Mesin Kopi Terbaik

13 Mesin Kopi Terbaik di Malaysia (2022)

Buat penggemar dan pencinta kopi, kalau sehari tak kena secangkir kopi pastinya hari tersebut penuh dengan kemurungan. Kopi ini ibarat pelengkap hidup yang agak sukar dilepaskan rasanya. Jadi, mesin kopi terbaik merupakan perkakas yang perlu ada buat peminat kopi.

Jika suami anda meminati kopi, boleh dijadikan hadiah untuk suami sempena hari lahirnya. Atau boleh diberikan sebagai hadiah kahwin buat pengantin yang baru bernikah.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis mesin pembancuh kopi di pasaran seperti pembancuh kopi hidangan tunggal, pembuat kopi titisan, pembuat kopi French press dan banyak lagi. Malah, ianya juga boleh didapati secara automatik, separa automatik atau mesin kopi manual.

Kalau tidak diteliti dan memahami deskripsi produk dengan betul, anda pasti tersilap membelinya. Jadi, untuk mengelakkan anda membuat pilihan yang salah dalam artikel ini saya kongsikan beberapa jenis mesin kopi yang boleh dijadikan pilihan dan ianya sangat berbaloi untuk dibeli.

Jenis Mesin Kopi Terbaik Dan Sangat Berbaloi Dimiliki

Berikut adalah beberapa mesin kopi terbaik yang boleh dmasukkan ke dalam senarai pilihan anda, antaranya adalah:

1. Giselle 19 Bar KEA0332FS

mesin kopi Giselle

Giselle 19 Bar KEA0332FS merupakan mesin kopi espresso separa automatik. Kapasiti mesin ini mampu menyediakan kopi sehingga 2 cawan dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, ianya mempunyai sistem kawalan susu secara pintar dengan waranti selama 2 tahun.

Mesin kopi Giselle ini adalah pembuat kopi boleh atur dengan panel tetapan boleh laras dan disertakan dengan pengukus. Jadikannya mesin kopi terbaik anda.

2. Lebensstil Kollektion 15 Bars Pressure Espresso Machine LKCM-112X

mesin kopi untuk rumah

Kalau anda sedang mencari mesin kopi terbaik, Lebensstil Kollektion 15 Bars Pressure Espresso Machine LKCM-112X merupakan salah satu darinya. Mesin kopi untuk rumah ini merupakan mesin kopi murah dan sangat berbaloi dibeli.

Mempunyai waranti selama 2 tahun, mesin kopi terbaik untuk rumah ini juga merupakan mesin espresso separa automatik. Ianya mempunyai kapasiti tangki air sebanyak 1.25 liter dengan berat 3.9kg.

Lebensstil Kollektion 15 Bars Pressure Espresso Machine LKCM-112X adalah mesin yang mesra pengguna kali pertama bagi memastikan kopi yang anda bancuh berada dalam keadaan tip top dan lazat.

3. Konka 3 in 1 Espresso 20 Bar

mesin kopi starbucks

Konka 3 in 1 Espresso 20 Bar ini merupakan mesin pembancuh kopi yang mampu menyediakan kopi sehingga 4 cawan dalam masa yang sama.

Mesin kopi terbaik ini juga mempunyai sistem kawalan susu dan berfungsi secara separa automatik.

Umpama mesin kopi starbucks dan juga sesuai dijadikan mesin kopi nespresso, anda pasti teruja memilikinya. Sesuai untuk kopi jenis serbuk, kapsul dan juga pembuih susu.

4. MBH Barista Pro 20 Bar Coffee Machine

MBH Barista Pro 20 Bar Coffee Machine juga adalah kopi espresso terbaik yang wajib anda miliki.

Mempunyai waranti selama 2 tahun dan mampu menyediakan hidangan sehingga 4 cawan sekaligus, mesin coffee juga mampu membuat kopi sepantas 30 saat sahaja.

Mesin kopi terbaik ini mampu menyediakan espresso, cappucino, latte dan kopi susu yang sangat lazat berkrim.

5. Dessini Italy 20 Bar

Nikmati hari anda dengan secawan kopi yang enak dan lazat melalui mesin bancuh kopi jenama Dessini Italy 20 Bar ini.

Mesin kopi terbaik ini boleh digunakan untuk membuat espresso, latte, cappucino, mocha dan banyak lagi kopi yang mengikut cita rasa anda.

Selain, mesin kopi terbaik ini juga mempunyai panel sentuh pintar dan boleh diatur cara dengan fungsi susu berbuih untuk membuat cappucino, mesin kopi terbaik ini juga mampu mengekstrak rasa biji kopi tambahan dengan pam tekanan tinggi iaitu dengan 20 bar.

Tangki airnya juga berkapasiti besar iaitu 1.4 liter dan boleh membuat kopi dengan kuantiti yang banyak dalam satu masa.

6. Hibrew 4 in 1 & 5 in 1 Capsule Coffee Machines 19 Bar

mesin kopi terbaik

Hibrew 4 in 1 & 5 in 1 Capsule Coffee Machines 19 Bar ini didatangkan dengan 5 jenis penyesuai kopi yang boleh membancuh pelbagai jenis kopi antaranya adalah kopi kapsul nespresso, kopi kapsul Dolce Gusto, kopi tanah dan lain-lain.

Dengan tekanan pam sebanyak 19 bar, kopi mesin ini setanding dengan jenama professional. Ianya mudah digunakan, cepat dan boleh digunakan secara berterusan.

Saiznya yang padat dengan reka bentuk yang moden sangat sesuai dijadikan mesin kopi di rumah mahu pun di pejabat.

7. Mesin Kopi Nespresso F121MEWHNE Lattissima

mesin espresso

Pilihan mesin kopi terbaik yang seterusnya adalah mesin kopi Nespresso F121MEWHNE Lattissima. Hanya dengan sistem susu sekali sentuh anda akan mendapat minuman kopi dan susu yang sangat sempurna.

Mesin kopi Nespresso F121MEWHNE Lattissima ini dilengkapi dengan sistem susu segar yang baharu dan telah diinovatif dengan membawa kesederhanaan ketika menyediakan kopi kegemaran anda.

Malah, mesin bancuh air automatik ini juga menampilkan reka bentuk yang sangat premium dengan material yang berkualiti tinggi.

Anda boleh menikmati pelbagai jenis kopi dengan mesin kopi Nespresso F121MEWHNE Lattissima ini.

Mesin kopi Nespresso F121MEWHNE Lattissima adalah pilihan mesin kopi terbaik dan berbaloi untuk dibeli.

8. Mesin Kopi Nescafe Dolce Gusto Piccolo XS

coffee machine

Mesin kopi nescafe ini pula mempunyai waranti selama dua tahun dan mempunyai 2 warna pilihan.

Mesin kopi Nescafe Dolce Gusto Piccolo XS ini mempunyai reka bentuk yang kecil dengan gaya yang sangat moden sangat sesuai diletakkan di ruangan dapur anda.

Malah ianya juga mempunyai pilihan suhu boleh laras sama ada minuman suam atau pun panas.

9. Samu Giken Espresso CM20RG

mesin kopi terbaik

Dengan harganya yang murah, Samu Giken Espresso CM20RG antara mesin kopi malaysia yang menjadi pilihan ramai penggemar kopi.

Mempunyai waranti selama 1 tahun, Samu Giken Espresso CM20RG ini mempunyai sistem kawalan susu dan mampu menghidangkan sehingga 4 cawan kopi dalam satu masa.

Ianya juga mempunyai muncung wap boleh laras, sistem keluli tahan karat dan boleh menghasilkan buih susu yang halus.

Jadikan Samu Giken Espresso CM20RG sebagai salah satu pilihan mesin kopi terbaik anda.

10. PerySmith 20 Bar RT200

mesin kopi terbaik

PerySmith 20 Bar RT200 ini mempunyai rekaan retro yang sangat unik dan tampak klasik bercirikan moden.

Mesin kopi terbaik ini mempunya pam elektromagnet 20 bar yang berkuasa tinggi direka bentuk dengan tekanan 20 bar dengan cekap bagi mengekstrak minyak kopi halus untuk aroma premium yang menghasilkan krim yang pekat dan tidak dapat ditandingi.

11. Illy X7.1 iperEspresso Mesin Kopi Terbaik

Mempunyai rekaan berbentuk bulat yang sangat menarik perhatian, Illy X7.1 iperEspresso Machine ini telah diilhamkan oleh reka bentuk ikonik Itali pada tahun 1960-an.

Illy X7.1 iperEspresso Machine ini menampilkan teknologi canggih dengan menghasilkan kopi yang enak dan cantik.

Ianya juga turut membuat espresso berkualiti tinggi seolah anda sedang menikmatinya di kafe-kafe terkenal umpama mesin kopi barista.

Selain itu, mesin kopi espresso ini juga menggunakan proses secara dua peringkat yang dipatenkan untuk menghasilkan espresso yang sangat beraromatik dan penuh berkrim serta tahan lama.

12. Mesin Kopi Terbaik Morphy Richards 20 Bars

mesin kopi terbaik

Morphy Richards 20 Bars ini adalah mesin pembuat espresso 3 dalam 1 iaitu menghasilkan espresso, latte dan juga cappucino bersama-sama dengan buih susu.

Ianya juga mempunyai 20 pam tekanan, dengan tapak anti-licin dan juga panel kawalan dengan rekaan yang cukup elegan.

Produk ini sangat berkualiti tinggi berpadanan dengan harganya. Morphy Richards 20 Bars mempunyai waranti selama 2 tahun.

13. Philips Series 2000 Fully Automatic Espresso Coffee Machines EP2220

mesin kopi automatik

Mesin bancuh air automatik jenama Philips Series 2000 Fully Automatic Espresso Coffee Machines EP2220 sangat setanding dengan harga mesin kopi starbucks. Didatangi dengan fungsi bagi memudahkan anda untuk membuat pemilihan kopi dengan paparan sentuhan intuitif, dengan fungsi untuk pelarasan kekuatan dan juga kuantiti aroma kopi yang anda inginkan.

Selain itu, anda juga boleh melaras saiz kopi dari halus kepada kasar dengan adanya pengisar 12 cara.

Mampu menyediakan 20,000 cawan kopi yang terbaik dengan pengisar seramik yang tahan lama. Ianya juga turut memastikan kopi anda dalam kesegaran yang lebih lama dan kekal beraroma.

Tips Pilih Mesin Kopi

Terdapat beberapa tips pilih mesin kopi yang perlu anda praktikkan sebelum membelinya. Antaranya adalah, anda perlu lihat dari segi saiz, rasa, dan ciri-ciri yang terdapat pada mesin tersebut.

Sebagai contoh, jika anda menyukai cappucino atau espresso, pilih mesin untuk cappucino dan espresso. Begitu juga sebaliknya. Jangan tersilap dan tergopoh-gapah membeli tanpa merujuk fungsi dan ciri-cirinya terlebih dahulu.

Penutup

Semoga dengan perkongsian ini, ianya dapat membantu anda memilih mesin kopi terbaik untuk rumah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.