air fryer terbaik

7 Air Fryer Terbaik di Malaysia & Kegunaan Air Fryer

Air fryer merupakan alatan dapur yang semakin popular di kalangan ibu-ibu pada masa kini. Ia menjadi keperluan penting dalam setiap dapur kerana membantu memudahkan urusan menggoreng. Jika anda sedang mencari air fryer, anda tentu tertanya-tanya apakah air fryer terbaik di Malaysia?

Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan air fryer terbaik supaya mudah untuk anda buat pilihan.

Kegunaan Air Fryer

Sebelum saya berikan senarai air fryer terbaik, anda perlu tahu fungsi dan kegunaan air fryer. Air fryer berfungsi melalui peredaran udara panas di sekitar makanan dan membuatkan makanan masak.

Kegunaan air fryer adalah untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak masak. Hasilnya makanan yang digoreng bebas minyak dan rendah lemak.

Oleh itu, air fryer ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana menghasilkan makanan yang rendah kalori.

Bila dah gunakan air fryer, dapur gas cantik anda tidaklah selalu kotor dan berminyak seperti selalu.

7 Air Fryer Terbaik di Malaysia

Ini adalah antara air fryer terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran Malaysia.

1. Air fryer Khind Arf3000 (3 liter)

air fryer terbaik

Harga: RM277

Kelebihan

  • Paparan digital boleh sentuh
  • 8 menu pre sets
  • Teknologi high speed air circulation
  • Bekas jenis stainless steel
  • Fungsi auto shut down
  • Siap tersedia bekas kek

Kekurangan

  • Kapasiti kecil

Air fryer Khind dengan kapasiti 3 liter ini memboleh anda goreng kentang, nugget, sosej dengan pantas. Paparan digital boleh sentuh menampilkan rekaan moden yang buatkan ramai tertarik dengan air fryer Khind.

Untuk memudahkan anda guna air fryer ini, 8 menu telah tersedia. Anda hanya perlu tekan menu pilihan dan tunggu sehingga air fryer siap masak.

Bukan saja goreng, anda juga boleh buat kek guna air fryer Khind dengan mudah. Sebabnya, air fryer Khind dah siap sedia bekas untuk buat kek. Tak perlu anda nak beli loyang lagi.

Air fryer Khind menggunakan bekas masakan jenis stainless steel yang tahan karat. Jadi ia menepati piawaian keselamatan makanan.

Jika ada kerosakan, Khind menyediakan 1 tahun tempoh jaminan untuk air fryer ini.

2. Philips Air Fryer HD9270 (6.2 Liter)

air fryer terbaik

Harga air fryer Philips: RM446

Kelebihan

  • Paparan digital
  • Kapasiti besar
  • Sistem padam automatik
  • Teknologi rapid air
  • 7 menu pre sets

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Air fryer Philips menggunakan teknologi rapid air untuk menghasilkan makanan yang rangup, lembut dan masak sekata. Dengan paparan digital, lebih mudah untuk menekan panel air fryer.

Kapasiti besar 6.2 liter sesuai untuk hidangan keluarga besar. Jadi, anda boleh gunakan air fryer Philips untuk goreng, panaskan makanan, bakar ataupun panggang ayam. Senang kerja memasak anda. Makanan pun sihat tanpa minyak untuk dinikmati seisi keluarga.

Walaupun harga air fryer Philips ini agak mahal, tapi ia berbaloi kerana anda boleh masak untuk kuantiti yang banyak.

Tempoh jaminan juga panjang sehingga 2 tahun. Tidak perlu risau jika rosak. Hantar saja kepada Philips.

3. Air fryer Tefal EY401840 (4.2 Liter)

air fryer tefal

Harga: RM429

Kelebihan

  • Paparan digital
  • 8 menu pre sets
  • Loceng automatik
  • Mudah dicuci
  • Rekaan compact

Kekurangan

  • Harga mahal

Untuk anda yang memiliki ruang dapur yang kecil, air fryer Tefal yang bersaiz compact ini sangat sesuai untuk anda. Walaupun nampak kecil, ia berkapasiti besar untuk 6 orang makan.

Rekaan yang moden dengan paparan digital boleh sentuh memudahkan anda untuk menekan panel kawalan air fryer.

Anda juga boleh memasak dengan mudah dengan pilihan 8 menu yang telah tersedia. Hanya tekan menu pilihan dan air fryer Tefal siap memasak untuk anda.

Bekas memasaknya bersaiz besar dan boleh dikeluarkan. Jadi, mudah untuk anda bersihkan air fryer selepas memasak.

Air fryer Tefal ini siap ada tetapan masa 60 minit. Setelah habis tempoh timer, loceng akan berbunyi menandakan masakan anda telah siap.

4. Air fryer Dessini DS-802 (4.3 Liter)

Harga: RM185

Kelebihan

  • Harga murah
  • 30 minit timer
  • Kapasiti agak besar
  • Kawalan jenis analog
  • Warna menarik

Kekurangan

  • Tidak disediakan loyang untuk masak kek

Air fryer Dessini antara yang menjadi kegilaan kaum ibu. Direka dengan kawalan analog. Sesuai bagi anda yang tidak gemarkan kawalan digital. Warna air fryer Dessini juga menarik dengan warna pink dan hijau. Agak berlainan dari jenama lain yang sinonim dengan warna hitam.

Suhu air fryer ini boleh dinaikkan sehingga 200 darjah celcius. Di bahagian atasnya telah dinyatakan suhu dan tetapan masa untuk setiap jenis masakan. Anda hanya perlu ikut saja tetapan suhu itu.

Air fryer ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk ibu. Kaedah penggunaan yang simple mudah untuk digunakan oleh orang tua.

Bekas makanan air fryer Dessini diperbuat dari stainless steel. Ia selamat dan senang untuk dibersihkan selepas memasak.

5. Air fryer Russell Taylors AF-76 (7.5 Liter)

 

air fryer russell taylors

Harga: RM349.99

Kelebihan

  • Kapasiti besar
  • Lulus SIRIM
  • Paparan digital boleh sentuh
  • Senang nak bersih
  • Non-stick pan
  • Boleh lihat dalam air fryer ketika masak
  • 60 minit timer
  • Rekaan moden

Kekurangan

  • Perlu ruang letak yang besar di dapur

Ini satu lagi air fryer yang mendapat sambutan hangat di Shopee. Dengan kapasiti besar 7.5 liter, senang untuk masak bagi hidangan seisi keluarga.

Walaupun berkapasiti besar, harga air fryer Russell Taylors ini antara yang murah di pasaran. Mungkin kerana itu ia menjadi rebutan ramai.

Rekaan air fryer ini juga menarik. Anda boleh lihat makanan yang sedang dimasak melalui tingkap air fryer. Jadi anda tahu sama ada masakan telahpun masak atau belum. Tak perlu sampai nak buka air fryer.

Suhu air fryer boleh dikawal dari 100 ~ 200 darjah celcius. Tray bekas makanan juga akan berputar sendiri supaya makanan dimasak sekata.

Pemegang air fryer pula sejuk bila dipegang dan selamat untuk anda terus keluarkan makanan setelah siap masak.

Terdapat juga beberapa menu pilihan yang telah siap sedia untuk anda pilih sewaktu memasak.

Tempoh jaminan diberikan 1 tahun untuk air fryer Russell Taylors. Ini adalah air fryer terbaik untuk anda yang berkeluarga.

6. Air fryer PerySmith PS1520 (4.8 Liter)

Harga: RM247

Kelebihan

  • Warna terang
  • Tempoh waranti panjang
  • Harga murah
  • Jimat tenaga
  • 30 minit timer

Kekurangan

  • Tiada paparan digital
  • Perlu sediakan ruang letak yang besar di dapur

Bagi peminat warna merah, tentunya air fryer terbaik PerySmith ini menjadi idaman anda. Tidak menggunakan paparan digital, air fryer ini mudah untuk digunakan. Hanya laraskan suhu dan juga masa untuk memasak. Sesuai untuk anda yang baru kali pertama nak gunakan air fryer.

Tempat memasak boleh dikeluarkan dari bekas masakan. Jadi senang untuk anda cuci selepas memasak.

Air fryer ini juga menggunakan tempat memasak jenis stainless steel yang selamat untuk kegunaan memasak. Bekas masakan pula dilengkapi dengan 2 lapis diamond coating yang tidak berbahaya kepada kesihatan.

Dengan sistem pemanasan udara 3D, masakan boleh masak dengan cepat dan tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jimat duit anda!

Tempoh jaminan panjang selama 2 tahun. Jadi, anda tidak perlu pening kepala jika ada kerosakan.

7. Air fryer Morgan MAF-MINI 2 (2 Liter)

Harga: RM135.90

Kelebihan

  • 30 minit timer
  • Bekas non-stick
  • Senang nak cuci

Kekurangan

  • Tiada paparan digital

Ini pula air fryer terbaik dengan kapasiti kecil. Sesuai untuk kegunaan peribadi atau berdua.

Bagi hadiah buat pasangan baru berkahwin pun sesuai.

Tampil dengan rekaan yang simple. Anda hanya perlu putarkan suhu dan masa untuk memasak.

Bekas masakan adalah non-stick, jadi tak perlu risau makanan melekat dan susah nak cuci.

Sebarang kerosakan dalam tempoh setahun, anda boleh tuntut waranti dari Morgan.

Tips Cara Guna Air Fryer

Anda dah tahu senarai air fryer terbaik. Jadi, saya nak berikan tips gunakan air fryer pula.

1. Makanan beku (frozen) boleh dimasak terus tanpa defrost

Anda boleh masukkan terus makanan yang masih beku ke dalam air fryer. Cuma pastikan makanan itu tidak bercantum satu sama lain.

Sebelum nak sejuk beku, anda boleh perap dulu lauk. Bila nak masak nanti dah siap perasa semua, tinggal masukkan saja dalam air fryer. Kemudian, tambahkan suhu 10 ~ 15 minit dari suhu yang biasa anda masak.

Senang dan cepat kan kerja memasak anda? Tak perlu tunggu sampai makanan defrost.

2. Periksa makanan

Bagi memastikan makanan dimasak sepenuhnya dalam air fryer, anda perlu periksa makanan semasa sedang dimasak.

Makanan yang dimasak dalam kuantiti banyak seperti kentang goreng, perlu digaul atau digoncang semasa masak. Ini supaya kentang goreng rangup dan masak sekata.

3. Pastikan air fryer kering sebelum guna

Jika anda nak terus gunakan air fryer selepas cuci, lap dulu air fryer dengan tisu atau tuala kering. Ini untuk memastikan air fryer boleh bertahan lama dan tak cepat rosak.

4. Panaskan air fryer sebelum guna

Sama seperti oven, anda perlu panaskan air fryer sebelum masak makanan. Jadi nanti, air fryer boleh masak secara optimum.

5. Letak sikit minyak masak

Walaupun tujuan asal air fryer untuk masak tanpa minyak, anda perlu tambah minyak supaya makanan lebih rangup dan rasa lebih enak. Tak perlu banyak. Cukup sekadar sedikit sapuan saja.

6. Jangan terus cuci bekas air fryer

Biarkan bekas air fryer sejuk dahulu. Dah sejuk baru cuci supaya bekas menggoreng non-stick tidak cepat tertanggal.

Akhir Kata

Pemilihan air fryer terbaik bergantung juga kepada saiz keluarga anda. Jika anda nak gunakan untuk kegunaan peribadi, pilih saja air fryer di bawah 4 liter. Namun, untuk kegunaan keluarga, pilih 4.5 liter dan ke atas.

Selain itu, tengok juga berapa bajet yang anda tetapkan.

Dah habis baca? Air fryer terbaik mana yang jadi pilihan anda?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.