Hadiah Kahwin

15 Idea Hadiah Kahwin (2023)

Boleh dikatakan setiap minggu, pasti ada majlis kahwin di pelbagai tempat. Sebagai tetamu jemputan, tak lengkap rasanya kalau datang ke majlis perkahwinan tanpa membawa hadiah kahwin rare dan berguna buat sang mempelai.

Hadiah ini juga sebenarnya memainkan peranan dalam sesuatu majlis terutamanya majlis kahwin. Seperti menyambut ulang tahun, anda pastinya akan berasa teruja apabila menerima hadiah.

Begitu juga buat sang mempelai, hadiah untuk pengantin ini juga merupakan simbolik meraikan hari bahagia mereka bersama-sama dengan tetamu yang hadir. Oleh itu, dalam perkongsian kali ini, saya akan senaraikan beberapa cadangan hadiah kahwin kepada anda yang sangat berguna dan bermanfaat buat pengantin baru.

Ianya merangkumi 15 idea hadiah kahwin yang unik dan sangat bermanfaat untuk kegunaan pasangan mempelai kelak. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kahwin untuk kawan atau hadiah perkahwinan untuk adik-beradik ataupun saudara mara.

Idea Hadiah Kahwin

Berikut adalah hadiah perkahwinan yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan pengantin baru.

1. Hiasan Dinding

hadiah kahwin

Frame Khat bersaiz 11x11inci ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah . Frame ini menggunakan dua jenis material iaitu PVC Tarpaulin dan juga Canvas.

Kalau anda memilih material jenis canvas ianya seperti kain banner dan standard quality glossy look.

PVC pula lebih kepada mood luxury dan kualitinya pula berkualiti premium.

Didatangi dengan 21 kod rekaan yang super cantik memang hadiah terbaik buat pasangan mempelai apabila gambar kahwin mereka terpampang indah tergantung di dinding rumah.

Sesuai untuk dijadikan hadiah kahwin perempuan yang anda kenali.

2. Kabinet Dapur

hadiah kahwin

Benda asas yang paling utama dan nadi dalam sesebuah rumah tangga sudah tentulah dapur. Apa kata kalau anda jadikan SKL7502 Kitchen Cabinet ini sebagai pilihan hadiah untuk kawan perempuan supaya mudah baginya untuk memasak dan menyediakan juadah makanan buat sang suami.

Almari dapur yang paling top jualannya di Shopee ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai dua saiz iaitu L120cm x H79cm x W40cm dan L80cm x H74cm x W40cm.

Terdapat empat pilihan warna. Sangat mudah dipasang dan dibahagian atasnya pula mempunyai jubin marmar seramik.

Hadiah kahwin barang dapur ini juga adalah salah satu benda yang sangat berguna buat perempuan terutamanya.

3. Mesin Kopi

hadiah kahwin

Kalau pasangan mempelai pencinta kopi, apa kata anda hadiahkan kepada mereka Coffee Maker ini sebagai pilihan hadiah kahwin anda.

Coffee Maker ini diprogramkan dengan panel pengaturan yang dapat disesuaikan dan dilengkapi dengan milk steamer. Berkapasiti 1.0L, coffee maker ini mampu menyediakan 2 cawan kopi sekaligus.

Hadiah kahwin barang elektrik dengan rekaan yang penuh klasik dan berwarna beige ini pastinya akan menaikkan lagi seri jika diletakkan di sudut minum kopi.

Ianya memang sangat sempurna untuk pilihan hadiah kahwin anda.

4. Kelengkapan Bilik Tidur

hadiah kahwin

Hadiah kahwin yang ke-empat pula, hadiahkanlah kepada pasangan pengantin dengan Set Pakej Bantal Leyna yang lembut dan penuh dengan corak lambang kemewahan supaya tidur mereka lebih lena dan tenang.

Berkualiti tinggi dengan jahitan kemas disetiap perincian. Ianya juga boleh dibasuh, mudah untuk dicuci dan sangat cepat kering.

Bantal ini sangat sesuai serta bagus untuk mereka yang mempunyai masalah asma dan resdung Malah ianya juga ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja.

5. Set Pertukangan

hadiah kahwin

Bila duduk rumah sendiri, pasti ada sahaja benda yang kita mahu buat dan perlu dibaik pulih jika berlaku kerosakan.

Kalau anda berikan set ini sebagai hadiah kahwin untuk lelaki, kerjanya pasti akan menjadi lebih mudah dan menarik dengan Hand Tools Set With Luggage ini.

Si isteri pula pasti lebih seronok apabila segala arahan dan kemahuannya dilakukan dengan pantas dan cepat.

Hadiah kahwin set pertukangan ini merupakan alat harian semua dalam satu yang sangat berguna dan mudah diangkut atau disimpan di dalam stor atau kenderaan untuk mudah diakses.

Ianya juga sangat berkualiti tinggi dengan harga mampu milik.

6. Set Kelengkapan Solat

hadiah untuk pengantin

Tak lengkap rasanya, kalau dalam rumah tangga tidak bersama-sama mendirikan solat berjemaah.

Bagi mengeratkan lagi hubungan pasangan sama cantik sama padan ini, hadiahkan kepada mereka Giftbox Hadiah Sejadah Gebu Telekung & Pelikat ini.

Dengan setiap set hadiah kahwin ini anda juga akan mendapat seutas tasbih secara percuma.

Selain itu, anda juga boleh add-on tasbih, kopiah, led fairy light, coklat dan juga kayu sugi untuk tampil lebih menarik dan mempelbagaikan koleksi.

Untuk anda yang sedang mencari hadiah kahwin bawah RM50, Giftbox Hadiah Sejadah Gebu Telekung & Pelikat sangat sesuai.

7. Pakej Percutian

pakej pelancongan

Selalunya, lepas habis majlis perkahwinan pasangan mempelai akan pergi honeymoon meluangkan masa mengenali satu sama lain dalam suasana yang penuh romantis.

Tak salah kalau anda juga menjadi sebahagian dari momen berharga itu dengan menghadiahkan pakej honeymoon buat mereka sebagai hadiah kahwin di hari istimewa.

Di Pakej Pulau Perhentian Murah ini, segala kenangan indah bakal tercipta sempurna. Terdapat dua pakej penginapan dengan harga yang berbeza untuk dijadikan pilihan.

Dengan harga serendah RM290/pax untuk 3 hari 2 malam, pasangan pengantin baharu ini pastinya lebih bahagia dan enjoy dengan kehidupan baharu mereka.

Bukan itu sahaja, pakej ini juga merangkumi tiket bot pergi dan balik, aktiviti-aktiviti seperti snorkeling, banana boat, kayak dan banyak lagi.

8. Perabot Bilik Tidur

hadiah kahwin

Buat sahaja memulakan hidup baharu, sudah tentu rumah yang bakal didiami juga masih lagi belum mempunyai kelengkapan yang serba lengkap.

Oleh itu, hadiahkan kepada mereka sebuah katil supaya tidur mereka lebih selesa, sempurna dan tidak mengalami sakit-sakit belakang lagi.

LEIRVIK IKEA Queen Bed Frame ini mempunyai dua jenis saiz dan didatangi dengan dua bahagian. Untuk part 1, anda akan mendapat LEIRVIK Bed sides, SKORVA Midbeam, manakala untuk part 2 pula anda akan mendapat LEIRVIK Head and Footboard, LUROY Slatted bed base.

9. Lampu Ruang Tamu

hadiah kahwin

Jadikan ruang santai pasangan ini dengan suasana yang lebih harmoni dan romantik dengan kehadiran lampu yang menyerlahkan lagi tarikannya.

Modern Nordic Hall Room Stand Floor Lamp ini sangat mudah dipasang. Ianya diperbuat daripada iron + fabrik sangat tahan lasak.

Menggunakan lampu jeni LED, ianya juga sangat sesuai diletakkan di bilik tidur, bilik bacaan dan sebagainya. Naikkan seri ruang tamu anda dengan lampu berharga RM69.99 yang moden dan minimalis ini.

10. Set Langsir

hadiah kahwin

Tentu tak selesa kan kalau rumah tiada langsir? Salah satu idea hadiah kahwin rare yang paling berguna tentunya langsir. Jadikan ia sebagai salah satu pilihan hadiah untuk pengantin. KKBS Curtain Camilia Langsir ini merupakan langsir.

11. Microwave Oven

microwave oven

Ini pula barang elektrik yang tentunya sangat berguna buat mempelai apabila pindah ke rumah sendiri. Senang nak baking, grill ataupun panaskan makanan. Anda boleh lihat pilihan oven terbaik di sini.

Hadiah kahwin untuk kawan yang pastinya buatkan mereka tersenyum gembira. Harganya agak mahal, tapi kalau kongsi dengan kawan lain takla berat sangat.

12. Dibea F20 Cordless vakum

cordless vacuum

Terasa mudah kerja mengemas rumah dengan vakum tanpa wayar Dibea. Sedutan yang power di segenap sudut. Tak perlu lagi susah payah pakai wayar.

Hadiah kahwin untuk kawan yang tentunya berguna bagi rumah mereka sentiasa bersih dan kemas.

13. Air fryer

air fryer

Ini pula hadiah kahwin yang bakal memudahkan kerja pengantin perempuan. Tak perlu lagi sibuk nak menggoreng. Dapat makan makanan goreng yang sihat tanpa minyak.

Makanan pun siap dengan pantas. Lihat senarai lengkap air fryer terbaik yang saya sediakan di sini.

14. Dapur Gas

dapur gas terbaik

Buat pasangan mempelai yang bakal rumah sendiri, dapur gas adalah peralatan dapur yang wajib ada. Tak tahu nak pilih dapur gas yang bagus? Lihat saja di sini.

15. Slow Juicer

hadiah kahwin

Ini pula slow juicer yang akan memudahkan pasangan pengantin untuk buat jus. Minuman sedap, kesihatan terjaga. Lihat senarai slow juicer terbaik yang sesuai untuk dijadikan hadiah kahwin untuk kawan anda.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan hadiah untuk pengantin baru yang boleh dipilih oleh anda. Semuanya mengikut bajet dan kemampuan kewangan diri anda sendiri. Tetapi nilai barang itu bukanlah menjadi ukuran, apa yang penting keikhlasan ketika anda memberinya.

Dengan pemberian hadiah yang mempunyai nilai sentimental dan boleh digunakan juga adalah salah satu cara anda untuk membantu pasangan tersebut memulakan sesebuah kehidupan baharu.

Selain itu, ianya juga dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh pasangan tersebut. Walau apa pun, untuk pilihan idea yang super hebat, jimat dan bermanfaat Shopee menyediakan ruangannya sebagai satu platform pilihan untuk anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.