Makanan Kucing Terbaik

13 Makanan Kucing Terbaik di Malaysia

Terdapat macam-macam jenama makanan kucing di pasaran. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebagai pemilik kucing anda tentunya inginkan makanan kucing terbaik buat si manja anda.

Jadi, kali ini saya kongsikan makanan kucing yang bagus. Sama ada anda mencari makanan kucing untuk gemuk, makanan kucing untuk bulu gugur, makanan anak kucing atau makanan kucing premium, semuanya ada dikongsikan di sini.

Teruskan pembacaan anda supaya lepas ini mudah anda membuat pilihan.

Jenis Makanan Kucing

Umumnya, terdapat 3 jenis makanan kucing di pasaran. Terpulang kepada anda nak berikan makanan kering ataupun basah. Lebih baik jika sekali sekala diberi makanan basah di samping makanan kering. Dapat juga kucing anda bertukar selera.

1. Makanan Basah

Untuk makanan kucing basah, ia mengandungi lebih 60% air. Makanan jenis separa lembap ini biasanya lebih disukai kucing berbanding makanan kering.

Selain itu, makanan kucing basah mengandungi lebih banyak nutrisi. Ia sesuai jika kucing anda selalu menghadapi masalah sembelit.

Namun begitu, makanan jenis ini biasanya tak boleh bertahan lama setelah bungkusan dibuka. Harga pun lebih mahal.

2. Makanan kering

Bagi makanan kucing kering, biasanya kandungan air dalamnya kurang dari 10%. Makanan kering mampu bertahan lama dan senang untuk disimpan. Harga pun lebih murah.

Untuk penyimpanan, pastikan simpan makanan kering dalam bekas bertutup rapat supaya khasiat dan rasanya kekal sama.

3. Makanan Dalam Tin

Ini adalah makanan yang disukai kucing. Mungkin disebabkan dapat rasa ketulan ikan, daging atau ayam. Ia juga mengandungi air lebih 75%.

Makanan Kucing Terbaik

Berikut merupakan makanan kucing yg bagus untuk pilihan anda. Jika kucing anda ada masalah tertentu seperti hairball, pilih makanan kucing untuk hairball. Ia bagus untuk membantu kucing supaya cepat sembuh.

1. Makanan Kucing Yummy Mix 10kg

makanan kucing terbaik

Makanan kucing Yummy Mix ini diperkaya dengan asid lemak Omega 3 & 6, untuk membantu memastikan kulit dan bulu kucing anda sihat dan kelihatan cantik. Ia mengandungi bahan-bahan berkualiti premium dengan protein ikan sebenar.

Makanan kucing terbaik ini juga bebas pewarna dan garam tambahan, jadi ia sesuai untuk semua baka dan umur kucing. Selain itu, makanan kucing untuk gemuk ini mempunyai bau najis kucing yang berkurangan, menjadikannya lebih menyenangkan untuk anda dan haiwan kesayangan anda.


2. Alicat Ocean Fish 10kg

makanan kucing terbaik

Makanan kucing murah AliCat merupakan makanan kucing yg bagus mengandungi sumber asid lemak Omega 3 dan Omega 6. Jika anda mencari makanan kucing untuk bulu gugur, Alicat dapat membantu menjaga kesihatan bulu kucing anda.

Selain itu, makanan kucing terbaik Alicat juga mengandungi taurine, yang bermanfaat untuk penglihatan dan gigi kucing anda. Makanan ini juga kaya dengan vitamin, glukosamin, dan kalsium, yang membantu meningkatkan sistem imun kucing anda.

Alicat Ocean Fish juga sesuai diberikan untuk makanan anak kucing.

3. Classic Royale Premium 5kg

classic royale premium

Seterusnya, makanan kucing premium campuran ayam dan ikan. Jenama makanan kucing Classic Royale Premium antara makanan kucing yang bagus. Mengandungi pelbagai khasiat makanan yang diperlukan anak bulu anda seperti fiber, taurine, protein, dan lemak.

Dengan memakan makanan kering Classic Royale, kucing anda tidak bermasalah dalam pembuangan najis serta air kencing yang lawas. Bulu kucing juga akan tumbuh dengan lebat.

Selain itu , kucing anda kekal cergas dan aktif setiap hari.

4. Royal Canin Hair & Skin Care 10kg

royal canin cat food

Royal Canin, jenama makanan kucing terbaik yang tidak asing lagi buat pemilik kucing. Mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh kucing anda.

Untuk Royal Canin Hair & Skin, fokus adalah untuk memberikan kulit dan bulu kucing yang sihat. Jika anda mencari makanan kucing untuk bulu gugur, jenama Royal Canin Hair & Skin adalah makanan kucing yang bagus untuk mengurangkan masalah keguguran bulu.

5. Misha Cat Food 8kg

misha cat food

Makanan kucing Misha merupakan makanan kucing kering. Ia sesuai untuk semua jenis baka serta boleh dimakan dari usia anak kucing 3 bulan dan ke atas.

Turut mengandungi lemak, fiber dan protein yang baik untuk si kucing anda. Nutrisi yang terkandung dalam makanan kucing ini dapat membantu mengawal berat ideal kucing anda. Ia juga memastikan tulang serta gigi kucing anda sentiasa kuat dan sihat.

6. Whiskas Mixed Variety (12 pek)

makanan kucing whiskas

Ini pula makanan kucing basah. Dalam setiap kotak mengandungi tiga perisa (salmon & makerel, ocean fish dan makerel). Tidaklah bosan kucing anda makan satu rasa setiap hari.

Makanan kucing Whiskas lengkap dengan nutrisi penting yang diperlukan kucing berusia 1 tahun dan ke atas. Ia dibuat dengan ikan sebenar serta ramuan yang berkualiti tinggi.

Kucing anda akan kekal aktif dan bertenaga selepas menikmati Whiskas wet food. Selain itu, bulu kucing akan kelihatan bersinar dan sihat.

Nutrisi yang terkandung dalam makanan ini mampu meningkatkan system imun kucing serta membantu menajamkan penglihatan si bulu.

7. Makanan Kucing Equilibrio Hairball 7.5kg

hairball

Ini adalah makanan kucing premium khas untuk kucing yang adalah masalah hairball. Makanan yang kaya dengan fiber mampu membantu mengurangkan hairball yang terkumpul. Ia juga meningkatkan kesihatan usus kucing.

Selain itu, makanan kucing terbaik ini mengandungi pelbagai nutrisi lain yang membantu kulit serta bulu yang sihat.

8. Makanan Anak Kucing Equilibrio Indoor 7.5kg

equilibrio

Makanan anak kucing jenama Equilibrio mengandungi pelbagai keperluan zat makanan yang diperlukan anak kucing. Ia diperbuat khas untuk anak kucing berusia 0 hingga 12 bulan.

Najis anak kucing anda kurang berbau jika mengambil makanan ini. Ia mengandungi DHA yang membantu perkembangan kognitif kucing anda. Selain itu, ia mengandungi probiotik yang baik untuk usus kucing.

Walaupun termasuk dalam kategori makanan kucing premium, ia berbaloi untuk memastikan kucing anda kekal sihat dan cergas dari seawal usia.

9. Makanan Kucing Premium SBS GOLD

makanan kucing SBS Gold

Makanan Kucing Emas SBS ialah diet lengkap dan seimbang untuk kucing dari semua peringkat umur. Ia juga membantu memastikan mata kucing anda sihat. Makanan kucing terbaik ini membantu bulu kucing anda sihat dan berkilat serta membantu dalam pertumbuhan yang sihat.

Makanan ini dibuat dengan bahan-bahan semula jadi dan tidak mempunyai perisa tiruan, warna atau pengawet. SBS Gold Cat Food adalah pilihan yang bagus untuk pemilik haiwan kesayangan yang mencari pilihan yang berkhasiat pada harga berpatutan.

10. D’Zahara 10kg

cat food

Makanan Kucing DZAHARA dibuat dengan bahan-bahan yang mudah dihadam yang membantu mengekalkan tulang dan otot kucing yang kuat. Ia juga membantu kucing anda mempunyai sistem imun yang kuat bagi memastikan kucing sihat dan gembira.

Makanan kucing DZAHARA sangat sesuai untuk kucing kerana ia mempunyai keseimbangan PH yang mengurangkan risiko batu karang. Ia juga kaya dengan asid lemak omega-3 dan omega-6, yang bermanfaat untuk kulit dan bulu kucing.

11. Petland 10kg

makanan kucing

Makanan Kucing PetLand ialah makanan sihat yang boleh anda berikan kepada kucing anda. Ia mempunyai keseimbangan PH yang membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang.

Selain itu, kandungannya padat dengat protein bagi memastikan kucing anda kuat dan sihat. Dengan ramuan berkualiti tinggi dalam makanan kucing PetLand, ia memberikan kucing anda penglihatan yang tajam dan sistem imun yang kuat.

12. Makanan Kucing ProDiet (Wet Food) 85g

makanan kucing

Makanan kucing ProDiet diperbuat daripada ikan yang sebenar. Dengan rasa ikan sebenar tentunya bertambah selera si manja anda. Makanan kucing basah ini kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang diperlukan kucing.

Anda boleh memilih pelbagai perasa seperti makerel, tuna, ocean fish, seafood, dan salmon. Ada juga makanan basah untuk anak kucing. Setiap kotak mengandungi 12 pek dengan berat 85 gram setiap satu pek.

Selain kaya dengan Omega-3, protein, makanan kucing ProDiet ini turut mengandungi Taurine yang baik untuk penglihatan kucing.

Makanan kucing terbaik ini tidak mengandungi pewarna tambahan. Ia juga diformulasi baik untuk memastikan bulu kucing yang sihat dan bersinar.

13. Makanan Kucing Reflex Plus 8kg

makanan kucing terbaik

Makanan kucing Reflex Plus perisa ayam ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan kucing dewasa. Mengandungi Omega 3 & 6 untuk memastikan bulu kucing sentiasa sihat dan sistem imun yang kuat.

Selain itu, makanan kucing premium ini lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan kucing berusia 12 bulan ke atas. Ini antara makanan kucing yang bagus dengan harga yang agak mahal.

Akhir Kata

Semoga perkongsian tentang makanan kucing terbaik ini membantu anda mendapatkan makanan kucing yang bagus buat kucing anda. Diharapkan anda dapat memilih makanan yang bersesuaian dan disukai si bulu. Apa yang penting kucing anda kekal sihat, cergas dan aktif sepanjang masa.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.