earbuds terbaik

15 Earbuds Terbaik & Berkualiti di Malaysia

Anda sedang mencari earbuds terbaik? Earbuds atau headphone semakin mendapat tempat di hati pengguna pada masa kini. Ia merupakan alternatif terbaik untuk anda yang gemar ke mana-mana sahaja tanpa beban berat di kepala dengan keunikan bentuknya yang kecil serta ringan.

Sehingga kini, permintaan untuk earbuds adalah sangat tinggi dan terdapat banyak jenama earbuds yang boleh anda pilih di pasaran. Memandangkan terlampau banyak pilihan yang ada tidak kira di pasaran, agak sukar bagi anda untuk membuat pilihan.

Oleh itu, untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik, dalam perkongsian di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis earbuds yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Nak pakai sendiri boleh, nak dijadikan hadiah untuk orang tersayang pun boleh.

Jom lihat perkongsian mengenainya di bawah!

Senarai Earbuds Paling Terbaik Di Pasaran

1. HAYLOU GT7 Neo Earbuds

Wireless earbuds jenama HAYLOU ini merupakan antara earbuds terbaik yang perlu anda miliki. Ia lengkap dipasang dengan Bluetooth 5.2, pemacu dinamik dengan ukuran 8mm serta jangka hayat baterinya pula boleh menjangkau sehingga 22 jam dan beberapa ciri lain-lain lagi.

HAYLOU GT7 Neo dikuasakan oleh cip Bluetooth 5.2 di mana ia menggunakan kuasa yang lebih rendah, penghantaran lebih cekap dan sambungan yang lebih pantas. Kualiti bunyi juga sangat menakjubkan.

HAYLOU GT7 Neo turut menyokong penukaran antara mod mono dan stereo dengan lebih lancar. Kedua-dua fon telinga juga boleh digunakan secara bebas. Manakala, algoritma DNN (Deep Neural Network) yang terdapat di dalamnya berupaya mengurangkan kebisingan dari latar belakang supaya perbualan anda lebih jelas.

2. Earphone Bluetooth Terbaik Sony WF1000XM4

Sony WF1000XM4 Bluetooth earbuds merupakan fon kepala tanpa wayar yang benar-benar menggabungkan pembatalan bunyi bising. Ia didatangi dengan pelbagai ciri menarik seperti bunyi berkualiti tinggi, kalis air dan bateri tahan sepanjang hari.

Earbuds Sony WF-1000XM4 telah direka khas untuk menyokong High-Resolution Audio Wireless untuk mengeluarkan bunyi dinamik walaupun saiznya kecil. Dan diafragma pematuhan tinggi menghasilkan semula julat bass yang tinggi.

Manakala Teknologi Precise Voice Pickup pula membolehkan anda mendengar orang di hujung panggilan dengan lebih jelas, walaupun dalam situasi bising. Dengan reka bentuk yang ergonomik dan lebih stabil, earbuds ini juga kalis peluh. Sesuai untuk diberikan hadiah kepada lelaki yang aktif.

3. Jabra Elite 85t True Wireless Earbuds

Jabra Elite 85t True Wireless Earbuds pula direka khas untuk untuk panggilan dan muzik. Ia boleh dilaras sepenuhnya serta reka bentuk yang menarik.

Earbuds ini juga dilengkapi dengan Active Noise-Cancellation (ANC) yang membolehkan anda untuk membatalkan bunyi bising.

ANC digital yang dipasang turut menggunakan dua mikrofon dalam setiap fon telinga. Walaupun menggunakan pembesar suara yang bersaiz kecil iaitu 12mm, ia tetap memberikan anda kelantangan bunyi yang anda inginkan.

Baterinya pula mengambil masa selama 5.5 jam untuk dicas. Ia mampu bertahan sehingga 25 jam dengan pengecasan penuh.

4. Aukey EP-N8 Sports X6 TWS BT 5.2 Wireless Earbuds

Earbuds terbaik untuk iphone semestinya dari Aukey EP-N8 ini. Ia menggabungkan pembatalan bunyi bising dengan teknologi Clear Voice Capture yang mampu meminimumkan hingar ambien. Selain itu, ia memastikan kualiti bunyi yang baik semasa anda membuat sebarang panggilan telefon.

Manakala, panel sentuhnya pula memudahkan lagi anda untuk mengawal dan mengakses pembantu maya telefon anda. Kedua-dua kotak pengecasan dan fon telinga juga turut tersedia dalam warna yang terang serta menampilkan tekstur bunyi yang halus. Ia dapat menangani deria pengguna pada tahap yang berbeza.

Earbuds ini juga merupakan Pemenang Reka Bentuk Reddot 2021. Dengan pembatalan hingar aktif yang mampu membatalkan bunyi bising maksimum 35dB, ia memberikan anda pengalaman tanpa gangguan yang menggembirakan.

Selain itu, baterinya juga mampu tahan selama 5 jam dengan sekali penggunaan. Manakala, jika berada dalam bekas pengecasan ia akan bertahan sehingga 30 jam lamanya. Earbuds ini menggunakan pengecasan tanpa wayar Qi dengan caj pantas menggunakan port USB-C.

Menariknya mengenai earbuds ini, anda boleh mendengar dan bercakap melalui kedua-dua fon telinga tanpa ada sebarang gangguan. Ia mengandungi Teknologi Pengurangan Bunyi bagi mengehadkan segala bunyi latar belakang untuk memastikan anda dapat berkomunikasi dengan sempurna.

Ia turut dibina dengan sambungan yang pantas dan stabil melalui Teknologi Bluetooth 5.2 bagi memastikan pengalaman mendengar masa nyata dan bebas langkau.

5. TWS Bluetooth Earphones Wireless Earbuds

TWS earbuds terbaik yang seterusnya pula adalah dari TWS Bluetooth Earphones 5.0 9D Sound F9 Wireless Earbuds. Earbuds terbaik dan murah mempunyai pelbagai ciri menarik seperti bunyi sekeliling 9D, cip dwi-telinga 5.0, wireless Bluetooth serta teknologi frekuensi tinggi HIFI. Ia turut mempunyai kotak caj dengan paparan LED.

Ia turut didatangkan dengan bateri dwi litium yang mempunyai kapasiti sebanyak 3500 mAh serta pengecasanpantas. Bateri juga tahan lama dan boleh digunakan sebagai alat pengecasan sewaktu terjadi kes kecemasan.

Earbuds ini juga mempunyai sambungan wireless Bluetooth 5.0. Penghantaran isyarat yang stabil dan pantas serta dilengkapi dengan kawalan sentuh, mudah digunakan dan dikendalikan.

Antara spesifikasi menarik yang lain adalah seperti berikut:

  • Jenis fon kepala: fon kepala dalam telinga
  • Bluetooth Protokol: HFP / HSP / A2DP / AVRCP
  • Kapasiti bateri fon telinga: 60mAh
  • Kapasiti bateri kotak pengecasan: 3500 mAh
  • Cas sepenuhnya fon telinga: 8 hingga 10 kali
  • Masa muzik: 3 hingga 4 jam (berkaitan dengan volum main balik)
  • Masa panggilan: 3.5 jam
  • Jarak Bluetooth: kira-kira 10 meter
  • Tahan air: IPX7 tahan air
  • Kaedah sambungan: tunggal / dwi percuma untuk digunakan
  • Warna: hitam/putih
  • Fungsi: main/jeda muzik, pengurangan hingar menjawab panggilan, paparan kuasa iOS, gesaan suara
  • Versi Bluetooth: V5.0
  • Peranti yang serasi: Peranti Bluetooth seperti untuk Xiaomi, Samsung, Apple, Huawei, oppo, vivo, Lenovo, tablet, dll. (Dengan Bluetooth, anda perlu menggunakan penyesuai Bluetooth)
  • Masa pengecasan fon kepala: kira-kira 1 jam

6. Earbuds Sony WF-1000XM3

Earbuds dari Sony WF-1000XM3 WF -Fon mempunyai bunyi yang sangat berkualiti tinggi, dengan ciri pendengaran pintar, sambungan Bluetooth dan NFC.Untuk jangka hayat bateri earbuds jenis ini adalah sepanjang hari dengan keselesaan untuk mendengar yang lama.

WF-1000XM3 dibina dengan kawalan sentuhan berfungsi dengan cekap, tetapi dengan reka bentuk yang lebih estetik di mana fon telinganya juga jauh lebih besar. Manakala sarung untuk WF-1000XM3 turut direka bentuk dengan penutup tembaga yang menarik. Baterinya pula dapat berfungsi selama 4 jam dan mampu bertahan sehingga 24 jam untuk mendengar sepanjang hari.

Ia juga dibina dengan Teknologi pembatalan hingar dalam WF-1000XM3 dan merupakan yang paling canggih dalam fon kepala tanpa wayar, dengan Pemproses Pembatalan Bunyi HD QN1e dan Teknologi Pengesan Bunyi Dwi.

Selain itu, earbuds ini turut direka bentuk tanpa wayar dengan teknologi wayarles bluetooth serta mempunyai Enjin Peningkatan Bunyi Digital HX (DSEE HX) untuk mempertingkatkan fail muzik digital yang dimampatkan, membawanya lebih dekat kepada kualiti Audio Resolusi Tinggi.

7. Earbuds Terbaik Untuk Gaming Zime X-hero

Buat anda penggemar game online seperti PUBG dan Mobile legend, anda perlu memiliki earbuds terbaik untuk gaming dari Zime X-hero ini. Fon telinga bluetooth Zime X-hero bukan sahaja menyediakan mod permainan latensi rendah yang unik untuk bermain permainan mudah alih seperti Free Fire, PUBG dan CODM tetapi turut menyediakan mod muzik berkualiti tinggi untuk mendengar muzik.

Rekaanya juga sangat menarik apabila lampu penunjuk dengan corak “X” membuatkan anda seperti sedang memasuki dunia sains fiksyen. Bukan itu sahaja, kualiti bunyi dan kesan panggilannya juga adalah sangat baik dengan kesan bunyi bass yang kuat selain bunyi stereo yang mengasyikkan semasa anda sedang bermain game, bercakap di telefon atau mendengar muzik.

Menariknya mengenai earbuds ini, anda boleh mendengar sehingga 4.5 jam lamanya dan ia kalis air serta ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja yang anda mahu.

Selain itu, earbuds ini turut dilengkapi dengan Teknologi Bluetooth 5.0 yang paling canggih dengan keupayaan penghantaran bluetooth lebih daripada 15 meter jaraknya dan boleh menyambung secara automatik sekiranya sambungan terputus.

8. Samsung Galaxy Buds Pro/R190

Galaxy Buds Pro adalah fon telinga dengan teknologi pro-gred untuk bunyi yang mengasyikkan dengan kawalan pembatalan bunyi Galaxy Buds Pro yang mampu menapis sehingga 99% bunyi hingar latar belakang.

Earbud terbaik Galaxy Buds Pro juga sangat sesuai untuk semua telefon pintar dan tablet yang menggunakan Android 7.0 atau lebih baru dan dengan lebih daripada 1.5GB RAM.

9. Edifier NeoBuds Pro

Earbuds yang seterusnya pula adalah Edifier NeoBuds Pro yang dilengkapi dengan algoritma Tri-MIC Noise-Cancelling yang inovatif dengan teknologi pengesanan hingar angin. Ditambah pula dengan algoritma pemilihan bunyi AI, ia meningkatkan lagi bunyi yang lebih jelas.

Walaupun dengan bunyi angin yang bising, suara anda masih lagi kekal jelas. Earbuds terbaik EDIFIER ini juga mengambil masa hanya 10 minit untuk dicas di mana anda boleh menggunakannya selama 1 jam.

Manakala untuk masa main pula adalah selama 5 jam dengan pengecasan selama 1 jam.

10. UGREEN HiTune X6

ear buds terbaik

Ear buds terbaik UGREEN HiTune X6 ini pula mampu menyekat hampir 90% bunyi latar belakang dengan berkesan dan membuatkan suara anda 3 kali lebih jelas. Selain itu, earbuds ini turut dilengkapi dengan mikrofon dwi telinga tunggal + RCV v4.0.

Untuk anda yang gemar bermain game pula, earbuds ini mempunyai kelewatan ultra-rendah 50ms, game, audio dan video anda juga tidak akan lag, lebih stabil dan tepat.

Manakala untuk ketahanan baterinya pula, ia mampu bertahan sehingga 6 jam dengan sekali penggunaan. Masa pengecasannya pula adalah selama 2 jam untuk pengecasan penuh.

11. HyperX Cloud Earbuds Gaming Headphones with Mic

earbuds terbaik murah

Earbuds terbaik murah jenama HyperX Cloud ini pula dioptimumkan untuk mod pegang tangan, audio yang mengasyikkan dan mikrofon yang jelas dan stabil.

HyperX Cloud Earbuds ini sangat sesuai untuk yang gemar bermain permainan mereka. . Dilengkapi dengan kabel bergetah menjadikan sambungannya kurang menonjol dioptimumkan untuk mod pegang tangan.

Manakala sarung pembawa yang disertakan menjadikannya mudah alih dan boleh disimpan dengan selamat serta mudah. Cloud Earbud didatangkan dengan tiga saiz telinga silikon untuk memberikan lebih keselesaan kepada pemakai dalam sesi permainan yang panjang.

12. Flydigi CyberFox T1 Low Latency Gaming EarBuds

earbuds terbaik dan murah

Flydigi CyberFox T1 merupakan earbuds terbaik dan murah dilengkapi dengan teknologi perendaman rendah Foxspeed. Ia bagus untuk meningkatkan pendengaran dan pengecaman kedudukan di mana anda boleh mendengar dengan jelas dan tepat kedudukan dan jarak.

Malah, walaupun pada ketika anda berada di jalan yang sesak, anda masih boleh berkomunikasi dengan jelas dan lancar. Ia mempunyai jangka hayat bateri sehingga 4 jam dalam satu masa penggunaan manakala kira-kira 24 jam sepanjang masa.

Earbuds jenama ini juga kalis peluh, kalis air dan kalis percikan.

13. Ear buds Anker A3952

Earbuds terbaik ini disyorkan oleh 20 pengeluar pemenang GRAMMY – ACAA 2.0. Dengan teknologi pemacu dwi sepaksi ia menyampaikan bunyi frekuensi tinggi dan rendah terus ke telinga anda tanpa sebarang gangguan.

Ia turut dilengkapi dengan HearID ANC untuk menganalisis tahap tekanan dalam telinga anda. Ini bertujuan untuk mengurangkan bunyi luaran agar sesuai dengan telinga anda.

Manakala 4 saiz hujung telinga silikon cecair dan sayap telinga yang fleksibel memastikan earbud melekap di telinga dengan baik. Baterinya pula mampu bertahan sehingga 32 jam dan anda juga boleh menikmati sehingga 8 jam muzik dari satu pengecasan.

14. Earbuds Baseus WM01 TWS

earbuds murah

Dengan harga mampu milik, anda boleh memiliki earbuds murah yang berkualiti ini. Ia didatangi dengan pilihan warna seperti Hitam, Putih, Hijau, Ungu, Kuning dan Merah Jambu. Jarak komunikasinya pula adalah sejauh 10 meter dengan masa siap sedia: selama 250 jam. Anda boleh mendengar muzik tanpa henti pula adalah selama 5 jam dengan kelantangan bunyi 70%.

Manakala untuk tempoh mendengar muzik dengan kotak pengecasan pula adalah selama 25 jam dengan kapasiti bateri sebanyak 40mah.

Ia juga dilengkapi dengan mMod pembatalan hingar aktif terbina dalam, menghapuskan hingar ambien maksimum 32dB, mengasingkan gangguan luaran dan mewujudkan persekitaran pendengaran yang lebih tenang.

Teknologi wayarles generasi baharu membolehkan sambungan dwi fon telinga kiri dan kanan untuk pengalaman wayarles yang lebih lancar.

Bekasnya juga kecil, ringan dan mudah dibawa. Dengan reka bentuk ergonomik, anda akan memakai tanpa merasainya kerana dilengkapi dengan telinga silikon lembut (S/M/L).

Ia sangat sesuai digunakan dengan sistem Android, IOS dan Windows. Mempunyai bass yang sangat hebat, penghantaran audio yang kuat, reka bentuk menarik dan hayat bateri panjang. Earbuds Baseus ini pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan buat anda.

15. PLEXTONE 4

Didatangi dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan biru. PLEXTONE 4 Game mempunyai daya tarikan yang menarik.

Ia mempunyai antena bipolar yang dapat memberi isyarat kuat dan lebih stabil. Untuk ketahanan baterinya pula, anda boleh memasang sehingga 3 – jam pada kadar kelantangan bunyi 40%.

Penutup Kata

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, menjadikan earbuds sebagai suatu peranti yang menyenangkan tatkala anda ingin mendengar muzik, menonton filem atau video serta menikmati audio melalui telefon bimbit di mana sahaja anda berada.

Oleh itu, pilihlah earbuds terbaik supaya kehidupan seharian anda lebih mudah, menarik dan bebas dari segala gangguan. Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat memberi manfaat kepada anda!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.