15 Idea Hadiah Birthday Untuk Perempuan (2023)
Birthday ibu, isteri, anak, adik atau kawan perempuan dah nak dekat? Tapi masih tak tahu nak bagi hadiah apa sempena birthday diaorang? Tak perlu pening lagi nak fikir, dalam posting kali ini saya sertakan pelbagai idea hadiah birthday untuk perempuan.
Anda cuma perlu pilih yang mana berkenan di hati dan kena dengan bajet. Nak bagi hadiah birthday untuk ibu, hadiah birthday untuk isteri, hadiah birthday untuk kawan perempuan, hadiah birthday untuk anak perempuan, semuanya boleh.
Hadiah Birthday Untuk Perempuan
Berikut adalah beberapa jenis pilihan hadiah untuk perempuan sempena sambutan hari kelahiran mereka.
1. Teddy Bear
Pilihan hadiah birthday untuk perempuan yang pertama adalah Giant Teddy Bear Plush Toy.
Menggunakan material jenis plush dan isiannya pula 100% PP Cotton, teddy bear ini sangat gebu dan sesuai dijadikan teman tidur anda. Sedap buat peluk.
Terdapat dalam tujuh pilihan saiz dan enam warna yang berbeza, anda boleh dapatkannya dengan harga bermula dari RM35.00 sahaja. Ini sesuai untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi untuk anak perempuan ataupun kawan perempuan.
2. Rantai Loket
Bagi hadiah birthday untuk perempuan yang kedua pula anda boleh hadiahkan kepada insan tersayang. Rantai beserta loket ini sangat sesuai jika dijadikan hadiah birthday untuk anak perempuan anda.
Pandora Disney Mickey Mouse O Pendant Necklace Set pasti mengingatkan dirinya dengan zaman kanak-kanak dahulu yang penuh dengan keseronokan, kepercayaan dan saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain.
Set yang bertemakan keriangan ini mengandungi 3 barangan (rantai, loket dan dangle charm)
3. Kasut
Jadikan si dia tampil jelita dan elegan dengan memberikan MYKUTSU Sexy Women High Heels.
Hadiah birthday untuk perempuan bawah RM50 ini diperbuat daripada material jeni suede.
Terdapat dalam pelbagai saiz dan dua pilihan warna menjadikan ianya sangat berbaloi untuk dibeli. Sesuai untuk anda yang bajet rendah tapi ingin berikan sesuatu yang bermakna buat yang tersayang.
4. Bouquet Bunga
Hadiah birthday untuk perempuan yang seterusnya pula adalah bouquet bunga.
Ada pelbagai pilihan jambangan yang boleh anda pilih mengikut citarasa. Penerima bunga pasti tersenyum manis tatkala menerima hadiah istimewa ini.
5. Gelang Pandora
Hiaskan tangan yang putih mulus si dia dengan Pandora ME Snake Chain Bracelet. Sangat sesuai buat si dia yang sukakan gaya yang kasual, elegan dan vintage. Bukan saja boleh diberikan kepada isteri atau girlfriend tapi juga buat ibu tersayang.
Hadiah birthday untuk perempuan ini sangat menarik dan mampu membuatkan mereka terharu.
6. Dompet
Seterusnya, purse jenama Coach. Kalau anda lihat purse sahabat anda sudah koyak dan rosak, gantikannya dengan purse Coach ini.
Tampil dengan kemasan kulit dan tekstur yang licin berkilat serta bercorak bunga. Purse Coach ini diperbuat dengan bahan kulit yang berkualiti tinggi.
Terdapat tiga pilihan corak bunga yang berbeza, dengan harga bawah RM100. Purse ini mampu jadikan pemiliknya kelihatan lebih feminin. Selain purse, anda juga boleh berikan handbag, yang sememangnya menjadi kegemaran para wanita.
7. Jam kesihatan/Smartwatch
Manakala, pilihan hadiah birthday untuk perempuan yang berikutnya pula adalah BOZLUN Smart Watch.
Smartwatch ini berfungsi untuk latihan pernafasan, pengesan suhu, kawalan denyut nadi dan pelbagai lagi fungsi yang lain.
Ianya juga mempunyai bluetooth dan terdapat dalam pelbagai bahasa seperti German, French dan lain-lain.
8. Tudung
Terdapat dalam empat set hadiah yang berlainan, Set Tudung Bawal Cotton Voile adalah pilihan hadiah birthday untuk perempuan yang seterusnya.
Si dia pasti tampil anggun dan jelita tatkala memakai Tudung Bawal Cotton Voile ini. Diperbuat daripada kain jenis kapas, ianya mudah digosok, tidak jarang dan sangat mudah dibentuk.
Hadiah untuk perempuan bawah RM30 ini mempunyai tujuh pilihan warna.
9. Blouse
Hadiah birthday untuk perempuan yang seterusnya pula adalah Women Blouse Long Sleeve Chiffon.
Dengan harga bawah RM20 si dia pasti kelihatan persis wanita Korea yang tampil kasual dan minimalis. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah birthday untuk kawan perempuan atau anak perempuan.
Diperbuat dari kain jenis chiffon dan berkolar, si pemakai pun akan berasa sejuk ketika memakainya.
Women Blouse Long Sleeve Chiffon didatangi dengan 5 pilihan warna dan juga 8 saiz.
10. Sweater
Pilihan hadiah birthday untuk perempuan ini sangat sesuai jika dijadikannya sebagai hadiah birthday untuk best friend perempuan anda.
New Fashion BFF Hoodie ini terdapat dalam 6 pilihan warna dan 7 pilihan saiz.
Ianya berlengan panjang dan juga diperbuat daripada material jenis quilt. Sangat sesuai untuk si dia yang sukakan gaya minimalis.
11. Cermin Mata Hitam
Untuk kelihatan lebih bergaya, tampil berkaca mata hitam yang penuh persona dengan Classic Round Frame, Polarised Sunglasses ini.
Si dia pasti kelihatan sangat kemas bergaya, kelihatan sedikit tegas dengan kaca mata hitam ini.
Hadiah untuk perempuan bawah RM20 ini terdapat dalam 14 variasi pilihan.
12. Wireless Earphone
Jika rakan anda suka dengarkan muzik, apa kata anda hadiahkan kepada si dia dengan TWS Bluetooth Earphones 5.0.
Ianya mempunyai ciri-ciri seperti mikrofon terbina dalam, pembatalan bunyi, pengasingan bunyi, kalis peluh dan juga kawalan kelantangan suara.
Selain itu, earphone ini juga mempunyai waranti selama 1 tahun. Dengan ciri wireless, rakan anda pasti lebih enjoy mendengar muzik.
13. Set Mekap
WAWA Cosmetics I Love U Edition pilihan terbaik buat insan tersayang anda supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan cantik, yakin dan penuh gaya.
WAWA Cosmetics I Love U Edition ini mempunyai 6 set pilihan. Ianya sangat sesuai terutamanya bagi wanita yang bekerjaya dan juga sentiasa ingin tampil jelita serta menawan.
14. Serum
Semakin meningkat usia wanita, semakin penting untuk fokus pada penjagaan kulit. Salah satu cara untuk menunjukkan anda mengambil berat tentang seorang wanita adalah dengan memberinya hadiah serum. Serum padat dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang membantu mengekalkan kulit kelihatan muda dan sihat.
Terdapat banyak jenis serum yang tersedia, jadi mudah untuk mencari serum yang sesuai untuk wanita yang anda beli. Jika dia mempunyai kulit berminyak, serum dengan vitamin B5 akan membantu mengawal bersinar. Jika dia mempunyai kulit kering, cari serum dengan asid hyaluronik, yang membantu mengekalkan kelembapan.
Pening nak pilih serum terbaik? Lihat saja senarai yang sediakan ini.
Serum juga membuat hadiah hari jadi yang hebat untuk remaja perempuan. Kulit wanita muda masih terbentuk, jadi penting untuk mula menggunakan serum pada awal usia.
15. Jam tangan
Salah satu hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada seorang wanita ialah jam tangan yang cantik. Bukan sahaja praktikal, tetapi ia juga boleh menjadi simbol status dan keanggunan.
Jam tangan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, jadi mencari jam tangan yang sesuai untuk orang yang anda sayangi boleh menjadi tugas yang sukar. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira personaliti dan minatnya, anda boleh memilih jam tangan yang sesuai dengan mudah. Saya juga telah sediakan senarai jam tangan wanita terbaik di Malaysia.
Jika orang yang anda sayangi mementingkan fesyen, pertimbangkan untuk memilih jam tangan berjenama. Jenama seperti Michael Kors, Rolex dan Citizen menawarkan jam tangan berkualiti tinggi yang bergaya dan tahan lama.
Jika bajet anda mengizinkan, jenama ini membuat pilihan yang sangat baik untuk majlis khas seperti hari lahir atau ulang tahun.
Sekiranya orang yang anda sayangi lebih aktif atau suka berada di luar rumah, pertimbangkan untuk memilih jam tangan sukan (smart watch).
Akhir Kata
Senarai hadiah di atas ini adalah hadiah yang disukai oleh kebanyakan wanita-wanita di luar sana. Anda pasti tidak akan menyesal jika memilihnya untuk dijadikan hadiah buat mereka.
Malah, melalui hadiah-hadiah ini juga anda sebenarnya telah pun membuat mereka berasa disayangi dan dihargai terutamanya di hari kelahiran mereka ini.
Oleh itu, jadikan salah satu daripada pilihan hadiah ini sebagai tanda kasih sayang anda.