27 Idea Barang Hantaran Lelaki (2023)
Buat para wanita yang bakal melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, barang hantaran antara persediaan yang perlu anda siapkan. Sama ada untuk hantaran tunang atau hantaran kahwin. Namun ada yang tak tau apa nak bagi sebagai barang hantaran lelaki.
Oleh itu, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan barang hantaran lelaki. Anda pilih yang mana sesuai untuk masukkan dalam checklist barang hantaran lelaki.
Apakah Barang Hantaran Lelaki Yang Sesuai Dimasukkan Dalam Dulang Hantaran?
Berikut adalah senarai barang hantaran lelaki. Ia sesuai untuk dijadikan hantaran tunang dan juga hantaran kahwin bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan anda.
1. Set dompet dan tali pinggang
Jika wanita wajib ada handbag, lelaki pula tentunya wallet dan tali pinggang. Set hantaran lelaki ini yang pastinya berguna untuk bakal suami anda.
2. Minyak wangi
Siapa tak nak suami berbau wangi kan? Dengan minyak wangi yang anda beri, badan suami sentiasa harum. Ini buatkan mereka tampil lebih yakin di depan orang ramai.
Dengan set hantaran De’Xandra ini anda bukan saja dapat minyak wangi, tapi juga wangian udara serta kotak yang siap dihias dan balut.
3. Al-Quran
Sebagai ketua keluarga, seorang suami wajib ada pengetahuan agama supaya boleh membimbang isteri dan anak-anak ke jalan yang benar. Untuk itu, Al-Quran perlu dijadikan sebagai pegangan.
Dengan memberikan Al-Quran sebagai salah satu dari barang hantaran lelaki, semoga ia akan menjadikan keluarga anda celik Al-Quran.
Al-Quran Pelangi kulit keras ini sangat sesuai untuk dijadikan hantaran. Lengkap dengan cop pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ini mengesahkan setiap ayat dalam Al-Quran adalah betul. Jadi, pembaca boleh baca tanpa was-was.
4. Sejadah
Berikan sejadah sebagai barang hantaran untuk lelaki. Bila menjadi imam anda nanti bolehlah suami gunakan sejadah yang anda beri. Sejadah Genuine Madinah ini bukan saja corak seperti carpet di Madinah, tapi juga tebal sehingga 1cm. Sangat selesa ketika menunaikan solat.
5. Kasut
Jika bakal suami anda seorang yang bekerja pejabat, berikan kasut kerja. Andai dia gemar bersukan, jadikan kasut sukan sebagai barang hantaran.
Tidaklah nanti barang hantaran yang anda beri jadi pekasam bila tak digunakan. Kasut dari Valentino Rudy ini antara yang cantik dan sedap dipakai.
6. Kain sampin
Ini pula barang hantaran untuk lelaki yang boleh mereka gunakan ketika hari raya ataupun bila menghadiri kenduri kendara. Kain sampin songket tenun dari Songket Dunia ini sememangnya cantik dan berkualiti tinggi.
7. Tali leher
Buat lelaki korporat, tali leher menjadi aksesori penting mereka. Berikan tali leher dengan mempunyai corak yang cantik. Tentu suami anda nampak lagi bergaya dan tampan.
8. Baju kemeja
Pakaian harian buat lelaki yang bekerja di pejabat. Jadikan sebagai hantaran. Boleh juga tambah pakaian mereka nak ke pejabat. Tidaklah nanti hanya ulang baju yang sama selang beberapa hari.
Baju kemeja lengan panjang jenama Alain Delon nampak segak bila dipakai ke pejabat. Ada 3 warna untuk anda pilih.
9. Seluar panjang
Apa salahnya berikan seluar panjang yang akan dipakai dengan kemeja. Boleh mereka untuk ke pejabat ataupun untuk menghadiri majlis rasmi.
10. Jam tangan
Ada banyak pilihan jam tangan lelaki. Dari yang murah hingga yang puluhan ribu ringgit. Tak tahu nak pilih jam apa? Pilih saja dari senarai ini.
Apa yang pasti berikan jam tangan original untuk dijadikan sebagai barang hantaran lelaki. Jika rosak nanti boleh claim warranty.
11. Blazer
Ini juga penting untuk mereka yang bekerja di dunia korporat. Jika anda jadikan ia sebagai barang hantaran, berguna juga nanti untuk si dia ketika bekerja. Anda boleh menempah blazer dari Az Shop dengan harga yang berpatutan.
12. Smartwatch
Anda inginkan si dia menjalani gaya hidup yang sihat? Apa kata berikan Amazfit GTR 3 Pro Smartwatch. Datang dengan 2 warna, hitam dan coklat. Smartwatch ini terdapat pelbagai fungsi untuk memantau kesihatan seperti kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah, kualiti tidur dan banyak lagi.
Apa yang best dengan smartwatch ini, anda tak perlu nak caj bateri selalu. Bateri boleh tahan sehingga 30 hari dengan menggunakan battery saver mode. Tapi, jika anda hanya gunakan mod biasa, bateri boleh bertahan sehingga 12 hari. Kira lama juga tu!
Jika rosak, jam ini ada 12 bulan jaminan dari pengeluar.
13. Tafsir Al-Quran Tagging Al-Amin
Al-Quran Al-Amin ini merupakan edisi khas untuk lelaki. Disesuaikan dengan warna yang ideal untuk para lelaki sejati. Datang dengan sai A5, ia mendapat kelulusan JAKIM dan disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ini adalah barang hantaran terbaik untuk lelaki supaya suami anda boleh mendalami ilmu Al-Quran dengan memahami setiap maksudnya.
Tagging yang disediakan memudahkan lagi pembaca untuk mencari doa, sirah dan tauladan.
14. Buah-buahan
Selain beri barang, anda boleh masukkan buah-buahan dalam senarai barang hantaran lelaki. Tidak kiralah sama ada untuk hantaran tunang atau hantaran kahwin.
Pilih buah-buahan yang segar seperti epal, oren, anggur tanpa biji, pear, buah naga. Baru nampak cantik dalam dulang hantaran. Anda boleh siapkan buah-buahan ini sehari sebelum majlis.
15. Earbuds
Earphone tanpa wayar ini membuatkan pengguna lebih selesa dan mudah untuk melakukan sebarang aktiviti dengan memakai earbuds.
Dapatkan earbuds original yang berkualiti. Edifier NeoBuds Pro antara earbuds terbaik dengan bunyi yang padu. Ia juga memberikan bunyi serta gambar yang seragam ketika anda bermain game.
Dengan fungsi noise cancellation, anda boleh mendengar suara dengan jelas ketika membuat panggilan telefon. Bateri juga mampu bertahan sehingga 24 jam jika digunakan berterusan.
Walaupun harga earbuds dari Eidfier ini agak mahal, namun kualiti yang ditampilkan memang serius berbaloi dengan pelaburan anda. Siap dengan waranti selama 1 tahun. Mesti bakal suami anda suka kalau masuk dalam senarai hantaran.
16. Iphone
Ini pula sesuai dijadikan sebagai barang hantaran lelaki buat peminat setia Apple. Jika bajet anda tinggi untuk hantaran kahwin apa salahnya hadiahkan Apple Iphone 13. Iphone terkini dari Apple ini menampilkan dual-camera system yang pasti buatkan momen indah anda dan suami terakam dengan cantik.
17. Coklat
Anda juga boleh masukkan coklat dalam senarai barang hantaran lelaki. Tak kisahlah nak bagi Ferrero Rocher, Kit Kat, Toblerone, atau Dairy Milk. Terpulang pada anda.
Ini pun diletakkan dalam dulang hantaran bila dah nak dekat majlis. Atau masukkan dulang dalam peti sejuk. Supaya coklat tak cair.
18. Kek
Ada kek dalam dulang hantaran tentu seronok pihak lelaki dapat menikmati kek makan beramai seisi keluarga.
Tapi seeloknya bagi kek yang tak mudah cair seperti brownies. Kalau tak nanti belum sampai rumah kek dah cair.
19. Sepasang Baju Melayu
Baju Melayu lelaki ini boleh dipakai ketika hari raya, solat Jumaat ataupun menghadiri kenduri kendara. Anda boleh berikan baju Melayu cekak musang ataupun teluk belanga.
Antara yang cantik, baju Melayu cutting moden ini. Kain jenis como crepe yang tak mudah kedut. Siap ada poket kiri dan kanan seluar. Jahitan juga kemas sertaa kain lembut.
20. Laptop
Buat bakal suami yang menggunakan laptop, apa kata anda berikan laptop baru sebagai barang hantaran. Tentu sekali mereka teruja menerima laptop dari sang isteri.
Anda boleh pilih dari senarai laptop terbaik ini.
21. Drone DJI Mini 2
Sekiranya bakal suami anda meminati gajet, apa kata berikan drone. Drone DJI Mini 2 ini mampu menghasilkan gambar berkualiti 4k – memang clear dan cun video!
Ada 12 bulan jaminan dari DJI Malaysia. Jadi, anda tak perlu risau kalau drone rosak dalam tempoh tu.
22. Cermin Mata Hitam
Ray-Ban Caravan RB3136 181 ini sesuai untuk dijadikan barang hantaran jika bakal suami anda suka memakai sunglasses. Namun tak sesuai buat mereka yang berkaca mata.
23. Ipad Air 4th Generation
Untuk mereka yang gemar menggunakan tablet, Ipad Air 4th Generation ini juga adalah salah satu item yang anda boleh berikan sebagai barang hantaran lelaki. Anda boleh pilih dari kapasiti 64gb ataupun 256gb. Warna juga ada beberapa pilihan.
24. Set Penjagaan Diri Lelaki
Nivea Men Set hantaran lelaki ini merangkumi shampoo, deodorant spray, roll-on deodorant serta pencuci muka. Dah siap dibalut. Jadi senang untuk anda. Hanya letakkan saja di dulang hantaran. Nak lagi cantik tambah riben dan bunga sikit.
Nivea Men Set ini merupakan set hantaran lelaki bajet dan simple.
25. Tuala
Ini juga barang hantaran lelaki bajet dan simple. Set tuala dari Big Big Deals mengandungi 1 helai tuala mandi dan 2 tuala muka.
26. Tasbih Digital
Ada pelbagai warna dan corak tasbih digital. Dari corak kayu dan juga marble. Ia mudah untuk membantu kiraan ketika berzikir dengan adanya paparan digital LED.
27. Philips Shaver PQ206/18
Pencukur tanpa wayar dari Philips ini berfungsi menggunakan bateri. Suami anda boleh bercukur sehingga 60 minit untuk setiap kali penggunaan.
Selain itu, pencukur ini boleh dikenakan air supaya mudah dibersihkan selepas guna. Anda tentunya inginkan penampilan suami nampak kemas sentiasa. Jadi, pemberian pencukur sebagai barang hantaran memang berguna sangat untuk sang suami.
Dengan harga yang mampu milik, pencukur ini sesuai dijadikan hadiah kepada lelaki untuk mereka yang mempunyai bajet rendah.
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Barang Hantaran Lelaki
Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membeli barang hantaran untuk suami.
1. Bajet
Perkara pertama tentunya berapa bajet yang anda tetapkan untuk beli barang hantaran perkahwinan atau pertunangan. Bajet ini penting supaya anda tidak berbelanja lebih.
Memandangkan sebuah majlis perkahwinan sudah tentu memakan belanja yang banyak. Jadi, seeloknya anda tetapkan dahulu bajet untuk barang hantaran sebelum membuat sebarang pembelian.
2. Kegunaan barang hantaran
Saya sarankan untuk beli barang hantaran yang bakal suami anda gunakan. Jangan membazir beli sesuatu yang dia tidak guna.
Sebagai contoh, jika suami bukan jenis bekerja dengan baju kemeja dan tali leher, tak perlu jadikan tali leher sebagai hantaran.
3. Bilangan barang hantaran
Berbincang dahulu dengan pihak lelaki tentang berapa bilangan dulang yang akan dihantar. Ini boleh mengelakkan anda tidak hantar terkurang dari sepatutnya.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai barang hantaran lelaki untuk anda pilih dari senarai di atas. Dah siap beli hantaran tunang atau hantaran kahwin, bolehlah siapkan pula gubahan hantaran. Jangan lupa beli dulang hantaran atau pinjam dari ahli keluarga.
Anda boleh dapatkan dulang hantaran dari PISB dengan harga yang berpatutan,
Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan barang hantaran yang sesuai untuk bakal suami.