hadiah untuk lelaki

64 Hadiah Untuk Lelaki Yang Buatkan Mereka Tersenyum Gembira

Anda sedang mencari idea nak bagi apa sebagai hadiah birthday untuk lelaki? Sama ada hadiah untuk ayah, hadiah untuk suami, hadiah untuk boyfriend, hadiah untuk bos lelaki, hadiah untuk anak lelaki, hadiah untuk sahabat lelaki ataupun hadiah untuk budak lelaki.

Jangan pening-pening, di sini saya akan kongsikan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada lelaki. Sama ada untuk birthday, perpisahan, ataupun anniversary.

Hadiah yang saya senaraikan ini ada untuk kanak-kanak lelaki dan juga lelaki dewasa. Yang penting berikan hadiah yang mereka akan pakai. Bukan hadiah yang akhirnya tersimpan di stor saja.

Dalam senarai ini ada yang harga kayangan dan ada juga yang harga rakyat marhaen. Anda boleh pilih berdasarkan bajet yang telah anda tetapkan.

Hadiah Untuk Lelaki

1. Minyak wangi / Perfume

Siapa yang tak suka tubuh bau wangi kan? Minyak wangi antara keperluan seorang lelaki bila keluar bekerja. Bukan saja penampilan kena jaga, tapi juga pastikan badan tidak berbau!

Malah, ayah saya yang dah pencen pun suka bila dihadiahkan minyak wangi.

Tapi, awas, pastikan beli minyak wangi yang ori! Memang banyak yang murah, tapi baunya tak seperti yang ori dan tak tahan lama. Tak berbaloi!

hadiah untuk lelaki

2. Dompet

Ini juga satu keperluan untuk lelaki. Dan mereka ini selalunya pakai satu dompet sampai bertahun lamanya. Walaupun dah sikit lusuh.

Maka, hadiah dari anda ini akan buatkan dompet mereka bertukar wajah.

hadiah untuk anak lelaki

3. Pencukur atau shaver elektrik

Ini juga satu lagi keperluan untuk lelaki supaya sentiasa tampil kemas dan tampan.

Jika sebelum ini mereka hanya menggunakan pisau pencukur biasa, dengan shaver elektrik cukuran mereka jadi lebih pantas.

hadiah untuk suami

4. Baju kemeja

Hadiah untuk lelaki baju kemeja lengan pendek ataupun panjang.

Anda boleh belikan kemeja untuk ke pejabat sebagai hadiah untuk suami jika suami seorang pekerja pejabat.

Hadiah untuk ayah, anda boleh belikan kemeja lengan pendek.

hadiah untuk lelaki

4. Tali leher

Ini pula hadiah untuk bos lelaki. Pemilihan rona warna yang sesuai dengan padanan baju kemeja akan buatkan bos anda tampil segak di pejabat.

hadiah untuk lelaki

5. Gaming Keyboard

Buat lelaki yang kaki gaming, hadiah gaming keyboard pasti buatkan mereka tersenyum.

Hadiah ini sesuai untuk diberikan kepada anak lelaki remaja ataupun boyfriend. Nak bagi kat suami pun boleh jika dia suka main game.

hadiah untuk lelaki

6. Kerusi gaming

Dah bagi keyboard gaming sebagai hadiah hari jadi tahun lepas? Apa kata, tahun ni anda berikan pula kerusi gaming. Lihat senarai kerusi gaming terbaik!

Bukan nak galakkan anak atau suami main game, tapi nak bagi mereka selesa sambil layan hobi mereka tu.

Eh, main pun boleh buat duit tau sekarang! Jangan suka-suka kata buang masa.. hahaa

hadiah untuk lelaki

7. Jaket Motor

Khusus buat lelaki yang suka menunggang motosikal, jaket motor ini tentunya penting buat mereka.

8. Helmet / Topi Keledar

Ini pula boleh dijadikan hadiah birthday untuk lelaki yang suka dengan motosikal. Ada pelbagai jenis helmet menarik boleh anda pilih. Cuma pastikan lulus SIRIM.

hadiah untuk lelaki

9. Glove / Sarung Tangan untuk Menunggang Motor

Buat penunggang superbike, glove juga amat penting untuk mereka.

hadiah untuk lelaki

10. Basikal

Aktiviti berbasikal di jalanan sudah semakin trending sekarang. Jadi, jika suami atau boyfriend anda minat berbasikal, apa kata hadiahkan sebuah untuk mereka.

Ada banyak kategori basikal. Bagi anak lelaki anda boleh belikan basikal budak. Kalau nak bagi hadiah untuk suami, anda boleh belikan basikal lipat atau basikal elektrik.

11. Laptop

Memiliki laptop sudah menjadi satu keperluan penting pada masa sekarang. Apatah lagi, belajar dan bekerja dari rumah bukan lagi perkara luar biasa.

Jadi, sekiranya pasangan anda seorang yang bekerja dengan laptop, apa kata hadiahkan satu laptop baru. Untuk anak lelaki yang masih belajar, laptop amat diperlukan untuk memudahkan mereka belajar.

Pilih jenama laptop terbaik untuk dijadikan hadiah.

hadiah untuk suami

12. Al-Quran Tagging

Pemberian yang sangat bermanfaat untuk pengisian rohani si penerima. Malah, anda turut mendapat pahala setiap kali Al-Quran ini dibaca.

Al-Quran tagging sebagai hadiah untuk lelaki yang memudahkan mereka memahami maksud di sebalik setiap ayat Quran. Sebagai imam yang memimpin rumah tangga, sangat wajar mendalami ilmu agama.

13. Smart Watch

Untuk lelaki yang sukakan gajet yang boleh dipakai, smart watch adalah hadiah terbaik untuk lelaki yang aktif.

Bukan saja untuk bergaya, malah boleh memantau tahap kesihatan dan keaktifan mereka.

Ada pelbagai jenama smart watch di Malaysia. Pilih saja yang berkenan di hati.

hadiah untuk lelaki

14. Jam tangan

Ini pula jam tangan yang sering dipakai setiap lelaki.

Jika suami atau ayah anda seorang yang suka bertukar-tukar jam tangan, tentunya mereka suka akan hadiah ini.

Nak hadiahkan jam tangan paling mahal di dunia pun boleh! Yang penting anda mampu. Lihat sini jenama jam tangan terbaik untuk lelaki.

15. Smartphone

Hadiah untuk lelaki yang ini tentunya diterima dengan tangan yang terbuka. Siapa tak suka dapat hadiah handphone kan..

Boleh tukar handphone lama kepada yang baru.

16. Set penjagaan muka lelaki

Bukan saja perempuan perlu menjada muka, tapi juga lelaki. Pilih saja dari senarai pencuci muka terbaik ini.

Jika sebelum ini boyfriend atau suami anda tidak kisah nak jaga muka mereka, hadiah ini bakal membuka lembaran baru dalam hidup mereka.

17. Buku

Ini hadiah untuk lelaki yang buatkan mereka celik ilmu. Anda boleh hadiahkan buku berkaitan perniagaan, motivasi, agama, atau apa saja topik yang mereka suka.

Mana tahu dengan membaca buku yang hadiahkan bakal mengubah kehidupan mereka.

Dapatkan buku secara online di Kinokuniya.

18. Kasut atau sandal

Tak seperti perempuan, orang lelaki susah nak tukar kasut selagi tak rosak.

Jadi, hadiahkan mereka kasut baru. Bagi bertambah keyakinan mereka setiap kali melangkah mencari rezeki. Ini jenama kasut lelaki yang berkualiti tinggi.

19. Earbuds

Kini, semakin popular dengan wireless bluetooth earphone (earbuds).

Terdapat pelbagai jenama earbuds terbaik untuk pilihan anda.

Saranan saya dapatkan yang original supaya dapat tahan lama. Lagipun, nak bagi hadiah, tentunya anda nak berikan yang terbaik.

hadiah untuk suami

20. Kerusi Urut

Kerusi urut sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah untuk ayah. Nak bagi hadiah untuk suami pun boleh.

Setelah letih seharian, dengan hadiah kerusi urut ini dapat juga menghilangkan lenguh di badan mereka.

hadiah untuk ayah

21. Dumbbell

Supaya pasangan anda dapat memantapkan lagi otot tangan mereka, hadiahkan set dumbbell.

Mereka boleh lakukan di rumah tanpa perlu ke gym.

hadiah untuk suami

22. Sit Up Bench

Untuk kekal sihat, senaman salah satu perkara penting untuk dilakukan dengan kerap.

Dengan adanya sit up bench ini, mereka boleh lakukan senaman badan di rumah.

hadiah untuk suami

23. Kaca mata hitam

Berikan kaca mata hitam sebagai hadiah untuk lelaki. Boleh dipakai ketika memandu atau berada di luar.

Pastinya bertambah kacak!

hadiah untuk lelaki

24. Beg galas atau beg laptop

Dia suka pakai beg galas? Apa kata berikan hadiah ini. Boleh dibawa ke tempat kerja. Untuk yang masih belajar, sesuai dibawa ke kolej atau sekolah.

hadiah untuk ayah

25. Dash Cam

Orang lelaki ramai yang sukakan kereta. Jadi, apa saja berkaitan kereta tentunya mereka suka.

Dash cam yang kini semakin disedari ramai akan kepentingannya. Pastikan beli yang ada waranti.

anazr

26. Drone

Satu lagi gajet buat lelaki yang sukakan teknologi terkini. Pelbagai jenama drone boleh anda dapatkan di pasaran.

anazr

26. Mikrofon

Bagi yang gemar membuat video di Youtube atau live video, anda boleh hadiahkan mikrofon untuk kegunaan mereka.

anazr

27. Jersey

Sebagai menyokong minat mereka yang sukakan bola sepak, hadiahkan jersey. Lagi menarik jika anda dapatkan jersey pasukan kegemaran mereka. Pasti mereka terima hadiah dengan senyuman lebar.

28. Vitamin

Tanda anda sayangkan mereka, apa kata belikan vitamin supaya mereka kekal sihat dan bertenaga. Antaranya vitamin C untuk meningkatkan antibodi tubuh.

29. Mesin Pancing

Hadiah untuk lelaki yang suka memancing. Terdapat pelbagai pilihan mesin pancing. Bergantung kepada bajet anda.

hadiah sesuai untuk lelaki

30. Mesin kopi

Ayah atau pasangan anda suka minum kopi di rumah? Hadiahkan mesin kopi supaya senang untuk mereka menikmati kopi kegemaran di rumah.

31. Kad Starbuck

Jika tadi belikan mesin kopi, ini pula untuk peminat Starbuck. Hadiahkan kad keahlian Starbuck.

Selepas ini minum Starbuck siap dapat reward.

32. Tasbih Digital

Dengan adanya tasbih digital, semakin rajin ayah, suami atau anak anda berzikir, insyaAllah.

33. Game untuk PS4

Ini hadiah untuk anak lelaki jika mereka dah ada PS4. Pelbagai games boleh anda beli mengikut kesukaan anak anda.

34. Remote control car

Mainan yang ada peminatnya yang tersendiri. Jika anak atau suami anda salah seorang daripada mereka, dapatkan satu untuk mereka.

35. Powerbank

Senang untuk dibawa ke mana saja. Tiada lagi alasan tak jawab panggilan anda kerana bateri handphone habis.

36. Sport rim

Buat peminat kereta pastinya teruja dapat sport rim baru.

37. Motosikal

Sebagai hadiah untuk anak lelaki, suami atau ayah.

Tidak disarankan untuk hadiah kepada boyfriend. Kena tinggal nanti anda juga yang rugi.

38. Pakej umrah, naik cruise atau pakej pelancongan

Untuk meraikan hari bahagia bersama yang tersayang, apa kata bawa ayah atau suami pergi bercuti dengan menaiki cruise atau tunaikan umrah.

Satu hadiah yang berharga buat lelaki yang kita sayang.

39. Sejadah

Berikan sejadah tebal supaya tidak sakit lutut ketika menunaikan solat.

hadiah untuk ayah

40. Sejadah poket

Mudah untuk dibawa ke mana saja. Di saat pandemik yang memerlukan kita bawa sejadah sendiri bila nak solat, ada sejadah poket sangat membantu.

41. Kurma ajwa

Walaupun kurma popular di bulan Ramadhan, tetapi sebenarnya banyak khasiat kurma jika diamalkan setiap hari. Bagi membuatkan lelaki kesayangan anda kekal bertenaga dan sihat, elok berikan kurma Nabi ini sebagai hadiah.

42. Langganan Wifi Internet di rumah

Pelan data anak dan suami selalu tak cukup untuk belajar dan bekerja dari rumah?

Apa kata anda hadiahkan langganan Unifi atau Time di rumah untuk mereka. Selepas ini tiada lagi keluhan internet slow.

43. Tablet

Tab seperti Apple Ipad sesuai untuk mereka yang suka paparan lebih besar berbanding handphone. Juga mudah untuk dibawa ke mana saja. Selain Apple Ipad, anda juga boleh dapatkan pelbagai tablet jenama lain di pasaran.

44. Topi

Buat mereka yang suka memakai topi, dapat topi baru mesti seronok.

Hadiahkan topi dengan design yang menarik seperti topi jenama Puma ini.

45. Pendrive

Ini sangat penting untuk mereka yang bekerja dan belajar menyimpan data sebagai back up.

46. External Hard Disk

Bagi yang memerlukan storan data yang besar, external hard disk adalah jawapannya. Jika suami anda seorang yang selalu gunakan laptop, benda ni memang wajib ada. Sangat berguna sekiranya laptop atau PC sudah kekurangan ruang storan.

Harganya external hard disk bergantung kepada saiz storannya. Lagi besar saiz storan, lagi tinggi harganya.

47. Periuk Dessini

Bukan perempuan saja suka memasak, lelaki pun ada yang gemar memasak. Berikan periuk Dessini sebagai hadiah untuk lelaki.

Tentu lepas ni makin banyak menu baru yang dimasaknya.

hadiah untuk suami

48. Tali pinggang

Antara barang penting untuk kaum lelaki. Tali pinggang kulit berwarna hitam atau coklat sesuai untuk lelaki yang bekerja dengan pakaian pejabat.

49. Kain sampin

Hadiah untuk lelaki kain sampin yang dia boleh pakai masa raya, solat Jumaat ataupun menghadiri kenduri kendara. Jika anda dan si dia bakal mendirikan rumah tangga, boleh jadikan kain sampin sebagai barang hantaran.

50. Smartphone cover

Nak bagi smartphone lama nampak baru? Pasangkan saja dengan cover smartphone yang pelbagai corak dan bentuk.

Bagi smartphone baru boleh elak calar pada cover original.

51. Khemah

Hadiah ini sesuai untuk diberikan kepada lelaki yang suka kepada aktiviti luar. Jika hadiahkan buat suami, anda dan anak-anak pun boleh berkhemah bersama. Tentu seronok dapat meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

52. Treadmill

Untuk mereka yang nak menguruskan badan. Cara nak mengurangkan berat badan terbaik adalah dengan senaman.

Dengan treadmill mereka boleh lakukan senaman di rumah pada bila-bila masa. Tiada lagi alasan!

53. Kopiah

Hadiah ini sesuai nak bagi pada ayah, suami dan anak lelaki.

Boleh dia pakai waktu nak solat.

54. Topi keledar basikal

Buat lelaki yang suka berbasikal. aksesori ini adalah satu barang yang wajib ada.

Pelbagai jenis helmet boleh dipilih, yang penting utamakan ciri keselamatannya.

55. Bingkai tulisan khat

Tulisan khat bukan saja cantik dipandang, malah menambah seri ruang dengan bingkai khat.

hadiah untuk ayah

56. Foosball

Peminat sukan bola sepak boleh main foosball di rumah atau pejabat di waktu terluang.

Hadiah untuk suami tapi boleh main seisi keluarga.

hadiah untuk suami

57. Basikal Senaman

Ini pula basikal senaman yang boleh digunakan di rumah.

Bagi yang mengayuh basikal, tak perlu lagi keluar rumah untuk berbasikal.

Hari hujan pun boleh berbasikal di rumah saja.

hadiah untuk suami

58. Posture Corrector

Ini sesuai untuk dihadiahkan kepada suami atau orang tua kita.

Buat suami jika dia banyak duduk semasa bekerja, posture corrector sangat membantu.

Jadi, hadiah anda nanti bukan saja buat si penerima terharu, malah baik untuk membetulkan postur badan mereka.

hadiah untuk suami

59. Piano

Buat peminat muzik dan piano, hadiahkan mereka piano.

Sesuai juga untuk yang baru nak belajar bermain piano.

60. Kalimba

Ini lagi satu alat muzik yang sedap iramanya bila dimainkan.

hadiah untuk suami

61. Set pam tayar

Satu keperluan untuk mereka yang memiliki kereta. Senang nak pam tayar di mana saja.

Tak perlu lagi cari petrol pam. Kena pula tempat pam tayar di petrol pam rosak. Jenuh nak pusing cari tempat lain.

62. Penimbang Berat Pelbagai Fungsi

Hadiah untuk lelaki penimbang berat pelbagai fungsi ini. Bukan saja boleh timbang, tapi juga mengira lemak badan, BMI.

63. Monitor komputer bentuk curve

Buat yang sering menghadap komputer. Dapat monitor saiz besar dengan bentuk curve tentunya sangat gembira.

64. Baju hujan

Khusus buat lelaki yang selalu naik motor, sudah tentu baju merupakan satu keperluan buat mereka. Dengan memberikan hadiah baju hujan menunjukkan anda prihatin tentang mereka.

Beli Hadiah Untuk Lelaki Secara Online

Kesemua hadiah untuk lelaki di atas boleh dibeli secara online. Anda klik sana, klik sini, buat pembayaran dan setel. Barang boleh dihantar terus kepada penerima.

Jadi, boleh surprise si penerima. Nak bagi kat secret admire pun boleh.

Lagi best, dekat Shopee atau Lazada, anda boleh buat pembayaran dengan kad kredit tanpa dikenakan interest. Tapi ini hanya terpakai untuk produk yang tinggi harganya seperti laptop, peti ais, mesin basuh.

65. Beg silang

beg silang lelaki

Buat lelaki yang suka memakai beg silang untuk menyimpan barang peribadi mereka, ini adalah hadiah terbaik untuk mereka. Lihat senarai beg silang lelaki ini.

Akhir Kata

Diharapkan selepas membaca artikel ini anda dapat idea nak bagi hadiah apa.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.