic steamer

Periuk kukus elektrik jenama Pensonic ini pula merupakan pengukus dengan 3 lapisan. Ia mempunyai lapisan khas untuk meletakkan air di mana memudahkan anda untuk isi semula air.

Selain itu, ia turut dilengkapi tempoh masa automatik, penutup, bunyi loceng dan lampu penunjuk untuk memudahkan lagi tugas memasak anda.

Setelah siap kukus, loceng akan berbunyi menandakan masakan anda telah tersedia untuk dihidang. Tak perlu sentiasa tunggu dan lihat seperti periuk kukus yang dimasak atas dapur gas.

6. Periuk Kukus Bamboo Steamer


Mesra alam! Itu yang dapat digambarkan mengenai Bamboo Steamer ini. Jika anda penggemar peralatan memasak yang mesra alam boleh dapatkan Bamboo Steamer ini di pasaran. Ia merupakan alatan memasak yang paling sihat dan bebas daripada segala racun yang berbahaya, tiada PTFE, tiada PFOA, mempunyai sSijil SGS, tahan lama dan terbukti mampu bertahan pada perubahan suhu iaitu daripada 20 darjah celcius hingga 450 darjah celcius.

Selain itu, pemegang periuk kukus ini juga direka bentuk secara ergonomik dan kalis haba serta anti gelincir membolehkan anda mengendalikan makanan dengan lebih selamat dan mudah.

Menariknya, dengan menggunakan pengukus ini, makanan anda dapat disimpan pada suhu panas untuk tempoh yang lebih lama, serta mengekalkan rasa dan tekstur hidangan anda.

Periuk kukus ini diperbuat daripada batu import Australia dan sesuai digunakan di atas dapur gas, elektrik, dapur seramik kecuali dapur aruhan, di atas ketuhar gelombang mikro (tanpa penutup) dan di atas ketuhar dengan kepanasan sehingga 450 darjah celcius.

Ia juga boleh dicuci dengan mudah dan dihidangkan terus makanan bersamanya serta boleh disimpan di dalam peti sejuk.

7. Periuk Kukus Elektrik 32cm

periuk kukus besar

Periuk kukus elektrik dengan pelbagai fungsi ini merupakan pengukus keluli tahan karat, mudah dibersihkan dan tidak mudah melekat minyak.

Selain mengukus makanan, periuk ini juga mempunyai pelbagai kegunaan lain seperti membakar. Ia mempunyai reka bentuk kalis air, dengan bahagian bawah untuk mengelakkan tangan anda daripada terbakar semasa membakar.

Periuk kukus besar ini bersaiz 32cm dan diperbuat daripada bahan logam berkualiti tinggi, tidak toksik, kukuh dan tahan lama dan badan periuk ini juga mempunyai kaca tebal, sangat lembut dan mampu mengekalkan haba.

Manakala di bahagian bawah pengukus pula dilengkapi dengan reka bentuk tidak licin dan selamat untuk digunakan.

8. Periuk Kukus Tupperware

periuk kukus

Jenis periuk kukus ini pula diperbuat daripada bahan hidrofobik di mana ia dapat menangkis air dari permukaan mengukus. Ia juga mempunyai perimeter beralur dalam yang dapat mengalirkan air dari sisi ke dalam periuk.

Tupperware steamer ini turut dilengkapkan dengan pemegang yang membolehkan anda mengendalikan makanan dengan lebih selamat. Penutup berbentuk lengkung dengan rekaan yang berkubah membolehkan pengewapan air mengalir ke tepi supaya makanan tidak rosak.

9. Periuk Steamer 9 liter

periuk steamer

Periuk kukus besar dengan kehadiran penebat di luar dan dalam yang sangat baik serta dilengkapkan pula dengan kehadiran penutup penebat dua lapisan menjadikan makanan yang dikukus oleh anda dapat dimasak dengan begitu sempurna, pantas serta kekal berkhasiat.

Manakala di bahagian bawah periuk dalamnya pula mempunyai pelapik pemanas konduktif yang sesuai untuk kegunaan pelbagai dapur memasak seperti dapur gas, dapur aruhan, dapur elektrik dan dapur seramik menjadikan tugas memasak anda lebih mudah dan hebat.

10. Trio Food Steamer TFS18 2 Tier 10L

trio steamer

Periuk kukus besar ini tidak mempunyai toksik dan mampu tahan dengan suhu panas yang tinggi kerana ia diperbuat daripada Plastik Polikarbonat. Ia sangat praktikal dan tidak mencemarkan makanan anda.

Selain itu, periuk kukus elektrik terbaik dari Trio Food ini juga sangat besar dan boleh mengukus dengan pantas iaitu selama 60 minit. Periuk kukus empat segi ini juga mempunyai corong isi semula air luaran yang berfungsi untuk membantu anda menambah air tanpa perlu membuka mana-mana bahagian pengukus.

Terdapat juga penunjuk aras air yang memberitahu anda berapa banyak air yang diperlukan untuk mengukus makanan anda. Ia juga mampu tahan berat dan mempunyai kapasiti untuk dua tingkat dengan bekalan kuasa sebanyak 1800w dengan voltan 240v.

11. Periuk Kukus Cap Buaya

periuk kukus cap buaya

Periuk kukus cap buaya merupakan periuk kukus yang terkenal sejak dulu lagi. Mempunyai pelbagai saiz dari 24cm hingga 44cm. Bagi yang perlukan periuk kukus besar bolehlah pilih saiz 44cm. Periuk besar cap buaya ini memang sesuai untuk kegunaan orang berniaga.

Diperbuat dari aluminium, periuk kukus cap buaya mempunyai 3 lapisan. Pelbagai masakan boleh dimasak menggunakan periuk ini seperti pau, ikan stim, kuih muih, dim sum dan banyak lagi.

12. Steamer Noxxa

steamer noxxa

Noxxa steamer ini mempunyai 3 lapisan. Sesuai bagi yang mencari periuk kukus besar serta periuk kukus elektrik. Setiap lapis periuk mempunyai saluran wap yang berbeza supaya bau makanan tidak mengganggu lapisan yang lain.

Dengan 3 lapisan yang besar, anda mudah untuk memasak pelbagai jenis makanan sekaligus. Jimat masa dan tak perlu menunggu lama seperti periuk kukus tradisional. Anda hanya perlu tetapkan masa dan steamer Noxxa akan masak mengikut tetapan masa anda.

Yang menariknya, ia mempunyai fungsi keep warm yang membolehkan masakan yang telah dimasak kekal panas dalam masa sejam.

Akhir Kata

Bagi anda yang sangat mementingkan kesihatan tubuh dan penggemar makanan sihat yang berkualiti tinggi, pilihan kaedah memasak yang terbaik sudah tentulah dengan kaedah mengukus.

Oleh itu, memiliki periuk kukus paling terbaik adalah sangat penting bagi menjayakan misi kesihatan anda tersebut. Periuk ini juga sesuai untuk diberikan sebagai hadiah buat pengantin yang bakal memulakan kehidupan baru.

Justeru, melalui perkongsian di atas ini diharapkan ia mampu memberikan anda gambaran yang lebih jelas dan terperinci mengenai periuk kukus yang manakan yang sesuai dan terbaik untuk digunakan. Semoga bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.