Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

17 Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Paling Sweet

Apabila birthday suami tiba, selain hadiah untuk suami, anda juga tentu ingin memberikan ucapan hari lahir untuk suami. Al-maklumlah selain beliau orang yang kita cintai, suami juga orang yang banyak berkorban untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak.

Tapi, kadang-kadang blur sampai tak terluah ucapan hari lahir buat suami. Jadi, kat sini ada senarai contoh ucapan hari lahir untuk suami.

Pilih saja ucapan hari jadi yang sesuai bagi anda. InsyaAllah suami anda tentu rasa terharu dan gembira mendengar ucapan selamat hari lahir yang tulus ikhlas dari anda.

ucapan birthday untuk suami

Bagaimana cara mengucapkan selamat ulang tahun buat suami?

Sebelum itu, jom kita ketahui cara untuk menyampaikan ucapan hari jadi untuk suami. Ada beberapa cara untuk anda ucapkan selamat hari lahir buat suami.

1. Kad Ucapan

Salah satu darinya adalah dengan memberikan kad ucapan hari lahir untuk suami. Dalam kad tu boleh lah tulis ucapan hari lahir untuk suami. Kalau kad besar boleh tulis ucapan hari jadi yang panjang.

Jika kad ucapan kecil, cukup ucapan hari lahir untuk suami simple. Nak tulis panjang mesti tak muat kan. Di samping kad ucapan hari lahir, anda boleh sertakan sekali hadiah hari jadi untuk suami.

2. Mesej Pesanan Ringkas (SMS)

Anda juga boleh menghantar ucapan birthday untuk suami melalui sms. Hantar pesanan ringkas yang cukup bermakna buat suami. Tanda anda mengingati hari lahirnya.

3. Whatsapp

Nak jimat kredit, gunakan Whatsapp. Nak hantar ucapan panjang pun boleh. Sertakan sekali gambar ataupun video ucapan hari jadi.

4. Berdepan

Tak perlu kad, sms, whatsapp, tuturkan saja secara berdepan kepada suami. Anda boleh lihat reaksi suami ketika mendengar ayat wish birthday paling sweet dari isterinya.

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Tercinta

Di bawah ini adalah senarai ucapan birthday untuk suami yang buatkan suami terharu dan rasa dihargai.

Ucapan Hari Lahir 1

“Selamat hari jadi sayang. Terima kasih kerana menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang. Semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki melimpah ruah. Amin”

Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Simple 2

“Happy Birthday My Love. Terima kasih kerana menjadi imam terbaik buat diriku. I will always love you!”

“Happy Birthday My Love. Terima kasih kerana menjadi imam terbaik buat diriku. I will always love you!”

anazr.com

Ucapan Hari Jadi 3

“Di saat kehidupan kita sukar, kau sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat keluarga kita. Sanggup berkorban apa saja. Takkan pernah aku melupakannya. Dikaulah suami, dikaula hero di mataku. Selamat Hari Lahir Suamiku”

Ucapan Hari Jadi 4

“Tiada pantai tak dilanda badai, namun kau sering berusaha mempertahankannya. Kasih sayangmu serta kesabaranmu menguatkan perhubungan kita sehingga hari ini.

Terima kasih dan selamat hari lahir suamiku. Semoga dikau sentiasa dirahmati Allah dan dilanjutkan usia olehNya. Amin”

Ucapan Selamat Hari Lahir 5

“Happy Birthday suamiku. Semoga yang baik-baik saja untukmu.”

ucapan hari lahir untuk suami

Ucapan Hari Jadi 6

“Selamat Hari Lahir buat suamiku. Maaf, tiada hadiah tahun ni. Hanya kasih sayang yang tiada sempadan yang mampu sayang berikan. I love you so much. Moga abang sentiasa dirahmati Allah.”

Ucapan Hari Lahir 7

“Sempena ulangtahun kelahiran abang, sayang doakan semoga abang dilanjutkan usia, sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Moga terus sukses dunia akhirat. Teruskan menjadi imam terbaik untuk sayang serta anak-anak. We love you!”

Ucapan Hari Jadi Untuk Suami 8

“Setelah bertahun kita bersama, kini tiba lagi hari penting untuk you. Walau kadang kita bergaduh, tapi ketahuilah I sentiasa love you . Malah kasih sayang itu tak pernah surut dan semakin bertambah setiap hari dengan kematangan sikapmu.

Wahai suami, teruslah mendidikku menjadi sebaik-baik umat. Semoga kita bersama menuju ke syurga. Happy Birthday suamiku.”

Ucapan Hari Lahir Untuk Suami 9

“Bertuahnya saya.. Saya dapat menghabiskan satu tahun lagi dengan lelaki paling hebat di dunia. Selamat Hari jadi sayang! Saya sayang awak!

Ucapan Hari Lahir Untuk Suami 10

“Sayang sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir tahun ini dengan abang, kesayanganku. Abanglah segalanya bagi sayang. Selamat Hari lahir!”

Ucapan Hari Lahir Untuk Suami 11

“Selamat Hari jadi sayang! Terima kasih kerana menjadi suami yang penyayang dan selalu menyokong saya. Saya menghargai hubungan kita lebih daripada yang awak tahu.”

Ucapan Hari Jadi Untuk Suami 12 – Sesuai ditulis dalam kad ucapan hari lahir untuk suami

“Selamat hari lahir suamiku. Lelaki yang saya cintai. Bapa kepada anak-anak saya, dan kawan baik saya.

Saya sangat bersyukur mempunyai awak dalam hidup saya. Dan saya menghargai masa kita bersama. Saya harap tahun ini adalah yang terbaik untuk awak. Moga impian dan matlamat anda semua menjadi kenyataan.

Saya mencintai awak dari lubuk hati saya. Ketahuilah saya akan sentiasa ada untuk awak.”

Ucapan Birthday Untuk Suami 13

“Selamat hari lahir untuk lelaki yang saya cintai. Yang membuat saya berasa begitu hidup. Dengan setiap tahun baru kita lalui bersama. Saya semakin jatuh cinta dengan awak, sayang.

Awaklah cahaya matahari dalam hidup saya. Yang menjadikan setiap hari lebih cerah. Saya tidak sabar menunggu setiap pengembaraan baru. Yang kita akan lalui bersama, berganding bahu dan penuh sabar.

Jadi pada hari istimewa ini saya ingin katakana. Betapa saya menyayani awak. Semoga semua impian dan keinginan anda menjadi kenyataan. Dan semoga cinta kita terus bertambah erat.”

Ucapan Birthday Untuk Suami 14

“Selamat hari lahir kepada lelaki yang saya cintai! Abang membawa kegembiraan kepada setiap hari saya. Dengan kasih sayang, pemahaman, dan perhatian abang.

Saya berasa sangat bertuah kerana berkahwin dengan abang. Dan menantikan banyak lagi tahun bahagia di hadapan.

Semoga semua impian dan aspirasi abang menjadi kenyataan. Dan abang berjaya dunia akhirat. Saya cinta abang kerana Allah!”

Ucapan Hari Jadi Untuk Suami 15

“Selamat hari lahir kepada suami saya! Terima kasih kerana selalu menggembirakan hidup saya.

Dengan kasih sayang abang. Abanglah pasangan dan kawan yang sempurna. Semoga abang gembira di hari lahir ini. Dan semua yang abang inginkan tercapai.”

Ucapan Hari Lahir Untuk Suami 16

“Selamat hari lahir kepada suamiku! Awak sangat bermakna bagi saya dan saya sangat sayangkan awak.

Saya sangat bersyukur kerana berkahwin dengan awak. Terima kasih kerana menjadi suami dan pemimpin yang hebat dalam hidup saya.

Teruslah memimpin saya dan anak-anak menuju ke syurga. Moga kita berdua dapat meniti hari tua bersama.”

Ucapan Hari Jadi Untuk Suami 17

“Selamat ulang tahun kepada suami saya, cinta dalam hidup saya. Saya bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada abang.

Dan saya memohon bimbingan dan perlindunganNya yang berterusan ketika abang mengharungi pasang surut kehidupan. Saya berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan abang.

Dan semoga semua impian abang menjadi kenyataan.

Pada hari istimewa ini saya bersyukur kepada Allah kerana anugerahkan saya seorang suami yang baik untuk saya hargai dan sayangi.”

Akhir Kata

Semoga ucapan hari jadi untuk suami di atas dapat memudahkan anda ketika tiba birthday suami. Tulis pada kad atau ucapkan saja ucapan yang anda inginkan dari senarai di atas.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.