Hadiah Untuk Ayah

15 Idea Hadiah Untuk Ayah Yang Istimewa & Bermakna

Pelengkap hidup dan kegembiraan yang berpanjangan dalam kehidupan seseorang anak sudah tentulah dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa. Terutamanya buat ayah, insan hebat yang tidak pernah kenal erti lelah untuk menyara kehidupan anak dan isteri. Bagi menghargai dan mengenang jasa seorang ayah, sudah tentulah salah satu caranya adalah dengan memberikan sesuatu sebagai hadiah untuk ayah yang anda sayangi.

Buat anda yang tak tahu apa nak hadiahkan ayah, di sini saya senaraikan contoh hadiah untuk ayah yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pemilihan. Semoga dengan pemberian hadiah tersebut ayah anda akan berasa gembira tatkala menerimanya.

Senarai Hadiah Untuk Ayah Yang Tersayang

Di bawah ini terdapat senarai pelbagai jenis hadiah yang sesuai yang pasti buatkan ayah suka. Jom tengok senarai hadiah.

1. Kasut

hadiah untuk ayah

Tatariaskan ayah anda supaya dirinya tampil kemas dan bergaya dengan Clarks Mens Becken Cap Synthetic Collection Comfortable Shoes ini.

Hadiah ini boleh diberikan kepada ayah untuk digayakannya ke pejabat atau keluar berjalan-jalan.

Malah, rekaan dan pilihan warna kasut ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk ayah yang sudah tua. Boleh dihadiahkan kepada ayah sempena hari jadi ataupun hari bapa.

2. Hadiah Untuk Ayah Alat Pertukangan

hadiah untuk ayah

Jika tidak lama lagi ayah anda akan pencen, sudah tentu beliau berasa bosan tidak melakukan apa-apa ketika di rumah. Sekiranya ayah anda minat kerja pertukangan, apa kata berikan BOSCH GSB 550 Freedom Kit Professional Impact Drill.

Mempunyai kuasa tebukan sehingga 41,800 RPM, drill ini mampu menebuk apa sahaja permukaan dan sangat kuat serta cekap.

Drill ini sememangnya sangat sesuai dijadikan hadiah untuk ayah pencen nanti kerana ianya dapat memudahkannya melakukan kerja-kerja pertukangan jika berasa bosan. Tentu ayah tersayang sangat menghargai keprihatinan anda.

3. Jam Tangan Pintar / Apple Watch SE GPS

hadiah untuk ayah

Sempena sambutan hari lahir ayah anda, hadiahkan ayah anda jam tangan Apple Watch SE GPS. Jika ayah anda masih bekerja, jam tangan ini merupakan hadiah birthday yang sangat sesuai.

Di samping melihat waktu, ia juga memantau kesihatan seperti berapa langkah setiap hari, nilai kalori, denyutan jantung dan pelbagai fungsi lagi. Kalau dapat hadiah ini sudah tentu ayah anda lebih peka tentang soal kesihatannya selepas ini.

Terdapat dalam 3 pilihan warna, smart watch ini lengkap dengan fungsi yang menarik seperti boleh mengetahui pesanan ringkas atau panggilan yang diterima daripada telefon bimbit.

Malah jam ini juga berupaya untuk memantau waktu tidur ayah anda supaya dirinya mendapat kualiti tidur yang mencukupi.

4. Hadiah Untuk Ayah Tali Pinggang

hadiah untuk ayah

Contoh hadiah untuk ayah yang seterusnya adalah tali pinggang iaitu PLAYBOY 40mm Automatic Belt. Ianya diperbuat daripada kulit, tali boleh laras, dan terdapat 12 pilihan rekaan yang menarik.

Tentunya ayah anda akan tampil lebih macho dan bergaya bila memakainya ketika bekerja. Walaupun hadiah ini tidak mahal, ia adalah hadiah untuk lelaki bernama ayah yang sesuai buat anda yang bajet kecil.

5. Bantal

hadiah untuk ayah

Pilihan hadiah ayah yang ke-lima pula apa kata kalau anda hadiahkan kepadanya AKEMI Essential Pillow ini.

Walaupun pemberian ini merupakan hadiah untuk ayah murah dan tidak mewah, tetapi ianya mampu untuk membantu tidurnya lebih lena dan berkualiti.

Bantal kapas jenis synthetic ini tidak akan bergumpal dan leper walaupun digunakan untuk tempoh yang lama, malah ianya juga sangat selesa digunakan.

6. Kerusi Urut

kerusi urut

Jenis hadiah untuk ayah yang ini pula agak mahal. Tapi, bila sudah meningkat usia, badan pun mula cepat letih dan lenguh. Jadi mesin urut badan SNOWFIT Oasis Full Body Multifunctional sesuai untuk diberikan kepada ayah sempena hadiah hari bapa ataupun hari jadi beliau.

Kerusi urut ini mampu menampung berat sehingga 150kg, mempunyai terapi haba dan ianya juga mempunyai 12 fungsi yang unik. Siap waranti selama 1 tahun. Sudah tentu ayah anda gembira menerima hadiah ini yang menunjukkan betapa sayangnya anda kepadanya.

7. Minyak Wangi

Apa kata sempena sambutan hari lahir ayah, hadiahkan VERSACE Pour Home Eau de Toilette.

Pasti dirinya akan bertambah keyakinan dengan kehadiran bauan yang wangi persis seperti sedang berada di pinggir lautan.

Perfume ini juga sesuai sebagai hadiah untuk ayah yang sudah tua. Walaupun tua, bapa anda tentu ingin tampil wangi dan segak.

8. Bouquet

Pilihan hadiah untuk ayah yang ke-lapan pula, anda boleh berikan Money Flower Bouquet ini sebagai hadiah ayah anda sempena hari kelahirannya.

Hadiah yang teristimewa ini pasti akan membuatkannya berasa sangat teruja.

Bouquet untuk ayah jenis duit kertas ini memang sudah menjadi trend terkini dan menjadi pilihan ramai. Sesuai sebagai surprise birthday untuk ayah.

9. Hadiah Untuk Ayah Helmet

Pilihan hadiah jenis helmet ini sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki yang gemar menaiki motosikal. Ianya juga boleh dijadikan hadiah untuk ayah anda sendiri atau pun sebagai hadiah untuk bapa mertua.

KHI K12.1 Helmet ini sangat berkualiti tinggi, selesa dan mendapat kelulusan SIRIM. Jaga keselamatan dirinya dengan memberikan KHI K12.1 Helmet ini sebagai hadiah untuk ayah anda.

10. Cawan

Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka, hadiahkan Mr Mrs Couple Coffee Mugs sebagai hadiah untuk anniversary ibu ayah anda nanti.

Dengan adanya set cawan ini, minum petang mereka bersama lebih tampak romantis dan menarik sekali.

Set cawan ini mempunyai dua pilihan warna dan diperbuat daripada material jenis seramik. Ia juga dilengkapi dengan penutup dan juga sudu. Sudah tentu ibu dan ayah anda gembira dengan pemberian ini.

11. Hadiah Untuk Ayah Cermin Mata

hadiah untuk ayah

Pilihan hadiah untuk ayah seterusnya adalah Ray-Ban Aviator Large Metal. Ayah anda pasti tampil lebih menarik dan segak ketika memakainya. Dengan gaya klasik berbingkai besi, cermin mata jenama Ray-Ban ini turut dilengkapi dengan polarized.

Malah dengan cermin mata ini juga, si ayah akan tampil lebih yakin dan selesa menggayakannya.

12. Hadiah Untuk Ayah Dompet

hadiah untuk ayah

Hadiahkan Coach Wallets Men Set Gift untuk datangkan lebih kegembiraan dan perasaan disayangi serta dihargai buat insan tersayang.

Dompet jenama Coach ini sangat sesuai digunakan secara harian dan mempunyai saiz 11.5cm x 9.5cm. Ianya diperbuat daripada kulit dengan rekaan yang kasual.

13. Kasut Sukan

Kasut dengan gaya kasual ini juga merupakan satu pilihan hadiah yang terbaik buat ayah anda.

Dengan rekaan yang ringkas, tumit yang rendah dan bercirikan kasual, ayah anda pasti berasa selesa ketika memakai New Balance Mens.

Kasut ini juga diperbuat daripada bahan jenis kulit.

14. Berus gigi elektrik

Hiasi pagi indah mereka dengan Oral-B PRO 2000 Electric Rechargeable Toothbrush ini. Pastinya pagi beliau lebih menarik, penuh keterujaan dan segar dengan adanya kemudahan peribadi seperti Oral-B PRO 2000 Electric Rechargeable Toothbrush ini.

Set hadiah ini sangat vintage, moden dan penuh glamor dengan mod pintar 8 keping penggantian kepala berus. Memang sangat berbaloi untuk dibeli.

15. Tali Leher

Sedondonkan baju kemeja dan kot dengan Tie Songket Srikandi ini untuk ke pejabat atau mana-mana majlis yang formal.

Gaya ayah anda pasti lebih terserlah dan memukau orang di sekeliling. Malah, kepercayaan terhadap dirinya juga akan semakin meningkat.

Akhir Kata

Walau apa pun pilihan hadiah yang anda pilih, sebagai ayah sudah tentu beliau akan berasa terharu dan gembira dengan pemberian tersebut.

Tidak kisahlah sama ada ianya murah atau mahal, apa yang penting hadiah tersebut datangnya dari anak yang sangat dikasihi dan disayangi oleh mereka. Ia tanda ingatan dan kasih sayang anda buat dirinya.

Jika hadiah bukan pilihan anda, apa kata belanja ayah makan. Ataupun bawa ayah pergi bercuti. Tentu ayah gembira.

Jadi tunggu apa lagi, belikan sesuatu yang bermakna buat ayah anda sekarang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.