anazr

9 Peti Ais 2 Pintu Murah & Terbaik di Malaysia 2024

Tak dinafikan terdapat pelbagai jenis peti ais di pasaran. Jika anda sedang mencari peti ais tentunya sukar untuk membuat pilihan. Anda tentu tertanya-tanya peti ais 2 pintu murah dan terbaik di Malaysia.

Namun begitu, sebelum membuat pilihan, anda perlu senaraikan ciri utama peti sejuk 2 pintu yang anda inginkan. Setiap orang berbeza keutamaan mereka.

Antara Keutamaan Dalam Memilih Jenama Peti Sejuk 2 Pintu:-

  1. Jimat tenaga
  2. Kapasiti
  3. Dilengkapi teknologi terkini
  4. Harga
  5. Saiz peti ais
  6. Peti sejuk atas/bawah

Dalam artikel ini saya kongsikan 9 peti ais 2 pintu murah dan terbaik untuk pilihan anda.

Peti Ais 2 Pintu Murah

1. Peti Ais 2 Pintu Sharp SJE43

Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 440 Liter
  • Bahagian sejuk beku di atas
  • Hybrid cooling system
  • AG+ CU Nano Deodoriser
  • Penggera pintu
  • Sesuai untuk isi rumah 5-6 orang
  • Bunyi yang senyap
  • Bekas air batu boleh ubah
peti ais 2 pintu
peti ais 2 pintu
peti ais 2 pintu

Peti sejuk Sharp 2 pintu ini menggunakan teknologi inverter yang membuatkan peti sejuk cepat sejuk, tak berbunyi kuat dan sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga. Bila jimat tenaga, sudah tentu bil elektrik pun tak melambung tinggi.

Jika sebelum ini anda alami masalah makanan rasa tak segar dan cepat membeku bila disimpan di dalam peti ais walaupun bukan di bahagian sejuk beku, Sharp SJE438MS menjanjikan pengalaman yang berbeza.

Penggunaan Hybrid Cooling System membantu mengekalkan kelembapan, mengurangkan perubahan suhu yang cepat dan membuatkan makanan kekal segar dalam peti ais. Tapi, jika disimpan buah-buahan sampai berminggu sudah tentu rasanya tidak segar.

Kapasitinya yang agak besar sesuai untuk mereka yang bersaiz keluarga sederhana seperti 4 hingga 5 orang.

Selain itu, Sharp menyediakan teknologi nyah bau dengan menggunakan AG+ Nano Deodoriser. Jadi, tak perlu risau satu peti ais berbau ikan.

Bagi yang mempunyai anak kecil, peti sejuk Sharp dengan bahagian sejuk beku di atas sangat sesuai untuk digunakan di rumah. Tidaklah nanti tiba-tiba habis air batu mereka ambil ataupun lauk mentah dikeluarkan dari peti ais.

Dan jika pintu peti ais dibiarkan terbuka lama atau tidak tutup rapat, peti ais Sharp akan mengeluarkan bunyi. Sharp door alarm ini sebagai amaran udara panas dah banyak masuk ke dalam peti ais dan pintu perlu ditutup segera supaya suhu dalam peti ais kembali normal.

Untuk waranti pula, Sharp memberikan 12 tahun waranti untuk kompresor dan 1 tahun waranti umum.

Dari segi harga peti sejuk 2 pintu Sharp ini berharga dalam lingkungan RM1700 semasa artikel ini ditulis. Anda boleh membuat semakan harga terkini di Shopee ataupun Lazada.

2. Peti Ais 2 Pintu LG GN-H432HXHC

Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 410 Liter
  • Fresh O Zone
  • LED Display
  • Bahagian sejuk beku di atas
  • Multi air flow

Peti sejuk 2 pintu LG ini turut menyediakan teknologi inverter yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga. Memandangkan peti ais digunakan sepanjang masa di rumah, bagi saya memilih yang jimat tenaga adalah sangat penting.

peti ais 2 pintu
peti ais 2 pintu
peti ais 2 pintu

LG menyediakan multi air flow untuk memastikan udara sampai ke seluruh bahagian dalam peti ais.

Berbeza dengan peti ais jenama lain, LG menyediakan paparan LED yang boleh disentuh di pintu peti ais.

Paparan LED ini memudahkan anda mengawal operasi peti ais dari pintu sahaja.

Peti sejuk 2 pintu LG juga menyediakan hygiene fresh untuk memastikan bakteria tidak dapat hidup dalam peti sejuk dan mengurangkan bau yang busuk.

Fresh O Zone dari peti ais LG ini memastikan suhu sentiasa berada pada 0℃ dan ini membuatkan anda tidak perlu menunggu lama untuk makanan yang beku mencair.

Makanan yang disimpan dalam peti sejuk 2 pintu LG tetap segar dalam tempoh yang lama dengan adanya Linear Cooling. Ini kerana ia memastikan perubahan suhu yang cepat berkurang sebanyak 50% dari peti ais biasa.

Satu lagi yang menarik tentang peti ais 2 pintu LG ini adalah anda boleh mengawal peti ais walaupun anda tiada di rumah. Aplikasi ThinQ membolehkan anda mengawal suhu peti ais dari telefon pintar anda.

peti ais 2 pintu

LG menawarkan waranti selama 10 tahun untuk kompresor peti sejuk.

Tentang harga pula, walaupun kapasitinya lebih kecil berbanding peti sejuk 2 pintu Sharp, tapi dengan rekaan yang moden dan teknologi terkini harganya agak mahal sedikit.

Ditawarkan pada harga bermula RM2098 semasa artikel ini ditulis. Anda boleh semak harga semasa di Shopee atau Lazada.

3. Peti Ais 2 Pintu Panasonic NR-BD460VPMY

Spesifikasi

Inverter

  • Kapasiti 450 Liter
  • Bahagian sejuk beku di atas
  • Ag Clean
peti ais

Peti ais 2 pintu Panasonic ini juga dilengkapi teknologi inverter.

Bagi memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar, anda perlu menyimpan di bahagian fresh safe.

peti sejuk

Anda juga tidak perlu bimbang peti sejuk berbau kerana Panasonic turut melengkapkan peti sejuk 2 pintu ini dengan Ag Clean. Ia bukan saja dapat menghilangkan bau makanan, tetapi memastikan bakteria tidak dapat hidup dalam peti ais.

Sekiranya anda suka menyimpan stok bahan basah seperti ayam, daging, udang, sotong, nugget, dan lain-lain, peti ais Panasonic ini menyediakan ruang sejuk beku yang besar. Jadi, tidak perlu lagi bimbang tiada ruang nak simpan lauk pauk.

peti sejuk 2 pintu

Dulang peti sejuk juga boleh diubah mengikut cita rasa dan keperluan anda. Jadi, tidak jadi masalah bila nak menyimpan makanan yang memerlukan ruang yang besar seperti kek hari jadi.

Sebarang kerosakan kompresor anda boleh hubungi Panasonic dengan jaminan selama 12 tahun.

Untuk harga pula, peti sejuk dua pintu Panasonic ini bermula dari RM2350. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

 

4. Peti Ais 2 Pintu Haier HRF-IV498H

Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 448 Liter
peti sejuk

Peti sejuk 2 pintu Haier turut menggunakan teknologi DC inverter yang lebih mesra alam serta jimat tenaga. Dengan kapasiti yang besar 448 liter, sesuai untuk anda yang memiliki ahli keluarga yang ramai di samping mementingkan penjimatan elektrik.

Haier juga melengkapkan peti ais 2 pintunya dengan teknologi no frost. Anda tidak perlu lagi melakukan kerja renyah untuk mencairkan ais yang beku di peti sejuk. Ia akan automatik memastikan ais mencair secara berkala.

Berbanding jenama lain, Haier memberikan waranti untuk kerosakan umum yang agak panjang selama 2 tahun. Dan 12 tahun waranti untuk kompresor.

Jadi jika anda memilih peti sejuk Haier anda tak perlu bimbang soal kerosakan sepanjang 2 tahun.

Harga untuk peti ais 2 pintu Haier semasa artikel ditulis bermula dari RM1849. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

5. Peti Ais 2 Pintu Hisense RT486N4FBV

Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 450 Liter
  • Fungsi nyah bau
  • Moist Fresh Zone
  • Surround cooling system
peti sejuk

Hisense tidak berkompromi dari segi teknologi dan rekaan peti ais 2 pintu mereka. Sama seperti peti ais 2 pintu lain, peti ais Hisense turut dilengkapi teknologi inverter.

Selain itu, ia turut memastikan udara peti ais 2 pintu anda sentiasa segar dan tidak berbau dengan menyediakan deodorizing filter.

Dengan total no frost, sekeliling peti sejuk beku anda tidak akan dilekati dengan ais dan anda tidak perlu susah payah mencairkan ais lagi. Makanan yang tersimpan juga kekal segar.

Rak simpanan dalam peti ais 2 pintu Hisense boleh diubah-ubah mengikut keperluan anda. Malah, tempat simpan bekas air turut boleh dilaras.

Bagi memastikan buah dan sayuran anda kekal segar, Hisense menyediakan kotak simpanan yang dilengkapi dengan sistem pelarasan kelembapan.

Sistem penyejukan peti sejuk 2 pintu Hisense membolehkan udara sejuk sampai ke setiap pelosok peti sejuk.

Peti ais 2 pintu Hisense menawarkan waranti kompresor selama 12 tahun dan 3 tahun kerosakan umum.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM1688 semasa artikel ini ditulis. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

6. Peti Ais 2 Pintu Hitachi R-VX420PM9

Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 375 Liter
  • Dual fan cooling
  • No frost
  • Triple Power Filter
  • Sesuai untuk 3-4 orang ahli keluarga
  • Harga dari RM1600 ~ RM1800

Kelebihan

  • Suhu peti ais tetap sama dalam tempoh 12 jam tanpa sambungan elektrik. Jadi makanan tak cepat rosak (Tak perlu lagi risau bila blackout lama!)
  • Tempat simpanan yang fleksibel
  • Rak yang kukuh boleh menampung berat sehingga 100kg
  • Bekas ais boleh ubah
  • 10 tahun waranti kompresor

Kekurangan

  • Waranti umum hanya 1 tahun

Peti ais 2 pintu Hitachi dibina dengan teknologi inverter yang menjimatkan penggunaan eletkrik. Dual fan cooling membolehkan bahagian sejuk beku dan peti sejuk mendapat udara sejuk yang optimum.

Bekas ais peti sejuk Hitachi ini bukan saja besar tapi juga boleh dikeluarkan terus atau diubah kedudukannya. Bergantung kepada keperluan anda. Jika banyak bahan mentah yang nak dimasukkan dalam bahagian beku, keluarkan saja bekas ais!

peti sejuk

Bekas sayuran yang lengkap dengan pengudaraan optimum memastikan sayuran dan buah-buahan yang disimpan kekal segar.

Bauan yang tidak segar dapat dihilangkan dengan triple power filter yang disediakan peti sejuk 2 pintu Hitachi. Ia juga dapat menghalang pembiakan bakteria.

Nak jimat masa dari mencairkan bahan mentah yang nak dimasak?

peti sejuk 2 pintu

Simpan saja bahan yang nak dimasak di zon terpilih dengan tetapan soft freeze. Di zon ini anda boleh melaraskan suhu mengikut keperluan barang yang disimpan.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM1609 semasa artikel ini ditulis. Semak harga semasa di Shopee dan Lazada. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

7. Peti Ais 2 Pintu Toshiba GR-A28MU (UK)

 Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 280 Liter
  • Ag+ BIO Deodorizer System
  • No frost
  • Rak di pintu yang boleh laras
  • Sesuai untuk keluarga kecil (2-3 orang)
  • Dimensi (w x d x h): 545 x 623 x 1545 (mm)
peti sejuk

Kelebihan

  • 5 bintang kecekapan tenaga
  • 12 tahun waranti kompressor

Kekurangan

  • Waranti umum hanya 1 tahun
  • Bunyi agak kuat

Bagi yang memiliki ahli keluarga yang tidak ramai, peti sejuk 2 pintu Toshiba ini sangat energi efisien.

Selain menggunakan teknologi inverter, ia juga mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam kecekapan tenaga. Jadi, anda tidak perlu risau bil elektrik melambung tinggi bila memakai peti ais 2 pintu Toshiba.

Dengan sistem bio deodorizer, bau yang tidak enak dapat dihilangkan dari peti ais anda. Bakteria juga tidak dapat membiak. Udara dalam peti ais sentiasa bersih dan ini membuatkan makanan kekal segar untuk tempoh masa yang panjang.

Peti ais 2 pintu Toshiba dilengkapi dengan no frost untuk memastikan ais tidak membeku di sekeliling peti ais.

Dengan harga sekitar RM1000 ~ RM1300, peti ais Toshiba ini boleh dikategorikan antara peti sejuk terbaik. Semak harga semasa di Shopee dan Lazada. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

8. Peti Ais 2 Pintu Samsung RS62R5031SL/ME

Spesifikasi

  • Inverter
  • Peti ais jenis side by side
  • Kapasiti 680 Liter
  • Metal cooling
  • Deodorizing filter
  • Sesuai untuk keluarga besar (lebih dari 5 orang)
  • Rekaan moden
  • Ruang simpanan yang besar
  • Tidak bising
peti sejuk
peti sejuk 2 pintu

Bagi keluarga besar yang sukakan peti ais 2 pintu side by side, peti sejuk ini sesuai untuk anda.

Kapasitinya yang besar 680 liter senang nak simpan pelbagai jenis makanan. Dan sudah tentu pastikan ruang rumah anda muat untuk meletakkan peti sejuk 2 pintu ini.

Peti sejuk ini bukan saja datang dengan rekaan dan teknologi moden, tapi juga bunyinya yang senyap.

Teknologi metal cooling memastikan makanan yang disimpan kekal segar walaupun peti ais kerap dibuka.

Peti sejuk 2 pintu anda juga akan sentiasa berbau segar dengan adanya deodorizing filter. Bau makanan yang kuat akan hilang bila masuk ke karbon filter.

Ruang simpanan sayur dan buah yang besar memudahkan anda untuk menyimpan makanan yang banyak.

Jika anda risau makanan yang disimpan dalam peti cepat rosak, peti ais 2 pintu Samsung ini menyediakan all-around cooling bagi memastikan makanan yang disimpan kekal segar dalam tempoh yang lama.

Samsung memberikan 2 tahun waranti umum dan juga 12 tahun waranti untuk kompresor. Jadi, anda tidak perlu bimbang soal kerosakan dalam tempoh tersebut.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM3599 semasa artikel ini ditulis. Semak harga semasa di Shopee dan Lazada. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

9. Peti Ais 2 Pintu Midea MDRT268MTB28-MY

Spesifikasi

  • Inverter
  • Kapasiti 200 Liter
  • Smart sensor
  • Active-C Fresh
  • Sesuai untuk keluarga kecil 2 ~ 3 orang
  • Bunyi yang senyap
peti sejuk

Peti ais 2 pintu Midea ini sangat comel dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Walaupun kecil, turut dilengkapi dengan inverter quattro yang membuatkan peti ais cepat sejuk, suhu stabil, bunyi yang senyap serta jimat elektrik.

Smart sensor akan mengesan perubahan suhu yang ketara dalam peti ais untuk memastikan udara sejuk sentiasa dalam keadaan optimum.

Untuk memudahkan anda memasak dengan cepat, chiller case disediakan supaya bahan mentah kekal segar dan tidak beku.

Fungsi active-c fresh peti sejuk 2 pintu Midea ini membuatkan bauan yang tidak enak dapat dihilangkan. Makanan juga kekal segar dan tahan lama.

Midea menjanjikan 12 tahun waranti kompresor serta 1 tahun waranti umum.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM989 semasa artikel ini ditulis. Semak harga semasa di Shopee dan Lazada. Anda boleh semak harga terkini di Shopee dan Lazada.

Kesimpulan

Apa pun pilihan anda, pilih lah mengikut bajet dan bersesuaian dengan ruang rumah. Jika ruang terlalu kecil, anda boleh pilih peti ais mini. Andai bajet menjadi kekangan, anda boleh memilih peti ais murah ini.

Peti ais 2 pintu yang disarankan di atas semuanya dilengkapi inverter supaya anda dapat jimat untuk jangka masa panjang. Lagipun, harga peti ais tanpa inverter tak banyak beza dengan peti ais 2 pintu inverter.

Dah pilih peti ais jangan lupa dapatkan sekali alas peti ais.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.