Jenama Handbag Mampu Milik

9 Jenama Handbag Mampu Milik Popular di Malaysia

Anda peminat handbag? Bagi kebanyakan kaum hawa, beg tangan merupakan aksesori yang wajib ada bersama setiap kali keluar. Disebabkan itu, ramai yang gemar membuat koleksi beg tangan wanita. Walaupun handbag yang ada masih elok, ia tidak menjadi halangan untuk memiliki beg tangan baru. Namun begitu, bagi mereka yang tidak mahu berhabis ribuan ringgit hanya untuk sebuah beg tangan, anda boleh memilih jenama handbag mampu milik.

Dengan harga yang patut, anda boleh dapatkan handbag yang berkualiti dan bergaya. Sekiranya anda mencari handbag untuk dijadikan hadiah buat isteri, kawan perempuan atau ibu tersayang, boleh lihat senarai jenama handbag mampu milik. Anda boleh dapatkan beg tangan wanita yang tersenarai di bawah di mana-mana outlet ataupun beli secara online.

Senarai Jenama Handbag Mampu Milik

1. Carlo Rino

jenama handbag mampu milik

Carlo Rino ialah jenama beg tangan ikonik yang telah wujud sejak tahun 1986. Jenama yang berasal dari Singapura ini menawarkan reka bentuk menarik, pembuatan yang kemas dan harga mampu milik.

Beg tangan wanita terkini Carlo Rino sesuai untuk digayakan golongan muda yang sukakan corak handbag yang trendy dan kasual. Daripada gaya moden hingga klasik dalam pelbagai warna dan bentuk, beg tangan wanita Carlo Rino boleh digayakan untuk pelbagai acara.

Sama ada anda sedang mencari beg tangan untuk dibawa bersama semasa makan malam atau sesuatu yang lebih bersahaja untuk digunakan setiap hari, Carlo Rino mempunyai handbag yang sesuai menanti anda.

2. Michael Kors

jenama beg tangan mahal

Michael Kors ialah salah satu jenama handbag popular di Malaysia untuk pembeli yang mementingkan fesyen. Dengan pelbagai gaya dan saiz, jenama handbag mahal ini sesuai digayakan untuk individu yang ingin kelihatan bergaya dan mewah.

Jenama ini ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Michael Kors yang berasal dari New York, Amerika Syarikat ini sangat dikenali di serata dunia. Walaupun dikenali , Michael Kors masih antara jenama handbag mampu milik.

Handbag terbaik ini datang dalam pelbagai warna dan diperbuat dari bahan seperti kulit, kanvas dan polyester. Apa yang pasti, dengan memilih Michael Kors, anda tentu tidak akan kecewa dengan design serta kualiti yang ditampilkan.

3. Sembonia

handbag berjenama

Beg tangan Sembonia diasaskan pada tahun 1994 merupakan jenama yang berasal dari Malaysia. Ia bernaung di bawah syarikat yang mengasaskan jenama Bonia. Sembonia adalah sebuah jenama handbag yang tidak asing lagi di Malaysia.

Boleh didapati pada harga RM150 ke atas, beg tangan wanita berjenama ini sangat berkualiti dan tahan lama. Ia juga terdapat dalam pelbagai pilihan corak yang sesuai untuk digayakan untuk pelbagai acara atau majlis. Sama ada anda nak pakai untuk majlis tertentu atau gunakan setiap hari ke pejabat, beg tangan Sembonia tentunya menaikkan lagi gaya feminin anda.

4. Valentino Rudy

handbag mahal

Jenama handbag mampu milik Valentino Rudy diasaskan oleh Mr Valentino Rudy di Itali. Bukan saja terkenal dengan beg tangan wanita berjenama, Valentino Rudy juga mengeluarkan kasut, jam, cermin mata hitam, kemeja lelaki dan suit.

Di Malaysia, anda boleh dapatkan jenama beg tangan Valentino Rudy di butik ataupun secara online. Terdapat dalam pelbagai warna, saiz dan bentuk, beg tangan Valentino Rudy sesuai untuk mereka yang suka handbag yang nampak ringkas tapi cantik.

5. Charles & Keith

beg tangan terbaik

Jenama yang diasaskan oleh dua beradik, Charles dan Keith Wong, berasal dari Singapura. Mula bertapak di pasaran pada tahun 1996, jenama handbag mampu milik ini kini terkenal di peringkat antarabangsa dengan lebih 400 outlet di serata dunia.

Tampil dengan rekaan yang menarik serta warna yang cerah, Charles & Keith sesuai digayakan wanita muda dan pertengahan umur. Charles & Keith juga menyediakan pelbagai saiz beg tangan serta material beg yang berbeza seperti kulit tiruan dan bulu arnab tiruan.

Anda boleh memilih rekaan yang sesuai untuk digayakan ke majlis tertentu ataupun untuk dipakai setiap hari. Dengan rekaan cantik yang membuatkan anda rambang mata, sudah pasti anda akan bertemu beg tangan Charles & Keith yang sesuai untuk diri anda.

Sekiranya anda membuat pembelian secara online di website Charles & Keith, anda boleh memilih kotak jika hendak diberikan sebagai hadiah. Sama ada hadiah untuk ibu, hadiah untuk isteri tercinta atau hadiah untuk kawan wanita, sudah tentu menerima hadiah sebuah beg tangan Charles & Keith akan membuatkan si penerima berasa gembira.

6. Sometime by Asian Designers

beg tangan wanita berjenama

Jenama handbag mampu milik seterusnya, Sometime by Asian Designers adalah sebuah jenama yang menawarkan rekaan dari pereka terkenal di Asia. Anda akan mendapati pelbagai rekaan beg tangan yang bukan saja kreatif tapi juga berkualiti.

Antara ikon dalam Sometime termasuk Rizalman, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini, Kamwei Fong dan ramai lagi. Untuk yang ingin memakai rekaan dari pereka terkenal tersebut, anda boleh mendapatkan handbag dari Sometime. Jika sukar nak dapatkan secara online kerana seringkali sold out, anda boleh terus walk-in ke butik Sometime.

7. Bonia

jenama handbag mampu milik

Bonia ialah jenama handbag mampu milik yang menawarkan pelbagai gaya dan reka bentuk yang hebat. Produk mereka direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang mencari keselesaan, gaya dan fungsi dalam beg tangan mereka. Bonia percaya dalam menggabungkan trend fesyen terbaik dengan bahan berkualiti untuk mencipta beg tangan wanita berjenama yang bergaya untuk pelanggan di seluruh dunia.

Jenama beg tangan wanita ini menampilkan gaya klasik serta penampilan yang lebih kontemporari untuk semua majlis. Mereka menawarkan pilihan saiz, bentuk, warna dan bahan yang berbeza yang sesuai untuk kegunaan harian dan acara khas. Kebanyakan beg tangan Bonia didatangkan dengan perincian terbaik seperti tali boleh laras serta ruang poket yang banyak untuk menyimpan barang keperluan seperti kunci atau telefon.

Beg Bonia original mampu bertahan lama serta turut menawarkan elemen reka bentuk yang menarik pada harga yang berpatutan. Sama ada anda sedang mencari beg tangan yang kasual atau sesuatu yang lebih formal, Bonia mempunyai handbag yang sesuai untuk anda!

8. Guess

jenama handbag mampu milik

Seterusnya, Guess ialah jenama handbag mampu milik dan bergaya yang telah wujud bertahun lamanya. Dengan komitmen terhadap pembuatan beg tangan berkualiti serta reka bentuk inovatif, Guess telah mendapat tempat di hati wanita tanpa mengira peringkat umur.

Beg tangan Guess menawarkan gaya moden dan reka bentuk yang anggun. Ia sesuai digayakan dengan apa saja pakaian dan majlis.

Daripada tote besar, tas tangan hingga beg silang badan, Guess mempunyai pelbagai koleksi beg.

9. British Polo

jenama handbag mampu milik

Beg tangan wanita berjenama British Polo ini mudah didapati di pasaraya besar seperti Sogo, Parkson dan Aeon. Selain itu, anda juga boleh dapatkan beg tangan wanita jenama Polo secara online.

Menampilkan pelbagai rekaan yang anggun serta bersesuaian dengan trend terkini. British Polo merupakan jenama handbag mampu milik yang boleh anda dapati pada harga bawah RM200. Apa yang menarik, sesetengah handbag British Polo siap datang dengan beg silang. Memang berbaloi sekali beli dapat 2 beg terus.

10. Christy Ng

Christy Ng adalah sebuah jenama handbag buatan Malaysia yang terkenal dengan reka bentuk yang elegan dan kualiti yang baik. Setiap beg tangan wanita Christy Ng diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dihasilkan dengan teliti oleh pengrajin tempatan.

Kelebihan Christy Ng terletak pada kombinasi antara gaya yang terkini dan harga yang mampu milik, menjadikannya pilihan popular di kalangan wanita Malaysia.

11. Coach

Coach adalah jenama handbag yang terkenal di peringkat global. Meskipun Coach terkenal dengan koleksi-koleksi eksklusifnya, mereka juga menyediakan pelbagai pilihan handbag wanita yang berpatutan.

Dengan reka bentuk yang elegan dan kualiti yang tinggi, handbag Coach adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mencari jenama yang berprestij dengan harga yang lebih mampu milik.

12. Gucci

Gucci merupakan jenama mewah yang terkenal dengan reka bentuk yang ikonik dan kualiti yang luar biasa. Bagaimanapun, Gucci juga menawarkan beberapa pilihan handbag wanita dengan harga yang lebih mampu milik.

Meskipun tidak sekelas dengan koleksi mewah mereka, handbag Gucci dengan harga mampu milik tetap mengekalkan ciri-ciri reka bentuk dan kualiti yang diiktiraf oleh jenama ini.

13. Furla

Furla adalah jenama asal Itali yang terkenal dengan reka bentuk yang bergaya dan warna yang menarik. Mereka menawarkan pelbagai pilihan handbag wanita yang sesuai untuk kegunaan harian.

Dengan kombinasi reka bentuk yang moden dan harga yang bersaing, Furla adalah jenama handbag mampu milik yang patut dipertimbangkan.

14. Kate Spade

Kate Spade adalah jenama handbag yang popular di kalangan wanita muda. Mereka menawarkan handbag dengan reka bentuk yang unik, berwarna-warni, dan sering kali berhiaskan corak menarik.

Kate Spade mempunyai pelbagai pilihan handbag wanita yang berpatutan, menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari gaya yang lebih berani dan eksklusif.

15. Longchamp

Longchamp adalah jenama asal Perancis yang terkenal dengan koleksi beg lipatnya yang ikonik. Meskipun beg lipat Longchamp adalah pilihan yang popular, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan handbag wanita yang elegan dengan harga yang lebih berpatutan.

Dengan kualiti yang baik dan reka bentuk yang klasik, handbag Longchamp adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mencari jenama yang tahan lama dan mampu milik.

16. Aldo

Aldo adalah jenama yang terkenal dengan pelbagai aksesori fesyen termasuk handbag. Mereka menawarkan pelbagai pilihan handbag wanita dengan reka bentuk yang modis dan harga yang mampu milik.

Dengan gaya yang terkini dan kualiti yang baik, handbag Aldo adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari gaya fesyen yang terkini tanpa perlu menghabiskan banyak wang.

17. Rubi

Rubi adalah jenama yang popular di kalangan wanita muda dengan pelbagai pilihan aksesori fesyen yang trendi. Mereka juga menawarkan beberapa pilihan handbag wanita dengan harga yang mampu milik.

Walaupun beg tangan Rubi lebih terkenal dengan reka bentuk yang kasual dan santai, ia tetap memenuhi keperluan harian dengan gaya yang bergaya dan terkini.

18. Tory Burch

Tory Burch adalah jenama yang terkenal dengan reka bentuk yang feminin dan elegan. Meskipun terkenal dengan koleksi-koleksi mewahnya, Tory Burch juga menawarkan handbag wanita yang lebih berpatutan.

Dengan kualiti yang baik dan gaya yang klasik, handbag Tory Burch adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mencari jenama yang mewah dengan harga yang lebih mampu milik.

Akhir Kata

Moga senarai di atas dapat membantu anda mencari beg tangan wanita yang sesuai. Buat apa berhabis ribuan ringgit kalau boleh dapatkan handbag terbaik pada harga yang lebih berpatutan. Happy shopping!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.