peti ais murah

Peti Ais Murah Terbaik di Malaysia (2022)

Anda sedang mencari peti ais? Tapi kalau boleh tak nak peti ais yang mahal. Nak peti ais murah tapi berkualiti.

Untuk itu, di sini saya ada beberapa cadangan peti ais murah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah untuk mendapatkan peti sejuk.

Peti Ais Murah

Dalam artikel ini saya akan kongsikan 3 jenis peti ais.

  1. Peti ais mini
  2. Peti ais 1 pintu
  3. Peti ais 2 pintu

Apakah Peti Ais Murah Terbaik di Malaysia?

Berikut merupakan senarai peti ais murah untuk pilihan anda.

1. Peti ais Hisense RR120D4AGN (110L)

peti ais murah

Kelebihan

  • Jimat tenaga
  • Kaki boleh laras
  • Suhu boleh laras
  • Motor jenis senyap

Kekurangan

  • Tiada deodorizer

Peti sejuk 1 pintu jenama Hisense ini sangat sesuai untuk anda yang ruang yang kecil untuk menempatkan peti sejuk. Berkapasiti 110 liter, peti ais Hisense disarankan untuk kegunaan keluarga kecil atau rumah bujang.

Suhu peti ais juga boleh dilaraskan sehingga 8 laras. Ia juga mempunyai ruang chiller. Ruang untuk anda menyimpan makanan dalam keadaan yang lebih sejuk tapi tidak sampai membeku.

Sesuai nak simpan lauk yang bakal dimasak esok hari. Senang tak payah tunggu defrost.

Paling menarik, Hisense menyediakan jaminan selama 2 tahun untuk peti ais murah ini. Sangat berbaloi bagi harga peti ais bawah RM500. Tak perlu nak bimbang soal kerosakan dalam tempoh ini.

2. Mini Bar Hisense RR60D4AGN (60L)

peti ais murah

Kelebihan

  • Kapasiti yang besar untuk saiz mini
  • Direka dengan bunyi motor yang senyap
  • 7 laras suhu
  • Siap ada kunci

Kekurangan

  • Bahagian chiller terlalu kecil

Untuk yang mencari peti ais murah bersaiz mini, ini adalah peti ais mini terbaik untuk anda. Harganya agak murah berbanding jenama lain untuk kapasiti 60 liter.

Bagi anda yang tinggal di rumah atau bilik sewa, mungkin takut makanan dicuri ketika anda meninggalkan bilik atau rumah. Jangan bimbang! Peti sejuk mini ini siap dilengkapi kunci.

Bunyi motornya juga tidak kuat. Jadi tiada masalah untuk diletakkan dalam bilik. Suhunya juga boleh dilaraskan hingga 7 laras.

Saiz yang kecil sangat mudah jika anda nak pindahkan ia ke mana saja. Berat dalam 13.5kg saja. Jaminan pula selama 2 tahun dari Hisense. Memang berbaloi sangat.

3. Peti sejuk Midea MS-196 (156L)

peti sejuk murah

Kelebihan

  • Semi-automatik defrost
  • Kaki boleh laras
  • Suhu boleh laras
  • Siap deodorizer
  • Senyap
  • Jimat tenaga

Kekurangan

  • Rekaan luaran terlalu simple

Peti ais murah yang comel dari Midea ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil. Kapasiti 156 liter dengan fungsi defrost semi-automatik.

Dilengkapi dengan keep fresh teknologi, peti ais Midea ini membolehkan makanan yang disimpan kekal segar walaupun disimpan dalam tempoh yang panjang.

Ia juga direka dengan bunyi motor yang senyap supaya tidak mengganggu kehidupan harian anda. Udara sejuk peti ais juga boleh sampai ke segenap ruang bagi memastikan makanan dan minuman yang disimpan sentiasa sejuk dan segar.

Jika ada makanan yang berbau kuat, peti ais murah Midea ini dapat menyerap bau yang kuat. Hasilnya, udara peti ais anda kekal segar dan nyaman.

Untuk tempoh jaminan pula, Midea menyediakan jaminan selama 1 tahun bagi sebarang kerosakan peti ais mereka.

4. Peti ais Toshiba GR-RD235CC (181L)

peti sejuk murah

Kelebihan

  • Chiller berasingan
  • Mudah nak defrost
  • Rekaan menarik
  • Suhu boleh laras

Kekurangan

  • Tiada deodorizer

Bagi anda yang memerlukan peti ais 1 pintu dengan kapasiti yang lebih besar, peti ais Toshiba ini berkapasiti 181 liter pada harga yang agak murah.

Jika sebelum ini anda mengalami kesukaran bila bahagian beku sukar nak defrost, dengan peti ais Toshiba anda hanya perlu tekan 1 butang sahaja. Kemudian, peti ais akan nyah beku dengan sendiri.

Suhu peti ais juga boleh laras mengikut keperluan anda. Ia turut mempunyai bahagian chiller yang berasingan dari bahagian beku. Jadi, ruang bekunya luas. Sesuai untuk anda yang suka simpan stok makanan mentah yang banyak.

Untuk sebarang kerosakan, peti ais ini dilindungi waranti selama 1 tahun dari Toshiba Malaysia.

5. Peti Sejuk Elba ER-C1815 (185L)

peti ais murah

Kelebihan

  • Senyap
  • Suhu boleh laras
  • Bahagian chiller berasingan
  • Semi-auto defrost

Kekurangan

  • Tiada deodorizer

Ini pula peti ais murah dari Elba. Dengan kapasiti 185 liter, harga peti ais jauh lebih murah dari jenama yang lain.

Menampilkan rekaan yang agak elegan, Elba turut menawarkan peti ais yang tahan lasak. Rak peti ais diperbuat dari tempered glass, yang kuat dan kukuh. Tiada masalah untuk anda letakkan barang yang berat.

Dengan fungsi semi defrost, anda hanya perlu menekan butang defrost dan peti ais secara automatik akan nyah beku.

Motor peti ais ini juga direka untuk berfungsi tanpa bunyi yang kuat supaya tidak mengganggu keharmonian dapur anda.

Dari segi jaminan pula, Elba menyediakan 1 tahun jaminan umum dan 5 tahun jaminan untuk kerosakan kompresor.

6. Peti Sejuk Faber FRIGOR168 (150L)

peti ais murah

Kelebihan

  • Bahagian beku yang besar
  • Rak tempered glass
  • Pintu tahan karat
  • Semi auto defrost
  • 5 star energy save

Kekurangan

  • Tiada deodorizer

Bagi yang suka dengan peti ais dengan warna yang terang, jenama peti ais Faber adalah untuk anda. Didatangkan dengan kapasiti 150 liter, ruang sejuk bekunya juga agak besar. Senang nak simpan makanan mentah yang banyak dan juga aiskrim.

Pintu peti ais diperbuat dari tempered glass supaya tahan karat, senang nak bersih dan nampak elegan.

Peti ais Faber ini juga antara peti ais murah yang dapat pengiktirafan 5 bintang atas pencapaian penjimatan tenaganya. Jadi, sangat berbaloi untuk dipakai dalam jangka masa panjang.

Rak peti ais juga diperbuat dari tempered glass. Jadi, tak perlu risau bila anda nak letak sesuatu yang berat.

Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum dan 5 tahun untuk kerosakan kompresor.

7. Peti ais Panasonic NR-AF166SSMY (155L)

peti ais murah

Kelebihan

  • Rak jenis tempered glass
  • Bekas sayur yang besar
  • Bahagian chiller berasingan

Kekurangan

  • Manual defrost
  • Tiada deodorizer

Peti ais Panasonic ini tampil dengan rekaan yang menarik. Rak peti ais dari tempered glass yang kukuh dan tahan lasak.

Untuk anda yang selalu simpan sayur yang banyak, bahagian sayur peti ais Panasonic ini juga agak besar berbanding jenama lain.

Namun begitu, peti ais Panasonic ini tidak dilengkapi dengan fungsi semi-auto defrost. Maka, anda perlu defrost sendiri apabila bahagian beku dah dipenuhi ais.

Bagi jaminan pula, Panasonic menyediakan 1 tahun jaminan umum serta 5 tahun jaminan untuk kompresor.

8. Peti ais Haier HRF-238H (216L)

Kelebihan

  • No frost
  • Lampu LED
  • Jimat tenaga
  • Pemegang pintu jenis tahan karat

Kekurangan

  • Tiada deodorizer

Ini pula adalah peti ais murah 2 pintu. Dilengkapi dengan fungsi no frost di mana anda tidak perlu lagi risau sekeliling bahagian beku dipenuhi ais.

Peti ais ini juga mendapat 4 bintang dalam penjimatan tenaga walaupun tidak mempunyai inverter.

Tempat pemegang pintu peti ais diperbuat dari stainless steel. Jadi anda tak risau ia akan berkarat.

Haier turut memberikan jaminan yang panjang selama 2 tahun untuk kerosakan umum dan 10 tahun untuk kerosakan kompresor.

Akhir Kata

Setelah melihat senarai peti ais murah, yang mana satu menjadi pilihan anda? Jika anda rasakan kapasiti peti ais di atas tidak mencukupi, anda boleh memilih peti ais 2 pintu dalam senarai ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.