Cara Melebatkan Rambut

14 Cara Melebatkan Rambut Dengan Berkesan

Rambut merupakan aset penting bagi lelaki dan juga wanita. Akan tetapi rambut sering kali menghadapi masalah. Antaranya adalah rambut yang semakin menipis dan rosak. Dan sudah tentu pelbagai cara melebatkan rambut sudah anda cuba, namun hasilnya tetap mengecewakan.

Saya yakin anda pasti berasa malu disebabkan rambut yang semakin menipis yang menyebabkan kepala menjadi botak. Bagi seorang lelaki akan kelihatan lebih tua dari usia. Untuk wanita yang dah berkahwin tentu kurang keyakinan bila dilihat oleh suami yang tersayang.

Tetapi anda jangan runsing, setiap masalah pasti ada cara untuk menyelesaikannya. Di bawah saya telah sertakan beberapa cara melebatkan rambut tradisional yang boleh anda cuba. Jom kita lihat!

Petua Mudah Cara Melebatkan Rambut Dengan Kesan Yang Pantas

Ini adalah cara melebatkan rambut lelaki dan juga cara melebatkan rambut perempuan.

1. Aloe vera

lebatkan rambut

Petua rambut lebat yang pertama adalah dengan menggunakan aloe vera. Cara-caranya adalah dengan mengambil sebatang aloe vera lalu dibuang kulitnya sehingga nampak isi jeli yang berwarna putih di bahagian dalam aloe vera tersebut.

Ambil jeli tersebut dan sapukannya ke kulit kepala dan seluruh rambut. Urut kepala sehingga jeli tersebut meresap masuk, biarkan ia seketikan baharulah anda bilas sehingga bersih.

2. Santan kelapa

petua melebatkan rambut

Petua melebatkan rambut yang kedua pula adalah dengan menggunakan santan kelapa. Cara melebatkan rambut secara semula jadi ini merupakan petua orang dulu-dulu yang terbukti berkesan dalam menjadikan rambut lebat, hitam dan bersinar serta sihat.

Untuk menggunakannya adalah dengan mengambil setengah cawan santan kelapa yang pekat. Kemudian, ratakannya ke seluruh kulit kepala dan juga rambut anda.

Urut seketika kulit kepala kemudian balutkannya dengan shower cap atau kain tuala. Anda perlu membiarkannya selama satu jam baharulah dibilas sehingga bersih. Cara melebatkan rambut yang botak ini boleh dilakukan sebanyak satu kali seminggu.

3. Minyak kelapa dara

cara lebatkan rambut

Tips melebatkan rambut seterusnya adalah menggunakan minyak kelapa dara. Ia sangat bagus untuk menguatkan akar rambut dan mengelakkannya daripada keguguran.

Selain itu, minyak kelapa dara membantu dalam merangsang pertumbuhan anak rambut yang baharu. Untuk yang mahukan rambut lebat, cara menggunakannya adalah dengan menyapu minyak kelapa terus mengenai kulit kepala dan keseluruhan rambut pada setiap hari.

4. Minyak argan

Cara lebatkan rambut seterusnya adalah menggunakan minyak argan. Minyak argan juga turut membantu dalam meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.

Selain itu, minyak argan juga turut berupaya dalam menguatkan folikel rambut supaya ia tidak mudah tercabut dan cepat gugur. Cara untuk lebatkan rambut menggunakan minyak argan adalah dengan menyapu minyak argan ke seluruh kulit kepala dan rambut sebelum tidur pada setiap malam.

5. Minyak zam-zam

minyak lebatkan rambut

Cara melebatkan rambut lelaki dengan cepat adalah dengan minyak zam-zam. Walaupun minyak zam-zam mempunyai bau yang agak kuat dan busuk tetapi cukup berkhasiat dalam membantu anda yang mempunyai masalah rambut terutama masalah penipisan rambut.

Sapukan minyak lebatkan rambut ini di kulit kepala dan seluruh rambut pada setiap hari. Namun, jika anda tidak tahan dengan baunya, boleh guna secara sekali atau dua kali dalam seminggu.

6. Air daun bunga raya

petua lebatkan rambut

Lendir yang keluar dari daun bunga raya mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan terutamanya untuk kesihatan rambut. Petua lebatkan rambut ini mampu menghilangkan sakit kepala dan juga melebatkan rambut anda.

Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun bunga raya lalu dimasukkan ke dalam sebekas air. Ramas daun tersebut sehingga keluar lendirnya. Gunakan air tersebut untuk membasuh kepala diikuti dengan sedikit urutan. Biar ia seketika baharulah dibilas sehingga bersih.

7. Pes daun bunga raya

cara melebatkan rambut tradisional

Selain daripada air ramasan daun bunga raya ini, anda juga boleh menggunakan pes daun bunga raya di rambut untuk melebatkan rambut anda. Cara-caranya adalah dengan mengambill 10 helai daun bunga raya.

Kemudian, cuci bersih bunga raya tersebut dan kisar sehingga ia menjadi halus. Seterusnya, tapiskan air tersebut dan ambil hampasnya lalu diratakan pes daun bunga raya tersebut ke rambut dan juga kulit kepala.

Balut rambut tersebut dengan shower cap atau kain tuala dan dibiarkan selama satu jam baharulah dibilas sehingga bersih.

8. Minyak rosemary

melebatkan rambut

Cara melebatkan rambut yang seterusnya pula adalah dengan minyak rosemary. Ia bukan sahaja mempunyai aroma yang sangat wangi dan berbau harum, tetapi juga mampu untuk merangsang pembuluh darah di kulit kepala anda agar peredaran darah dapat berjalan dengan lebih lancar lagi.

Hal ini dapat membantu masalah keguguran rambut dan menjadikan rambut anda semakin lebat dan membuatnya berbau harum.

9. Kurangkan stress

tips melebatkan rambut

Tekanan juga boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku. Oleh itu, bagi mendapatkan rambut yang cantik, kuat dan menawan apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengawal tekanan dalam diri anda.

Lakukan perkara yang membuatkan anda gembira dan menghilangkan segala tekanan. Sentiasa amalkan pemikiran yang positif dan tidak terlalu memikirkan beban yang ditanggung.

10. Makanan kaya dengan zink

cara melebatkan rambut perempuan

Pengambilan makanan yang kaya dengan zink juga mampu membantu untuk menguatkan folikel rambut serta mengatasi masalah keguguran rambut atau rambut jarang yang anda alami. Jika anda merasa bahawa anda tidak mengambil makanan mengandungi zink yang mencukupi, anda boleh mendapatkan suplemen tambahan.

Untuk mendapatkan rambut lebat, anda boleh perbanyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan zink seperti kacang kuda, daging, hati, avokado, almond, bayam, dan telur. Keperluan nutrien zink yang mencukupi boleh merangsang dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.

11. Pengambilan zat besi

Selain zink, zat besi juga mampu membantu dalam melebatkan rambut anda dengan cara mengurangkan masalah keguguran rambut dari berlaku.

Anda juga boleh mendapat zat besi dari makanan seperti bayam, tiram, kacang merah, tomato, kentang, daging lembu, ikan, hati, kekacang, dan juga sayuran hijau.

12. Pengambilan vitamin C

Selain itu, makanan yang kaya dengan vitamin c juga berupaya membantu untuk menguatkan rambut. Tambahan pula, ia sangat kaya dengan antioksida di mana dapat membantu badan untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.

Antara contoh makanan yang tinggi dengan kandungan vitamin c ialah jambu batu, oren, brokoli, betik, kiwi, dan strawberi.

13. Pengambilan vitamin A

Vitamin A juga turut memainkan peranan dalam menguatkan rambut sehingga ke akar dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baharu.

Antara contoh makanan yang kaya dengan vitamin A adalah lobak merah, kobis, labu, bayam, aprikot, mangga, telur, hati, daging lembu, dan susu segar.

14. Makanan kaya dengan biotin

Untuk makluman anda juga, kekurangan biotin dalam badan juga akan menyebabkan rambut anda menjadi reput, rapuh, tidak kuat, dan mudah tercabut dari kulit kepala.

Biotin sangat penting kerana ia berperanan dalam membantu menguatkan akar rambut.

Konsisten Dalam Amalkan Cara Melebatkan Rambut Untuk Hasil Yang Memuaskan

Kesimpulannya, penjagaan rambut yang betul mampu menjadikan rambut lebat dan bermaya. Amalkan salah satu petua yang saya kongsikan ini untuk mengatasi masalah rambut nipis anda. Apa yang paling penting sentiasa konsisten dalam mengamalkannya.

Selain daripada itu, jaga pengambilan makanan dan kurangkan stress. Pengambilan makanan yang berminyak, berlemak dan tidak berkhasiat juga antara salah satu punca rambut anda gugur, reput, bercabang dan banyak lagi masalah yang lain.

Jika anda mencari cara melebatkan rambut dalam masa 3 hari, anda mungkin akan kecewa. Ini kerana anda perlu konsisten dalam melakukan petua lebat rambut di atas. InsyaAllah setelah beberapa bulan akan nampak perbezaannya.

Namun begitu, andai kata anda telah cuba satu cara nak lebatkan rambut tetapi masih tidak berjaya, terdapat lagi 13 petua melebatkan rambut yang boleh anda cuba. Mana tahu dalam kesemua petua ini, salah satunya sesuai dan memberikan hasil yang maksima kepada kesihatan rambut anda? Jadi jangan putus asa dalam mencari penyelesaian.

Semoga dengan perkongsian mengenai cara untuk melebatkan rambut agar ia kelihatan cantik, sihat, bermaya dan mempesonakan mata memandang memberi manfaat yang berpanjangan kepada anda. Selamat mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.