Style rambut lelaki

9 Style Rambut Lelaki Smart & Pendek 2024

Pada tahun ini, terdapat pelbagai gaya rambut lelaki yang boleh digayakan anda. Antara potongan rambut yang menjadi pilihan utama adalah style rambut lelaki pendek.

Style rambut lelaki terkini dengan stail rambut pendek mampu menonjolkan sikap gentleman para lelaki, kelihatan lebih maskulin, kemas, segak dan kelihatan lebih bersih berbanding potongan rambut gaya lain. Disebabkan itu ianya menjadi pilihan utama berbanding style rambut lelaki panjang.

Oleh itu, melalui artikel ini saya senaraikan beberapa jenis style rambut lelaki yang sangat menarik dan kelihatan bersih serta kemas.

Tips Penjagaan Rambut Lelaki

Sebelum anda memilih gaya rambut yang sesuai, anda perlu pastikan rambut anda dalam keadaan sihat. Jadi senang untuk anda gayakan rambut nanti. Ada beberapa cara jaga rambut untuk memastikan rambut dalam keadaan yang baik dan sihat.

1. Shampoo yang sesuai

Penggunaan shampoo yang sesuai dengan kulit kepala. Gunakan syampu yang mempunyai pH yang seimbang.

2. Kurangkan kekerapan cuci rambut

Usah terlalu kerap cuci rambut dengan syampu. Cukup sekadar 3 kali seminggu. Ini kerana shampoo mengandungi bahan kimia.

3. Usah ulang guna shampoo

Elakkan cuci rambut berkali-kali dengan shampoo. Ada yang suka mengenakan shampoo lebih dari sekali semasa mandi dan ini tidak elok untuk kesihatan rambut.

4. Elak klorin

Rambut boleh jadi kering dan keras apabila kena klorin. Bagi yang selalu berenang, pakai penutup kepala supaya rambut tidak terdedah kepada klorin.

5. Kering rambut dengan betul

Selepas mandi elakkan lap rambut terlalu kuat dengan tuala. Sebaliknya, lap perlahan-lahan. Ini kerana rambut yang basah lebih mudah rosak.

6. Kuning telur

Sesekali guna kuning telur untuk perapi rambut. Ia mengandungi banyak protein serta mineral yang baik untuk rambut. Sapu kuning telur pada rambut dan biarkan ia meresap ke liang folikel rambut. Tunggu beberapa minit dan kemudian cuci rambut.

7. Kurang suhu alat pengering rambut

Elakkan guna suhu yang terlalu panas semasa guna pengering rambut. Lebih elok, tak usah pakai terus pengering rambut. Cukup hanya lap dengan tuala.

8. Elak guna pewarna rambut

Sesetengah lelaki suka mewarna rambut supaya kelihatan lebih stylo. Rambut yang telah diwarna berulang kali berisiko tinggi untuk rosak. Ini disebabkan ia terdedah kepada bahan kimia yang ada dalam pewarna rambut. Oleh itu, elakkan guna pewarna rambut.

9. Diet seimbang

Pemakanan yang sihat turut mampu mempengaruhi kesihatan kulit kepala dan rambut. Amalan gaya hidup sihat boleh membuatkan rambut nampak segar dan bersinar sentiasa.

10. Selalu jaga rambut

Bagi memastikan rambut anda sihat dan tumbuh dengan sempurna, anda perlu mengikuti cara penjagaan rambut yang betul. Sikat rambut dengan kemas. Potong rambut dan jangan sampai bergelar lelaki rambut panjang.

Jenis Potongan atau Style Rambut Lelaki Yang Menjadi Pilihan Ramai

Berikut merupakan beberapa jenis potongan rambut lelaki.

1. Fesyen Rambut Pendek Lelaki Crew Cut

gaya rambut lelaki

Stile rambut pendek crew cut ini merupakan style rambut lelaki terkini yang sangat kemas dan kelihatan segak. Fesyen rambut lelaki ini merupakan antara gaya potongan rambut lelaki yang semakin popular kini.

Jenis rambut lelaki seperti ini selalunya digayakan oleh mereka yang berumur lingkungan 20an ke atas. Rambut pendek dengan potongan style crew cut lebih mudah untuk diuruskan.

Anda tak perlukan banyak masa setiap pagi untuk memastikan rambut dalam keadaan kemas. Fashion rambut yang sesuai untuk lelaki yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Selain itu, potongan nipis di bahagian tepi sudah tentu membuatkan anda rasa lebih selesa.

2. Rambut Pendek Style Buzz cut

style rambut lelaki

Style rambut lelaki buzz cuit sangat sinonim bagi lelaki yang bekerjaya badan beruniform. Gaya rambut lelaki pendek dan kemas ini lebih menonjalkan sikap disiplin dan pembersih yang dimiliki oleh mereka.

Malah style rambut pendek lelaki Melayu ini juga turut digayakan oleh ramai lelaki kerana jenis potongan rambut lelaki jenis ini sangat sesuai untuk semua jenis bentuk muka, tidak mengira peringkat umur.

Antara fesyen rambut lelaki yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak sekolah. Potongan nipis di bahagian tepi dan pendek di depan dan tengah. Tak perlu kisah soal sikat rambut.

3. Style Rambut Pendek Angular fringe

cara penjagaan rambut

Walaupun style rambut lelaki jenis Angular fringe ni seakan style rambut lelaki panjang, tetapi sebenarnya ianya adalah style rambut lelaki pendek.

Rambut pendek style Angular fringe kelihatan seperti panjang mungkin disebabkan cara potong rambut lelaki jenis ini yang membiarkan rambut di bahagian atas panjang sedikit.

Fashion rambut lelaki dengan potongan jenis angular fringe ini menunjukkan karisma tersendiri si penggayanya. Malah, stail rambut lelaki ini membuatkan lelaki kelihatan agak macho dan gentleman.

4. Side Part Fade

style rambut lelaki
Sumber gambar: Instagram

Gaya rambut pendek lelaki yang seterusnya pula adalah side part fade. Fesyen rambut lelaki dengan gaya rambut fade ini sering kali digayakan oleh seseorang yang profesional.

Bagi anda yang suka tampil kemas dan segak bergaya, style rambut lelaki jenis side part fade ini adalah pilihan yang paling sesuai. Namun, anda perlu pastikan rambut panjang di bahagian atas sentiasa disikat rapi dan lebih baik jika gunakan minyak rambut atau pomade.

5. Dapper Side Part

cara penjagaan rambut
Sumber gambar: Glamlelaki

Nama style rambut lelaki jenis ini pula adalah dapper side part. Style rambut lelaki ini nampak lebih smart.

Dapper side part ini juga merupakan gaya rambut yang selalu jadi pilihan oleh pelajar sekolah. Potongan rambut yang tidak terlalu pendek, membuatkan anda kelihatan kemas dan profesional.

Namun, potongan rambut jenis ini memerlukan penjagaan rambut yang sangat rapi dan perlu kerap untuk memotongnya setiap bulan. Walaupun begitu, gaya rambut lelaki paling smart ini tetap style rambut lelaki Malaysia yang terbaik.

6. High Fade Undercut

style rambut lelaki

Gaya rambut lelaki pendek jenis rambut high fade ini pula antara style rambut lelaki gaya rambut lelaki terkini yang sangat segak bergaya.

Bahagian tepi dan belakang nampak kulit dan rambut atas didandan rapi hingga mampu menyerlahkan aura sesiapa sahaja yang menggayakan fesyen rambut pendek ini.

Fesyen rambut ini memerlukan penjagaan yang rapi di bahagian depan. Penggunaan pomade atau gel rambut sangat disarankan supaya rambut sentiasa berada dalam keadaan rapi.

7. Low Taper Fade

cara jaga rambut

Potongan rambut lelaki yang menampakkan sedikit kulit di bahagian tepi dan belakang. Bahagian tengah dan depan masih lagi panjang.

Gaya rambut yang kelihatan kurang terurus. Kurang sesuai untuk golongan professional.

8. Ivy League

gaya rambut lelaki panjang
Sumber gambar: menshaircut

Gaya rambut pendek lelaki seperti Ivy League merupakan stail rambut lelaki pendek yang kekal popular sejak dulu lagi. Antara gaya rambut yang klasik.

Penampilan juga nampak lebih kemas, kacak dan bergaya. Bukan saja sesuai digayakan oleh ahli perniagaan, tapi juga golongan pelajar dan professional.

Bagi menggayakan rambut ini, anda perlu sikat rapi di bahagian tengah dan tepi. Pakai pomade atau spray rambut supaya rambut kekal rapi sepanjang hari.

9. Potong Rambut Lelaki Slicked Back Undercut

rambut lelaki panjang

Jenis potongan rambut lelaki pendek di bahagian tepi dan rambut tengah disikat ke belakang. Nampak lebih macho, kemas dan bergaya.

Namun anda perlu pastikan rambut tengah sentiasa dijaga rapi. Pakai pomade atau minyak rambut agar rambut sentiasa kemas.

Akhir Kata

Pelbagai style rambut lelaki sama ada rambut panjang, stail rambut pendek lelaki, atau pun botak, ianya merupakan pilihan setiap individu untuk menampilkan ciri-ciri kelakian mereka.

Namun begitu, pilihan rambut lelaki pendek tetap menjadi pilihan dan sentiasa diinovasikan sepanjang zaman.

Malah, gaya rambut pendek sebenarnya lebih menampakkan kemachoan para lelaki dan style rambut pendek lelaki yang berdisiplin ini juga lebih disukai oleh para wanita.

Oleh itu, pilihlah gaya rambut pendek yang akan membuatkan anda lebih maskulin, kacak serta smart.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.