Sabun Basuh Baju

14 Sabun Basuh Baju Wangi & Tahan Lama di Malaysia (2024)

Pemilihan sabun cuci baju yang betul dan sesuai amat mempengaruhi kualiti baju agar sentiasa bersih, kekal elok, tidak berbau hapak dan wangi sepanjang masa. Anda mesti nak cari sabun basuh baju wangi tahan lama.

Oleh itu melalui perkongsian artikel kali ini, saya akan senaraikan beberapa sabun pembersih pakaian yang wangi dan berkualiti tinggi. Pilihan sabun basuh baju ini melibatkan empat jenis sabun pencuci baju yang terdiri daripada jenis cecair, serbuk, gel dan juga buku sabun.

Senarai Sabun Basuh Baju Wangi Dan Tahan Lama

Di bawah ini adalah beberapa jenis pilihan sabun baju yang berkualiti tinggi.

1. Sabun Cuci Baju Breeze Detergent Liquid Indoor Drying Goodbye Musty (3.8kg)

sabun basuh baju

Kalau anda sedang mencari sabun basuh baju wangi tahan lama, apa kata jadikan Breeze Goodbye Musty sebagai pilihan utama anda.

Sabun basuh baju jenama Breeze Goodbye Musty mampu menghilangkan bau hapak, ianya mudah untuk dilarut dan harganya juga sangat berpatutan. Walaupun sidai baju dalam rumah, baju tidak berbau.

Sabun cuci baju ini mampu bertahan sehingga 1-2 bulan penggunaan dan antara sabun top paling wangi.

2. Sabun Pencuci Pakaian Breeze Powder Detergent Fragrance of Comcort (3.3kg)

Breeze Powder Detergent Fragrance of Comcort ini pula merupakan sabun serbuk paling wangi terbaik.

Tetapi kalau anda mencari sabun basuh baju untuk kulit sensitif yang wangi dan tahan lama, sabun Breeze ini bukanlah pilihan tepat kerana ia tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Sabun Breeze Comcort adalah sabun serbuk basuh baju yang wangi dicipta dari gabungan formulasi membersih Breeze dan haruman wangian comfort. Boleh dikatakan sabun top 5 paling wangi yang berbaloi untuk dibeli.

3. DAIA Detergent Powder Eau De Parfum (3.8kg)

Sabun Daia ini sangat sesuai buat anda yang ingin menjemur baju di dalam rumah dan ianya juga adalah sabun cuci baju yang wangi tahan lama. Kiranya memang tak rugi beli sabun basuh baju Daia, bau wanginya tahan lama.

Sabun serbuk Daia ini juga sesuai untuk cucian tangan dan mesin. Ia mengandungi campuran wangian yang telah direka khas oleh pengeluar minyak wangi terkemuka dengan haruman seperti musky dan warm woods, sweet roses dan fruity apple serta fresh, sparkling dan green fruity.

Selain termasuk dalam kategori sabun serbuk paling wangi dengan Triple Enzyme Technology ini mampu menghilangkan kotoran dengan cukup berkesan serta menghilangkan bau hapak pada pakaian anda.

4. Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent (2kg) – Floral Bloom Scent

sabun basuh baju

Pilihan seterusnya adalah sabun cuci baju jenama Bio-D Aleev – Floral Bloom Scent. Antara pencuci baju terbaik yang menggunakan baking soda. Baking soda merupakan agen pembersih tanpa campuran bahan kimia berbahaya.

Bagi anda yang tidak menyukai sabun serbuk tentunya sabun baju jenis cecair menjadi pilihan.

Selain itu, sabun jenama Bio-D Aleev ini juga merupakan sabun cuci baju untuk kulit sensitif. Malah ianya juga membantu mengurangkan mineral pada air dan ini menjadikannya dapat membersih pakaian secara lebih efektif.

5. Ameco Liquid Laundry Detergent (10kg)

Sabun basuh baju cecair Ameco ini juga antara sabun baju murah serta sangat berbaloi untuk dibeli. Mengandungi bahan natural, anti bakteria dan sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Namun, sabun jenama Ameco Liquid Laundry Detergent tidak dijual di kedai biasa dan hanya boleh didapati di kedai online Lazada dan Shopee.

Ia merupakan sabun cuci baju wangi tahan lama sehingga 72 jam dan mempunyai tujuh pilihan wangian iaitu Tulip, Sri Manjung, Dedaun, Summer, Lavender dan juga Deluxe.

6. Dynamo Power Gel Anti Bacterial (3.4kg)

Dynamo Power Gel Anti Bacterial (3.4kg) juga antara salah satu sabun baju paling wangi. Sabun basuh baju Dynamo merupakan pilihan utama para pengguna kerana kemampuannya untuk membersihkan pakaian tanpa meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.

Malah, keberkesanannya dalam membasmi bakteria dan sesuai untuk semua jenis kulit menjadikannya sabun basuh baju terbaik.

Sabun basuh baju Dynamo ini turut mampu untuk melindungi pakaian dari sebarang pembiakan kulat dan bau hapak serta tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna.

7. JV Formula Detergent (10kg)

Jenama sabun cuci baju JV Formula mempunyai berat 10kg. Cukup sesuai untuk kegunaan keluarga. Ia yang mempunyai tiga pilihan bau iaitu Super Dyedmore, Lavender Dream dan Mix Donny.

Sabun pencuci baju ini adalah keluaran bumiputera muslim, halal dan 100% tidak menggunakan lemak haiwan.

Ia turut mengandungi formula anti bakteria, mampu melembutkan fabrik dan sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak dan bayi.

8. Sabun Pencuci Pakaian Dozee (10kg)

Jika anda mencari sabun pencuci pakaian yang mesra alam yang tidak menggunakan lemak haiwan, jenama sabun basuh baju Do’zee ini merupakan sabun basuh baju terbaik.

Sabun basuh baju viral ini mampu membersih pakaian dengan bersih, berbau harum dan kualiti pakaian juga terjaga. Ia juga tiada agen pemutih yang mampu merosakkan warna pakaian anda dan dilengkapi dengan 4 dalam 1 iaitu pencuci, pelembut, pewangi dan juga anti bakteria.

Ini menjadikannya sabun Dozee paling wangi dan jimat. Tak perlu nak beli pelembut berasingan bila pakai sabun Dozee.

9. Dymo Liquid Laundry Detergent

Dymo, juga merupakan sabun pakaian yang wangi tahan lama. Walaupun harga sabun cuci baju ini sangat murah, ia turut mempunyai kandungan pelembut. Kiranya memang berbaloi untuk dibeli.

Merupakan sabun baju wangi dengan 3 dalam 1 iaitu pewangi + pelembut + anti bakteria. Ia menjadikan sabun Dymo pencuci baju terbaik yang disukai ramai.

Terdapat lima wangian sebagai pilihan iaitu Blossom blue, Fresh jade, MS pink, Lava purple, Mix White dan Tropical Yellow.

10. Sabun Basuh Baju Top Powder Super Hygienic (2.3kg)

Jika anda tidak menggemari sabun kain jenis cecair, anda boleh tukarkan pilihan kepada sabun Top.

Sabun basuh baju Top boleh didapati dalam 5 pilihan bau. Ada sabun Top pink, biru, merah, kuning, dan silky miracle. Kesemua sabun Top baru ini mempunyai formula mikro clean yang mana mampu menghilangkan kotoran degil serta bau peluh yang kuat.

Sabun serbuk top dapat memberikan sehingga 30 hari kesegaran yang berpanjangan supaya anda boleh menghidu dan berasa sihat sepanjang hari.

11. Laundry Gel Beads

Sabun cuci baju paling wangi seterusnya adalah Laundry Gel Beads Magic.

Ia mempunyai enzim aktif yang dirumus khas bagi menghilang dan membersihkan segala kotoran. Sabun ini berbentuk manik. Jadi tak perlu risau terkena lelehan sabun melainkan sabun pecah.

Hanya masukkan beberapa biji dalam mesin basuh mengikut berapa banyak baju.

12. Sabun Basuh Baju DOWNY 2 in 1 Scented Laundry Detergent Gel Pod

sabun basuh baju

Sabun basuh baju Downy ini merupakan sabun baju yang wangi dan ianya juga adalah pencuci baju jenis gel.

Ia mempunyai tiga wangian iaitu Sakura, Lavender dan Freesia. sabun baju paling wangi yang mampu membasuk 4 helai baju dengan hanya 1 gel ini turut tersenarai dalam sabun baju yang beraroma segar dan sabun tp 5 paling wangi.

13. Kuat Harimau 150g Laundry Bar Soap

sabun basuh baju

Bagi anda yang lebih menyukai sabun buku untuk basuh baju, boleh pilih Kuat Harimau. Sabun basuh ini lebih buih, tahan lama dan juga lebih bersih dan berbau harum.

Harga pun sangat murah dan mempunyai 3 pilihan bau.

14. Sabun Basuh Baju Jazmin 7 (10kg)

sabun basuh baju

Sabun cuci baju yang pekat jenama Jazmin 7 ini mempunyai pelbagai bauan yang harum mewangi. Ia bukan saja mengandungi sabun untuk mencuci, tapi juga pelembut, pewangi dan anti bakteria.

Ia juga tidak mengandungi lemak haiwan dan diperbuat dari bahan organik.

Penutup

Kini, anda dah tahu yang mana sabun yang paling wangi. Tiba masanya untuk buat pilihan mengikut bajet dan jenis sabun kegemaran anda. Semoga selepas ini pakaian yang dibasuh berbau wangi tahan lama.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.