7 Portable Aircond Murah & Terbaik di Malaysia (Penghawa Dingin Mudah Alih)

Portable aircond murah antara benda yang dicari terutama bila tiba musim panas. Tambahan pula jika rumah ada bayi. Kulit mereka sensitif dengan cuaca yang panas. Cepat saja keluar ruam.

Portable aircond sesuai untuk mereka yang perlukan aircond yang mudah nak dialih ke mana saja. Nak bawa balik kampung pun boleh.

Atau yang belum ada rumah sendiri. Yelah, kalau pasang aircond dinding leceh pula nak pindah rumah nanti!

Jadi, saya akan kongsikan portable aircond terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran. Tapi, sebelum itu jika ini pertama kali anda nak beli portable aircond, anda perlu tahu kebaikan dan keburukan portable aircond.

Kebaikan Portable Aircond

#1. Mudah nak dialih

Berbeza dengan aircond, penghawa dingin mudah alih ini boleh dibawa ke mana saja yang anda suka.

#2. Mudah dipasang

Anda tidak perlu memanggil pakar aircond untuk memasang portable aircond. Ia boleh dipasang sendiri mengikut manual yang disediakan.

Keburukan Portable Aircond

#1. Perlu ruang untuk keluarkan udara panas

Portable aircond mempunyai hos ekzos untuk salurkan udara panas keluar. Jadi, anda perlu pertimbangkan di mana nak letak hos ini setiap kali menggunakan portable aircond supaya ruang sejuk dan panas dapat dipisahkan.

7 Portable Aircond Murah

Sekarang, mari kita lihat portable aircond murah yang ada di pasaran.

#1. Portable Aircond Midea MPH-09CRN1 1HP PH Series

portable aircond terbaik

Harga bermula dari RM889

Kelebihan

  • Mudah dipasang
  • Kapasiti sejuk 9000 BTU
  • Fungsi sleep mode
  • Penapis bakteria
  • Auto restart

Kekurangan

  • Agak bising
  • Hos yang disediakan agak pendek
  • Perlu buang air dalam takungan
  • Tiada auto swing

Portable aircond Midea 1.0HP ini antara portable aircond murah di pasaran. Dengan saiz 1HP ia sudah cukup untuk menyejukkan bilik yang kecil. Terasa sejuk macam aircond dinding.

Ia juga menggunakan penapis jenis silver ion yang mampu membunuh bakteria dengan berkesan. Walaupun harganya murah, tapi rekaannya tetap nampak eksklusif.

Portable aircond ini agak berat. Namun anda tak perlu risau kerana ia siap ada roda.

Midea turut menyediakan 1 tahun jaminan umum untuk portable aircond ini. Jaminan 5 tahun pula untuk motor.

Perlu diingatkan jika anda perlukan hos yang panjang, anda perlu beli hos tambahan di kedai hardware. Dan juga sediakan baldi untuk tadah air yang keluar dari portable aircond Midea ini.

#2. Portable Aircond Morgan MAC-093 1HP

portable aircond murah

Harga bermula dari RM849

Kelebihan

  • Kapasiti sejuk 9000 BTU
  • Ada paparan LED
  • Penapis boleh dicuci
  • Siap roda

Kekurangan

Ini satu lagi portable aircond murah jenama Morgan. Dengan 1HP sesuai untuk bilik dengan keluasan 14-20m².

Tampil dengan rekaan yang moden siap dengan paparan LED.

Penghawa dingin mudah alih Morgan ini dilengkapi dengan roda yang memudahkan anda untuk alih ke mana saja.

Penapisnya juga boleh dicuci untuk memastikan portable aircond sentiasa bersih dan dapat memberikan kualiti udara sejuk di tahap optimum.

Mempunyai mod 3 dalam 1 iaitu sejuk, dehumidifying dan kipas. Mod sejuk boleh ditetapkan dari 16°C-30°C.

Mod kipas anda boleh tinggi atau rendahkan.

Selain itu portable aircond Morgan ini dilengkapi dengan auto swing.

Morgan turut menyediakan 1 tahun waranti umum dengan 5 tahun waranti untuk motor.

#3. Portable Aircond Elba EPAC-D3910(WH)

Harga bermula dari RM988

Kelebihan

  • Kapasiti sejuk 10000 BTU
  • Ada paparan LCD
  • Fungsi auto swing
  • Penapis boleh dibuka & dicuci
  • Mempunyai roda
  • Bunyi yang tidak terlalu kuat

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Portable aircond Elba ini mampu memberikan suasana dingin sehingga 10000 Btu. Kiranya bilik anda tak lagi terasa bahang panas.

Siap dengan panel LCD di bahagian hadapan memudahkan anda untuk buat tetapan portable aircond tanpa menggunakan remote.

Direka dengan bunyi yang agak senyap dan angin kuat membuatkan bilik anda terasa nyaman dan tidur lena tanpa diganggu.

Sekiranya anda bimbang tentang kerosakan, Elba menyediakan 1 tahun waranti umum dan juga 5 tahun waranti untuk kerosakan motor.

#4. Portable Aircond Hisense R32 AP09KVG (1HP)

penghawa dingin mudah alih

Harga bermula dari RM868

Kelebihan

  • Kapasiti sejuk 9000 BTU
  • Bunyi tak bising
  • Ada sleep mode
  • Paparan LED
  • Mempunyai roda
  • Tak perlu tadah air
  • Penapis boleh dicuci

Kekurangan

Portable aircond murah seterusnya adalah portable aircond Hisense. Ia mempunyai 3 mod iaitu sejuk, kering dan kipas.

Paparan skrin LED yang jelas memudahkan anda untuk menekan butang pilihan.

Penghawa dingin mudah alih Hisense ini turut dilengkapi dengan smart mod yang membolehkan ia bertukar mod mengikut suhu bilik semasa.

Dengan bunyi yang seperti kipas angin, anda dan anak-anak boleh tidur lena dalam suasana yang sejuk.

Portable aircond murah Hisense ini turut menyediakan teknologi I Feel. Ia membolehkan kawalan suhu yang sama dari portable aircond hingga ke remote control.

Ia juga adalah salah satu portable aircond mudah kerana anda tidak perlu nak buang air bila takungan dah penuh. Penapis pula boleh dibersihkan untuk buang segala kekotoran.

Sebarang masalah sepanjang 1 tahun penggunaan, anda boleh claim ke Hisense. Jika motor portable aircond yang bermasalah, ada jaminan selama 5 tahun.

#5. Portable Aircond Acson A5PA15C (1.5HP)

acson portable aircond

Harga bermula dari RM1488

Kelebihan

  • Kapasiti sejuk 12000 BTU
  • 3 speed kipas
  • Mempunyai roda
  • Paparan skrin sentuh
  • Dilengkapi dengan silver ion

Kekurangan

Portable aircond Acson ini mampu menyejukkan ruang yang lebih luas dengan 1.5HP.

Turut dilengkapi dengan silver ion untuk membunuh bakteria bagi memastikan anda dapat udara sejuk yang segar dan sihat.

Anda boleh melaraskan kelajuan kipas portable aircond menggunakan remote control saja.

Acson memberikan 1 tahun jaminan untuk umum dan 5 tahun jaminan untuk motor.

#6. Portable aircond Pensonic PPA-1510 (1.5HP)

Harga bermula dari RM1249

Kelebihan

  • Paparan panel LED
  • Kapasiti sejuk 12000 BTU
  • Mempunyai roda
  • Sleep mode
  • Auto swing

Kekurangan

  •  –

Ini pula lagi satu portable aircond murah untuk kegunaan saiz bilik yang lebih besar. Paparan panel LED mudahkan anda untuk menekan butang di penghawa dingin mudah alih Pensonic.

Direka untuk mudah alih, turut disediakan roda yang kuat dan kukuh.

Kelajuan kipas boleh dilaraskan kepada kuat, sederhana atau perlahan.

Ia juga mempunyai timer, dehumidifying mode serta sleep mode.

Portable aircond Pensonic ini juga boleh auto swing secara menegak.

Untuk memastikan portable aircond sentiasa dalam keadaan bersih, anda boleh buka dan cuci penapisnya.

Waranti umum selama 1 tahun dan waranti motor selama 5 tahun disediakan.

#7. Portable Aircond Aux AM-12B4/LAR-EU

Harga bermula dari RM1229

Kelebihan

  • Kapasiti sejuk 12000 BTU
  • Auto swing
  • Rekaan moden
  • 4 roda boleh berpusing 360°
  • Teknologi Anion Fresh Air
  • Tidak terlalu bising

Kekurangan

  • Perlu tadah air yang keluar

 

Portable aircond buatan China ini merupakan antara portable aircond murah dan terbaik.

Menggunakan teknologi Anion Fresh Air ia memastikan anda mendapat udara segar dan sejuk.

Portable aircond ini direka dengan bunyi yang perlahan untuk memastikan tidur anda tidak terganggu kerana bunyi aircond yang kuat.

Remote control portable aircond Aux boleh dikawal sejauh 10 meter.

Purata yang memakai portable aircond ini mengatakan ianya cepat sejuk, bunyi tak bising seperti portable aircond yang lain dan senang nak pasang.

Dari segi jaminan, anda tak perlu risau kerana portable aircond Aux disertakan dengan 2 tahun waranti umum dan 5 tahun waranti motor.

Kesimpulan

Kesemua portable aircond murah di atas didatangkan dengan jaminan. Jadi, anda boleh membeli tanpa kerisauan.

Pilihlah yang bersesuaian mengikut bajet dan ruang rumah anda.

*Makluman: Harga yang dipaparkan adalah harga semasa artikel ini ditulis. Harga mungkin berubah mengikut penjual. Ada juga item yang dah habis stok. Jadi, anda boleh menaip nama penuh item di ruangan search di Shopee atau Lazada.

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.