21 Aktiviti Bersama Keluarga Di Rumah

Disebabkan PKP ramai terpaksa duduk di rumah. Apa kata sambil duduk di rumah itu kita isi masa yang ada dengan lakukan aktiviti bersama keluarga.

Aktiviti yang kita lakukan adalah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tambahan pula sebelum ini kita sebagai ibu bapa sentiasa sibuk bekerja sampai tiada masa untuk anak-anak.

Ha, masa PKP inilah boleh anda gunakan untuk luangkan masa dengan anak-anak tersayang dengan sebaik-baiknya!

Moga momen bersama anak-anak ini akan mereka ingat sampai ke besar.

Di sini, saya kongsikan aktiviti bersama keluarga musim PKP tanpa perlu keluar rumah.

21 Aktiviti Bersama Keluarga

#1. Berkhemah

Aktiviti berkhemah bukan saja boleh dilakukan di luar, tapi juga di dalam rumah. Pasang saja khemah di ruang tamu sekiranya rumah anda tidak mempunyai ruang untuk berkhemah di luar.

Lagipun khemah di dalam rumah lebih selamat dari gangguan serangga yang berbahaya seperti lipan.

Anda boleh dapatkan khemah di Shopee ataupun Lazada jika masih belum memilikinya. Atau tengok senarai khemah camping yang sesuai untuk anda.

aktiviti bersama keluarga

Sambil berkhemah tu boleh buat aktiviti main bayang dengan lampu suluh di waktu malam. Ataupun teka-teki yang mudah dengan anak-anak.

Bila tiba waktu malam, tidur bersama-sama dalam khemah. Tentunya anak-anak suka dapat berkhemah bersama mama papa mereka.

#2. Bbq

Ini satu lagi aktiviti bersama keluarga yang bukan saja seronok tapi mengenyangkan. Walaupun terpaksa berpanas mengipas, tapi ianya berbaloi dapat makan-makan bersama keluarga.

Pastikan anda guna set bbq yang tahan lama supaya senang nak buat barbeque lagi di masa akan datang.

aktiviti bersama keluarga

Dan juga tidak dilupakan arang sebagai bahan bakar.

Nak buatkan anak-anak terlibat dalam bbq? Anda boleh ajak anak sama-sama menyediakan perapan bahan mentah untuk dibakar seperti sotong, udang, ikan, sosej.

#3. Kemas rumah

Aktiviti ini tidak memerlukan anda mengeluarkan wang, tetapi mengeluarkan peluh yang banyak!

Ajak anak-anak untuk kemas rumah bersama. Mop lantai, sapu sampah, cuci toilet, buang sampah..

Untuk anak yang kecil, bagi kerja yang ringan dan mudah. Contohnya kemas mainan yang dia main.

Kita cuma nak dia terlibat sama. Barulah seronok kemas rumah beramai-ramai. Aktiviti ini sesuai dilakukan pada waktu pagi ataupun petang.

#4. Karaoke

Bagi yang minat menyanyi tentu saja karaoke menjadi pilihan. Ajak anak untuk menyanyi bersama.

Tidak kiralah lagu Didi & Friends, Omar & Hana ke.. Nyanyilah lagu yang anak pun tahu.

#5. Main permainan papan

Ini antara aktiviti bersama keluarga yang tentunya suka dilakukan oleh anak-anak.

Main mainan papan seperti Saidina, monopoly, catur, dam ular, karom. Pilih mainan yang bersesuaian dengan umur anak anda.

aktiviti di rumah

#6. Solat Jemaah

Jika sebelum ini hanya dapat solat berjemaah pada waktu Maghrib dan Isyak, kini anda boleh buat juga di waktu Zohor & Asar.

Selain dapat solat bersama, pahala juga 27 kali ganda dari solat seorang diri.

Bagi yang punyai anak yang masih kecil, inilah masanya untuk mendidik mereka untuk solat.

Wujudkan suasana solat yang best untuk anak-anak kecil supaya mereka rasa seronok untuk solat.

#7. Mandi bersama

Aktiviti mandi manda tentunya menjadi kesukaan anak kecil.

aktiviti bersama keluarga

Tiada kolam mandi di rumah? Anda boleh dapatkan kolam mandi di Shopee.

Sangat seronok dapat buat aktiviti bersama keluarga dengan mandi bersama.

Saiz kecil untuk 1-2 orang mandi ada dan saiz besar untuk mandi beramai-ramai pun ada.

Perlu diingat, jangan tinggalkan anak yang masih kecil mandi sendirian di kolam. Bahaya tu!

#8. Makan dalam dulang

Kalau dulu makan dalam dulang biasanya time sambutan Maulidur Rasul. Seronok makan, rasa sedap je makanan kan..

Apa kata anda sediakan makanan dalam dulang. Boleh makan beramai-ramai dengan anak-anak.

Bagi mereka rasai pengalaman berkongsi makana dalam dulang.

Nak dulang macam dalam gambar? Dapatkan di sini.

#9. Buat album gambar

Anda tentunya miliki banyak gambar dalam simpanan di handphone dan komputer.

Masa inilah digunakan untuk print gambar dan letakkan dalam album.

Ajak anak-anak pilih gambar yang menarik untuk dicetak dan susun sama-sama gambar yang siap dicetak.

Barang yang diperlukan untuk aktiviti ini:-

  • Glossy photo paper
  • Printer
  • Album gambar

Anda boleh semak harga barang di atas di Shopee atau Lazada.

#10. Berkelah di halaman rumah atau tepi rumah

Apa kata waktu sarapan atau minum petang hidang di luar rumah. Bentangkan tikar atau alas untuk duduk.

Macam pergi picnic dekat pantai atau tepi tasik.

Sambil berkelah bolehlah berbual dengan ahli keluarga.

#11. Berkebun atau bercucuk tanam

Bagi yang tinggal di apartment atau rumah tiada tanah mungkin akan kata tiada tempat nak bercucuk tanam.

Tapi sebenarnya anda anda boleh gunakan kaedah hidroponik. Tiada tanah pun boleh tanam.

Nak lagi mudah, guna set hidroponik. Ajak satu keluarga untuk menanam pokok atau sayur bersama.

Siram dan jaga bergilir-gilir setiap hari.

Tentu seronok bila dah tumbuh sayur yang ditanam nanti. Apalagi, bolehlah sama-sama mengambil hasilnya!

#12. Cuci kereta dan motor

Ini satu lagi aktiviti bersama keluarga yang bermain dengan air.

Anak-anak biasanya suka bila dapat cuci motor atau kereta. Sebab bukan saja dapat bermain air, tapi juga sabun.

Awas, pastikan anak tidak jatuh tergelincir akibat bermain dengan sabun!

#13. Declutter

Jika rumah banyak barang yang tidak atau jarang digunakan, apa kata luangkan masa untuk kemas. Ajak ahli keluarga untuk kemas barang masing-masing.

Barang yang dah lusuh boleh dibuang atau dihantar untuk kitar semula.

Yang mana masih elok boleh disedekahkan. Dapat juga pahala.

Bukan saja rumah nampak kemas tapi juga dapat kosongkan banyak ruang.

Rumah lapang, fikiran lapang, hati tenang!

#14. Bersenam

Duduk di rumah boleh menyumbang kenaikan berat badan jika tidak bersenam dan kawal makan.

Jadi, tetapkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Anda boleh berzumba bersama keluarga. Buka saja Zumba di Youtube dan ikut gerakan tersebut.

#15. Memasak

Perut tentu kerap lapar bila di rumah. Sesekali ajak anak dan suami untuk memasak atau buat kuih bersama.

Contohnya buat Puteri Mandi. Ajak anak untuk gentel tepung sekali.

Kalau anak dah besar nanti anda juga yang senang. Anak pandai masak. Boleh tukar ganti memasak dengan ibunya.

#16. Membuat kek, roti, pizza atau biskut

Sesekali cuba pula aktiviti di dapur menggunakan oven. Ajar anak untuk buat biskut yang mereka sendiri.

Jika mak tak pandai nak buat kek, belajar dengan Che Nom di Youtube.

Ataupun buat kek hari jadi bila sampai birthday ahli keluarga anda.

#17. Menonton tv

Pilih cerita yang sesuai untuk tontonan anak kecil. Ensiklopedia, Omar Hana, apa saja cerita yang membawa mesej yang baik.

Dah selesai menonton, soal apa yang anak faham dari cerita itu. Tentu comel jawapan yang keluar dari mulut mereka. Kadang tu jawapan yang tidak dijangka.

Anda juga boleh ulaskan dan beri pengajaran supaya anak mendapat sesuatu dari menonton tv.

#18. Membina binaan dari block atau lego

Selama ini anda tengok anak bermain block. Kali ini, anda bina bersama mereka. Inilah masa untuk anda serlahkan kreativiti anda.

Anak juga boleh belajar bina block yang hebat dari anda.

Mereka seronok bila ibu bapa terlibat sekali dengan apa yang mereka buat.

Pasti lain kali mereka ajak lagi bermain bersama.

#19. Bermain games

Jika menggunakan handphone anda tidak dapat bermain game dengan anak. Jadi, gunakan Xbox atau Ps4.

Pilih game yang sesuai dengan umur anak.

#20. Membuat origami

Budak-budak pasti suka buat origami. Buat kapal terbang, kapal dan pelbagai lagi kraf.

Jika tiada idea nak reka apa, anda boleh rujuk Buku Origami yang mengandungi rekaan dan cara buat. Siap kertas sekali.

Buat origami sangat baik untuk melatih minda anak anda supaya fokus dan kreatif.

Selain itu, dapat jauhkan mereka dari gajet.

#21. Membaca

Aktiviti yang simple tapi memberikan impak tinggi dalam keluarga anda. Nak melahirkan keluarga berilmu bermula dari pembacaan.

Untuk mewujudkan minat membaca dalam diri anak, sudah tentu ibu bapanya perlu sama rajin membaca. Ini yang dinamakan kepimpinan melalui tauladan.

Belikan anak buku di BookExcess. Pelbagai buku kanak-kanak ada dijual. Murah dan berbaloi.

Jika anda masih belum pandai membaca, ibu bapa boleh bacakan untuk mereka.

Penutup Kata untuk Aktiviti Bersama Keluarga

Aktiviti bersama keluarga yang di atas boleh dilakukan berterusan. Tidak terhad di musim PKP. Apa yang penting, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.

Semoga dengan melakukan aktiviti bersama, kasih sayang dalam keluarga anda semakin kuat.

Jika anda dah buat aktiviti di atas, cuba kongsikan apa reaksi anak anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.