kebaikan sacha inchi oil

Ini 8 Kebaikan Sacha Inchi Oil Yang Ramai Tak Tahu

Anda pernah dengar Sacha Inchi Oil? Anda mesti tertanya-tanya Sacha Inchi Oil untuk apa dan kebaikan sacha inchi oil?

Sebelum saya terangkan tentang kebaikan Sacha Inchi oil, sebaiknya kita kenali dulu Sacha Inchi.

Apa itu Sacha Inchi?

Sejak diisytiharkan sebagai salah satu makanan superfood, Sacha Inchi semakin popular. Ia dikatakan kaya dengan Omega-3, Omega-6, Omega-9, asid lemak, protein, serat dan anti oksida.

Sacha Inchi ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan dan Caribbean.

Pokok Sacha Inchi menghasilkan buah. Namun begitu buah Sacha Inchi kebiasaannya tidak dimakan. Hanya bijinya yang dipanggang dan dimakan. Bijinya juga diekstrak bagi mendapatkan minyak atau dijadikan serbuk.

Daun dari pokok Sacha Inchi boleh dikeringkan dan dibancuh menjadi teh herba.

9 Kebaikan Sacha Inchi Oil

Seperti yang anda ketahui, terdapat banyak kebaikan Sacha Inchi Oil. Antaranya seperti berikut.

1. Membantu Menurunkan Tekanan Darah

Mengamalkan Sacha Inchi Oil secara konsisten boleh menurunkan tekanan darah. Kajian membuktikan mereka yang mengambil Sacha Inchi Oil selama 4 bulan (10-15ml setiap hari) Berjaya menurunkan tekanan darah mereka.

2. Membantu Untuk Kurus Badan

Pengambilan Sacha Inchi Oil dikatakan mampu melambatkan rasa lapar. Ini disebabkan Sacha Inchi yang kaya dengan lemak sihat yang melambatkan proses pengosongan perut anda.

Bila lambat lapar, pemgambilan makanan harian anda akan berkurang. Ini membolehkan anda menguruskan badan dengan cara yang sihat dan selamat.

3. Membantu Mengawal Paras Kolesterol

Minyak Sacha inchi adalah minyak berasaskan tumbuhan yang telah terbukti membantu mengawal paras kolesterol. Kajian mendapati bahawa minyak sacha inchi mampu mengurangkan tahap kolesterol jahat dan meningkatkan tahap kolesterol baik pada peserta.

4. Baik untuk Penghadaman

Kajian mendapati dengan mengamalkan sacha inchi oil dapat menambaik sistem penghadaman. Ini kerana sacha inchi kaya dengan serat yang dapat membantu memudahkan pembuangan najis. Secara langsung, ia dapat mengelakkan masalah buasir.

5. Menguatkan sendi

Omega-3 membolehkan kalsium diserap dengan secara optimum oleh badan. Ini sekaligus mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis dan mengekalkan tulang yang kuat.

6. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular

Sacha inchi oil kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu asid alfa-linolenic (ALA) dan DHA. Kajian menunjukkan selepas 2 jam mengambil sacha inchi oil sebanyak 10-15ml, tahap ALA dan DHA meningkat ke tahap maksimum.

ALA dan DHA sangat baik untuk kesihatan sistem kardio. Sistem kardio yang bermasalah boleh mengakibatkan penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

7. Bagus Untuk Perkembangan Otak Bayi Dalam Kandungan

Sacha Inchi Oil yang kaya dengan pelbagai khasiat sesuai diambil oleh ibu mengandung supaya meningkatkan perkembangan otak bayi.

8. Membekalkan nutrisi penting kepada otak

Kira-kira 60% daripada otak kita terdiri daripada lemak. Lemak sihat dari Sacha Inchi Oil adalah penting untuk merangsang sel otak.

Omega-3 boleh meningkatkan fokus serta mengurangkan keradangan di otak, yang menyebabkan individu terdedah kepada kurang daya ingatan, kemurungan dan keletihan.

Kesan Sampingan Sacha Inchi Oil

Walaupun terbukti banyak kebaikan Sacha Inchi Oil, namun terdapat kesan sampingan juga. Antara kesan sampingan yang sering terjadi di awal pengambilan adalah loya dan muntah. Namun begitu, kesan ini semakin berkurang setelah beberapa kali pengambilan.

Selain itu, ada juga yang melaporkan mengalami alergik selepas mengambil Sacha Inchi Oil (sangat jarang berlaku). Sekiranya anda mengalami alahan sebaiknya berhenti makan Sacha Inchi Oil dan terus berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Biji mentah Sacha Inchi juga mengandungi alkaloid dan antinutrien. Antinutrien boleh menghalang penyerapan mikronutrien dalam badan anda. Pengambilan alkaloid yang banyak boleh mendatangkan bahaya pada tubuh.

Namun begitu, kesan negatif ini dapat dikurangkan dengan cara memanggang biji Sacha Inchi. Jadi, pastikan anda mengambil biji Sacha Inchi yang telah siap dipanggang.

Cara Makan Sacha Inchi Oil

Sacha Inchi Oil boleh didapati dalam bentuk softgel. Bergantung pada jenama Sacha Inchi Oil, ada yang menyarankan untuk mengambil 1 biji softgel setiap hari.

Sila pastikan anda baca cara pengambilan di kotak terlebih dahulu.

Sacha Inchi Oil Terbaik di Malaysia

Berikut adalah senarai minyak sacha inchi.

1. Sacha Inchi Oil Dr Nordin

dnd369

Dr Nordin mengeluarkan sacha inchi dalam bentuk softgel, sachet dan juga susu sacha inchi. Khasiat sacha inchi oil tetap sama, cuma dibuat dalam bentuk yang berbeza.

Anda boleh memilih yang bersesuaian dengan diri. Sacha Inchi Oil Dr Nordin boleh didapati di Shopee dan Lazada.

2. Sacha Inchi Oil Go Nature Ustaz Hanafiah Malek

kebaikan sacha inchi oil

Sacha Inchi Oil Ustaz Hanafiah Malek ini pula berbentuk softgel. Khasiat Sacha Inchi sama seperti yang dinyatakan sebelum ini. Setiap botol mengandungi 60 biji softgel.

3. Sacha Inchi Dr Norman

kebaikan sacha inchi oil

Produk keluaran Dr Norman ini mempunyai 2 jenis. Dalam bentuk cecair dan juga sachet. Bagi anda yang lebih suka mengambil Sacha Inchi Oil dalam bentuk cecair, ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Masih mengekalkan segala kebaikan Sacha Inchi Oil, anda boleh mengambil 1-2 sudu makan setiap hari ataupun 1 sachet setiap hari selepas sarapan.

4. Sacha Inchi Oil Owja

kebaikan sacha inchi oil

Sacha Inchi Oil Owja berbentuk softgel. Ia mengandungi 60 biji softgel dalam satu botol. Produk ini siap mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penutup

Memang banyak kebaikan Sacha Inchi Oil. Pastikan anda mengambil Sacha Inchi Oil mengikut saranan yang ditetapkan supaya tidak berlebihan.

Dan pastikan juga membeli Sacha Inchi Oil yang original. Semoga ianya bermanfaat untuk kesihatan anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.