hadiah birthday untuk lelaki

13 Idea Hadiah Birthday Untuk Lelaki (2023)

Alamak, birthday si dia dah nak dekat! Apa nak bagi hadiah ni? Tiada idea nak pilih hadiah birthday untuk lelaki? Tak usah risau.

Dalam perkongsian kali ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa idea hadiah birthday untuk lelaki yang sesuai buat para lelaki bagi memeriahkan lagi sambutan hari lahir mereka.

Seperti kaum wanita, mereka juga ingin rasa dihargai dan disayangi.

Senarai Hadiah Birthday Untuk Lelaki Yang Simple Dan Menarik

Berikut adalah beberapa jenis hadiah hari jadi untuk lelaki yang boleh anda jadikan pilihan.

1. Kotak Simpan Jam Tangan

hadiah birthday untuk lelaki

Aksesori utama bagi lelaki tentunya jam tangan. Jadi bagi pilihan hadiah birthday untuk lelaki yang pertama adalah PU Leather Watch Slot Case Storage Box.

Di bahagian atas kotak ini, terdapat lapisan kaca untuk pamerkan koleksi jam tangan.

Selain itu, kotak ini juga mempunyai 8 variasi pilihan iaitu dari 6 slot hingga 12 slot ruang simpanan. Sesuai dijadikan hadiah untuk boyfriend.

2. Shoe Organizer

shoes organizer

Bagi kaum lelaki, mereka tidak kisah jika kasut diletakkan secara tidak teratur asalkan ianya tidak hilang.

Apa kata sempena hari lahir mereka ini, belikan stackable storage shoes sebagai hadiah birthday untuk teman lelaki anda.

Supaya kasut mereka lebih teratur dan tersusun elok di suatu sudut.

Terdapat enam pilihan warna. Dengan adanya kotak ini kasut mereka tidak lagi rimas dipandang. Ini antara salah satu hadiah untuk lelaki murah tetapi sangat berguna untuk kehidupan harian.

3. Helmet

helmet

Kaum lelaki ini jarang memandu kereta, selalunya kalau pergi ke mana-mana mereka lebih selesa menggunakan motosikal.

Jadi bagi hadiah birthday untuk lelaki yang ketiga pula apa kata kalau anda hadiahkan kepada mereka NHK Double Visor Helmet ini.

Helmet ini terdapat dalam lima saiz iaitu S, M, L,XL dan juga 2XL. Selain itu, ianya juga mempunyai 8 pilihan visor dan diperbuat daripada material ABS.

4. Action/Sport Camera

hadiah birthday untuk lelaki

Buat mereka yang sukakan aktiviti lasak, berbasikal, berkayak atau travel dan sebagainya, hadiahkan kepada mereka DJI Action 2 supaya mudah untuk mereka merakamkan setiap kenangan yang telah dilalui.

DJI Action 2 ini mempunyai pelbagai fungsi menarik. Antara fungsi menariknya adalah timelapse, AI editor, DJI Mimo app, 8x Slow Motion dan banyak lagi. Sangat sesuai dijadikan hadiah eksklusif untuk lelaki yang sangat anda cintai dan sayangi.

5. Jam Loceng

hadiah birthday untuk lelaki

Hadiah birthday untuk lelaki yang ke-5 pula adalah jam loceng klasik.

Kenapa jam loceng?

Disebabkan orang lelaki ini kebanyakannya memang sukar untuk bangun dari tidur, jam loceng ini boleh dijadikan sebagai penggerak tidur automatik bagi mereka.

Jam loceng ini yang bercirikan klasik memang sangat cantik jika diletakkan di sudut katil. Selain mempunyai tiga pilihan warna, ianya juga mempunyai fungsi lampu untuk anda mudah melihat waktu yang tertera.

Dengan adanya jam loceng si dia pasti tidak lagi terlewat bangun tidur. Ini antara contoh hadiah untuk lelaki yang sangat berguna.

6. Beg Gym

hadiah birthday untuk lelaki

Kalau anda dan si dia gemar pergi ke gym, apa kata jadikan beg sukan sebagai hadiah birthday untuk lelaki yang anda sayangi.

Beg gym ini juga boleh memuatkan sepasang kasut dan mempunyai empat pihan warna. Selaian bersukan, ia sesuai juga digunakan untuk bercuti dan sebagainya.

7. Wireless Earphone/Headphone

barang lelaki

Naikkan mood tenang si dia dengan menghadiahkan REMAX RB-S32 untuk mendengar muzik dengan lebih asyik.

REMAX RB-S32 ini merupakan wireless headphone dan ianya juga mempunyai dua pilihan warna. Boleh digunakan melalui telefon, PC dan juga komputer riba. Malah, ianya juga kalis peluh.

8. Hair Trimmer

barang lelaki

Bagi pilihan hadiah birthday untuk lelaki yang seterusnya pula, anda boleh sempurnakan gaya dia dengan menghadiahkan Shaver Professional sempena sambutan hari kelahirannya.

Shaver Professional ini juga hanya memerlukan 3 jam untuk dicas penuh.

9. Dompet

hadiah birthday untuk lelaki

Sikap orang lelaki ini, selagi benda tak rosak selagi itulah mereka akan guna. Begitu jugalah dengan dompet, selagi tak rosak teruk jangan haraplah mereka nak beli baharu.

Jadi bagi pilihan hadiah birthday untuk lelaki yang ke-sembilan, tukar dompet lama mereka dengan Original Polo Louie Men’s High Quality Genuine Leather. Terdapat dalam dua pilihan rekaan dan juga warna.

10. Kasut

hadiah birthday untuk lelaki

Tampil kemas bergaya dengan gaya yang kasual dengan menghadiahkan kasut sebagai hadiah birthday untuk lelaki idaman anda.

Dibahagian dalam kasut ianya diperbuat daripada kulit lembu. Kasut ini juga mempunyai 4 pilihan warna dan terdapat dalam pelbagai saiz.

11. Tali Pinggang

hadiah birthday untuk lelaki

Hadiah birthday untuk lelaki yang seterusnya pula adalah tali pinggang. Majoriti kaum lelaki memang sukar tukar dua benda ini iaitu dompet dan juga tali pinggang.

Oleh itu, saya selitkan juga tali pinggang sebagai senarai wajib hadiah yang perlu anda beli untuk mereka.

Tali pinggang DESINCE ini diperbuat daripada kulit lembu. Ianya mempunyai tiga warna pilihan dengan panjang 120cm dan lebarnya pula 3.5cm.

12. Komputer Riba

hadiah birthday untuk lelaki

Lelaki tentunya sukakan gajet seperti laptop. Apa kata hadiahkan untuk mereka sebuah laptop. Confirm tersenyum lebar menerima hadiah mahal dari anda. Sesuai dijadikan hadiah untuk suami tercinta.

Jika dia seorang gamer, pertimbangkan komputer riba yang direka khusus untuk gaming. Jika dia selalu bekerja luar, komputer riba yang ringan dan tahan lama mungkin hadiah yang sesuai.

Atau, jika dia hanya memerlukan komputer baharu untuk kegunaan harian, terdapat banyak pilihan mesra bajet yang hebat di luar sana juga. Tidak kira apa minatnya, kami mempunyai hadiah hari jadi komputer riba yang sesuai untuknya.

13. Basikal Lipat

hadiah birthday untuk lelaki

Jika si dia suka aktiviti berbasikal, apa kata hadiahkan sebuah basikal lipat. Basikal lipat mudah disimpan dan senang untuk diangkut ke mana saja. Masuk saja dalam bonet kereta.

Ia pilihan sempurna untuk lelaki yang suka menunggang tetapi tidak mempunyai ruang tambahan untuk basikal tradisional.

Akhir Kata

Sempurnakan senyuman lelaki kesayangan dan pujaan anda dengan hadiah-hadiah yang menarik sempena hari kelahiran mereka. Lengkapkan gaya yang maskulin dan macho dengan pilihan hadiah yang telah kami sertakan dalam artikel ini.

Setiap cadangan hadiah untuk lelaki ini pastinya akan disukai oleh mereka. Apa yang penting, lihat bajet anda sebelum membuat pilihan.

Semoga perkongsian ini mampu membantu anda membuat pilihan!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.