Jenama Aircond Terbaik

Jenama Aircond Terbaik dan Jimat Elektrik di Malaysia

Memandangkan cuaca yang selalu panas di Malaysia, memiliki aircond atau penghawa dingin sudah menjadi satu kepentingan. Bagi anda yang sedang mencari aircond, tentunya tertanya-tanya apa jenama aircond terbaik dan jimat elektrik.

Untuk itu, dalam artikel ini saya akan terangkan jenama aircond terbaik untuk anda miliki.

Dengan memiliki aircond, anda bukan saja merasa sejuk di rumah tapi juga dapat tidur dengan selesa dan lena.

Bagi anda yang ada bayi, kulit mereka sangat sensitif dengan cuaca yang panas. Sudah tentu dengan adanya aircond sangat membantu mengelakkan kulit bayi dari ruam panas.

Namun begitu, jika rumah anda tidak boleh pasang aircond dinding disebabkan duduk rumah sewa, pilihan lain adalah air cooler ataupun portable aircond. Anda boleh baca dalam senarai air cooler terbaik atau portable aircond terbaik.

Beza Aircond Inverter vs Non-Inverter

Sebelum saya teruskan, anda perlu tahu apa perbezaan aircond inverter dan non-inverter. Supaya anda dapat buat pembelian yang bijak untuk masa hadapan.

Aircond inverter adalah aircond yang menggunakan teknologi inverter yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik. Selain itu, ia juga lebih senyap berbanding aircond non-inverter.

Dari segi harga pula, aircond inverter lebih mahal berbanding aircond non-inverter.

Bagi kos penyelenggaraan, aircond non-inverter lebih murah dari aircond inverter.

Secara ringkasnya, aircond inverter mampu jimat bil elektrik anda untuk jangka masa panjang.

Walaupun kos penyelenggaraannya lebih tinggi, namun anda tidak perlu melakukannya setiap bulan. Jadi, jika anda inginkan aircond yang jimat elektrik, aircond inverter adalah pilihan terbaik.

Aircond Inverter

Aircond Non-Inverter

Bil elektrik rendah

Bil elektrik tinggi

Harga lebih mahal

Harga lebih murah

Bunyi yang senyap

Bunyi agak kuat

Kos penyelenggaran lebih tinggi

Kos penyelenggaraan yang rendah

Jenama Aircond Terbaik

Berikut adalah senarai jenama aircond terbaik beserta modelnya.

1. Aircond Inverter Daikin FTKF Series

Harga aircond Daikin

1.0HP = RM1419

1.5HP = RM1719

2.0HP = RM2649

2.5HP = RM2985

Kelebihan

  • Jimat elektrik
  • Wifi
  • Tempoh warranty kompresor yang panjang (5 tahun)
  • Mudah dibersihkan

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Daikin adalah jenama aircond terbaik dari Jepun yang tidak asing lagi di Malaysia. Ia dilengkapi teknologi aircond inverter yang jimat elektrik.

Kapasiti untuk model ini terdiri dari 1.0 hp sehingga 2.5 hp.

Mempunyai penapis Green Tea yang berfungsi untuk memerangkap habuk dengan berkesan. Penapis ini juga boleh menapis bakteria serta bau yang busuk. Jadi, udara sejuk yang keluar dari aircond anda sentiasa nyaman.

Aircond Daikin ini juga direka untuk mudah dibersihkan. Drain pan hanya perlu ditarik keluar untuk dibersihkan dan dimasukkan semula selepas cucian. Tak perlu sebarang pemasangan.

Aircond Daikin ini siap dilengkapi dengan wifi. Ia membolehkan anda mengawal aircond dari smartphone.

Anda hanya perlu install aplikasi GO DAIKIN dan selepas itu bolehlah on atau off aircond dari smartphone. Senang kan..

Untuk tempoh jaminan pula, 1 tahun diberikan jika ada kerosakan umum. 5 tahun untuk kerosakan kompresor aircond.

2. Aircond Inverter Panasonic X-Deluxe R32 Aero Series CS-XPU10WKH-1 (1.0HP)

Harga aircond inverter Panasonic 1.0HP: RM1428

Kelebihan

  • Jimat elektrik
  • Kualiti udara yang bersih
  • Boleh mengawal aircond dari smartphone
  • 5 star energy rating

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Jenama aircond inverter terbaik seterusnya adalah dari Panasonic model X-Deluxe Aero series. Ia menampilkan teknologi nanoe™X dan nanoe-G yang fokus memberikan kualiti udara yang bersih dan nyaman. Segala bauan busuk, bakteria jahat, serta habuk akan dihapuskan dengan nanoe™X dan nanoe-G.

Jika anda rasakan penggunaan aircond membuatkan kulit anda kering, dengan teknologi nanoe™X, kulit dan rambut anda tidak lagi kekeringan.

nanoe™X juga sangat sesuai untuk mengelakkan masalah alergi atau kulit sensitif yang disebabkan hama, bakteria ataupun kulat.

Memang sesuai kalau anda ada anak kecil yang sememangnya kulit mereka sangat sensitif.

Selain itu, anda boleh mengawal kesemua aircond inverter Panasonic di rumah anda dari smartphone saja. Namun, ia memerlukan tambahan network adaptor untuk membolehkan ianya berfungsi.

Dilengkapi dengan teknologi eco-friendly yang memastikan suhu aircond dapat disesuaikan dengan suhu persekitaran. Ini sekaligus dapat menjimat tenaga serta memberikan keselesaan kepada anda.

Panasonic merupakan jenama aircond 5 bintang dalam tahap penjimatan tenaga. Kiranya memang paling jimat elektrik.

Satu lagi fungsi menarik yang ada pada aircond Panasonic ini adalah ia mampu menyejukkan suhu bilik dengan cepat.

Anda hanya perlu tekan Powerful Mode untuk memberikan rasa sejuk yang pantas. Sangat sesuai untuk digunakan bila cuaca panas.

Tempoh jaminan 1 tahun untuk kerosakan umum dan 5 tahun untuk kerosakan kompresor.

3. Midea Aircond Inverter MSXS-10CRDN8 Xtreme (1.0HP)

Harga Midea aircond inverter 1.0HP = RM1045

Kelebihan

  • Tempoh warranty umum yang panjang (2 tahun)
  • Harga murah
  • Flash cooling

Kekurangan

  • Hanya 4 star energy rating

Aircond inverter terbaik seterusnya adalah dari Midea. Jika anda kekurangan bajet, Midea antara aircond inverter murah. Memberikan penjimatan tenaga sehingga 60% bila anda menggunakan Ieco Mode.

Mod ini sangat sesuai digunakan sepanjang tidur malam. Anda boleh tidur lena dalam keadaan nyaman tanpa perlu bimbang bil elektrik naik mencanak.

Teknologi flash cooling yang ada pada aircond ini membolehkan anda rasa sejuk dalam masa beberapa saat selepas aircond dihidupkan. Tak perlu nak tunggu lama.

Sistem penapis cold catalyst menapis segala habuk, bulu kucing, dan juga bakteria. Ini membolehkan anda menikmati udara sejuk yang bersih dan sihat.

Fungsi follow me membolehkan suhu aircond disesuaikan dengan keadaan persekitaran. Ini sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik.

Berbeza dengan jenama aircond lain, Midea memberikan tempoh jaminan umum selama 2 tahun. Ini membuatkan anda dapat jimat kos baik pulih sekiranya ada kerosakan dalam tempoh ini.

Jaminan kerosakan kompresor aircond pula adalah selama 5 tahun.

4.Haier Aircond Inverter HSU-10VTH21 Series (1.0HP)

jenama aircond terbaik

Harga aircond Haier = RM1019

Kelebihan

  • Tempoh warranty yang panjang
  • Harga murah

Kekurangan

  • Tiada wifi
  • Hanya 4 star energy rating

Jenama aircond terbaik Haier ini memberikan tempoh jaminan yang paling panjang. Jaminan kerosakan umum 5 tahun serta kerosakan kompresor 10 tahun.

Ini membolehkan anda berlapang dada sekiranya terjadi sebarang kerosakan dalam tempoh warranty.

Teknologi smart clean yang ada pada aircond ini membolehkan ia menghapus bakteria jahat supaya anda dapat udara sejuk yang segar dan sihat.

Dengan fungsi eco mode, anda dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 63% dari aircond non-inverter.

Jika anda inginkan rasa sejuk yang cepat, tekan saja Turbo Mode. Dalam masa yang singkat ruang bilik anda akan terasa sejuk.

5. Aircond inverter Sharp AHX9VED2 (1.0HP)

jenama aircond terbaik

Harga aircond Sharp = RM1159

Kelebihan

  • Jimat tenaga
  • 5 star energy rating
  • Terasa angin sejuk yang kuat
  • Boleh mengawal aircond dari smartphone
  • Udara sejuk terasa sejauh 14 meter

Kekurangan

Sharp, jenama aircond terbaik dan jimat elektrik. Menggunakan teknologi J-tech inverter untuk memberikan penjimatan tenaga serta penggunaan tenaga yang efisien. Juga merupakan jenama aircond 5 bintang dalam tahap penjimatan tenaga.

Fungsi Eco Mode sesuai digunakan bila anda tidak mahu suhu yang terlalu sejuk. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan elektrik.

Menggunakan dual long panel untuk mengeluarkan udara sejuk yang kuat. Anda juga tak perlu tunggu lama untuk ruang bilik terasa sejuk dengan menggunakan Super Jet mode.

Sharp juga menyediakan aplikasi supaya mudah untuk mengawal aircond dari smartphone. Sebelum sampai ke rumah, anda boleh aircond dari smartphone. Bila sampai, ruang tamu atau bilik dah sejuk.

Selain itu, dengan aplikasi ini anda boleh tahu berapa banyak elektrik yang dah digunakan.

Teknologi Plasmacluster Ion bukan saja membuatkan udara bilik bersih tapi juga memastikan keadaan dalam aircond tidak kotor. Ia mampu menghapuskan bakteria dan virus.

Dengan teknologi Coanda, udara sejuk dapat dirasakan sehingga jarak 14 meter.

Dari segi jaminan, Sharp memberikan jaminan 1 tahun (kerosakan umum) dan 5 tahun (kompresor).

6. Aircond Inverter Hisense AI10KAGS (1.0HP)

Harga aircond Hisense 1.0HP = RM1119

Kelebihan

  • Jimat tenaga
  • Cepat sejuk
  • Auto clean
  • 4 star energy rating

Kekurangan

  • Sambungan di aplikasi smartphone perlukan aksesori tambahan

Jenama aircond inverter terbaik Malaysia seterusnya adalah jenama dari China, Hisense. Ia mempunyai fungsi auto clean supaya aircond sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Dengan penapis ionizer, aircond ini mampu menapis bakteria dan habuk untuk mengekalkan udara yang bersih.

Selain itu, jika anda inginkan penyejukan yang pantas, hanya tekan butang Super. Ia akan mengeluarkan udara sejuk yang kuat dan menyejukkan bilik dalam masa beberapa minit.

Anda juga boleh mengawal aircond dari aplikasi smartphone. Namun, untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu mendapatkan aksesori tambahan.

Untuk jaminan, Hisense memberikan 7 tahun warranty bagi kompresor.

Kesimpulan- Jenama Aircond Terbaik

Memandangkan penggunaan aircond untuk jangka masa panjang, sebaiknya anda memilih aircond inverter yang terbukti jimat elektrik. Walaupun harga aircond inverter agak mahal berbanding non-inverter, namun ianya sangat berbaloi.

Selain kos untuk pembelian aircond, anda juga perlu peruntukan untuk kos pemasangan aircond.


Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.