skincare kulit kusam

13 Produk Skincare Terbaik Untuk Kulit Kusam (2022)

Masalah kulit muka yang kusam sering kali membelenggu fikiran kaum wanita, tambah-tambah lagi dengan wujudnya masalah kulit yang lain seperti kulit berminyak, berjerawat, berjeragat dan sebagainya. Banyak produk skincare untuk kulit kusam sudah dicuba, tetapi hampa kerana tidak jumpa skincare terbaik untuk kulit kusam.

Tanda Kulit Kusam

Antara tanda-tanda kulit kusam adalah seperti berikut :

  • Kulit kering
  • Gelap di bahagian bawah mata
  • Kulit kelihatan lesu dan tidak bermaya
  • Kulit kelihatan lebih gelap daripada biasa

Punca-punca kulim kusam selalunya terjadi disebabkan oleh pengumpulan sel-sel mati, dehidrasi, kurang kelembapan, faktor penuaan, tekanan, merokok, kurang tidur dan banyak lagi.

Skincare Untuk Kulim Kusam Yang Berkesan Dan Berkualiti Tinggi

Selain itu penyebab utama kepada permasalahan ini juga saling berkait rapat dengan kurangnya pengambilan air kosong, tidak memakai skrub wajah, memakai pelembap yang tidak mencukupi serta tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa produk yang berkualiti tinggi serta bagus untuk merawat kulit kusam anda dan juga masalah-masalah kulit wajah yang lain.

Antaranya adalah :

1. Mario Badescu Strawberry Face Scrub

skincare terbaik untuk kulit kusam

Mario Badescu Strawberry Face Scrub merupakan skincare untuk kulit kusam dan kering. Produk skincare terbaik untuk kulit kusam ini berupaya untuk menglembut dan menyegarkan kulit anda dengan kesan yang pantas dan sangat berkesan.

Ianya dirumus khas menggunakan biji strawberi asli serta tepung jagung untuk membersihkan sel kulit kering dan sel kulit mati yang membuatkan wajah anda menjadi kusam.

2. Nutox Cleansing Gel

skincare terbaik untuk kulit kusam

Bagi anda yang memiliki kulit sensitif, produk penjagaan wajah daripada Nutox Cleansing Gel sangat sesuai digunakan. Produk skin care untuk kulit kusam ini mengandungi ekstrak botani untuk membersihkan kulit tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit anda.

Selain itu, ianya juga berupaya menyingkirkan segala kotoran dengan cara yang lembut tanpa merosakkan kulit dan anda boleh rasai kesegaran yang pantas setelah menggunakannya.

3. Pure Beauty Pomegranate Urban Shield Makeup Remover

skincare terbaik untuk kulit kusam

Jika anda sedang mencari produk skincare terbaik untuk kulit kusam dan juga mampu merawat dan mencegah kulit daripada menjadi kering, tona tidak sekata dan sebagainya, Pure Beauty Pomegranate Urban Shield Makeup Remover mampu membantu menyelesaikan setiap masalah anda.

Produk penjagaan wajah ini bukan sahaja dapat menaikkan seri muka, membuat tona kulit lebih sekata, melembapkan kulit, malah ianya juga boleh menanggalkan mekap anda secara berkesan.

Produk skincare untuk kulit kusam dan lain-lain masalah kulit ini diformulasikan oleh ekstrak buah delima, Urban Shield Complex, Swiss Radicare dan juga air bunga mawar.

4. Fresh Soy Face Cleanser

skincare terbaik untuk kulit kusam

Fresh Soy Face Cleanser ini juga merupakan salah satu produk skincare untuk kulit kusam yang terbaik. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang bersifat kering, kusam dan berkulit matang. Skincare untuk kulit kusam iaitu Fresh Soy Face Cleanser ini dirumus khas untuk individu tang berumur dalam lingkungan 30an ke atas.

Ianya dapat membersihkan dan menghilangkan kotoran di kulit wajah dan juga menyerikan, menenangkan dan melembutkan kulit supaya sentiasa dalam keadaan sihat dan berseri-seri.

Selain itu, ianya juga boleh menyingkirkan solekan wajah yang ringan.

Bahan yang terkandung di dalamnya adalah protein soya yang kaya dengan asid amino, air bunga mawar untuk menyeimbangkan sel-sel kulit dan juga ekstrak timun.

5. Pixi Glow Tonic

skincare terbaik untuk kulit kusam

Untuk anda yang sedang mencari skincare untuk kulit kusam dan gelap, Pixi Glow Tonic ini merupakan pilihan skincare untuk kulit kusam yang terbaik.

Produk ini mampu mencerah, menyerikan wajah, menyejukkan kulit muka dan membuatkan anda terasa segar dengan serta-merta setelah menggunakannya.

Produk skincare untuk kulit kusam ini diperkaya dengan 5% asid glikolik.

6. Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF30

produk untuk kulit kusam

Wardah UV Shield Essential Sunscreen Gel SPF30 ini pula merupakan skincare untuk kulit kusam dan berminyak.

Ianya mampu meresap dengan baik ke dalam kulit, mempunyai tekstur yang pekat dan tidak mudah cair, muka tidak berminyak, sangat ringan malah ianya juga mampu mencerahkan kulit.

7. Neogen Green Tea Real Fresh Foam Cleanser

skincare terbaik untuk kulit kusam

Neogen Green Tea Real Fresh Foam Cleanser ini merupakan skincare untuk kulit berminyak dan kusam.

Pembersih muka yang diinovatif dengan ekstrak the hijau dan juga buah-buahan yang telah ditapai untuk menenangkan, mencerah dan melembapkan kulit.

Sangat sesuai untuk kulit muka kusam dan gelap. Ianya juga berfungsi untuk membuang minyak berlebihan secara lembut dan mengetatkan pori yang besar untuk kulit menjadi lebih lembut dan juga segar.

Neogen Green Tea Real Fresh Foam Cleanser merupakan pilihan produk skincare untuk kulit kusam yang terbaik.

8. Nafura Alpine Snow White The Ultimate Brightening Cleansing Foam

skincare terbaik untuk kulit kusam

Nafura Alpine Snow White The Ultimate Brightening Cleansing Foam merupakan produk skincare untuk kulit kusam dan kering yang terbaik. Produk ini mampu mencerahkan kulit dan juga mengurangkan jerawat.

Selain itu, ianya juga berupaya untuk melembapkan, mengurangkan bintik-bintik hitam, serta menjadikan kulit kelihatan lebih sihat, segar dan bercahaya. Nafura Alpine Snow White The Ultimate Brightening Cleansing Foam ini diperkaya dengan 7 ekstrak tumbuhan Alpine yang mesra kulit iaitu Mallow, Peppermint, Primrose, Yarrow, Speedwell Herb, Mint Balm, dan juga Lady’s Mantle.

9. Garnier Light Complete Bright Up Serum Mask

skincare kulit kusam

Garnier Light Complete Bright Up Serum Mask merupakan skincare terbaik untuk kulit kusam. Produk ini menjadikan kulit kelihatan cerah, tona kulit lebih sekata dan bintik-bintik gelap mulai hilang.

Ianya diformulasi oleh esktrak lemon dan juga Vitamin untuk merawat kulit kusam dan tidak bermaya anda selain memberikan kelembapan menyeluruh kepada kulit anda.

10. AIKEN Prebiotic Hydra Facial Cleanser

produk untuk kulit kusam

Skincare untuk kulit kusam di watson ini mampu membersihkan kulit secara mendalam tanpa mengeringkan kulit wajah anda. AIKEN Prebiotic Hydra Facial Cleanser juga mampu mengekalkan keseimbangan dan kelembutan semula jadi kulit serta menghasilkan kulit yang bersih dan sihat berseri.

Ianya juga mengandungi 0% Paraben, minyak mineral dan juga alkohol. AIKEN Prebiotic Hydra Facial Cleanser juga berfungsi untuk meningkatkan kehalusan dan keserian kulit secara semula jadi.

Malah ianya juga menghidrat kulit dan mengekalkan lembapan kulit dari dalam serta menjadikan kulit lebih anjal dan gebu.

11. Watsons Aqua UV Sun Protection Gel SPF50 PA

skincare terbaik untuk kulit kusam

Watsons Aqua UV Sun Protection Gel SPF50 PA merupakan produk watson untuk kulit kusam. Produk drugstore untuk kulit kusam ini berfungsi melembapkan dan memutihkan kulit. Ianya bebas daripada paraben, pewarna, pewangi, alkohol dan juga minyak mineral.

Teksturnya yang sangat ringan, tidak melekit dan berminyak dan mampu menghidrat kulim anda dengan cepat dan juga berkesan. Malah ianya juga tidak meninggalkan sebarang kesan putih di muka anda.

12. Noir Mousse Purifying Cleanser

skin care untuk kulit kusam

Pilihan skincare untuk kulit kusam yang seterusnya pula adalah Noir Mousse Purifying Cleanser yang sangat sesuai untuk kulit berjerawat, berminyak, kusam dan tona tidak sekata.

Noir Mousse Purifying Cleanser ini mampu untuk merawat jerawat, mengawal pengeluaran minyak atau sebum secara berlebihan, membersihkan pori-pori tersumbat dan juga meratakan tona kulit serta kulit kusam.

Ianya diperkaya dengan Galactomyces Ferment Filtrate untuk mengurangkan hiperpigmentasi dan juga mampu meremajakan kulit semula.

Pembersih ini juga mampu memberikan manfaat kepada kulit untuk lebih lembut dan sihat. Produk skincare kulit kusam yang berbaloi untuk digunakan.

13. Kak Ell HA 3 in 1 Skincare Kulit Kusam

skin care untuk kulit kusam

Bagi anda yang sedang mencari krim muka untuk kulit kusam atau kulit muka kusam ini, apa kata gunakan Kak Ell HA 3 in 1 Skincare ini. Produk ini diformulasikan dari bahan-bahan semula jadi bagi membantu merawat pelbagai masalah kulit wanita terutamanya bagi masalah kulit berjeragat, berjerawat, kulit kusam serta tona kulit yang tidak sekata.

Ianya mengandungi Hyaluronic Acid Cleanser, Krim Malam 1 & Krim Malam 2.

Kesimpulan

Bagi mendapatkan kulit yang cantik, bebas dari jerawat, kulit berminyak, kusam dan sebagainya sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat dan menggunalkan produk skincare untuk kulim kusam yang betul dan sesuai dengan jenis kulit anda.

Semoga perkongsian ini anda mendapat manfaat yang sebaiknya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.