Hadiah Untuk Ibu

57 Senarai Hadiah Untuk Ibu

Ibu merupakan insan yang kita sayang serta banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk membesarkan kita. Dalam apa jua keadaan kita, dia tetap berada di belakang menjadi penyokong setia. Sebagai menghargai segala jasa mereka, apa kata hadiahkan ibu sesuatu yang menggembirakan mereka. Tiada idea nak beri hadiah apa? Jangan risau, di sini saya kongsikan idea hadiah untuk ibu yang pasti buatkan mereka gembira dan terharu menerimanya.

Senarai Hadiah Untuk Ibu

Sekiranya anda mencari hadiah untuk ibu , mengapa tidak fikirkan sesuatu yang disukainya? Berikut adalah beberapa contoh hadiah untuk ibu yang akan menggembirakan mereka.

1. Set periuk

hadiah untuk ibu mertua

Hadiah yang bagus untuk ibu anda adalah sesuatu yang dia boleh gunakan. Satu set periuk baharu siap dengan spatula boleh menjadikan hidupnya lebih indah. Memberinya hadiah praktikal akan menunjukkan bahawa anda seorang anak yang mengambil berat.

Set periuk ini sesuai dijadikan hadiah untuk ibu 60 tahun sebagai hadiah hari jadi untuk ibu ataupun hadiah hari ibu. Set periuk Dessini ini tentunya buatkan ibu anda tersenyum riang. terbaik sebelum membeli.

2. Barang kemas. Hadiah mahal yang buatkan dirinya berasa dihargai.

hadiah untuk ibu

Jika anda sedang mencari hadiah yang akan menggembirakan ibu anda, pertimbangkan untuk memberinya beberapa barang kemas yang cantik. Antaranya:-

  • Rantai atau gelang. Jenis hadiah ini sesuai kerana ia boleh diperibadikan dengan nama atau nama ibu anda. Ia merupakan hadiah ulang tahun atau hadiah hari jadi yang hebat.
  • Cincin. Hadiah yang sangat serba boleh dan boleh dipakai pada bila-bila masa. Ia juga boleh diberikan sebagai simbol kasih sayang dan komitmen.
  • Anting-anting. Satu lagi hadiah serba boleh yang boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Cara terbaik untuk menunjukkan kepada ibu anda bahawa anda mengambil berat tentang kesejahteraannya.

3. Sejambak bunga

Ini adalah hadiah klasik yang boleh menggembirakan mana-mana ibu. Bunga melambangkan cinta dan kebahagiaan, jadi memberi sejambak kepada ibu anda adalah cara yang pasti untuk menunjukkan kepadanya betapa anda mengambil berat serta kasih padanya.

Awas, sebelum membeli selidik dulu jika ibu anda alergik pada bunga hidup! Supaya bunga pemberian anda tidak dipersiakan.

4. Al-Quran/Buku

hadiah untuk ibu 50 tahun

Apabila ibu anda seorang pencinta buku, terdapat banyak pilihan yang tersedia. Sama ada anda sedang mencari sesuatu yang istimewa dan unik, atau hanya mahu memberikan hadiah untuk ibu yang murah, berikut ialah beberapa idea untuk membantu anda:

  1. Dapatkan dia salinan buku kegemarannya. Ini adalah pilihan klasik dan sentiasa popular. Jika anda boleh menemui salinan yang telah ditandatangani oleh pengarang atau ilustrator, itu lebih baik!
  2. Pilih sesuatu daripada genre atau jenis buku kegemarannya. Jika dia meminati novel misteri, hadiahkan dia novel misteri. Atau jika dia suka novel percintaan, belikannya juga salah satu novel itu!
  3. Berikan naskhah Al-Quran beserta terjemahan. Nak lagi best, Al-Quran siap tagging. Senang ibu anda nak baca dan fahami setiap ayat. Hadiah yang tentunya membawa kebaikan dan saham akhirat untuk ibu anda.

5. Makan malam di luar

Ini cara yang menyeronokkan untuk meluangkan masa bersamanya dan menikmati makanan yang enak bersama-sama. Sudah tentu kehadiran anak cucu membuatkan suasana lebih meriah. Antara tempat makan best untuk bawa ibu anda adalah di Atmosphere 360. Sambil makan boleh menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

6. Bawa ke spa

Adakah anda mempunyai ibu yang mementingkan penjagaan dirinya? Jika ya, hadiah ini sesuai untuknya! Bawa dia ke spa urutan kaki dan badan.

Ia akan memberikan pengalaman yang benar-benar menenangkan. Ahli terapi akan menggunakan tekanan dan pukulan untuk membantu ibu berasa pulih dan segar. Ini adalah hadiah yang sesuai untuk mana-mana ibu yang suka meluangkan masa untuk dirinya sendiri.

7. Air fryer

hadiah untuk ibu

Hadiah air fryer boleh memudahkan tugas memasak di dapur. Ia sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk yang ingin memasak makanan yang lazat tanpa perlu bersusah payah. Penggorengan udara juga memudahkan untuk mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam di dapur.

Anda boleh lihat pelbagai air fryer terbaik di sini.

8. Peti ais

hadiah untuk ibu

Keperluan penting wajib ada dalam setiap rumah. Ini masanya untuk menukar peti ais baru di rumah ibu anda. Ada pelbagai pilihan peti sejuk di pasaran. Anda boleh pilih peti ais 2 pintu, peti ais mini atau peti sejuk 1 pintu. Bergantung kepada keperluan isi rumah di kediaman ibu anda. Jika dia tinggal seorang, cukup dengan peti sejuk 1 pintu.

Peti ais mini lebih sesuai untuk diletakkan dalam bilik. Supaya tak perlu berulang kali turun ke dapur hanya untuk mencari air.

9. Beg tangan

Salah satu hadiah yang sesuai untuk ibu adalah dengan memberinya beg tangan yang boleh digunakan pada majlis-majlis khas atau untuk dipakai harian. Terdapat banyak gaya dan warna yang berbeza untuk dipilih, jadi mencari yang terbaik adalah mudah.

Ambil kira juga jenama beg tangan dan jenis bahannya (kulit, kain dll.). Jika anda tidak pasti jenis bahan beg itu dibuat, tanya penjual sebelum membelinya.

10. Pressure cooker

hadiah untuk ibu

Peralatan memasak yang boleh membantu memudahkan kerja di dapur ibu anda. Tugasan memasak jadi cepat dan senang. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah birthday untuk ibu ataupun hadiah untuk ibu mertua.

11. Jam tangan

hadiah untuk ibu

Jam tangan ialah hadiah yang elegan yang dapat menunjukkan kepada Ibu betapa anda menghargainya. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, bermakna ia sesuai dengan mana-mana gaya ibu. Sama ada untuk ke tempat kerja atau dipakai harian.

Lihat di sini untuk senarai jam tangan wanita terbaik.

12. Kain batik

hadiah untuk ibu

Walaupun nampak simple tapi ia sesuai sebagai hadiah untuk ibu yang sudah tua. Kain batik yang menjadi pakaian harian mereka. Tentu seronok bila dapat kain batik baru. . Harga kain batik pun murah. Tidak membebankan untuk anda yang kekurangan bajet.

13. Telekung

Ada banyak pilihan telekung di pasasran. Dari telekung premium seperti telekung Siti Khadijah dan juga telekung murah. Sebagai penghargaan untuk ibu apa salahnya sesekali belikan telekung mahal untuk mereka. Tanda menghargai pengorbanan mereka membesarkan kita selama ini.

14. Makanan

kurma ajwa

Ada pelbagai hadiah makanan untuk ibu yang boleh anda berikan. Antaranya kek, kurma, kek kukus, cream puff, kerepek, pastri. Kurma ajwa salah satu makanan sunnah yang tinggi nutrisi dan baik untuk kesihatan. Semoga dengan mengamalkan kurma ajwa, kesihatan ibu anda sentiasa di tahap optimum.

15. Set penjagaan kulit

skincare set

Mencari hadiah yang menarik dan unik untuk ibu anda? Kenapa tidak berikan dia satu set produk penjagaan kulit muka? Hadiah ini akan membantunya mencapai kulit yang cantik, mengelakkan kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain.

Pertimbangkan jenama produk penjagaan kulit yang ibu anda berminat untuk gunakan. Jika dia ingin mengurangkan kedutan atau garis halus, cuba satu set produk penjagaan kulit anti-penuaan. Kalau dia lebih suka pencuci muka dan toner, itu juga merupakan pilihan yang bagus.

16. Minyak wangi

Terdapat pelbagai jenis minyak wangi di luar sana yang menawarkan bauan yang segar dan lembut. Ia sangat penting terutama untuk ibu yang masih bekerja.

Memberikan ibu anda hadiah minyak wangi membantunya rasa lebih yakin ketika berada bersama rakan di tempat kerja.

17. Vakum Robot

robot vakum cleaner

Anda sering tiada masa membantu ibu mengemas rumah? Apa kata, hadiahkan vakum robot. Kerja membersih rumah jadi lebih ringan dan pantas.

Hanya arahkan robot untuk membersih. Laju dia bekerja menyapu segala kotoran di rumah. Tak perlu lagi ibu anda susah payah untuk vakum rumah.

18. Oven

hadiah untuk ibu

Ibu anda seorang yang suka buat biskut, kek ataupun pastri? Pemberian oven tentunya sesuatu yang sangat disukai beliau.

Untuk menjimatkan masa anda, ini adalah antara oven terbaik di pasaran pada masa kini!

19. Sofa

set sofa

Apabila membeli sofa, perlu diingat bahawa saiz dan pilihan ibu anda akan menjadi faktor penting untuk dipertimbangkan. Selain itu, fikirkan tentang jenis persekitaran yang didiami ibu anda – ruang tamu formal atau suasana yang lebih santai?

Juga, pertimbangkan gaya perabot yang sesuai dengan personaliti dan hiasan rumahnya. Sebagai contoh, jika ibu anda lebih suka gaya kontemporari, sofa moden mungkin sesuai. Inti patinya: jangan teragak-agak untuk membeli ibu anda sofa baru!

20. Frame khat

frame khat

Bingkai kaligrafi yang indah menjadikan hadiah yang sempurna untuk ibu. Sama ada dia seorang pencinta tulisan khat yang baik atau sekadar menikmati sentuhan estetik di rumahnya, bingkai kaligrafi buatan tangan pasti menggembirakan ibu anda.

21. Kain tudung

tudung

Hadiah kain tudung memang sinonim untuk seorang wanita. Walaupun kain tudung di rumah ibu anda dah banyak tergantung, kain tudung baru tetap disukainya. Sebagai tambahan koleksi tudung sedia ada.

Senang nak dipadankan dengan baju untuk ke mana-majlis nanti.

22. Smart TV

smart tv

Smart TV telah menjadi semakin popular pada masa kini. Pelbagai jenama smart TV berada di pasaran.

Lengkap dengan kemudahan untuk sambungan internet, ia membuatkan smart TV menjadi pilihan ramai. Netflix dan Youtube tersedia pada kebanyakan TV. Anda boleh menemani ibu anda menonton rancangan kegemaran mereka. Inilah masa untuk meluangkan masa bersamanya.

23. Kerusi Urut

kerusi urut

Kerusi urut adalah hadiah hebat untuk ibu. Mereka boleh menggunakannya untuk berehat dan mendapatkan kelegaan setelah penat seharian menguruskan rumah. Selain itu, kerusi urut memberikan banyak faedah seperti peredaran darah yang lebih baik dan melegakan tekanan.

Kerusi urut Zero Gravity antara kerusi urut terbaik di pasaran.

24. Set cadar

Pemberian cadar sebagai hadiah menunjukkan penghargaan atas semua yang ibu lakukan untuk keluarga. Ini juga merupakan cara yang bijak untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang tidur dan keselesaannya.

Set cadar Akemi siap comforter ini bakal menambahkan seri bilik tidur ibu anda dan membuatkan tidurnya lena.

25. Periuk nasi

periuk nasi

Periuk nasi sentiasa menjadi hadiah yang dialu-alukan untuk ibu-ibu. Dengan adanya periuk nasi pelbagai fungsi boleh menjadikan proses memasak lebih mudah. Ia juga boleh digunakan untuk membuat hidangan lain seperti masak bubur dan steamer.

26. Alat solek

Buat ibu anda yang suka bersolek, dia tentunya menyukai hadiah yang anda berikan ini. Ia membuatkan dia berasa cantik dan baik tentang dirinya.

Terdapat begitu banyak jenis solek yang berbeza untuk dipilih. Anda boleh memberinya set alat solek atau anda membelikan dia gincu atau maskara baharu. Apa sahaja yang anda pilih, pastikan ianya sesuatu yang dia akan suka dan gunakan!

27. Jubah/Abaya

Pemberian abaya sebagai hadiah tentunya buatkan ibu anda gembira. Siapa tak suka bergaya dengan baju baru kan! Tambahan pula anak tersayang yang beri.

28.Pokok hiasan dalam rumah

pokok hiasan

Jika ibu anda seorang yang suka menghias rumah, pokok hiasan tentunya sesuatu yang diminati mereka. Pelbagai pokok hiasan boleh anda pilih. Antaranya pokok skybird, pokok pisang, pokok buluh, eucalyptus dan banyak lagi.

29.Iron steamer

Iron steamer boleh menjadikan hidupnya lebih mudah dalam menjaga semua keperluan pakaiannya. Kerja iron pakaian menjadi lebih cepat dan mudah. Sekali iron, kedutan di pakaian dah hilang.

30.Mesin basuh automatik

mesin basuh automatik

Ibu anda masih menggunakan mesin basuh manual? Mesin basuh automatik tentunya buatkan mereka tersenyum lebar. Kerja mencuci pakaian jadi lebih senang dan ringkas. Tekan, tekan, siap.

Sambil cuci pakaian boleh buat kerja rumah yang lain. Tapi, sebelum itu, jangan lupa ajar mereka cara guna. Ini antara mesin basuh automatik terbaik di pasaran.

31. Pakej umrah

Anda boleh menampung perbelanjaan ibu untuk menunaikan umrah di Mekah. Hadiah yang hebat ini tentunya dikenang mereka sampai bila-bila. Anda disarankan membeli pakej umrah dari syarikat umrah yang dipercayai untuk mengelakkan sebarang masalah.

32. Kereta

Andainya anda mempunyai rezeki lebih, hadiah kereta sebagai tanda penghargaan anda buat ibu tersayang. Tapi, pastikan ibu anda ada lesen memandu.

33.Sejadah

sejadah

Pemberian sejadah tebal sangat sesuai sebagai hadiah untuk ibu 50 tahun dan ke atas. Saat ini lutut mereka dah mula rasa sakit bila sujud lama. Dengan adanya sejadah tebal, solat mereka lebih selesa.

34. Gelang Pandora

Pandora Moments 14 karat berwarna rose gold siap simbol love menjadi tanda kasih sayang anda buat ibu. Dengan memakai gelang Pandora sudah pasti menambah lagi gaya pada ibu anda yang hebat.

35.Permaidani

Apabila membeli permaidani, pastikan anda mengukur ruang di mana ia akan digunakan. Permaidani datang dalam pelbagai jenis dan saiz, jadi penting untuk mengetahui saiz dan jenis yang sesuai sebelum anda membeli.

Sesetengah permaidani berbulu dan bulunya mudah tertanggal. Ini tentunya tidak disukai ibu anda sebab akan menambah kerjanya ketika mengemas rumah.

Jika ibu anda tinggal di apartmen, pertimbangkan untuk membeli permaidani yang lebih kecil dan bukannya permaidani besar. Pertimbangan lain ialah sama ada ibu anda lebih suka corak tradisional atau sesuatu yang lebih unik.

36. Vitamin C

Seorang anak yang sayangkan ibu tentunya mengambil berat soal kesihatan mereka. Untuk itu, hadiahkan mereka suplemen kesihatan seperti vitamin C Shaklee.

Ianya baik untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, vitamin C juga baik untuk kulit serta membantu menstabilkan paras kolesterol ibu anda.

37. Dishwasher

Anda ingin mudahkan kerja ibu di rumah? Mesin cuci pinggan mangkuk adalah salah satu hadiah terbaik untuk ibu.

Tugasnya di rumah menjadi lebih ringan. Dia tentunya akan menghargai kemudahan yang anda berikan ini.

38. Pakej percutian

Hadiahkan pakej percutian bukan saja menggembirakan ibu tapi juga membolehkan mereka merehatkan fikiran. Setelah letih bekerja setiap hari sama ada di rumah ataupun pejabat, percutian tentunya sesuatu yang dinantikan.

39. Kasut

kasut carlo rino

Sebelum belikan kasut, pastikan anda tahu saiz kaki ibu anda. Supaya tak perlu susah payah nak kena tukar nanti. Ketahui juga jenis dan warna kasut yang disukainya.

40. Smart Watch

Untuk ibu yang aktif bersukan, hadiah smart watch pastinya berguna buat mereka. Senang untuk mereka cek kalori, kiraan langkah setiap hari, denyutan nadi dan pelbagai lagi.

41. Spin mop

Kerja membersih rumah jadi lebih mudah dengan adanya spin mop. Ibu anda tentunya suka bila dapat mop baru yang senang digunakan.

42. Pasu Nordic

Rekaan pasu moden ini tentu digemari para wanita. Terutama golongan ibu yang suka menghias rumah.

Boleh dijadikan pasu untuk pokok hiasan mereka. Kalau ada masih mencari hadiah untuk ibu yang murah, ini antara salah satu darinya.

43. Lampu siling hiasan

Untuk menambah keceriaan di ruang tamu rumah ibu anda, apa kata hadiahkan lampu siling hiasan.

Ibu anda pastinya tersenyum melihat keindahan lampu siling hiasannya yang baharu.

44. Bekas beras

bekas beras

Ini antara barang yang disukai kaum ibu. Bukan saja senang nak simpan beras, malah beras yang tersimpan selamat dari serangga. Ada 2 kapasiti untuk bekas beras ini, 5kg serta 10kg.

45. Tefal Steamer

hadiah untuk ibu

Kukus jenis stainless steel jenama Tefal ini boleh membantu memudahkan kerja ibu memasak di dapur. Dengan kapasiti 6 liter, pelbagai jenis makanan boleh dimasak dengan kaedah kukus.

Menggunakan material jenis stainless steel, ia mampu bertahan lama berbanding kukus plastik.

46. Stand mixer

hadiah untuk ibu

Bagi ibu yang sering buat kuih, biskut ataupun kek, ini adalah hadiah yang mereka sukai. Dengan kapasiti 5 liter, sesuai untuk kegunaan sendiri.

47. Mixer Grinder

Pemberian mesin pengisar baru tentunya dihargai ibu anda. Blender jenama Panasonic ini bukan saja boleh berfungsi sebagai pengisar, tapi juga pengadun. Tentu disenangi ibu anda bila dapat blender baru dengan fungsi tambahan ini.

48. Pengisar buah

Pengisar buah adalah hadiah yang bagus untuk ibu. Ia boleh membantu dia membuat smoothie dan jus buah segar sendiri, yang sihat dan lazat!

Pengisar buah juga memudahkan untuk menambah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran pada dietnya, yang baik untuk kesihatan keseluruhannya.

Ini adalah senarai pengisar buah terbaik yang berada di pasaran.

49. Dapur gas

Jika dapur gas ibu anda dah lama dan api pun tak kuat, inilah masanya untuk berikan dapur gas baru. Dengan adanya dapur gas baru, tentu lebih bersemangat ibu anda memasak. Seisi keluarga dapat menikmati keenakan air tangannya.

Tak payah susah payah nak survey, pilihan dapur gas terbaik sudah disediakan untuk anda.

50. Air cooler

Memiliki aircond mungkin akan terasa beban buat ibu anda untuk membayar bil elektrik setiap bulan. Sebagai alternatif, hadiahkannya air cooler supaya tidak terasa panas membahang ketika di rumah. Tidur pun lebih selesa dan lena.

Ini air cooler terbaik untuk pilihan anda.

51. Dryer

hadiah untuk ibu

Tak mahu ibu anda bersusah payah sidai pakaian? Mesin pengering baju ini kemudahan terbaik untuk dirinya. Siap basuh, masukkan dalam mesin pengering. Dah kering boleh terus lipat.

Tiada lagi masalah baju tak kering pada musim hujan.

52. Kuali non-stick

hadiah untuk ibu

Ini juga akan membantu ibu memasak di dapur. Tak perlu bimbang kuali melekat lagi dengan adanya kuali non-stick. Senang nak goreng telur.

Kuali Lowenthal dari Korea ini terbukti antara kuali non-stick terbaik. Dengan 6 lapis coating, ia mampu bertahan lama. Ada beberapa saiz untuk pilihan. Tapi, perlu diingatkan kuali ini tidak boleh digunakan atas dapur induction.

53. Tasbih digital LED

hadiah untuk ibu

Tasbih digital WASL ini memudahkan ibu anda membuat kiraan ketika berzikir. Dengan paparan LED senang nak tengok dah berapa kali zikir yang dilantunkan. Tasbih ini juga akan bergetar apabila sampai kiraan 33, 66, dan 99.

Ini contoh hadiah untuk ibu yang murah tapi sungguh bermakna.

54. Microwave

hadiah untuk ibu

Jika rumah ibu masih tiada microwave, ini antara hadiah yang sesuai untuk anda berikan. Ia memudahkan untuk panas lauk yang dah dimasak ataupun nyah beku.

Microwave jenama Sharp ini mempunyai 6 auto menu. Hanya pilih dan tekan, ia akan terus berfungsi. Ia juga turut mempunyai fungsi auto defrost.

55. Mesin urut kaki

hadiah untuk ibu

Bila dah tua, dapat urutan di kaki tentunya terasa lega. Dengan adanya mesin urut kaki ibu anda boleh gunakan pada bila-bila masa. Terasa lenguh terus saja on kan mesin. Bila dah selalu pakai, kain alas pada mesin urut tu boleh dicuci bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

Hadiah anda ini tentunya menunjukkan keprihatinan anda sebagai seorang anak.

56. Beg Bagasi

hadiah untuk ibu

Khusus untuk ibu anda yang selalu pergi bercuti, memiliki beg bagasi tentunya sesuatu yang wajib buat mereka. Untuk itu, apa kata hadiahkan beg bagasi baru kepada mereka.

Beg bagasi yang solid, roda mampu berpusing 360°, dan mampu bertahan lama antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli.

57. Ebike/ Basikal elektrik

hadiah untuk ibu

Basikal elektrik semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Bagi ibu yang sudah tua dan tak larat nak jalan kaki pergi ke surau, anda boleh hadiahkan basikal elektrik ini. Boleh dibawa ke surau, ke kedai, pusing kampung dalam lingkungan 60km sekali caj.

Antara ebike yang berkualiti adalah AZ E-Bike. Rekaannya menarik serta mempunyai body yang solid. Ia mampu menampung berat sehingga 180kg serta mendapat kelulusan SIRIM Malaysia.

Setiap pembelian ebike AZ LTD ini akan diberikan jaminan selama 3 tahun.

Akhir Kata

Ada terdapat banyak pilihan hadiah yang boleh diberikan kepada ibu. Tidak semestinya yang mahal. Anda boleh beli hadiah mengikut kemampuan anda. Apa yang penting dalam setiap pemberian adalah ingatan buat ibu yang tersayang.

Mereka tetap bahagia dan gembira menerima pemberian dari anak walaupun hanya benda yang kecil.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.