Ucapan Hari Lahir Untuk Anak

19 Ucapan Hari Lahir Untuk Anak

Hari lahir sudah tentunya hari yang istimewa untuk setiap orang. Sebagai ibu bapa, selain hadiah, anda semestinya ingin meraikan hari bahagia anak dengan ucapan hari lahir untuk anak tersayang.

Tapi mungkin ada ibu bapa yang tak tahu nak berikan ucapan teristimewa buat anak. Untuk memudahkan anda, disertakan pelbagai contoh ayat wish birthday anak.

Sesuai sebagai ucapan hari lahir untuk anak perempuan atau ucapan hari lahir untuk anak lelaki tersayang.

Ucapan Hari Lahir Untuk Anak

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Anak

Berikut merupan idea ucapan hari jadi untuk anak yang boleh anda pakai.

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Anak 1

Selamat hari lahir anakku sayang. Semoga semua impian dan keinginanmu menjadi kenyataan.

Moga tahun ini penuh dengan kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan. Dan perjalanan hidupmu akan mengajar erti kehidupan yang sebenar.

Sentiasa ingat kepada Allah dalam setiap langkahmu. Kami akan selalu menyokong dalam apa jua perkara yang kamu usahakan.

Ucapan Selamat Hari Jadi Untuk Anak 2

Selamat hari lahir anakku sayang. Semoga hari istimewa ini dipenuhi dengan kegembiraan, gelak tawa dan kasih sayang. Semoga semua impian dan hajat menjadi kenyataan.

Pada hari ini, awak adalah bintang. Jadi bersinar terang dan nikmati setiap saat. Happy birthday my sunshine!

Ucapan birthday untuk anak 3

Selamat hari lahir, anak mama/papa sayang! Mama/papa doakan anda kebahagiaan, kesihatan dan kejayaan dalam setiap apa yang awak lakukan.

Semoga impian dan cita-cita awak menjadi kenyataan. Dan semoga sentiasa mendapat kejayaan dalam apa jua jalan yang awak pilih.

Ucapan hari lahir untuk anak 4

Papa sangat bangga dengan awak kerana telah menjadi anak yang sentiasa bertimbang rasa dan baik. Awak membawa begitu banyak kebahagiaan dalam hidup kami.

Papa bersyukur kerana Allah hadiahkan awak dalam hidup kami. Papa sayang awak lebih daripada kata-kata. Happy birthday my son/daughter!

anazr.com

Ucapan hari jadi untuk anak 5

Awak setahun lebih tua hari ini. Tetapi itu tidak bermakna awak dah tua. Terdapat begitu banyak kehidupan di hadapan awak.

Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Kami harap hari lahir awak hanyalah permulaan bagi tahun yang bahagia untuk awak. Selamat hari lahir anak ibu ayah.. Kami sayang awak sangat.

Ayat wish birthday untuk anak 6

Happy birthday __ (nama anak). Semoga awak membesar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Anak yang soleh/solehah, yang berbakti kepada ibu ayah.

Kami doakan semuanya dipermudahkan dalam hidup awak. Awak anak yang baik, yang rajin tolong kami. Awak harta yang paling berharga dalam hidup ibu ayah.

Kami sayang awak sangat.

Ucapan hari lahir untuk anak 7

Selamat hari lahir __ (nama anak)! Semoga semua impian menjadi kenyataan.

Mummy doakan kebahagiaan, dan semua yang terbaik untuk awak. Mummy sayang awak.

Ucapan hari lahir untuk anak 8

Selamat hari jadi anak mama. Semoga anak mama sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki olehNya.

Mama berdoa semoga Allah lindungi dan rahmatimu sentiasa. Kerana mama tidak berada di sampingmu setiap masa. Moga anak mama berjaya dunia akhirat.

Mama sayangg awak sangat.

Ucapan birthday untuk anak 9

Selamat hari lahir. Semoga hari-hari awak ceria dan cerah. Dan semoga semua impianmu menjadi kenyataan.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Happy birthday anakku sayang!

anazr.com

Ayat wish birthday untuk anak 10

Sempena hari lahirmu, mummy doa dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik sentiasa, dijauhkan dari segala kejahatan dunia.

Moga terus menjadi anak soleh/solehah mummy. Sungguh, kamu tidak tahu betapa mummy sangat menyayangimu.

Happy birthday anak kesayangan mummy.

Doa hari lahir untuk anak 11

Selamat hari lahir anak tersayang. Semoga Allah merahmati kamu dan memelihara kamu.

Semoga membesar dengan kuat dan tabah. Dan semoga impian anda sentiasa menjadi kenyataan. Kami berdoa untuk kesihatan yang baik dan kebahagiaanmu.

Untuk kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan. Dan kami bersyukur kepada Tuhan untuk setiap nikmat yang diberikan.

Kamu adalah anugerah yang istimewa kepada kami. Moga Allah sentiasa melindungimu. Amin..

Ucapan hari jadi untuk anak 12

Selamat hari lahir anakku. Awak membawa kegembiraan dalam hidup kami.

Semoga hari istimewa awak dipenuhi dengan keindahan dan kebahagian. Dan semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan kasih sayang.

Ketahuilah betapa awak disayangi. Kami berharap semua impian dan keinginanmu menjadi kenyataan.

Mak dan ayah bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati kami dengan kehadiran awak.

Ucapan hari jadi untuk anak 13

Selamat hari lahir anak tersayang. Semoga semua impian dan keinginanmu menjadi kenyataan.

Kami sangat teruja untuk melihat masa depanmu. Terdapat begitu banyak potensi dalam dirimu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kegembiraan.

Setiap kali solat kami tidak lupa berdoa untuk kebaikanmu.

Ucapan hari jadi untuk anak 14

Mama harap tahun ini penuh dengan kebahagiaan, tawa dan kasih sayang. Dan mama harap semua impian dan keinginanmu menjadi kenyataan. Selamat Hari lahir!

Ucapan hari jadi untuk anak 15

Anakku,

Di sebalik kemarahan, tidak pernah sekali ibu membencimu. Malah ibu terlalu menyayangimu.

Di hari istimewa ini, ibu berdoa agar kamu menjadi anak yang baik, taat perintah Allah, mendengar kata kedua ibu bapa. Semoga syurga tempatmu anak..

Moga segala cita-cita dan impianmu menjadi kenyataan. Kejarlah dunia dan akhirat seiring. Agar kelak kamu berjaya dunia akhirat.

Ibu sayang kamu.. Happy birthday anakku!

Ucapan birthday untuk anak 16

Hari yang dinanti setiap tahun telah tiba. Bertambah setahun usia anakku. Moga dipermudahkan melalui perjalanan hidup ini. Ketahuilah setiap dugaan yang datang akan mematangkan lagi dirimu. Menjadikan kamu insan yang kuat dan hebat.

Usah berduka dengan kegagalan, tapi bangkitlah menyahut cabaran. Semoga kejayaan menjadi milikmu.

Mama doakan kamu diberi kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan dirahmati Allah sentiasa. Selamat hari lahir anakku!

Ucapan birthday untuk anak 17

Happy birthday anakku.. Semoga sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Mama, papa, adik-adik semua sayangkan awak. Kami sentiasa menyokong apa pun yang awak lakukan.

Ucapan hari lahir untuk anak lelaki dewasa 18

Bertambah setahun lagi umur anak mama. Mama sentiasa doakan anak mama happy selalu, sihat sentiasa, diluaskan pintu rezeki & dipanjangkan umur.

Ingat pesan mama, supaya meletakkan Allah no 1 dalam hatimu. Berpegang sentiasa di jalan Allah. Dijauhi dari tipu helah syaitan.

Semoga kamu sukses selalu, berjaya mencapai semua impianmu. Selamat hari lahir putera kesayangan mama..

Ucapan hari lahir untuk anak 19

Pada hari istimewamu anak tersayang, mama berharap semua perkara baik terjadi dalam kehidupanmu. Kebahagiaan, senyuman, dan kasih sayang tanpa penghujung.

Semoga hari-harimu dipenuhi dengan keindahan dan keceriaan. Dan semoga semua impian dan harapanmu menjadi nyata.

Selamat hari lahir!

Penutup Kata

Kesimpulannya, ucapan hari lahir untuk anak adalah cara terbaik untuk menunjukkan kepada mereka betapa anda menyayangi dan mengambil berat terhadap mereka.

Ia juga merupakan cara terbaik untuk menunjukkan penghargaan anda pada hari lahir mereka. Anak-anak pasti gembira menerima ucapan dari ibu bapa mereka. Apatah lagi siap diserta dengan kek dan juga hadiah birthday.

Jadi, jika anda sedang mencari ucapan yang istimewa sempena hari lahir anak anda, pertimbangkan untuk menghantar ucapan di atas kepada mereka.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.