Hadiah untuk Suami

13 Idea Hadiah Untuk Suami (2023)

Hari jadi suami semakin menghampiri? Tapi hadiah tak ready lagi? Atau nak cari hadiah untuk anniversary? Tak usah kalut, dalam posting kali ini saya berikan idea hadiah untuk suami.

Senarai hadiah ini pastinya akan disukai dan memikat hati mereka. Nak beli pun mudah. Klik, klik, tunggu barang sampai.

Seperti yang kita tahu seorang figura yang bernama ‘suami’ ini merupakan tonggak utama di dalam alam rumah tangga yang memang tidak dapat dinafikan lagi setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Sebagai seorang isteri tentu anda ingin membalas segala pengorbanan mereka itu dengan sesuatu yang berbaloi dan istimewa. Jadi, melalui pemberian hadiah-hadiah ini, hasrat anda itu pastinya akan tercapai dengan sempurna.

Idea Hadiah Untuk Suami

Antara pilihan hadiah untuk lelaki yang menarik, sesuai dan pasti disukainya adalah seperti berikut:-

1. Jam Tangan

Bagi anda yang mencari hadiah untuk suami sempena hari lahir, boleh beli jam tangan Casio Edifice EQS-930HR-1A bagi dijadikan hadiah untuk suami sempena hari jadi mereka itu.

Jam tangan jenama Casio ini adalah anti-karat, menggunakan kuasa solar, kalis air sehingga kedalaman 100 meter dan banyak lagi.

Suami anda pasti tampak macho ketika menggayakannya. Jenama Casio antara jenama jam tangan terbaik lelaki.

2. Dompet

Hadiah untuk suami yang kedua pula adalah dompet iaitu 100% Original Coach Brown Compact ID Men Wallet In Signature (Coach F74993).

Sangat sesuai dijadikan hadiah untuk suami birthday mereka dengan menghadiahkan dompet eksklusif original dari USA ini.

Mempunyai poket pelbagai fungsi dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik tentu ianya akan menjadi dompet kesayangan suami anda.

3. Tali pinggang


Hadiah untuk suami tercinta anda yang seterusnya pula adalah tali pinggang jenama Coach ini.

Diperbuat daripada material jenis kulit, tali pinggang jenama Coach sangat sesuai dipadankan dengan pakaian untuk suami anda ke pejabat atau pun majlis-majlis formal.

4. Topi Nike Heritage86 Swoosh

Jika suami anda suka memakai pakaian yang jenis kasual, apa kata pilihan hadiah untuk suami yang seterusnya hadiahkan kepada mereka topi Nike ini.

Pastinya gaya mereka akan nampak lebih menarik dan bergaya. Topi ini diperbuat daripada polyster, cotton dan spandex. Tali belakang boleh laras mengikut saiz kepala si pemakai.

5. Kasut Under Armour

hadiah untuk suami

Pilihan hadiah untuk suami hari jadi mereka yang ke-lima pula, gantikan kasut lama mereka dengan yang lebih baik dan terbaik dari Under Armour.

Kasut jenama Under Armour yang berkualiti tinggi ini sangat sesuai dijadikan kasut untuk berjogging. Sangat ringan dan selesa ketika dipakai.

6. Alatan kereta

Bagi pilihan hadiah untuk suami yang seterusnya, anda boleh hadiahkan kepada mereka dengan BuzzTech 99800mAh 12V Car Jumper sebagai hadiah untuk suami sempena anniversary anda berdua. Car Jumper sangat penting jika kereta secara tiba-tiba menghadapi masalah sukar untuk dihidupkan.

Apatah lagi jika ianya terjadi di tengah kawasan gelap, di atas jalan raya yang sibuk dan sebagainya. Jadi bagi memudahkan segala urusan suami berkaitan masalah kereta, hadiahkan jumper kereta kepada mereka. Pasti diri anda akan bertambah disayangi.

7. Bouquet untuk lelaki

Zaman sekarang ini, hadiah berupa bouquet tidak terhad hanya untuk kaum perempuan sahaja, lelaki juga turut sama menerimanya.

Hadiah untuk suami yang ke-tujuh, Bouquet Men Style Bouquet Soap Rose ini merupakan pilihan hadiah yang sesuai untuk lelaki yang sangat anda kasihi.

Anda boleh berikan hadiah ini kepada mereka contohnya sempena sambutan hari bapa, ulang tahun, hari kekasih dan sebagainya.

8. Set Memancing

Pilihan hadiah untuk suami yang ke-lapan pula adalah Sougayilang Fishing Rod and Reel Set .

Jadikan set memancig sebagai hadiah untuk suami anda yang hobinya adalah memancing. Pasti suami anda akan berasa teruja menggunakannya ketika memancing ikan.

9. Mark Ryden Messenger Bag

Lengkapkan gaya kasual suami anda dengan menghadiahkannya dengan Mark Ryden Messenger Bag.

Beg waterproof jenama Mark Ryden sangat sesuai untuk digunakan semasa bercuti, bersiar-siar dan majlis-majlis kasual. Siap ada poket depan dan poket belakang. Poket belakang sesuai untuk simpan barang berharga bagi mengelakkan kecurian.

Terdapat 2 pilihan fabrik untuk beg ini iaitu Oxford dan PU Leather. Jika anda inginkan beg yang mampu bertahan lama, pilhan terbaik adalah material jenis Oxford.

10. Kaca Mata Ray Ban Aviator Large Metal

Untuk tampil lebih menarik dan segak, sempurnakan gaya suami anda dengan kaca mata jenama Ray Ban.

Kaca mata berbentuk bulat ini juga mempunyai waranti dan mempunyai saiz panjang lens 58mm. Suami anda pasti kelihatan segak ketika memakainya dan tentunya berasa bangga dengan hadiah yang diberikan oleh isteri tercinta.

11. Basikal

hadiah untuk suami

Berbasikal memang banyak kebaikannya. Oleh itu, jadikan suami anda lebih sihat dengan mengajaknya berbasikal untuk riadah di waktu petang.

Untuk jadikannya lebih bersemangat, apa kata anda hadiahkan kepadanya basikal lipat ataupun basikal elektrik. Tentu seronok suami anda bila tahu isteri tercinta support hobi mereka.

Nak lagi best, beli 2 basikal terus. Boleh pergi berbasikal sama-sama nanti.

12. Alat Senaman

Selain treadmill dan basikal senaman, 250Lbs Resistance Band juga berguna untuk suami anda bersenam di rumah. Mereka tidak lagi perlu bersusah payah untuk pergi ke gym.

Malah anda juga boleh menemani mereka untuk melakukan workout di rumah. Pasti lebih seronok dan mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

Malah, wang juga dapat dijimatkan di samping kesihatan pun terjaga.

13. Kit Alatan Kecemasan

hadiah untuk suami

Kaum lelaki sangat menggemari aktiviti yang lasak, oleh itu untuk pilihan hadiah buat suami yang tersayang anda boleh jadikan Survival Kit Set sebagai hadiah buat mereka.

Anda pun tidak perlu risau lagi jika si dia keluar berkhemah atau membuat sebarang aktiviti lasak di luar rumah. Terdapat 33 barang keperluan kecemasan yang terdapat di dalam kit ini seperti lampu suluh, kompas, pisau, wayar gergaji dan banyak lagi.

Akhir Kata

Ada bermacam idea hadiah untuk suami. Pilih saja yang mana berkenan di hati dan kena dengan bajet. Beli dari Shopee, Lazada ataupun Zalora. Barang terus sampai di depan rumah. Tak perlu susah payah nak keluar. Al-maklumlah, para isteri kan sentiasa sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga.

Semoga melalui perkongsian ini, hadiah untuk suami sempena hari lahir dah ready awal. Tak kalut seperti sebelum ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.