Beza Air Cooler dan Portable Aircond

Beza Air Cooler dan Portable Aircond

Anda mungkin tertanya-tanya apa beza air cooler dan portable aircond? Ramai yang keliru sebenarnya dengan dua barang ini. Sampai ada yang dah tersilap beli. 

Jadi, sebelum anda buat keputusan nak beli yang mana satu, jom kita kenali dulu beza air cooler dan portable aircond.

Portable Aircond Vs Air Cooler 

beza air cooler dan portable aircond

Gambar di atas menunjukkan portable aircond. Gambar di bawah ini pula air cooler.

air cooler

Amacam? Keduanya nampak sama kan? Ada laluan untuk keluarkan angin. Hanya rekaan sedikit berbeza.

Tapi sebenarnya, fungsi air cooler dan portable aircond tak sama.

Air Cooler

Fungsi air cooler tak jauh beza dengan kipas. Cuma udara yang keluar dari air cooler terasa lebih sejuk berbanding kipas. Sebabnya air cooler menggunakan air dan juga air batu.

Anda perlu masukkan air ke dalam air cooler. Setiap air cooler ada kapasiti tangki air yang berbeza. Jika nak lagi sejuk, masukkan pek ais (air batu). Kalau dah kurang air dan ais memang tak sejuklah jawabnya.

Jadi, anda perlu rajin tambah air dan ais.

Air cooler tak menggunakan elektrik yang tinggi berbanding portable aircond. Harga air cooler juga jauh lebih murah. Anda boleh dapat dalam RM250.

Cuma penapis air cooler perlu ditukar sebulan sekali untuk pastikan air cooler bersih dan dapat keluarkan udara sejuk.

Dari segi berat, air cooler juga lebih ringan berbanding portable aircond. Walaupun begitu, portable aircond biasanya dilengkapi roda. Tak perlulah anda nak angkat. Melainkan ketika pembelian kali pertama.

Portable Aircond

Jika anda inginkan rasa sejuk seperti aircond dinding, inilah yang perlu anda dapatkan. Berfungsi sama seperti aircond dinding dengan kekuatan 1 horse power (HP) atau 1.5HP. Cuma portable aircond mudah nak dialih ke mana saja.

Menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi berbanding air cooler. Portable aircond turut disertakan dengan hos ekzos.

Harga portable aircond dalam lingkungan RM800 untuk 1HP dan RM1200 untuk 1.5HP.

Lihat senarai portable aircond murah & terbaik.

Beza Air Cooler dan Portable Aircond

Secara ringkasnya, ini beza air cooler dan portable aircond.

Air Cooler

  • Tak sesejuk aircond biasa
  • Perlu masukkan air
  • Guna ais untuk tambah sejuk
  • Harga murah
  • Ringan
  • Tak guna elektrik yang banyak

Portable Aircond

  • Sejuk sama seperti aircond biasa
  • Tak perlu masuk air
  • Tanpa ais
  • Harga lebih mahal
  • Lebih berat tapi mempunyai roda
  • Guna elektrik lebih banyak

Kesimpulan

Jika anda memang tak mahu rasa yang terlalu sejuk seperti aircond, anda boleh pakai air cooler. Namun, tambah air dan ais juga satu perkara penting yang perlu diambil kira. Kalau anda tak suka nak buat perkara renyah macam tu, seeloknya ambil saja portable aircond.

Rasa sejuk sama seperti aircond dan suhu boleh laras. Lihat senarai portable aircond murah dan terbaik ini.

Jika air cooler menjadi pilihan, anda boleh tengok senarai air cooler terbaik ini.

Moga lepas baca artikel ni anda jelas nak beli yang mana satu.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.