tempat menarik di melaka

11 Tempat Menarik Di Melaka (2023) – Lokasi Rugi Kalau Tak Pergi

Nak ke Melaka? Tapi, apa tempat menarik di Melaka yang boleh dilawati?

Ok, tak perlu pening-pening. Dalam posting ini saya kongsikan senarai tempat menarik di Melaka.

Aktiviti Malam Di Melaka

Bila tiba waktu malam, ini antara aktiviti malam di Melaka yang boleh anda lakukan:-

1) Naik Melaka River Cruise

Bagi anda yang ingin menelusuri Sungai Melak, anda boleh menaiki cruise. Nak naik pada waktu siang pun boleh. Cumanya, cuaca panas serta pemandangan tidak secantik di waktu malam.

Pada waktu malam anda dapat lihat lampu berwarna-warni yang dipasang di sepanjang sungai Melaka.

Dari cruise anda akan melalui Kg Mortem. Sebuah perkampungan Melayu tradisional yang masih mengekalkan ciri architechure Melayu.

Harga tiket untuk pemegang MyKad berumur 12 tahun ke atas adalah RM25. Anda boleh lihat harga tiket dan membuat tempahan tiket secara online di laman rasmi Melaka River Cruise.

2) Makan ikan bakar di Umbai

Dah puas berjalan di waktu siang, tiba masanya untuk isi perut pula. Anda boleh menikmati hidangan ikan bakar fresh di tempat makan menarik di Melaka iaitu Medan Ikan Bakar Umbai. Ada banyak pilihan kedai di situ. Yang paling popular di situ adalah Ikan Bakar Parameswara.

3) Pasar Malam di Plaza Mahkota

Bagi anda yang berada di Melaka pada hujung minggu, anda boleh singgah di pasar malam ini. Ia terletak di sebelah bazar kraftangan Melaka. Jadi sambil membeli belah di pasar malam, boleh singgah beli buah tangan sekali di bazar.

Dekat bazar ni ada barang kraf, makanan, kerepek, cencaluk, sagu, gula Melaka, belacan, t-shirt Melaka. Pendek kata barang popular di Melaka. Nak cari hadiah untuk suami, ayah, ibu pun boleh.

Apakah Tempat Menarik Di Melaka Untuk Dilawati?

Berikut adalah tempat menarik untuk dilawati di Melaka.

1. Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

Untuk yang mencari tempat menarik di Ayer Keroh, anda boleh ke Taman Rama-Rama Melaka. Menyajikan pemandangan rama-rama dari pelbagai spesis. Taman ini mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1991.

Dalam taman rama-rama ini terdapat juga haiwan lain seperti ular, buaya, arnab.

2. Taman Buaya Melaka

Ini juga salah satu tempat menarik di Ayer Keroh, Melaka. Memandangkan jarak Ayer Keroh dan Bandar Melaka agak jauh, alang-alang dah pergi ke situ baik pergi sekali ke tarikan yang lain.

Selain buaya, terdapat banyak lagi haiwan lain seperti kuda, ayam, arnab, itik, rusa dan lain-lain. Anda juga berpeluang untuk bagi buaya dan haiwan lain makan.

Dalam Taman Buaya Melaka ini siap ada kolam untuk mandi manda. Kalau nak mandi silakan bawa baju untuk salin.

Harga tiket Taman Buaya Melaka seperti dalam gambar di bawah.

3. Zoo Melaka & Night Safari

Nak bawa anak-anak mengenali haiwan? Di sini adalah tempatnya. Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh ini boleh tahan luas. Namun begitu, jika anda tak larat nak jalan, boleh sewa buggy. Pakai topi supaya tak terasa sangat panas yang membahang jika anda datang pada waktu siang.

Tarikan terbaru Zoo Melaka adalah Dinosaur Encounter. Sangat sesuai untuk anak kecil yang minat dinosaur. Lebih 100 spesis dengan 150 dinosaur dipamerkan di sini.

Untuk pengetahuan anda, harga tiket kanak-kanak dengan MyKid RM31 dan dewasa dengan MyKad RM38. Kanak-kanak berumur bawah 4 tahun tak perlu bayar. Anda boleh buat tempahan awal secara online di website Zoo Melaka.

4. Taman Mini Malaysia dan Asean Cultural Park

Ia juga terletak di Ayer Keroh, Melaka. Merupakan sebuah taman yang memaparkan rumah tradisional setiap negeri di Malaysia.

Sangat sesuai untuk bawa anak-anak mengenali seni bina Melayu serta budaya masyarakat setempat. Selain rumah tradisional, anda juga boleh main permainan tradisional Melayu, mewarna kit batik, naik kuda, berkayak, memancing, ATV, ataupun main paintball.

5. Melaka Duck Tour

Sumber gambar: Busonlineticket

Untuk melihat keindahan bandar Melaka dari laut dan darat, anda boleh menaiki duck boat. Duck boat merupakan kenderaan yang berfungsi sebagai bot di laut dan seperti truck bila di darat.

Rasai pengalaman yang menakjubkan bila anda menyertai duck tour. Waktu beroperasi dari jam 9.30am hingga 6.30pm. Namun begitu, adakalanya duck boat tidak beroperasi bila bot perlu maintenance. Jadi, seeloknya anda semak dahulu di Facebook Page Melaka Duck Tours sebelum ke sana.

Tiket boleh dibeli di kaunter Duck Tours, Banda Hilir. Ia terletak berhampiram dengan Menara Taming Sari.

Harga Tiket:-

  • Dewasa (Warganegara) – RM 42.00
  • Kanak-kanak (Warganegara) – RM 25.00
  • Dewasa (Pelancong Asing) – RM 48.00
  • Kanak-kanak (Pelancong Asing) – RM 30.00

6. Menara Taming Sari

Dari ketinggian 80 meter, anda boleh melihat tempat menarik dan bersejarah di Melaka seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadhuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Dalam masa 7 minit anda berpeluang melihat pemandangan cantik Bandar Melaka.

Menara Taming Sari beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) / 10 pagi (Isnin – Jumaat) hingga 11 malam. Untuk mengelakkan beratur panjang ketika membeli tiket, anda boleh dapatkan tiket secara online di sini.

7. Stadhuys

Sumber gambar: Thrillophilia

Merupakan bangunan sejarah tinggalan Belanda yang dibina sekitar tahun 1641-1660. Dalam bangunan ini terdapat beberapa muzium dan galeri seperi:-

  • Muzium Sejarah dan Etnografi
  • Galeri Laksamana Cheng Ho
  • Muzium Kesusasteraan
  • Muzium Peraturan Demokrasi
  • Muzium Gabenor

8. A Famosa (Porta De Santiago)

Sumber gambar: Travelguide

Ini pula adalah pintu masuk tinggalan penjajah Portugis. Ia merupakan kubu pertahanan yang dibina Portugis pada tahun 1512 setelah berjaya menawan Melaka pada 1511.

9. Istana Kesultanan Melaka

Istana replika Kesultanan Melaka terletak di kaki Bukit St. Paul. Ia merupakan sebuah muzium yang mempamerkan budaya dan tamadun Melayu pada abad ke-15.

Untuk belajar tentang sejarah Melaka, ini adalah antara tempat yang perlu anda kunjungi.

10. Pantai Klebang, Melaka

Aktiviti santai di waktu petang, anda boleh ke Pantai Klebang. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya naik kereta kuda, main ATV, belon buih atau sekadar berjalan di sepanjang pantai.

Terdapat banyak gerai jualan di sepanjang Pantai Klebang. Tempat parking kereta pun banyak. Dalam laluan ke Pantai Klebang anda akan melalui Coconut Shake dan juga kuih keria antarabangsa. Bolehlah singgah jika teringin.

11. Kampung Morten

Sebuah rumah tradisional yang dikenali dengan Villa Sentosa antara tempat menarik di Melaka yang wajib dikunjungi. Ia telah dibina pada tahun 1920 oleh pembuka Kampung Morten, Tuan Haji Hashim bin Data’ Demang Haji Abdul Ghani.

Rumah ini telah diubah suai dijadikan sebuah muzium bagi pengunjung merasai suasana rumah kampung yang sarat dengan barang berharga serta koleksi peribadi tuan rumah.

Di Mana Nak Tinggal Di Melaka?

Ada banyak hotel yang boleh anda pilih di Melaka. Sama ada yang berada di Bandar Melaka ataupun yang agak jauh dari bandar. Jika anda inginkan ketenangan, pilih yang jauh sikit dari Bandar Hilir untuk elakkan kesesakan.

Namun, jika anda mahu bergerak dengan berjalan kaki saja, hotel yang berada di tengah Bandar Hilir adalah pilihan terbaik. Ini kerana anda mudah untuk dapatkan makanan, melawat bangunan bersejarah ataupun membeli belah di Dataran Pahlawan Mall.

Waktu Solat Melaka

Aha, ini perkara penting yang perlu dijaga walau di mana kita berada! Anda boleh semak waktu solat Melaka di portal e-solat Malaysia.

Selain itu, jika anda menggunakan aplikasi waktu solat di handphone, jangan lupa untuk menukar lokasi supaya mudah untuk menyemak waktu solat di Melaka.

Penutup Kata

Walaupun terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati di Melaka, namun anda perlu bersedia menghadapi kesesakan lalu lintas terutama ketika hari cuti. Bukan saja jalan jem tapi juga anda terpaksa beratur panjang di mana-mana tempat. Ini termasuklah nak beli bungkus coconut shake ataupun kuih keria.

Jika anda tak mahu percutian anda terbantut disebabkan jem, saya amat sarankan pergi ke Melaka di hari bekerja. Ini bukan saja dapat menjimatkan masa (duduk berjam dalam kereta sebab jem), malah ada banyak tempat menarik di Melaka yang dapat anda kunjungi. Nak membeli pun mudah bila tak terlalu ramai orang.

Semoga artikel tentang tempat menarik di Melaka ini dapat membantu anda merancang percutian di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.