35 Idea Hadiah Untuk Pengantin. Tanda Meraikan Hari Bahagia Mereka!
Ada saudara mara atau rakan yang bakal berkahwin? Tapi anda tak tahu nak bagi apa sebagai hadiah untuk pengantin.
Tak usah pening dalam artikel kali ini saya akan kongsikan hadiah untuk pengantin sebagai tanda meraikan hari bahagia mereka.
Senarai hadiah ini ada yang mahal dan juga yang murah. Namun saya pilih hadiah yang berkualiti walaupun harganya agak murah.
Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kepada bajet yang telah ditetapkan.
35 Hadiah Untuk Pengantin
Berikut adalah senarai hadiah untuk pengantin.
1. Air fryer
Hadiah air fryer sangat berguna untuk membantu si isteri menggoreng makanan. Kerja jadi mudah dan cepat dengan adanya air fryer.
Tambahan pula si isteri bekerja sangatlah berguna bila ada air fryer.
Lihat senarai air fryer terbaik untuk membantu anda membuat pilihan.
2. Air cooler
Air cooler sesuai untuk diberikan kepada pasangan pengantin yang akan duduk sendiri selepas berkahwin.
Adanya air cooler sangat berguna bila tiba musim panas di Malaysia.
Dapat juga menyejukkan suhu bilik yang panas.
Nak pasang aircond mungkin tak berapa sesuai jika pengantin duduk di rumah sewa.
Jadi, pemberian air cooler akan memberi manfaat kepada pengantin.
Harganya pun tidaklah terlalu mahal. Nak pilih air cooler terbaik? Baca artikel ini untuk bantu anda buat pilihan air cooler terbaik.
3. Portable Aircond
Jika anda ingin memberikan sesuatu yang agak mahal buat pasangan pengantin, anda boleh berikan portable aircond. Harga portable aircond hampir sama dengan aircond dinding. Fungsinya juga sama.
Cuma, satu kelebihan portable aircond ia boleh mudah dibawa ke mana sahaja. Jadi, bila pasangan pengantin nak pindah rumah portable aircond senang nak dibawa sekali.
Tapi, apa pula beza portable aircond dengan air cooler? Baca di sini beza portable aircond dan air cooler.
Anda boleh pilih portable aircond terbaik dalam senarai ini.
4. Pressure cooker
Hadiah untuk pengantin pressure cooker untuk membantu kerja memasak di dapur. Senang nanti nak masak daging kambing atau buat sup tulang. Cepat saja daging dah empuk.
Harganya juga tidak mahal. Bawah RM300 dah boleh dapat.
5. Periuk Nasi Elektrik
Periuk nasi elektrik adalah barang rumah yang paling berguna untuk pasangan yang baru berkahwin. Harganya juga agak murah bawah RM200 dah boleh dapat satu biji periuk nasi.
Tapi, alang-alang nak bagi hadiah periuk nasi, apa kata anda berikan hadiah untuk pengantin periuk nasi pelbagai guna. Selain masak nasi, boleh juga digunakan untuk masak bubur dan steamer.
6. Dapur gas
Ini satu lagi barang rumah yang perlu ada bagi pasangan yang baru berkahwin. Macam mana nak masak jika tiada dapur gas kan?
Jadi, hadiah untuk pengantin dapur gas terbaik seperti yang terdapat dalam artikel ini. Banyak pilihan dapur gas yang anda boleh berikan. Ada dapur gas stainless steel yang tahan karat, siapa gas kaca dan juga dapur elektrik.
7. Mesin basuh automatik
Barang rumah yang agak mahal. Sesuai nak diberikan sebagai hadiah untuk pengantin jika kumpul duit beramai-ramai.
Atau yang kahwin tu adik beradik tersayang, apa salahnya bagi hadiah mahal kan.
Tak tahu nak pilih mesin basuh automatik terbaik? Artikel ini dah senaraikan semuanya.
8. Cerek elektrik
Ini pula hadiah yang berguna dan murah.
Senang nak masak air panas. Nak yang tahan lama, berikan cerek elektrik Panasonic jenis stainless steel.
Antara cerek elektrik yang bagus dan tahan lama. Saya sendiri pakai yang ini dah hampir 3 tahun. Senang nak sediakan air panas untuk mandikan baby.
9. Pembakar roti
Hadiah ini sangat membantu bila tak cukup masa nak sediakan sarapan yang berat.
Bakar saja roti dalam pembakar roti. Tunggu beberapa minit, siap!
10. Blender
Blender bawang ini sangat berguna untuk membantu kerja memasak di dapur menjadi cepat dan pantas.
Tanpa blender, maka terpaksalah menumbuk bawang dan cili guna lesung batu.
11. Set cadar
Bila dah mendirikan rumah tangga, tentunya memerlukan katil saiz queen atau king untuk tidur.
Apa kata hadiah untuk pengantin set cadar siap sarung bantal.
12. Mesin kopi automatik
Kopi antara minuman yang menjadi kegemaran ramai. Jadi, hadiahkan mesin kopi supaya mudah pasangan pengantin nak buat air kopi yang sedap.
Hanya masukkan kapsul kopi dan tekan. Kopi pun siap.
Tentu disukai oleh peminat kopi.
13. Slow juicer
Slow juicer atau blender buah yang membantu memudahkan kerja untuk buat jus buah kegemaran suami.
Barang penting untuk mereka yang suka minum smoothie untuk diet. Lihat di sini senarai slow juicer terbaik di Malaysia.
14. Microwave
Ini satu lagi hadiah untuk pengantin yang sangat bermanfaat. Memudahkan urusan mereka nak panaskan makanan.
Selain itu, nak defrost makanan sejuk beku pun boleh.
15. Oven
Barang dapur yang penting untuk yang suka buat kek, roti atau biskut. Selain itu, nak panggang ayam pun boleh.
Harga pun murah. Tak sampai RM150 dah boleh dapat 1 oven.
Jadi, kalau bajet anda untuk hadiah pengantin tak berapa tinggi, boleh belikan oven sebagai tanda ingatan. Lihat senarai oven terbaik di sini.
16. Pakej penginapan hotel
Hadiah untuk pengantin yang ini tentunya sangat disukai mereka. Siapa tak suka dapat pakej penginapan hotel percuma.
Tempahan hotel boleh dilakukan di Agoda atau Booking. Tanya dulu pengantin bila tarikh yang mereka inginkan untuk honeymoon.
Seeloknya pilih yang free cancellation. Manalah tahu tetiba pengantin ada hal pula tarikh tu. Rugi saja jika tak dapat tukar tarikh atau batalkan tempahan.
Anda juga boleh buat tempahan melalui ejen pelancongan. Cuma harga melalui ejen biasanya lagi mahal daripada buat tempahan sendiri.
17. Smart TV
Bila tinggal berdua tentunya bosan tanpa kehadiran televisyen. Dengan kecanggihan smart TV, tengok Youtube, Netflix dan melayari internet di TV pun boleh.
Jadi, jika bajet anda besar sikit, boleh beri hadiah untuk pengantin Smart TV Realme 32″. Atau boleh pilih dari senarai smart tv terbaik di Malaysia.
18. Periuk Dessini
Ini adalah barang dapur viral. Menjadi kegemaran para wanita. Boleh masak makanan kegemaran suami.
Bagi yang tak reti masak, inilah masanya untuk belajar memasak dengan periuk Dessini.
19. Peti sejuk mini
Jika pengantin tak tinggal sendiri, masih duduk di rumah keluarga, boleh hadiahkan peti ais mini.
Peti ais kecil ini boleh diletakkan dalam bilik tidur mereka. Saiz yang kecil memang sesuai untuk diletak dalam bilik.
Tak perlu nak keluar bilik bila terasa nak minum air.
Ini antara peti ais mini terbaik yang boleh anda pilih.
20. Set kuali non-stick buatan Korea
Ini pula hadiah yang sesuai untuk pengantin yang baru nak mula hidup berdua. Kuali tanpa lekat ini sangat mudah untuk goreng telur dadar. Jadi cantik telur tak melekat.
Nak goreng ikan atau ayam pun mudah sebab disediakan sekali penutup kuali. Makanan cepat masak dan boleh elakkan dari minyak meletup.
Walaupun dapat 4 kuali, tapi harganya tak sampai RM200. Boleh dikira agak murah berbanding jenama lain.
21. Set pinggan mangkuk
Apabila baru berkahwin, mula duduk di rumah sendiri, pinggang mangkuk juga perlu dibeli.
Jadi, jika dapat hadiah kahwin pinggang mangkuk amatlah membantu.
Set pinggan mangkuk Opal ini boleh dimasukkan dalam microwave dan tahan lasak.
22. Bantal hotel
Ini juga adalah keperluan penting di bilik tidur untuk pasangan yang baru memulakan hidup bersama.
Dah ada katil, tilam dan cadar. Tapi, bantal tiada?
Hadiah untuk pengantin bantal hotel yang empuk dan bakal memberikan mereka tidur yang lena.
Harga sebiji bantal dengan berat 1kg tak sampai RM12. Murah sangat.
Boleh anda berikan 4 bantal sekaligus. Setiap seorang dapat 2 bantal.
Bantal ini dibungkus dengan pembungkusan vakum. Bungkusannya leper saja. Bila dibuka baru bantal akan membesar.
Menariknya bantal Hilton pelbagai warna ini boleh terus dicuci.
23. Lampu hiasan
Sesuai untuk menerangkan ruang tamu atau bilik tidur. Juga sebagai hiasan mencantikkan ruang tamu. Rekaan lampu yang menarik antara hadiah untuk pengantin baru yang unik.
24. Cordless Vakum
Vakum tanpa wayar yang mudah digunakan untuk membersihkan rumah.
Harganya agak mahal berbanding vakum biasa. Namun, penggunaannya sangat mudah.
25. Vakum
Pembersih vakum adalah hadiah untuk pengantin baru yang bijaksana. Ia menunjukkan anda mementingkan tentang penjagaan kebersihan.
Kemampuan vakum untuk mengambil semua rambut, bulu haiwan peliharaan, dan juga debu. Sebilangan vakum mempunyai sikat berputar yang menjadikannya lebih mudah untuk membersihkan permaidani dan di bahagian tepi.
Memiliki pembersih vakum akan memberikan pasangan pengantin lebih banyak masa dan tenaga untuk perkara lain seperti memasak, mop lantai dan lipat kain.
26. Kipas angin
Hadiah untuk pengantin baru kipas angin bagi kegunaan di rumah. Boleh diletakkan di ruang yang tidak mempunyai kipas siling.
Kipas angin Panasonic antara kipas yang tahan lama. Harganya pun tidak sampai RM200.
27. Set kutleri
Pemberian berbentuk sudu, garfu dan juga pisau untuk kegunaan di meja makan. Sangat membantu memeriahkan meja makan pengantin baru dengan set kutleri premium ini.
Walaupun nampak premium, tapi harga tak sampai RM80. Sesuai buat anda yang mencari hadiah untuk pengantin baru yang murah.
28. Set cawan dan jug air
Satu lagi hadiah untuk kegunaan rumah pengantin baru, set cawan beserta jug air. Mudah untuk bancuh air buat hidangan minum petang.
Rekaan cawan dan jug air yang simple dan eksklusif tentu saja menambat hati pasangan pengantin.
29. Sejadah tebal
Sejadah bukan saja sesuai untuk hadiah pengantin, tapi juga sebagai hantaran kahwin. Hadiahkan sejadah tebal buat pengantin baru menunaikan solat. Dengan sejadah yang tebal membuatkan pengantin baru bertambah selesa untuk duduk lama di tikar sejadah.
30. Tuala mandi dewasa
Ini pula hadiah untuk pengantin bawah RM50. Sesuai jika anda tak punya bajet yang besar.
31. Seterika
Satu lagi barang keperluan rumah untuk pengantin baru. Sangat berguna untuk menghilangkan kedutan pada baju dan tudung. Barang yang wajib ada dalam setiap rumah!
Harga seterika bergantung kepada jenama dan jenis yang anda pilih. Pilihan saya tentunya seterika Philips yang ringan dan tahan lama ini. Siap 2 tahun waranti dari Philips.
Setiap kali pengantin iron baju, tentu teringat kepada anda si pemberi hadiah.
32. Ampaian
Satu lagi keperluan penting untuk mereka yang baru duduk sendiri. Ampaian untuk sidai baju. Boleh letak di luar atau dalam rumah.
33. Set pisau
Ini lagi satu hadiah untuk pengantin bawah RM50. Walaupun murah, tapi cukup berguna untuk kegunaan di dapur.
Warnanya juga nampak menarik. Siap sekali dengan chopping board dan gunting.
34. Kuali grill steamboat
Dengan adanya kuali grill steamboat, bolehlah pasangan pengantin baru laung masa makan steamboat. Tak perlu dah makan steamboat di luar.
35. Bekas beras
Ada bekas beras senang nak simpan beras yang dibeli. Nak masak nasi pun senang. Tekan saja beras keluar. Siap disediakan bekas untuk cuci beras.
Akhir Kata
Semoga senarai hadiah untuk pengantin baru di atas dapat membantu anda memilih hadiah terbaik untuk diberikan kepada pasangan pengantin.
Tidak kira hadiah mahal atau murah, yang penting anda berikan dengan penuh ikhlas sebagai tanda ingatan dan meraikan hari bahagia mereka.