Hadiah Persaraan

21 Idea Hadiah Perpisahan

Saat berpisah dengan guru atau rakan sekerja yang bakal bertukar kerja atau bersara, anda tentu mahu berikan sesuatu kepadanya sebagai tanda ingatan. Setelah banyak masa yang dilalui bersama, anda pasti akan rindukan wajahnya. Sebagai tanda betapa kita sayang dan terima kasih kepadanya, anda tentu mahu berikan sesuatu sebagai hadiah perpisahan.

Senarai Hadiah Perpisahan

Berikut adalah hadiah yang sesuai untuk diberikan sebagai hadiah perpisahan untuk rakan sekerja atau hadiah perpisahan guru.

1. Telekung

hadiah perpisahan

Sesuai diberikan sebagai hadiah perpisahan rakan sekerja perempuan ataupun hadiah perpisahan guru perempuan. Ada pelbagai jenis telekung yang boleh anda pilih. Dari telekung mahal kepada telekung murah, bergantung kepada bajet.

2. Gambar pada bingkai kayu

hadiah perpisahan

Cenderahati perpisahan ini sangat sesuai dijadikan hadiah perpisahan. Lengkap dengan gambar yang boleh mengimbau kembali kenangan bersama serta ucapan pendek. Boleh dia letak di meja pejabat ataupun di rumah.

3. Beg tangan

hadiah perpisahan rakan sekerja

Bagi hadiah untuk kawan perempuan, seutas beg tangan sesuai diberikan sebagai hadiah perpisahan. Si penerima tentu saja akan mengingati anda setiap kali melihat beg tangan cantik ini. Ada pelbagai jenama beg tangan dan saiz yang boleh anda pilih, dari saiz kecil hingga beg tangan saiz besar.

4. Wallet / purse

hadiah perpisahan

Untuk hadiah perpisahan rakan sekerja lelaki, anda boleh berikan set wallet ataupun wallet sahaja. Bagi perempuan pula, boleh berikan beg duit (purse). Barang yang sememangnya dipakai ini akan membuatkan mereka terharu dan teringat anda setiap kali buka beg duit.

5. Earbuds

hadiah perpisahan

Buat rakan sekerja yang sukakan gajet, hadiah perpisahan earbuds sangat sesuai untuk mereka. Sudah tentu pemberian anda amat dihargai dan anda juga kekal dalam ingatan setiap kali dia gunakan earbuds. Ada pelbagai jenis earbuds yang boleh anda pilih bergantung kepada bajet. Antara hadiah perpisahan yang sesuai diberikan kepada lelaki.

6. Cermin mata hitam

hadiah perpisahan

Kaca mata hitam jenama Cyxus lengkap dengan polarized. Sesuai dipakai lelaki ataupun perempuan. Dengan adanya UV400, ia dapat melindungi mata dari sinaran UV semasa berada di luar.

Cermin mata hitam Cyxus ini sangat berbaloi dimiliki kerana memiliki fungsi seperti kaca mata hitam mahal yang berjenama. Ia juga sudah tentu sangat sesuai dijadikan hadiah perpisahan untuk rakan sekerja.

7. Jam tangan

hadiah perpisahan

Aksesori yang sering dipakai sesiapa saja di tangan ini sememangnya sesuai dijadikan hadiah perpisahan. Sebagai tanda menghargai dan kasih sayang kepada rakan sekerja, apa kata berikan seutas jam tangan.

Untuk lelaki, anda boleh berikan jam tangan lelaki, maka untuk perempuan anda boleh berikan jam tangan wanita. Ada pelbagai jenis jam tangan di pasaran. Pilihan jam tangan yang sesuai boleh dibuat berdasarkan karakter bakal penerima jam tangan. Contohnya, jika dia seorang yang sukakan aktiviti kecergasan, anda boleh berikan smartwatch.

8. Sejadah

Sehelai sejadah, seutas tasbih, kad ucapan dan juga kotak. Sangat sesuai dijadikan hadiah perpisahan guru, hadiah persaraan lelaki mahupun perempuan dan tentunya untuk hadiah perpisahan rakan sekerja.

Pakej jimat ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang rendah.

9. Bingkai khat


Buat hadiah persaraan ataupun hadiah perpisahan rakan sekerja, bingkai tulisan khat ini sangat sesuai untuk diberikan. Dengan tulisan khat serta kombinasi warna yang cantik, ia menambah cantik ruang tamu penerima.

10. Mug

hadiah perpisahan

Ada pelbagai mug atau cawan dengan gambar yang menarik. Antaranya mug yang boleh diletakkan sekali ucapan dan nama penerima. Ia sesuai diberikan untuk hadiah persaraan guru.

Ataupun mug Starbucks yang sesuai sebagai kenangan untuk hadiah perpisahan rakan sekerja.

hadiah perpisahan

11. Tudung


Khusus untuk rakan sekerja wanita yang bakal meninggalkan kita, apa kata berikan tudung. Ada pelbagai jenama tudung di pasaran, antaranya Fazura bidang 47 ini. Warna hitam yang mudah untuk dipadankan dengan apa saja warna baju.

Tudung yang mudah dibentuk dan kain pun lembut. Memang sedap serta selesa dipakai.

12. Bantal custom made


Bantal lembut yang boleh disertakan dengan ucapan ini sangat sesuai dijadikan hadiah. Sama ada hadiah persaraan ataupun hadiah perpisahan rakan sekerja.

Dengan bajet yang rendah anda tetap dapat menitipkan ucapan yang manis buat teman tersayang sebelum dia meninggalkan tempat kerja. Tentu saja setiap kali dia melihat bantal ini akan mengimbau kenangan bersama.

13. Tali leher

Jika hadiah perpisahan rakan sekerja sekerja lelaki, anda boleh berikan tali leher. Sesuai untuk mereka akan memulakan kerjaya di tempat baru.

Semoga dengan kehadiran tali leher anda, dia akan sentiasa terkenang teman di pejabat lama.

14. Kerongsang tudung


Kerongsang cantik jenama Ozel ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Jarum pin pula jenis tebal dan tajam. Sangat sesuai diberikan kepada rakan wanita. Boleh dia gunakan untuk pakai di tudungnya.

15. Minyak wangi

Siapa sahaja yang tak sukakan minyak wangi kan? Minyak wangi antara yang sesuai dijadikan hadiah perpisahan. Sama ada anda nak berikan hadiah perpisahan rakan sekerja ataupun hadiah persaraan.

Boleh pilih bauan yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Apa yang pasti beli yang original. Barulah best bau tahan lama dan penerima pun tentu sangat menghargainya.

16. Krim tangan Body Shop


Untuk hadiah kepada wanita, anda boleh berikan krim tangan jenama Body Shop ini. Baunya yang menarik membuatkan si penerima berasa tenang dan selesa sentiasa. Siap dibungkus dalam kotak yang cantik. Boleh terus dijadikan hadiah perpisahan rakan sekerja.

17. Hiasan khat

hadiah perpisahan

Hiasan khat yang sesuai diletakkan di meja pejabat ataupun rumah ini sangat cantik dan kreatif. Tentu saja disukai si penerima.

18. Bunga orkid hiasan

hadiah perpisahan

Bunga orkid bukan saja diminati para wanita, malah juga lelaki. Si penerima boleh jadikan bunga orkid hiasan ini untuk hiasan dalam rumah atau pejabat. Ada pelbagai warna yang menarik untuk dipilih.

19. Jam dinding

hadiah perpisahan

Jam dinding yang pastinya berguna di rumah si penerima. Sesuai dijadikan hadiah perpisahan rakan sekerja ataupun hadiah persaraan. Boleh letakkan logo atau apa saja gambar yang anda inginkan pada jam dinding. Setiap kali melihat jam dinding itu, pasti dia akan teringatkan anda.

20. Tuala

hadiah perpisahan

Tuala mandi sememangnya barang yang sering dipakai setiap hari. Pemberian tuala mandi membolehkan si penerima menambah koleksi tuala sedia adanya.

21. Jaket korporat

hadiah perpisahan

Bagi rakan sekerja yang bakal memulakan tugasan baru di syarikat korporat, pemberian jaket korporat ini sangat sesuai untuknya. Ia bukan saja dapat mengurangkan rasa sejuk tapi juga nampak segak bila dipakai di pejabat. Boleh dia pakai di tempat baru nanti.

Akhir Kata

Semoga anda mendapat idea dari senarai hadiah perpisahan rakan sekerja di atas. Jika tak sempat nak keluar shopping, anda boleh buat pembelian secara online. Lebih mudah, hanya tunggu barang sampai di rumah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.