basikal mountain bike

16 Jenama Basikal Mountain Bike (MTB) Terbaik di Malaysia 2024

Membuat pemilihan jenama basikal MTB yang terbaik bukanlah mudah dan tidak boleh dinilai berdasarkan kecantikan dan reka bentuknya sahaja. Terdapat beberapa ciri penting yang perlu dititikberatkan terutamanya jenis basikal, saiz, fungsi dan juga gear yang digunakan.

Apatah lagi jika ingin melakukan aktiviti yang sangat lasak, pelbagai ciri penting perlulah diteliti sehabis baik sebelum membeli sesebuah basikal.

Melalui perkongsian artikel kali ini, saya akan senarai beberapa jenama basikal MTB terbaik yang sangat bagus dan berbaloi untuk anda beli.

Senarai Basikal Mountain Bike (MTB) Terbaik Dan Tahan Lasak

Berikut merupakan beberapa jenama basikal mtb murah dan berkualiti.

1. Basikal Mountain Bike FOREVER 27.5” Hardtail

jenama basikal mtb terbaik

Basikal mtb FOREVER Hardtail ini merupakan basikal mountain bike murah yang mempunyai 9 kawalan kelajuan dan juga terdapat dalam dua saiz yang berbeza.

Sangat selesa ketika menunggangnya, basikal ini juga ringan dan lebih stabil.

Berat basikal ini pula hanya 13 kg sahaja dan mempunyai rim dua aloi yang berukuran 29inci. Selain itu, basikal ini juga mempunyai brek cakera hidraulik.

Tetapi, anda perlu mendapatkannya dengan segera kerana stok adalah sangat terhad.

2. Basikal MTB Trinx M116

jenama basikal mtb terbaik

Bagi anda yang sedang mencari basikal mtb murah, jadikan Trinx M116 sebagai pilihan anda. Basikal jenis Trinx M116 ini mempunyai waranti selama 5 tahun.

Dilengkapi dengan suspension depan, disc brake depan dan juga belakang, cable dalam body serta mempunyai 21 kawalan kelajuan, ianya sangat berbaloi untuk dibeli.

Malah, bingkai aloinya juga direka bentuk dari Itali.

Ianya juga mempunyai dua pilihan warna dengan saiz 29” Trinx. Basikal Trinx M116 ini sangat berkualiti tinggi dan berpatutan dengan harga.

3. TRS Windstorm Aluminium Mountain Bike 29”

jenama basikal mtb terbaik

TRS Windstorm Aluminium Mountain Bike 29” merupakan salah satu basikal mountain bike yang sangat berpatutan dengan harga dan kualiti yang dimilikinya.

Mempunyai rekaan bentuk yang sangat ergonomic, basikal mtb carbon ini juga turut memiliki brek cakera mekanikal, sistem kunci, 8 jenis kelajuan,

4. MTB 24” 21 Speed

jenama basikal mtb terbaik

Basikal murah yang mempunyai 21 speed ini juga antara basikal mountain bike terbaik.

Ia mempunyai struktur rangka yang tahan lasak secara menyeluruh dan bingkainya juga diperbuat daripada bahan yang keras serta sistem brek cakera berganda dengan tahap konfigurasi yang standard.

Malah, ianya juga dilengkapi 21 kawalan kelajuan yang menjadikan penukaran gear yang lancar pada setiap tunggangan.

MTB Murah 21 Speed ini juga mampu menanggung kapasiti berat sehingga 120kg.

5. BEINAIQI Fat Bike

jenama basikal mtb terbaik

Fat bike murah ini mampu menampung berat sehingga 150kg, dengan ukuran panjang 140cm dan berat keseluruhan 22kg serta mempunyai empat pilihan warna.

Jadi, buat anda yang memiliki badan yang besar, basikal BEINAIQI Fat Bike ini sangat sesuai untuk dibeli. Ianya direka khas dengan dilengkapi bingkai keras yang diperbuat daripada keluli karbon yang bersifat aerodinamik serta dilengkapi sistem gear SHIMANO 21 Speed.

Selain itu, BEINAIQI Fat Bike ini juga mempunyai dua brek cakera dan brek mekanikal serta pendakap basikalnya pula diperbuat daripada keluli karbon berkualiti tinggi.

Malah, ianya juga mempunyai sistem suspensi Reverse Shock Absorber untuk kayuhan yang lebih lancar, stabil dan juga penuh dengan keselesaan.

6. Basikal MTB Decathlon Rockrider

jenama basikal mtb terbaik

Bagi anda yang meminati basikal mountain bike jenama Decathlon, boleh dapatkan Decathlon Cycling Mountain Bike Rockrider sebagai salah satu koleksi basikal mtb terbaik anda.

Ianya dilengkapi dengan kemudahan penggunaan pemindah cengkaman tunggal yang membolehkan anda menukar semua gear dengan mudah. Basikal ini juga mempunyai brek V berganda yang memberikan lebih kuasa brek.

Selain itu, Decathlon Cycling Mountain Bike Rockrider juga menawarkan jaminan seumur hidup pada bingkai, pemegang bar dan lain-lain lagi.

7. Basikal MTB Camp HYDES 29er SHIMANO DEORE

basikal mtb murah dan berkualiti

Basikal jenama MTB Camp HYDES 29er SHIMANO DEORE ini mempunyai dua pilihan saiz dengan empat warna yang berbeza. Jenama basikal MTB Camp Hydes ini juga menggunakan brek hidraulik Tektro yang mampu memberi lebih cengkaman dan cekap untuk ciri keselamatan dan mempunyai 12 kelajuan.

Selain itu, basikal MTB Camp HYDES 29er SHIMANO DEORE turut dilengkapi beberapa aksesori yang berkualiti premium dengan rekaan bentu yang moden dan lasak.

8. Basikal Mountain Bike MONGOOSE 27.5”

basikal mtb murah dan berkualiti

Harga basikal mountain bike MONGOOSE 27.5” ini dalam senarai harga mampu milik buat anda penggemar basikal lasak. Basikal mountain bike MONGOOSE 27.5” ini mempunyai tiga lapisan rim dan menggunakan gear jenama SHIMANO.

Ia juga mempunyai 6 pilihan warna dengan pilihan satu jenis saiz sahaja.

9. Basikal Murah MTB EKOS 27.5

basikal mtb murah dan berkualiti

Pilihan basikal mtb yang seterusnya pula adalah EKOS 27.5. Ianya mempunya tempat duduk boleh laras, mempunyai 27 kelajuan dengan lekapan kaki belakang yang kuat, serta lekapan sandaran rantai memudahkan lagi anda mengayuhnya dan menyokong kemas tubuh ketika anda menggunakannya.

Ini adalah salah satu basikal MTB murah dan berkualiti.

10. Basikal MTB LAUXJACK

basikal mountain bike

Basikal MTB LAUXJACK merupakan basikal murah yang mempunyai sehingga 21 kelajuan. Selain itu, rangkanya pula diperbuat daripada keluli karbon yang mampu menyerap sebarang hentakan kuat. Sistem breknya pula mengunakan dua pasang brek cakera dan mampu menanggung beban sehingga 120kg.

11. Basikal Camp Pro Lite 9.2 29”

basikal mountain bike

Camp Pro Lite 9.2 29” ini pula merupakan jenama mtb terbaik di Malaysia. Sangat berbaloi untuk dibeli, basikal mtb terbaik ini mampu memberikan kepuasan kepada penggemarnya.

Diperbuat daripada karbon, bingkai basikal ini sangat tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ianya juga menggunakan brek hidraulik Tektro dan mempunyai kelajuan sebanyak 12 kelajuan.

12. HTG Aquila 29”

mtb terbaik 2021

Seterusnya jenama basikal MTB HTG Aquila ini mempunyai 5 tahun waranti. Mempunyai brek cakera hidraulik di depan dan belakang membantu anda untuk membrek dengan lebih mudah dan efisien.

13. JAVA SILURO 3 Uci

Jenama basikal MTB dari JAVA SILURO 3 Uci termasuk dalam senarai jenama basikal mtb terbaik yang sangat berbaloi untuk anda miliki. JAVA SILURO 3 Uci mempunyai 3 pilihan warna dan juga tiga pilihan saiz.

Terkenal dengan kegunaan sebagai basikal lumba, basikal ini boleh juga digunakan untuk aktiviti lain. JAVA SILURO 3 Uci ini mempunyai kelajuan sehingga 22 kelajuan dengan bingkainya yang berukuran 47cm, 50cm dan juga 53cm.

14. Basikal Mountain Bike Atecx 29”

jenama basikal mtb terbaik di malaysia

Jenama basikal MTB Atecx 29” mempunyai tiga pilihan warna iaitu hijau, hitam dan juga kelabu. Rangka basikalnya pula berukuran 17” dengan waranti selama 3 tahun.

Basikal mountain bike Atecx 29” ini juga mampu menanggung berat sehingga 120kg dan rangkanya pula diperbuat daripada aluminium. Selain itu, basikal ini juga turut mempunyai sehingga 21 kelajuan.

15. Basikal MTB Oyama Freedom 2.3

Pilihan seterusnya adalah jenama basikal MTB dari Oyama Freedom 2.3 ini. Saiz basikal mtb mengikut ketinggian iaitu 15” sesuai untuk ketinggian penunggang dalam lingkungan 148cm-168cm, manakala bagi saiz 17” pula sangat sesuai untuk ketinggian penunggang dalam lingkungan 168cm-180cm.

Kapasiti berat pula adalah sehingga 120kg. Oyama Freedom 2.3 ini juga mempunyai waranti selama 1 tahun.

16. Basikal MTB Begasso Folding Bike 26”

mountain bike basikal

Dengan 4 variasi pilihan, Begasso MTB Folding Bike 26” menjanjikan satu kepuasan yang maksimum. Mempunyai reka bentuk yang menarik dan lasak, basikal jenama Begasso MTB Folding Bike 26” ini juga mempunyai kelajuan sehingga 21 kelajuan.

Rangka jenama basikal MTB Begasso ini diperbuat keluli karbon berkualiti tinggi dan mempunyai special disc brakes untuk mendaki gunung.

Bagi anda yang baharu berjinak-jinak main road bike, basikal jenama Begasso MTB Folding Bike 26” antara pilihan yang tepat. Jenama basikal MTB Begasso ini juga mempunyai pelbagai racing part, rim aluminium alloy, pedal anti-licin dan juga sistem gear yang berkualiti tinggi.

Akhir Kata

Aktiviti berbasikal bukan sahaja menyeronokkan tetapi ianya juga mampu memberi kebaikan kepada alam sekitar dan manfaat kesihatan yang berpanjangan. Malah bukan sahaja untuk tubuh badan, ianya juga memberi manfaat kepada kesihatan mental.

Oleh itu, bagi anda penggemar aktiviti berbasikal ini teruskan minat anda dan tambahkan koleksi jenama basikal MTB peribadi untuk merasai pengalaman yang berbeza. Bagi anda yang baharu sahaja hendak menjebakkan diri dalam aktiviti berbasikal yang menyeronokkan ini, jadikan perkongsian ini sebagai sumber rujukan untuk membuat pemilihan jenama basikal MTB terbaik.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.