Tanda Perempuan Suka Kita

13 Tanda Perempuan Suka Kita Dalam Diam

Alamak, berdebar rasa hati bila dia pandang! Dia ni suka aku ke? Anda tentu tertanya-tanya kan. Apatah lagi perempuan tu adalah orang yang anda suka. Sebenarnya, ada tanda perempuan suka kita. Barulah kita tahu bertepuk sebelah tangan ke tidak.

Kat bawah ini, dikongsikan apa tanda perempuan suka kita dalam diam. Ia akan merungkai segala persoalan yang bermain di minda anda selama ini. Dah tahu si dia juga menaruh perasaan terhadap kita, sebagai lelaki bolehlah mulakan langkah sekarang! Supaya tak melepas nanti.

Apakah Tanda Perempuan Suka Kita?

Berikut merupakan cara nak tahu perempuan suka kita.

1. Tanda perempuan suka kita, dia selalu cuba membantu

Dia sentiasa ada untuk kita. Apa saja kita buat, dia selalu cuba nak membantu. Walaupun sebenarnya kita rasa perkara tu kita boleh selesaikan sendiri.

Tapi, perempuan ini pula laju je nak tolong. Sampai kita kata tak payah pun dia nak bantu juga. Baiknya dia dengan kita.

2. Dia selalu memandang kita

tanda perempuan suka kita dalam diam

Jika seorang perempuan selalu membuat pandang dengan kita dalam diam, dia mungkin menunjukkan bahawa dia suka kita. Dia sentiasa memerhati kita walau dari jauh.

Bila bertembung mata dengannya, lekas dia melarikan anak matanya ke tempat lain. Kononnya dia tak tengok kita pun. Padahal kita perasan dia tenung kita dari tadi. Perempuan kan pemalu. Jadi, memang dia akan cuba sorok perasaannya itu.

3. Bila perempuan suka kita, dia akan cuba untuk menarik perhatian kita

Ada saja perkara yang dia buat untuk cuba menarik perhatian kita. Contohnya, tak pernah nampak dia pakai make-up sebelum ni, tapi tiba-tiba dia muncul dengan muka cantik bermake-up. Dari segi pakaian pula, dia selalu pakai cantik-cantik bila dengan kita. Kalau sebelum ni pakai tudung sarung, sekarang dah pakai shawl.

Ada juga perempuan yang bila terjatuh, dia buat macam nampak sakit sangat. Nak suruh kita tolong. Sebagai lelaki gentleman, haruslah kita bantu kan.

4. Tanda perempuan suka, dia selalu meminta nasihat

Jika dia selalu minta nasihat kita, itu tanda perempuan suka kita. Dia mungkin meminta pandangan tentang apa sahaja, dari masalah kecil seperti pilihan pakaian hingga masalah yang lebih besar seperti masalah keluarga atau kerjaya. Pendek kata, kita ni dah macam pakar rujuk dia.

Sampai kita pun tertanya dalam hati, “hal kecil pun dia nak tanya aku?”.

5. Selalu hubungi kita

Hampir setiap hari dia ada saja Whatsapp atau panggilan dari dia. Kita tak balas pun dia masih tak putus asa mesej kita. Walaupun ayat simple yang hanya bertanya khabar. Itu tanda perempuan suka kita melalui Whatsapp.

Jika dia tak tahu nombor telefon kita, dia akan hantar mesej dari sosial media. Setiap posting kita dia media sosial, ada saja komen dari dia.

6. Dia sentiasa bersikap ramah mesra

Jika seorang perempuan selalu bersikap ramah dan mesra terhadap kita, itu menunjukkan bahawa dia suka kita. Dia mungkin akan sentiasa tersenyum kepada kita, atau bahkan memberi salam setiap kali bertembung.

Adakalanya, siap memuji kita kat depan orang lain. Puji kita rajin, atau jika bekerja bersama, dia puji kebijaksanaan kita dalam menjalankan tugas. Ia tanda dia bukan saja menyukai kita, malah, menghargai kelebihan yang kita miliki.

7. Dia sentiasa cuba nak bercakap dengan kita

Setiap hari ada saja soalan dari dia tentang kita. Sarapan apa pagi tadi, dah makan ke belum, balik kerja kena hujan ke tak, hujung minggu nanti buat apa. Itu antara soalan yang sering dikeutarakan.

Sebenarnya dia bukan nak tahu sangat apa yang kita lakukan. Tapi, dia nak cari peluang berkomunikasi dengan kita. Supaya hubungan kamu berdua lebih rapat lagi.

8. Dia masak untuk kita walaupun tak sedap

Tiba-tiba je dia bawa bekalan makanan untuk kita. Dia masak sendiri pula tu. Walaupun tak berapa sedap, tapi anda tentu terharu kan? Ini pun tanda perempuan suka kita dalam diam.

Kalau dia tak masak sendiri, dia akan belikan makanan untuk kita. Ada je ingatan dia untuk kita. Jika satu tempat kerja, kalau dia tahu kita belum makan tengahari lagi, mesti dia akan belikan makanan.

9. Perempuan suka kita, dia akan bercakap dengan lemah lembut

Bila dia bercakap dengan kita, lembutnya. Memang boleh cair batu yang keras. Bukan hanya lembut, sopan santun.

Cara dia panggil kita lembut je didengar. Dengan lelaki lain tak pula macam tu. Itu tandanya anda lelaki bertuah yang bertakhta di hatinya.

10. Dia memperlihatkan rasa cemburu

Bila kita dengan perempuan lain, nampak jelas di wajahnya yang macam tak berapa suka. Walaupun kita hanya berbual biasa dengan perempuan tu.

Dia mungkin akan tanya tentang orang yang kita bersama, atau bahkan menunjukkan rasa tidak suka kepada orang tersebut. Ini adalah tanda yang jelas bahawa dia tidak mahu kehilangan kita.

11. Dia selalu mencari peluang untuk bersama kamu

Dia selalu mengajak keluar makan atau melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama. Terutamanya pada hujung minggu.

Adakalanya dia ajak kita saja dan tiada kawan-kawan yang lain. Kalau kita pun menaruh perasaan terhadapnya, boleh keluar bersama. Jika tidak, usah buatkan dia rasa terus memendam rasa.

12. Dia prihatin dengan kita

Kalau dia tahu kita tak sihat seperti demam, memang dia yang risau lebih. Bukan saja tanya, malah ada yang sampai belikan ubat atau bawa ke klinik.

Jika berjauhan pula, dia pasti sering bertanya khabar. Ada saja nasihat yang diberikan supaya kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

13. Tanda perempuan suka kita, dia selalu bagi macam-macam

Tiba-tiba ada je barang atas meja kita atau sampai ke rumah. Belum hari birthday tapi ada saja hadiah yang kita terima.

Kadang tu barang yang kita terima nampak simple atau murah, tapi memang selalu dapat sesuatu dari orang yang sama. Perempuan takkan beri hadiah kalau dia tak suka lelaki tu.

Penutup Kata

Inilah tanda perempuan suka kita. Namun, jangan lupa bahawa setiap individu adalah berbeza dan cara mereka menunjukkan minat mungkin juga berbeza.

Jadi, pastikan untuk memerhatikan tingkahlaku dan perasaan seseorang perempuan dengan teliti untuk mengetahui sama ada dia suka kita atau tidak. Jika kita tidak bertepuk sebelah tangan, boleh mulakan langkah untuk menuju ke peringkat seterusnya.

Andai dia bukan perempuan yang kita sukai, berterus-terang atau tunjukkan tanda kita tak suka dia supaya dia boleh move on.

Semoga tanda-tanda ini dapat membantu kamu untuk mengetahui sama ada seseorang perempuan suka kamu atau tidak. Selamat mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.