Hadiah Hari Jadi

11 Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki & Perempuan (2024)

Setiap kali sambutan hari kelahiran seseorang, pastinya semua orang akan tertumpu ke arahnya dan berusaha sedaya upaya untuk mengembirakan mereka pada hari istimewa tersebut. Apatah lagi jika si dia itu merupakan orang yang anda kasihi dan cintai. Pada hari istimewa ini juga, anda tentu ingin menyediakan hadiah hari jadi yang sangat istimewa bagi menambahkan lagi kegembiraan insan tersayang.

Oleh itu, untuk perkongsian artikel kali ini, saya akan senaraikan beberapa jenis hadiah hari jadi untuk lelaki dan perempuan yang pastinya akan disukai dan bermanfaat buat mereka.

Idea Hadiah Hari Jadi Yang Disukai Ramai

Setiap hadiah mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri dan pasti ada kenangan yang akan tercipta melaluinya. Jadi, untuk memudahkan anda membuat pilihan saya telah senaraikan beberapa jenis hadiah yang berpotensi dalam membentuk suatu kemudahan dan juga mencipta 1001 kenangan.

1. Cincin Emas

hadiah hari jadi

Sempena birthday isteri atau ibu tersayang yang bakal tiba tidak lama lagi, hargai pengorbanan mereka selama ini dengan cincin emas koko 916.

Tentunya sebagai lelaki anda mengetahui bahawa kaum wanita sangat menyukai perhiasan emas dan sememangnya emas ini bersesuaian dengan jiwa kewanitaan mereka yang cintakan kecantikan. Jadikan cincin emas sebagai hadiah hari jadi adalah pilihan yang sangat tepat.

2. Al-Quran

hadiah hari jadi

Sebagai anak, pastinya anda ingin lakukan yang terbaik buat ibu yang berpenat lelah membesarkan dan melahirkan anda.

Oleh itu, jadikan hari ulang tahun kelahiran mereka kali ini dengan memberikan hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup mereka dengan menghadiahkan Set Al-Quran Digital sebagai hadiah hari jadi ibu anda.

Set Al-Quran Digital jenama Darul Kitab ini dapat membantu ibu anda untuk belajar mengaji dan menguasai tajwid dengan lebih baik. Set Al-Quran Digital ini juga mempunyai waranti selama 1 tahun.

3. Kasut Sukan

hadiah hari jadi

Jika orang yang anda sayangi suka sukan, mengapa tidak pertimbangkan untuk membeli sepasang kasut sukan untuk mereka?

Kasut sukan Skechers sesuai dijadikan hadiah hari jadi untuk anak perempuan. Rekaan yang menarik confirm disukai anak perempuan anda.

Selain menampilkan design yang cantik, kasut Skechers ini juga ringan, lembut dan sesuai digayakan untuk aktiviti sukan ataupun kasual.

Ini adalah hadiah yang praktikal dan berguna yang boleh mereka gunakan selama berbulan-bulan yang akan datang. Selain itu, kasut sukan merupakan hadiah hari jadi yang terbaik kerana harganya berpatutan dan mudah didapati.

Terdapat pelbagai jenis kasut sukan di pasaran, jadi anda boleh mencari sepasang yang sepadan dengan aktiviti kegemaran orang yang anda sayangi. Contohnya, jika mereka gemar berlari, pertimbangkan untuk membelikan mereka sepasang kasut larian.

4. Ketuhar Elektrik

hadiah hari jadi

Oven atau ketuhar memang sesuai dijadikan sebagai hadiah hari jadi untuk perempuan yang anda kasihi. Mudahkan segala urusan mereka di dapur dengan kemudahan ketuhar elektrik jenis Khind 28L Electric Oven OT2800 ini.

Mempunyai kapasiti 28 Liter, ketuhar elektrik ini juga mempunyai pilihan pemanas atas dan bawah dan tombol kawalan suhu di antara 100°C hingga 200°C. Selain itu, Khind 28L Electric Oven OT2800 ini turut mempunyai tiga pilihan warna dan waranti selama 2 tahun.

5. Set Sauna

hadiah hari jadi

Pilihan hadiah hari jadi yang ke-lima pula adalah Plus Size Sauna Set. Ia merupakan pilihan terbaik buat insan tersayang.

Set sauna ini bukan sahaja dapat hilangkan segala keletihan, tetapi turut membakar kalori dalam badan, membantu tidur mereka dengan lebih lena, membuang toksin dalam badan dan pelbagai lagi kelebihan-kelebihan lain.

Malah set sauna ini juga sesuai untuk wanita yang berada dalam tempoh berpantang.

6. Set Pinggan Mangkuk

Kaum perempuan ini, kalau boleh semua benda mereka mahu kelihatan sedondon. Terutamanya di kawasan dapur, tempat yang selalu mereka berada.

Pasti anda akan lihat, semua susunan barang dalam keadaan teratur dan juga sedondon.

Oleh itu, bagi pilihan hadiah hari jadi yang seterusnya, hadiahkan set pinggan mangkuk Felli Dinexe Opal Glass Dinnerware Set ini buat mereka.

Set pinggan mangkuk ini mempunyai 24 keping kesemuanya. Sangat sesuai sebagai hadiah hari jadi ibu ataupun hadiah hari jadi untuk isteri.

7. Bunga Hiasan

#. LWDECOR Bunga Hiasan Orkid Latex 3D

hadiah hari jadi

Gembirakan hati ibu anda dengan LWDECOR Bunga Hiasan Orkid Latex 3D sebagai hadiah birthday sempena sambutan hari ulang tahun kelahirannya. Sangat cantik jika diletakkan di meja makan, meja sudut atau di meja sisi katil mereka. Pastinya hati si ibu berbunga-bunga tatkala melihat kecantikan bunga hiasan ini.

LWDECOR Bunga Hiasan Orkid Latex 3D ini juga didatangi dengan 35 warna pilihan kesemuanya. Malah, batangnya juga boleh dilenturkan dengan pelbagai gaya. Selain menjimatkan wang, bunga orkid ini sesuai diletakkan di luar atau di dalam rumah.

8. Set Buku Nota

hadiah hari jadi

Bagi hadiah hari jadi untuk anak perempuan kesayangan anda pula, apa kata hadiahkan mereka dengan set buku nota.

Anak perempuan anda pasti suka jika anda memberinya set buku nota sebagai hadiah hari jadi. Pilih saja rekaan yang disukai anak perempuan anda.

9. Set Cuci Kereta

hadiah hari jadi

Suami anda selalu cuci kereta? Apa kata hadiahkannya set cuci kereta Amway. Hasilnya kereta bersih, berkilat. Hilang segala kotoran.

10. Telefon Bimbit

hadiah hari jadi

Untuk pilihan hadiah hari jadi yang seterusnya pula, hadiahkan kepada lelaki yang dikasihi dengan Apple Iphone 13.

Pasti si dia tersenyum girang tatkala menerima hadiah yang cukup eksklusif ini. Hadiah hari jadi untuk lelaki kesayangan anda ini boleh didapati dengan 6 warna pilihan dan 3 kapasiti simpanan dalam telefon. Skrin telefon pula 6.1 inci, kapasiti bateri 3000-3999Mah, dan mempunyai waranti selama 1 tahun.

11. Hiasan Dinding Tulisan Khat

hadiah hari jadi

Bagi pilihan hadiah hari jadi untuk kawan perempuan pula, anda boleh hadiahkan mereka Frame Tulisan Khat Surah Al-Fatihah sebagai tanda persahabatan.

Saiz panelnya pula adalah 36×36 dan pastinya akan kelihatan cantik menarik dan mendamaikan kalbu jika diletakkan di ruangan dinding rumah mahu pun di ruangan pejabat.

Ianya sangat berkualiti tinggi dan juga sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk mana-mana sambutan sekalipun.

Selain itu, dengan pembelian Wall Framed Poster Calligraphy Khat Surah Al-Fatihah Grunge Gold 36×36 anda akan mendapat waranti selama 1 bulan.

Penutup

Dalam memilih hadiah, adalah penting untuk memberikan sesuatu yang berguna dalam kehidupan harian orang yang anda sayangi. Tidaklah nanti anda belikan sesuatu yang tidak digunakan mereka dan akhirnya tersimpan dalam almari saja.

Apa yang kita inginkan, dengan pemberian hadiah, ianya mampu untuk membina hubungan silaturahim yang lebih akrab dan lebih baik. Oleh itu, untuk membuat yang tersayang gembira di hari lahir mereka, berikan hadiah yang saya kongsikan di atas ini sebagai hadiah hari jadi buat mereka.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.