Shampoo Untuk Rambut Gugur

15 Shampoo Untuk Rambut Gugur Terbaik (2022)

Pemilihan shampoo untuk rambut gugur memerlukan ketelitian yang khusus sama ada ia sesuai atau tidak dengan kondisi kulit kepala serta bahan yang terkandung di dalamnya. Selain itu, apakah ia mampu mengatasi masalah yang anda hadapi.

Untuk memudahkan anda memilih produk shampo untuk rambut gugur, di bawah ini saya kongsikan pilihan terbaik. Selamat mencuba!

Senarai Shampoo Untuk Rambut Gugur

Berikut merupakan shampoo rambut gugur iaitu:-

1. Alpecin Double Effect Caffeine Shampoo

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Shampoo untuk rambut gugur lelaki, Alpecin Double Effect Caffeine ini berfungsi dengan cukup baik untuk menyingkirkan segala sel-sel bersisik atau kerupin, keratin dan menghilangkan kelemumur di kulit kepala.

Kandungan kafein di dalamnya juga merangsang kulit kepala untuk pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Sebaik sahaja mengenai kulit kepala, bahan aktif tersebut akan membentuk kawalan dan melindungi akar rambut agar ia tidak rosak, cepat gugur atau bersifat pramatang.

Bagi anda yang menghadapi masalah rambut gugur dan kelemumur, dapatkan Alpecin Double Effect Caffeine Shampoo untuk menyelesaikan masalah rambut anda.

2. Jajja Chinta Set Shampoo

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Jajja Chinta Set Shampoo ini sangat bagus untuk anda yang mempunyai masalah rambut terutamanya keguguran rambut. Anda akan merasai kesan yang sangat menakjubkan buat kali pertama selepas menggunakan shampoo untuk rambut gugur dan kelemumur Jajja Chinta, iaitu rambut anda akan menjadi semakin lebat.

Segala masalah rambut kering dan kusut akan bertukar menjadi lembab serta mudah untuk dirapikan, malah lebih licin dan semakin cepat panjang. Masalah kelemumur dan serpihan kulit kepala juga akan mula hilang dan menjadikan rambut anda kembali bermaya, bersinar dan sihat serta menjadikan akar rambut lebih kuat walaupun baru satu kali penggunaan.

3. Shampoo Untuk Rambut Gugur Biotin PLUS ELIXIL

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Shampoo untuk rambut gugur jenama Biotin PLUS ELIXIL ini pula diperbuat daripada bahan yang berasaskan tumbuhan. Ia diperkaya dengan ELIXIL by DermaMed+. Ini adalah sistem inovasi pertumbuhan semula rambut yang paling maju di mana ia menyokong pertumbuhan rambut agar ia menjadi lebih kuat, sihat dan kekal terurus.

Syampu untuk rambut gugur ini juga turut membersihkan rambut dan membantu memerangi DHT dengan bahan-bahan semulajadi di mana ia terbukti berkesan dalam mengaktifkan semula folikel rambut.

Selain itu, ia juga membersihkan kulit kepala dengan lembut tanpa menanggalkan minyak pelindung semulajadi. Antara kebaikan yang lain pula adalah rambut anda akan menjadi lebat, tidak merengsakan kulit kepala mengoptimumkan pH kulit kepala dengan ekstrak semulajadi berasaskan tumbuhan.

4. Heads Professional Paris Shampoo Set Hairloss

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Shampo untuk rambut gugur ini boleh membantu membersihkan rambut daripada segala kotoran dan habuk yang terdapat di permukaan kulit kepala anda dengan cara yang sangat efektif. Ia juga turut melindungi kulit kepala anda daripada mengalami sebarang kerosakan serta membuang segala meinyak yang telah melekat pada rambut dan juga kulit kepala.

Shampoo Heads Professional Paris ini turut dirumus khas untuk masalah rambut gugur dan halus. Ia berfungsi melembapkan dan mengelak rambut bercabang juga rosak dan mengekalkan kebersihan kulit kepala serta mengawal kelemumur dan menguatkan rambut anda dengan lebih baik lagi.

5. Syampu Untuk Rambut Gugur Bioaqua Olive

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Masalah rambut gugur anda juga dapat dirawat dengan adanya shampo Bioaqua Olive ini. Ia berfungsi untuk membersihkan, merawat, dan menjana semula rambut anda.

Shampoo rambut gugur Bioaqua Olive adalah syampu harian dengan pembaikan dan manfaat antioksidan untuk rambut mewah, halus, dan berkilat. Ia mempunyai khasiat buah zaitun di mana mampu menjana semula akar, memperbaiki hujung dan memperbesar warna.

Malah, dengan hanya dua minit penggunaan rambut anda akan terus menjadi lembut, ringan dan terlindung. Selain itu, shampoo ini juga berfungsi untuk menyegarkan kulit kepala, membersihkan kulit kepala dari kelemumur, mencegah rambut gugur, menjadikan rambut lembut dan halus serta mudah di urus dan mengurangkan kehadiran minyak pada kulit kepala anda.

6. Shampo Untuk Rambut Gugur Kemiri & Biotin

syampu Untuk Rambut Gugur

Syampoo untuk rambut gugur Kemeri & Biotin ini juga berupaya untuk merawat masalah rambut gugur anda. Ia mempunyai campuran sinergik yang dirumus khas untuk mengawal masalah keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut agar menjadi lebih lebat serta lebih kuat.

Kandungan Minyak Kemiri (Minyak Kacang Lilin) ​​yang terdapat dalam shampoo ini turut bertindak dalam melindungi dan membaiki kerosakan pada rambut dan kulit kepala kerana faedah regeneratifnya.

Ia juga mengandungi bahan herba aktif di mana berupaya untuk menyumbang dalam meningkatkan bekalan darah ke rambut dan membantu dalam pertumbuhan semula aktif rambut baru. Ramuan yang terdapat dalam shampoo ini adalah kualiti premium dengan gred tinggi yang dipilih khas untuk mencegah keguguran rambut. Paling penting, shampoo ini bebas daripada Paraben, pewangi sintetik, bahan kimia, pewarna, Emolion dan Humactan.

7. GINGER OLIVE TEATREE HairFall Shampo

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Shampoo untuk rambut gugur yang seterusnya pula adala Ginger Olive Teatree HairFall Shampoo ini. Shampoo ini tidak mempunyai kandungan Paraben serta bahan kimia yang berbahaya lain.

Ia sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah rambut jarang, rambut gugur akibat stress, Androgenic Alopeica, masalah kepala botak atau Alopecia areata. Antara kelebihan shampoo ini adalah ia merawat masalah rambut gugur, tidak menjadikan rambut anda nipis serta rambut menjadi lebih kuat dan tidak mudah patah.

Istimewanya produk ini, ia turut menjadikan rambut anda tumbuh dengan pantas sebanyak 2 hingga 3 kali ganda. Ia turut bertindak melebatkan rambut, menjadikan kulit kepala lebih sihat serta membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan.

Shampoo ini juga berupaya untuk melancarkan peredaran darah serta menjadikan keratin rambut menjadi lebih kuat.

8. Shampoo Untuk Rambut Gugur FAITH FLEUR

faith fleur

Shampoo untuk rambut gugur yang seterusnya pula adalah Faith Fleur. Ia berupaya untuk mengurangkan keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut, menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari kekeringan kulit kepala.

Syampoo rambut gugur ini juga berupaya untuk menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut akan menjadi subur dan hitam. Selain iatu, ia turut membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya dan juga menyuburkan kulit kepala lalu mengelakkan rambut daripada gugur.

Shampoo Faith Fleur turut mempunyai bahan-bahan aktif di mana ia dapat menguatkan akar rambut dan mMembantu memulihkan serta mengekalkan kelembapan rambut.

Ia juga dapat meningkatkan kualiti rambut dan kulit kepala, membaiki kerosakan rambut, membantu kelembutan rambut kepada frizzy, mencegah kelemumur, mengekalkan kelembutan dan kilauan rambut.

Di samping itu, shampoo Faith Fleur ini dapat merangsang pertumbuhan rambut serta melindungi rambut daripada cahaya matahari dan kesan haba dandanan rambut. Ia juga dapat mengelakkan rambut daripada bercabang.

9. SAFI Shayla Shampoo Hair Fall Control

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Syampu kawalan rambut gugur SAFI Shayla diformulasikan dengan teknologi Biotik kulit kepala hijab terobosan, 7 Kompleks Habbatus Sauda, ​​Ginseng dan Pro-Vitamin B5.

Shampoo Safi Shayla untuk rambut gugur ini mampu untuk menguatkan struktur rambut, mengurangkan keguguran rambut sehingga 83% akibat rambut pecah dan memulihkan rambut rapuh.

Tambahan pula, bau wangian shampoo boleh bertahan sehingga 72 jam lamanya. Rambut juga akan menjadi lebih kuat, mudah disikat dan segar sepanjang hari.

10. Shampo Untuk Rambut Gugur Hellse Ginger

Syampu dan Perapi Rambut Halia HELLSE mempunyai kandungan bahan seperti halia liar segar, faktor ekstrak halia, air ternyah-ion, minyak kelapa, keratin terhidrolisis, protein gandum terhidrolisis.

Shampo untuk rambut gugur ini berfungsi untuk membersihkan rambut dengan berkesan, membaiki bahagian kulit kepala yang sensitif, berminyak, gatal, menyuburkan rambut serta kulit kepala.

Ia juga dapat membaiki rambut rosak yang kering, kerinting, statik, meningkatkan keanjalan rambut dan akar rambut, menjadikan rambut licin,cantik dan bersinar.

Shampoo Hellse ini turut membantu mengawal minyak, menguatkan rambut dan akar supaya rambut menjadi kuat dan lasak. Selain itu, dengan memakai shampoo ini rambut akan menjadi lebih gelap dan tebal.

11. LAVOO Shampoo Protein

Shampoo Untuk Rambut Gugur

Shampoo Protein LAVOO yang dilengkapi dengan Vitamin E dalam minyak argan, ekstrak bunga nelumbo nucifera serta ekstrak bambusa vulgaris. Ia berupaya untuk menyuburkan rambut secara lembut, membantu memulihkan keanjalan dan kekuatan rambut yang rosak.

Shampo untuk rambut gugur ini selamat untuk warna dan rambut yang dirawat secara kimia. Ia juga membantu dalam menyuburkan kulit kepala untuk memberikan rambut bentuk asas yang sempurna yang dan sihat.

Kandungan protein ini juga mengandungi pelembap dari akar ke hujung, membantu mengurangkan kerosakan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan ideal rambut anda.

12. Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Shampoo

Shampoo rambut gugur yang seterusnya pula adalah Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Shampoo ini. Ia mengandungi Minyak Argan Organik dan Minyak Biji Mangifera Indica (Mangao) untuk mengawal keguguran rambut, melindungi kulit kepala dan membaiki rambut yang rosak.

Selain itu, syampu ini juga mengandungi ekstrak daun Wasabi untuk melindungi, melembapkan kulit kepala dan anti-bau. Syampu ini juga mampu untuk mengurangkan keguguran rambut, mengurangkan kemerahan dan kegatalan kulit kepala serta mengurangkan sebum.

13. Shampoo Untuk Rambut Gugur Spaklean

Shampoo untuk rambut gugur seterusnya adalah shampoo Spaklean. Ia adalah syampu hypoallergenic yang boleh melegakan simptom keguguran rambut anda. Dalamnya terkandung kolagen terhidrolisis, bahan mentah organik dan bahan semula jadi yang dipatenkan untuk penjagaan kulit kepala.

Ia berfungsi sebagai agen pembersihan dalam hipoalergenik dengan gelembung yang banyak. Syampu ini sedikit berasid dengan pH 5.5~6.5 untuk membantu dalam keseimbangan minyak dan air yang optimum pada kulit kepala dan rambut.

Ia juga boleh untuk memberi ketenangan kepada kulit kepala sensitif yang disebabkan oleh kelemumur, kegatalan dan rembesan sebum yang berlebihan. Syampu ini selamat untuk digunakan kerana bebas dari bahan-bahan berbahaya bebas seperti silikon dan paraben. Ia juga kaya dengan bahan semulajadi serta mempunyai wangian semulajadi serai.

14. Shampoo Herbal Essence Argan Oil of Morocco

Herbal Essence shampoo untuk rambut gugur ini mengandungi minyak argan. Ia berfungsi untuk mengembalikan rambut yang sihat dengan kandungan bahan semulajadi.

Anda akan merasai bau harum vanilla bercampur dengan citrus yang membuatkan kulit kepala rasa segar dan wangi. Dalam tempoh 21 hari memakai shampoo ini anda akan rasai perbezaannya.

Anda boleh dapatkan shampoo untuk rambut gugur ini di Watson.

15. Shampoo Sunsilk untuk rambut gugur

Formula Shampoo Sunsilk untuk rambut gugur ini mendapat sentuhan Dr Francesca Fusco, Pakar Penjagaan Kulit Kepala. Ia dapat membantu mengurangkan keguguran rambut serta menjadikan rambut lebih kuat dan lembut.

Tips Penjagaan Rambut

Petua penjagaan rambut begitu banyak dikongsi daripada orang tua secara turun-temurun dan juga boleh diperolehi secara pantas di media sosial. Tidak kira lelaki mahupun wanita rambut merupakan aset penting bagi setiap individu.

Namun begitu rambut lebih sinonim dengan wanita kerana ia dianggap mahkota yang amat berharga bagi seorang wanita. Walau bagaimanapun terdapat segelintir daripada kita yang mengabaikan penjagaan rambut.

Dibawah ini kami kongsikan beberapa petua atau tips yang boleh anda ikuti untuk menjaga rambut anda supaya bebas kelemumur, kutu kepala serta kekal cantik dan sihat.

1. Guna syampu anti-kelemumur

Anda sering menggaru kepala? Itu tandanya kepala anda mungkin terdapat kepingan putih yang di panggil kelemumur. Untuk memastikan kulit kepala anda bebas daripada kelemumur, guna syampu yang dirumus khas untuk merawat kelemumur.

Dengan cara ini kulit kepala anda akan bersih dan tiada lagi kepingan kelemumur yang menyebabkan kepala gatal dan rambut rosak.

Anda juga disarankan memilih syampu anti kelemumur untuk mencegah ia daripada berlaku.

2. Basuh rambut pada waktu pagi

Sudah menjadi rutin setiap individu untuk mandi di waktu pagi. Pastikan anda mencuci bersih rambut anda semasa mandi di waktu pagi supaya anda akan lebih berasa segar.

Rambut yang bersih akan memudahkan anda untuk menggayakan rambut pada hari tersebut. Hal ini akan memberi anda lebih keyakinan dan ceria sepanjang hari.

3. Guna perapi rambut

Selain menggunakan syampu, anda juga perlu memilih perapi dan serum rambut yang baik untuk memelihara rambut anda supaya kelihatan cantik berseri.

Rambut akan mudah kering sekiranya anda hanya menggunakan syampu semata-mata manakala penggunaan perapi akan membantu melembabkan, melembutkan dan menjadikan rambut licin sepanjang hari.

4. Memakai tudung atau selendang kepala

Seeloknya kepala kita harus ditutup bagi mengelakkan rambut kita terdedah kepada pencemaran yang boleh menyebabkan rambut rosak.

Bagi anda yang bertudung, ia merupakan alternatif terbaik dalam menjaga rambut anda dari terdedah kepada pencemaran selain membuat diri andak tampak lebih sopan dan menyerlahkan keayuan anda.

5. Ikat atau buat tocang

Ikat dengan kemas rambut anda yang panjang untuk kelihatan lebih bergaya. Terdapat pelbagai jenis gaya ikatan rambut yang boleh anda gayakan.

Selain tocang, sanggul juga boleh membuat anda lebih feminin. Jangan biarkan rambut anda mengerbang ditiup angin. Walaupun ia kelihatan bergaya dan menarik perhatian, ia juga boleh menyebabkan rambut anda kusut.

6. Guna sikat bergigi besar

Guna sikat yang mempunyai gigi besar untuk menyikat rambut anda. Elakkan mengguna sikat yang bergigi halus atau rapat untuk merapikan rambut anda yang kusut kerana ia membuat rambut anda gugur dengan lebih banyak semasa anda menyikatnya.

7. Elak daripada menyentuh rambut

Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita suka membelai rambut. Walau bagaimanapu anda disarankan untuk menghentikan tabiat tersebut. Hindarkan dari menyentuh rambut dengan kerap.

Hal demikian boleh meyebabkan kilauan rambut anda terjejas. Anda mungkin tidak sedar atau tahu bahawa sebenarnya tangan anda yang berpeluh dan kotor akan melekat pada rambut anda dan menyebabkan rambut anda menjadi kotor.

8. Elak daripada dehidrasi

Pastikan anda minum lapan gelas air setiap hari. Tabiat ini akan menjadikan kulit anda lembut dan berseri. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi membantu rambut anda kekal lembab dan sihat walaupun terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran.

9. Mandi setelah pulang ke rumah

Pastikan anda mandi dan bersihkan rambut anda setelah pulang ke rumah. Jangan tidur dengan rambut yang masih kotor. Rambut yang tidak dibersihkan dahulu sebelum tidur akan memberi rasa tidak selesa.

Selain itu juga, kotoran yang melekat pada rambut akan menyebabkan rambut berbau hapak terutamanya bagi mereka yang bertudung dan menyebabkan masalah kelemumur dan pembiakan kutu kepala.

Kesimpulan

Selain pemilihan produk rambut yang sesuai dengan keadaan kulit kepala dan juga masalah rambut, aspek penjagaan rambut yang betul dan sentiasa dititikberatkan juga adalah sangat penting untuk mendapatkan rambut yang lebat dan kekal menawan.

Oleh itu, jadikan senarai pilihan syampu yang saya kongsikan ini sebagai salah satu pilihan anda serta amalkan juga tips-tips penjagaan rambut yang telah dikongsi di atas.

Semoga dengan perkongsian mengenai syampu dan petua penjagaan rambut yang ringkas dan mudah ini, diharap dapat membantu anda memelihara rambut daripada kelemumur, kutu kepala dan pencemaran. Pastikan anda menjadikan langkah-langkah di atas sebagai rutin sebelum terjadinya masalah rambut rosak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.