9 Peti Ais Kecil/Mini Terbaik di Malaysia 2024

Peti ais kecil sangat praktikal untuk kegunaan di ruang yang kecil dan sempit seperti bilik sewa, asrama, bilik hotel dan bilik pejabat. Memandangkan saiznya yang kecil, peti ais mini mudah untuk dibawa ke mana saja.

Jadi, jika anda duduk bilik sewa senang nak bawa bila berpindah nanti. Selain itu, ada tempat nak simpan makanan supaya tak rosak.

Bagi ibu menyusu pula, peti ais kecil ini sangat berguna di pejabat bagi menyimpan susu yang dah dipam. Ini sangat penting terutama jika pejabat tak menyediakan peti sejuk.

Nak pakai pek ais kadang tu tak sejuk sampai ke petang. Kena pula ibu terpaksa kerja overtime. Boleh rosak susu yang dah dipam kalau tiada peti ais.

Jika nak gunakan di rumah pun boleh juga. Boleh diletakkan di bilik. Tak perlu nak turun ke bawah bila terasa nak minum air sejuk.

Lagipun, harga peti ais kecil murah berbanding peti ais biasa. Guna elektrik pun tak banyak.

Peti Ais Kecil Terbaik di Pasaran Malaysia

Untuk itu, kali ini saya akan kongsikan peti ais mini dengan kapasiti 60 liter dan ke bawah supaya senang untuk anda membuat pilihan.

#1. Peti Ais Mini Pensonic PMF-661

peti ais kecil terbaik

Harga: RM362.61

  • Kapasiti: 45 Liter
  • Berat: 16.5kg

Kelebihan

  • Siap ada bahagian sejuk beku
  • Suhu boleh laras
  • Semi-auto defrost
  • Waranti 1 tahun

Kekurangan

  • Tiada kunci
  • Agak berat

Peti ais mini Pensonic ini siap mempunyai bahagian beku. Sesuai untuk anda simpan lama susu yang dah dipam.

Turut disediakan tray untuk buat ais. Rekaan luarannya simple dan bergaya. Ia juga peti ais mini yang tak pakai tenaga elektrik yang banyak.

Direka untuk tahan lama dengan bahan yang tak mudah karat.

Selain itu, Pensonic turut menyediakan jaminan selama 1 tahun untuk sebarang kerosakan.

#2. Peti Ais Kecil Hisense RR60D4AGN

peti ais kecil hisense

Harga: RM369

  • Kapasiti: 60 Liter
  • Berat: 13.5kg

Kelebihan

  • Chiller asing
  • Suhu boleh laras
  • Design moden
  • Boleh kunci
  • Senyap

Kekurangan

  • Tiada bahagian beku

Peti ais mini Hisense ini sangat sesuai untuk digunakan bagi anda yang berkongsi bilik dengan orang lain. Anda tak perlu bimbang makanan atau minuman dicuri kerana peti ais Hisense ini siap ada kunci. Bunyinya juga tak bising. Jadi, tak mengganggu orang lain.

Kapasitinya pun boleh tahan besar. Peti sejuk kecil ini dalam kategori eco-friendly R600a, di mana gasnya tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.

Selain warna dan rekaan yang nampak elegan, suhu peti ais kecil ini boleh dilaraskan sampai 7. Cuma suhunya tidak sampai ke tahap beku.

#3. Peti Sejuk Mini Midea MS50V

peti ais kecil

Harga: RM348

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Berat: 14.3kg

Kelebihan

  • Suhu boleh laras
  • Jimat tenaga
  • Rekaan elegan
  • Kaki boleh laras
  • Chiller asing

Kekurangan

  • Tiada kunci
  • Tiada bahagian sejuk beku

Peti ais kecil Midea direka dengan penjimatan tenaga dan juga eco-friendly.

Menggunakan kawalan suhu mekanikal untuk memastikan udara sejuk peti ais di tahap optimum.

Namun, peti sejuk mini Midea ini tidak mempunyai bahagian sejuk beku. Hanya bahagian chiller.

Dari segi rekaan dalaman, tak jauh beza dengan jenama yang lain.

#4. Peti ais mini Sharp SJM60MK

peti ais mini sharp

Harga: RM449

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Berat: 16.5kg
  • Waranti: 1 tahun

 

Kelebihan

  • Ada bahagian ais
  • Ruang dalam luas
  • Tempat pemegang pintu
  • Kaki boleh laras
  • Bunyi perlahan
  • Eco-friendly

Kekurangan

  • Manual defrost

Dengan rekaan moden, peti ais mini Sharp ini memberikan ruang yang luas di bahagian dalam. Mempunyai tempat ais dan rak jaring yang boleh ubah kedudukannya.

Ruang yang luas dan lebar memudahkan anda untuk simpan makanan.

Sharp memberikan jaminan selama 1 tahun jika ada kerosakan pada peti ais mini.

#5. Morgan Minibar MMB-NB62LSL

morgan mini bar

Harga: RM349

  • Kapasiti: 50 Liter
  • Berat: 13.65kg
  • Waranti: 1 tahun

Kelebihan

  • Suhu boleh laras
  • Jimat tenaga
  • Eco-friendly
  • Ada tempat ais

Kekurangan

  • Bunyi agak kuat

Peti ais kecil Morgan ini direka dengan kapasiti 50 liter dan mesra alam. Ia mempunyai bahagian asing untuk letak ais.

1 tahun jaminan disediakan pihak Morgan Malaysia untuk minibar ini.

Suhu peti ais kecil Morgan boleh dilaraskan mengikut keperluan anda. Namun begitu, bunyi peti sejuk mini agak kuat berbanding jenama lain.

#6. Peti ais mini Panasonic NR-AE51SH

panasonic mini bar

Harga peti ais mini Panasonic: RM570

  • Kapasiti: 50 liter
  • Waranti: 1 tahun

Kelebihan

  • Eco-friendly
  • Ada tempat ais
  • Suhu boleh laras

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Rak letak minuman 1 bahagian

Ini pula jenama peti ais yang popular. Mengutamakan rekaan yang mesra alam dengan bebas chlorofluorocarbon (CFC).

Peti ais mini Panasonic turut menyediakan tempat untuk ais. Suhunya juga boleh dilaras mengikut keperluan anda.

Namun begitu, dari segi rekaan, peti ais mini Panasonic agak old-skool.

#7. Peti sejuk mini Elba EMB-G6047

peti sejuk mini elba

Harga: RM417

  • Kapasiti: 60 liter
  • Berat: 16kg
  • Waranti: 1 tahun

Kelebihan

  • Ada tempat ais
  • 5 suhu boleh laras
  • Bunyi tak kuat
  • Jimat elektrik
  • Eco-friendly

Kekurangan

  • Manual defrost
  • Tiada chiller
  • Rak tak boleh ubah

Peti ais kecil Elba ini antara peti ais mini dengan kapasiti yang agak besar, 60 liter. Ia juga turut dilengkapi bahagian untuk ais.

Suhu peti sejuk boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Penggunaan elektrik juga tidak terlalu tinggi.

Antara peti ais kecil dengan bunyi yang senyap. Jadi sesuai untuk anda gunakan di pejabat.

Elba menyediakan waranti selama 1 tahun jika ada sebarang kerosakan dengan produk mereka.

#8. Peti sejuk mini Haier HR-60H

peti sejuk mini

Harga: RM399

  • Kapasiti: 50 liter
  • Berat: 15.5kg
  • Waranti: 2 tahun

Kelebihan

  • Tempoh jaminan panjang
  • Lampu LED
  • Rekaan moden
  • Jimat tenaga
  • Tempat pemegang tersorok
  • Ada tempat buat ais

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Bagi yang mementingkan tempoh jaminan yang panjang, peti ais mini Haier adalah pilihan terbaik untuk anda. Haier memberikan 2 tahun waranti umum dan 5 tahun waranti motor.

Peti ais kecil ini juga turut direka untuk jimat tenaga. Jadi, anda tak perlu risau nak bayar bil elektrik yang mahal.

Rekaannya luarannya agak moden dengan pemegang peti ais yang tersorok di bahagian atas.

Ia juga turut dilengkapi dengan tempat ais. Sangat berguna bila tekak terasa kering ketika musim panas.

#9. Peti ais mini 8L

peti ais kecil

Harga: RM269.91

  • Kapasiti: 8 liter
  • Berat: 5kg

Kelebihan

  • Ringan
  • Mudah nak dibawa
  • 2 fungsi suhu (sejuk & panas)
  • Bunyi perlahan
  • Rak boleh ubah

Kekurangan

  • Harga agak mahal
peti ais mini

Peti ais comel 8 liter ini datang dengan rekaan yang unik dan menarik dengan cermin gelap di hadapannya. Dengan beratnya yang hanya 5kg, senang untuk dibawa ke mana saja. Nak guna dalam kereta pun boleh.

Kapasiti peti ais yang kecil sesuai untuk anda letak minuman, buah-buahan, yogurt, atau skincare. Peti ais kecil ini juga jimat tenaga.

Ia turut mempunyai 2 fungsi suhu iaitu suhu sejuk (14-60 darjah) dan panas (25 darjah). Untuk mencapai suhu sejuk yang stabil, peti ini mengambil masa 1.5 jam.

Bunyi peti ais kecil ini juga tidak kuat. Jadi sesuai untuk anda letakkan di bilik tidur.

Disebabkan suhunya yang tak terlalu sejuk, anda tak disarankan untuk simpan susu yang dah dipam melebihi 8 jam. Didatangkan dengan 2 pilihan warna, putih dan pink.

Sebab rekaannya yang cantik, sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk isteri.

Akhir Kata

Jika anda rasakan kegunaan peti ais kecil tidak menepati keperluan anda, seeloknya dapatkan terus peti ais besar seperti peti ais 2 pintu. Boleh digunakan seisi keluarga.

Namun begitu, peti ais murah dan kecil ini sangat sesuai untuk orang bujang. Kecil, jimat ruang dan jimat tenaga elektrik. Tak payah fikir panjang lagi, dapatkan satu untuk kegunaan bilik bujang anda.

Setelah melihat ke semua peti ais kecil terbaik di atas, yang mana satu menjadi pilihan hati anda?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.