petua halau semut

Ini 11 Petua Halau Semut Yang Berkesan!

Rumah anda banyak semut? Letak apa saja makanan sekejap semut dah datang. Jangan risau! Dalam artikel ini saya akan kongsikan petua halau semut yang berkesan.

Adakalanya semut datang bukan saja pada makanan yang manis. Tapi juga pada air kosong. Pelik tapi benar! Air kosong Cuckoo atau Coway itu pun jadi sasaran sang semut.

Jadi, apa cara menghalau semut yang mudah dan berkesan?

Petua Halau Semut Di Rumah

Ini petua halau semut menggunakan bahan yang ada di dapur anda. Senang dan berkesan. InsyaAllah. Jika tiada aktiviti di rumah, apa kata cuba salah satu petua di bawah.

1. Soda bikarbonat

Letakkan serbuk soda bikarbonat di tempat semua selalu datang. Semut tak suka dengan bau soda bikarbonat. Maka, selamatlah makanan anda dari dihurung semut.

2. Air lemon

Cara halau semut seterusnya menggunakan buah lemon. Anda perlu perah buah lemon. Air perahannya kemudian dicampur dengan satu sudu garam dan dikacau.

Setelah siap, masukkan air tersebut ke dalam bekas spray kecil dan sembur ke tempat yang selalu semut datang. Bau air lemon yang kuat boleh menghalau semut. Jika tiada bekas spray, anda boleh gunakan sudu dan titiskan air lemon ke tempat semut selalu datang.

petua halau semut

Cara ini lebih praktikal untuk dilakukan berbanding tabur serbuk soda bikarbonat. Kerana bimbang jika ada anak kecil habis pula serbuk soda bikarbonat dimakannya. Selain itu, semburan air lemon boleh diletakkan di merata tempat.

3. Serbuk kopi

petua halau semut

Bagi peminat kopi sudah tentu ada serbuk kopi di rumah. Bau yang kuat dari serbuk kopi buatkan semut tak nak dekat.

Jadi, anda boleh letakkan sikit serbuk kopi di laluan masuk semut.

4. Cuka putih

Petua halau semut yang ini gunakan cuka. Kandungan cuka yang berasid dan aromanya yang kuat membuatkan semut tak suka datang.

Caranya, tuangkan cuka ke dalam air dan masukkan air dalam botol spray kecil. Lepas tu, sembur saja ke tempat yang semut selalu datang.

Anda perlu sembur beberapa kali bila dah kering. Kesannya anda akan nampak selepas beberapa hari.

5. Bedak

Bau wangi bedak buatkan semut tak suka datang. Taburkan bedak di kawasan semut selalu datang. Tapi, hati-hati selepas letakkan bedak di lantai. Lantai licin, boleh terjatuh.

6. Serbuk kayu manis dan cengkih

petua halau semut

Anda boleh taburkan serbuk kayu manis dan cengkih di laluan semut atau mana saja tempat yang semut suka datang.

7. Daun sirih

Cara halau semut seterusnya adalah dengan daun sirih. Kalau rumah anda ada tanam pokok sirih memang senang.

Caranya, anda cincang daun sirih dan letakkan di tempat semut selalu datang. Semut akan lari bila mengesan bau daun sirih.

8. Daun pandan

Ini satu lagi daun untuk halau semut. Biasanya daun pandan lebih mudah ditemui dari daun sirih kan. Kat kedai pun banyak jual.

Caranya, cincang daun pandan dan letakkan di kawasan semut suka datang. Kalau semut selalu datang dalam bekas gula, anda masukkan daun pandan dalam tu. Bau gula pun wangi sekali.

9. Kulit telur

petua halau semut

Selepas dah pecahkan telur, anda bakar kulitnya. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Abu ini anda taburkan di kawasan semut selalu berkerumun.

Bukan semut saja lari, tapi cicak dan serangga lain pun tak suka dengan abu kulit telur ni.

10. Timun

petua halau semut

Selain baik untuk kesihatan dan kecantikan, timun juga salah satu petua halau semut. Timun yang dah dihiris halus atau dikisar boleh diletakkan di tempat semun selalu berkerumun.

Semut tak suka dengan bauan timun. Jadi, ia takkan datang lagi.

11. Air garam

garam

Larutkan garam dengan air. Kemudian, masukkan dalam botol spray kecil. Sembur tempat yang selalu didatangi semut.

Bau air garam buatkan semut tak datang dekat lagi.

Cara Halau Semut Paling Mudah

Petua halau semut di atas menggunakan cara tradisional. Kali ini, saya akan berikan pula cara halau semut yang mudah. Tak perlu anda nak sediakan bahan. Beli saja dan terus guna.

1. Kapur ajaib

Ini bukan kapur yang digunakan untuk conteng papan hitam sekolah. Tapi, ini kapur ajaib yang boleh halau semut dan lipas.

Anda goreskan kapur di area semua selalu datang atau laluan semut. Jika semut selalu datang atas meja makan, anda gores di bahagian kaki meja.

Harga kapur ajaib ni tak mahal pun. Anda boleh dapatkan di kedai. Nak senang, beli saja di Shopee.

kapur semut

2. Serai wangi

Petua halau semut seterusnya ini anda boleh dapatkan juga dari Shopee. Sembur air serai wangi ke tempat semut selalu datang.

Air serai wangi ini juga boleh digunakan sebagai pencuci. Contohnya nak lap meja, dapur gas.

Ia hanya mengandungi bahan natural iaitu air serai. Jadi, selamat untuk anda gunakan.

serai wangi

Larangan Membunuh Semut

Semua petua halau semut yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk menghalau semut dari rumah. Bukan dengan cara menyakiti dengan niat untuk membunuh semut.

Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, membunuh semut dibolehkan dengan syarat ia membawa ancaman atau mudharat kepada kita.

Sekiranya semut tidak membawa ancaman, maka tidak dibolehkan kita membunuhnya sepertimana hadis Nabi SAW yang melarang membunuh semut tanpa sebab.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إنَّ نبيًّا مِنَ الأنبياءِ قَرصتهُ نملةٌ، فأمرَ بقريةِ النَّملِ، فأُحْرِقَت، فأوحى اللَّهُ عزَّ وجلَّ إليهِ: في أن قرصَتكَ نملةٌ، أَهْلَكْتَ أمَّةً منَ الأُمَمِ تسبِّحُ

“Dahulu ada di antara para Nabi telah digigit oleh seekor semut, kemudian Nabi tersebut memerintahkan untuk mendatangi sarang semut tersebut lalu membakarnya. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi tersebut : Apakah kerana seekor semut yang menggigitmu, kemudian kamu menghancurkan umat daripada umat-umat yang bertasbih”. [Riwayat Ibn Majah]

Menurut Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda:

نَهَى رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ عن قَتلِ أربعٍ منَ الدَّوابِّ، النَّملةِ، والنَّحلَ، والهُدهُدِ، والصُّرَدِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang membunuh empat jenis binatang yang melata: semut, lebah, hudhud (burung) dan salah satu jenis burung”. [Riwayat Abu Daud & Ibn Majah]

Doa halau semut

Selain itu, anda boleh baca doa halau semut seperti dalam video ini.

Akhir Kata

Walaupun semut selalu berkerumun di rumah anda, gunakanlah cara yang tidak menyakiti untuk menghalaunya.

Saya doakan semut tidak lagi datang ke rumah anda selepas mencuba salah satu petua halau semut di atas.

Selamat mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.