jenama tilam terbaik

7 Jenama Tilam Terbaik di Malaysia (2022)

Tilam antara keperluan penting untuk etiap rumah terutama yang sudah berkeluarga. Jadi anda tentu inginkan jenama tilam terbaik untuk kegunaan di rumah sendiri.

Ini kerana tilam bukan saja membuatkan tidur lena dan selesa, malah mengelakkan masalah sakit belakang.

Tips Beli Tilam (Cara Memilih Tilam Yang Bagus)

Sebelum beli tilam, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.

1. Saiz tilam & katil

Untuk beli tilam, anda perlu memilih tilam yang sama dengan saiz katil.

Berikut adalah saiz katil standard yang ada di pasaran:-

  1. Single
  2. Super Single
  3. Queen
  4. King
  5. Super King

Sebagai contoh, jika beli katil king, anda perlu beli tilam king juga.

2. Jenis-jenis Tilam

Ada pelbagai jenis tilam terbaik di pasaran. Contohnya cotton, latex, spring, tilam untuk kesihatan.

Tilam kesihatan elok untuk sakit belakang. Juga siap ada anti hama, anti bakteria. Sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Jika anda ada masalah sakit belakang di kemudian hari, pilih jenis tilam yang bagus untuk sakit belakang.

3. Bajet

Pilih tilam mengikut bajet yang anda tetapkan. Ini penting, supaya anda tiada masalah kewangan di kemudian hari.

Walaupun anda boleh membayar menggunakan kad kredit jika buat pembelian secara online, tidak bermakna anda boleh membeli melampaui kemampuan.

4. Tempoh Jaminan

Tilam yang berkualiti tinggi biasanya akan memberikan tempoh jaminan yang lama buat pelanggan mereka. Jaminan ini selalunya diberikan oleh pengeluar tilam. Jadi, sebarang masalah selepas pembelian tilam anda boleh merujuk kepada pihak pengeluar.

Jenama Tilam Terbaik

Di bawah merupakan jenama tilam terbaik untuk memudahkan pilihan anda.

1. King Koil Prince Collection Emerald (13”)

jenama tilam terbaik

Kelebihan

  • Anti bakteria
  • Anti hama
  • 15 tahun jaminan
  • Menyokong kesihatan tulang belakang
  • Tebal & kukuh

Kekurangan

  • Harga agak mahal

Jenama tilam terbaik King Koil Prince Collection Emerald berketebalan 13 inci ataupun 33cm. Ia menggunakan sistem pocket spring. Dengan sistem ini ia mampu mengurangkan rasa gerakan antara anda dan pasangan.

Bagi memastikan keselesaan pengguna, tilam King Koil ini turut dilengkapi dengan anti hama. Ia mampu mengelakkan dari bakteria, hama, dan lain-lain masalah kulit yang disebabkan bakteria.

Tilam ini juga direka untuk menyokong tulang belakang yang sihat dengan kerjasama International Chiroprators Association (ICA). Bangun pagi tak terasa sakit belakang. Boleh dikatakan jenama tilam terbaik untuk tulang belakang.

Tempoh jaminan selama 15 tahun diberikan oleh pihak pengeluar. Ini bukti keyakinan mereka terhadap tilam yang berkualiti tinggi ini. Didatangkan dengan 4 pilihan saiz. Single, super single, queen dan king. Untuk yang berbadan besar dan tidur berdua, tilam king size terbaik buat anda.

2. TIlam VONO SpinePro 1200 (11 ½”)

jenama tilam terbaik

Kelebihan

  • Tempoh jaminan yang lama
  • Menyokong kesihatan tulang belakang
  • Tebal & kukuh
  • Bebas bakteria

Kekurangan

  • Mahal

Tilam terbaik jenama Vono SpinePro 1200 menggunakan pocketed intalok spring 1200. Tebal tilam dalam 11 ½ inci. Sangat stabil dan tidak terasa bergoyang.

Fabrik tilam telah dipastikan bebas dari bakteria dengan rawatan SilverGuard. Rawatan ini memastikan tilam dalam keadaan bersih dan tidak membahayakan kulit.

Diperbuat dari PU foam yang tahan lasak. Ia juga direka untuk menyokong tulang belakang yang sihat serta tidur yang lena. Vono turut menyediakan 15 tempoh jaminan.

Terdapat 4 pilihan saiz dari single, super single, queen dan juga king. Walaupun tilam Vono harga agak mahal, tapi berbaloi sebab tahan lama.

3. Dr Euro Care Spine Plus 7 Zones (12”)

jenama tilam terbaik

Kelebihan

  • Anti hama, anti habuk
  • Menyokong kesihatan tulang belakang
  • 12 tahun tempoh waranti
  • Tebal
  • Sangat stabil & selesa

Kekurangan

  • Harga mahal

Jenama tilam terbaik Dr Euro Plus menggunakan sistem pocket spring individu. Tidur anda tidak lagi terganggu dengan gerakan pasangan di sebelah. Tak rasa bergoyang, tidur lebih selesa.

Menampilkan pelbagai ciri terbaik serta teknologi dari UK, ini antara jenama tilam yang bagus dan murah. Tilam bersaiz King anda boleh dapati pada harga di bawah RM1000.

Selain itu, tilam queen terbaik ini dilengkapi dengan latex foam yang membuatkan badan anda rasa selesa dan empuk bila baring di atas tilam. Badan pun tak terasa sakit bila bangun pagi.

Tidak dilupakan adanya anti hama dan anti bakteria.Ia elakkan kulit anda dari dijangkiti bakteria dan alergi.

Sebarang masalah dengan tilam Dr Euro Care, anda boleh claim jaminan dengan pihak pengeluar. Mereka menawarkan 12 tahun waranti.

4. SpinaRez Spina S (10”)

Kelebihan

  • Anti hama
  • Menyokong kesihatan tulang belakang
  • 10 tahun tempoh waranti
  • Murah

Kekurangan

  • Tiada individu pocket spring

Spinarez antara jenama tilam yang bagus dan murah. Dengan harga bawah RM600 anda dah boleh dapat satu tilam bersaiz king.

Walaupun murah, Spinarez Spina S tetap mementingkan kesihatan tulang belakang pengguna. Dengan menggunakan sistem bonnell spring, anda tidak akan rasa sakit belakang apabila bangun dari tidur.

Untuk menambah keselesaan anda, tilam queen 10 inci ini diisi dengan coconut fiber dan euro top foam. Ia membuatkan tidur anda lebih selesa dan tilam tidak terasa panas dengan ciri pengudaraan yang baik.

Tilam Spinarez Spina S ini tidak terlalu lembut dan tidak keras. Cukup selesa untuk kegunaan dewasa. Boleh dijadikan hadiah untuk ibu dan ayah. Juga terdapat dalam 4 saiz (single, super single, queen dan king).

5. Goodnite Vitania 11″

jenama tilam terbaik

Kelebihan

  • Anti hama
  • 10 tahun jaminan
  • Menyokong kesihatan tulang belakang

Kekurangan

  • Tiada individu pocket spring

Jenama tilam Goodnite Vitania mempunyai ketebalan 11 inci. Tilam tebal yang menggunakan sistem posture spring. Ia memastikan anda bangun dari tidur dalam keadaan selesa tanpa sakit belakang.

Rekaan sulaman Itali membuatkan tilam ini nampak cantik dan eksklusif. Fabrik tilam telah dilengkapi dengan anti bakteria dan anti hama.

Tilam terbaik dari Goodnite ini menjanjikan tidur yang lena dan selesa.

6. Tilam Dunlopillo Generasi 2.0 (8”)

jenama tilam terbaik

Kelebihan

  • Menyokong kesihatan tulang belakang
  • Tebal
  • Anti hama, anti bakteria

Kekurangan

  • Tiada individu pocket spring
  • Tempoh jaminan cuma 5 tahun

Dunlopillo antara jenama tilam single terbaik di pasaran. Sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mementingkan kesihatan tulang belakang. Bangun pagi tak terasa sakit belakang. Tilam pun boleh tahan tebal. 8 inci.

Fabrik tilam dilengkapi dengan anti hama dan anti bakteria. Turut direka dengan pengudaraan yang baik supaya tidur anda lebih selesa dan tak panas.

Namun begitu, berbanding dengan jenama tilam terbaik yang lain, Dunlopillo hanya menawarkan jaminan selama 5 tahun.

7. Dr.Macio Neuropedic (14”)

Kelebihan

  • Individu pocket spring
  • Tebal
  • Tak panas
  • Menyokong kesihatan tulang belakang
  • 10 tahun tempoh jaminan

Kekurangan

  • Fabrik tidak dilengkapi anti hama

Jenama tilam terbaik Malaysia seterusnya adalah Dr Macio. Menampilkan ketebalan 14 inci, tilam ini sangat kukuh dan selesa. Menggunakan pocket spring, anda berasa kurang gegaran jika pasangan di sebelah bergerak. Jadi, tidur anda tidak terganggu.

Dengan high density foam, anda tidak akan berasa sakit belakang bila bangun dari tidur. Fabrik ini direka dengan ciri pengudaraan yang baik bagi mengelakkan anda berasa kurang selesa.

Dr Macio turut memberikan tempoh jaminan selama 10 tahun.

Penutup

Kini, anda dah tahu jenama tilam terbaik di Malaysia. Bagi mendapatkan tidur yang lena dan badan pun tak sakit bila bangun pagi, tak salah jika melabur lebih sikit untuk tilam terbaik. Lagipun sebiji tilam boleh bertahan bertahun-tahun lamanya. Memang berbaloi.

Andai kata tilam sekarang kurang selesa, tiba masanya untuk tukar yang baru. Hadiahkan buat isteri atau suami tersayang tempat tidur yang selesa. Anda pun dapat menikmati bersama.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.