hadiah anniversary untuk isteri

15 Idea Hadiah Anniversary Untuk Isteri

Setiap tahun, pada ulang tahun perkahwinan anda dengan isteri, sudah tentu anda ingin memastikan anda melakukan sesuatu yang istimewa untuk menunjukkan kepadanya betapa anda masih mencintainya dan menghargainya. Antaranya dengan memberikan hadiah anniversary untuk isteri.

Bagi yang masih berfikir apa yang nak diberikan kepada isteri untuk hadiah ulang tahun perkahwinan, berikut adalah senarai hadiah untuk isteri yang akan membuatkan dia berasa disayangi dan dihargai.

Hadiah Anniversary Untuk Isteri

Senarai hadiah untuk isteri sempena ulang tahun perkahwinan.

1. Makan Malam Romantik / Candlelight Dinner1.

Buat tempahan di restoran untuk anda dan isteri yang siap dengan menu istimewa. Ataupun jika anda lebih suka sambut anniversary di rumah, buat saja makan malam bersama isteri di rumah. Makanan boleh ditempah di luar, dimasak sendiri oleh anda ataupun isteri.

2. Barang Kemas

Bukan rahsia lagi wanita sukakan barang kemas. Sempena hari istimewa anda dan isteri apa kata hadiahkan sesuatu yang bernilai buat isteri agar dirinya rasa sentiasa dihargai dan disayangi suami tercinta.

Gelang tangan, cincin ataupun rantai, tak kira yang mana satu pemberian anda, dia tentu menyukainya. Apa yang penting barang yang dipilih mengikut kemampuan poket anda.

3. Tudung

hadiah untuk isteri

Kaum wanita sememangnya terkenal dengan suka bertukar tudung. Walaupun isteri anda dah banyak tudung di rumah, pemberian tudung baru untuk hadiah anniversary tentunya diterima dengan hati yang terbuka.

Apatah lagi jika tudung Fazura yang anda berikan kepadanya. Tersenyum lebar wajah isteri anda nanti.

4. Smart Watch Amazfit GTS 2 Mini

hadiah anniversary untuk isteri

Khusus untuk isteri yang mementingkan pemantauan kecergasan harian, smart watch adalah hadiah anniversary yang sesuai untuknya. Ia bukan saja boleh memantau kecergasan, tapi juga boleh membuat panggilan telefon.

Terdapat pelbagai jenis jam tangan pintar yang tersedia di pasaran, daripada smartwatch murah kepada smart watch mahal. Memutuskan yang mana satu sesuai untuk kegunaan isteri anda bergantung pada beberapa faktor, seperti bajet anda, keperluan khusus untuknya dan jenis telefon pintar yang dimiliki.

Untuk pengguna iPhone, anda perlu melihat Apple Watch. Jika android, ada banyak pilihan smart watch di pasaran.

5. Telekung

hadiah untuk isteri

Ini juga antara kesukaan wanita Muslimah. Ada sesetengah tu siap buat koleksi. Jadi, hadiah telekung buat isteri untuk anniversary sudah tentu akan disukai isteri anda. Boleh dipakai sewaktu solat berjemaah bersama.

6. Al-Quran Tagging

hadiah anniversary untuk isteri

Walaupun di rumah sudah ada Al-Quran, senaskhah Al-Quran siap tagging ini sangat berguna untuk isteri anda. Cover Al-Quran direka khas untuk wanita, cantik dan nampak feminin.

7. Bouquet Anniversary Untuk Isteri

hadiah anniversary untuk suami isteri

Selain itu, anda juga boleh hadiahkan bouquet buat isteri. Sama ada bunga hidup, bunga palsu, bouquet duit ataupun bouquet coklat. Tentu saja isteri anda akan tersenyum gembira menerima sejambak bunga dari suami tersayang.

8. Handphone

hadiah untuk isteri

Hadiah anniversary untuk isteri seterusnya ini menunjukkan betapa anda sebagai suami mengambil berat tentang dirinya. Hadiah telefon bimbit baru sangat sesuai diberikan sekiranya handphone sedia ada isteri anda telah mula rosak. Anda juga boleh berikan handphone baru jika telefon bimbit yang ada kurang canggih.

Berikan telefon yang lengkap dengan gambar kamera cantik. Sudah tentu isteri anda teruja mengambil gambar dirinya serta anak-anak.

Walaupun pelaburan untuk hadiah anniversary ini agak mahal, tapi ianya cukup berbaloi kerana boleh pakai bertahun lamanya.

9. Beg Tangan

hadiah anniversary untuk isteri

Jika anda sedang mencari hadiah anniversary untuk isteri yang unik dan tidak dapat dilupakan, carilah beg tangan yang cantik! Beg tangan baharu sentiasa menjadi hadiah yang dialu-alukan, dan ia adalah sesuatu yang dia boleh gunakan.

Isteri anda juga akan sentiasa teringat suaminya setiap kali dia menggunakan beg tangan. Sama ada anda memilih beg tangan berjenama atau handbag dengan harga yang berpatutan, isteri anda pasti menyukainya.

Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda memilih hadiah beg tangan yang sesuai untuk isteri anda:

  • Pertimbangkan gayanya. Adakah dia lebih suka yang simple atau bergaya? Pilih beg yang sesuai dengan personalitinya.
  • Fikirkan keperluan hariannya. Apa yang dia bawa ke mana-mana? Pastikan beg tangan yang anda pilih mempunyai ruang yang cukup untuk semua barang keperluannya.
  • Beri perhatian kepada material. Beg tangan kulit atau pvc? Pastikan kualiti beg standing dengan harganya dan boleh tahan lama.

10. Bercuti

Dengan hadiah pakej percutian, anda dan isteri akan dapat menikmati percutian romantis bersama. Isteri anda pasti teruja menerima hadiah yang meraikan cinta suami isteri.

Hadiah percutian ialah cara terbaik untuk menunjukkan kepadanya betapa anda mengambil berat tentang dirinya. Inilah masanya untuk isteri anda berehat setelah setiap hari keletihan menguruskan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.

Hadiah yang cukup bermakna buat isteri serta dapat memberikan mood baru yang lebih tenang.

11. Kasut

hadiah anniversary untuk isteri

Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan, hadiahkan kasut kepada isteri anda! Sama ada dia peminat kasut, stiletto atau sandal, sepasang kasut baharu pasti akan mengukir senyuman di wajahnya.

Selain itu, dengan begitu banyak gaya hebat untuk dipilih, anda pasti akan mencari sepasang kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan gaya dan kegunaan isteri.

12. Pressure cooker

hadiah untuk isteri

Hadiah anniversary untuk isteri pressure cooker ialah cara terbaik untuk menunjukkan kepada isteri anda betapa anda mengambil berat tentang kerja memasaknya. Ia adalah hadiah praktikal yang boleh dia gunakan selalu, dan ia akan menjadikan kerja memasaknya lebih mudah dan cepat.

Selain itu, ia adalah hadiah yang akan bertahan selama bertahun-tahun jika dijaga dengan baik.

13. Kerongsang

hadiah anniversary untuk isteri

Kerongsang adalah hadiah ulangtahun yang sesuai untuk isteri kerana ia adalah perhiasan yang boleh dipakai pada mana-mana pakaian. Ia akan sentiasa mengingatkan dia tentang hari istimewa anda.

Terdapat banyak pilihan kerongsang dengan gaya moden dan klasik. Pilih kerongsang yang sesuai untuk isteri anda supaya boleh digayakan dengan pakaian yang disukainya.

14. Alat solek

Buat isteri yang suka bersolek, apa kata anda hadiahkan alat solekan buatnya. Jika anda tidak tahu jenama yang disukai isteri, anda boleh lihat alat solekan yang dipakainya sekarang.

Ataupun beli saja alat solek di kedai Sephora atau MAC. Buat yang tak sempat nak pergi ke kedai, anda boleh buat pembelian secara online.

15. Blender Pelbagai Guna

hadiah anniversary untuk isteri

Hadiah anniversary untuk isteri ini berguna untuk dia buat jus atau apa saja masakan di dapur. Lebih-lebih lagi jika isteri tengah berdiet. Sudah tentu minuman sihat menjadi pilihannya.

Malah, blender ini boleh digunakan untuk memasak makanan buat seisi keluarga. Yang penting boleh tahan lama.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian ini anda memperoleh idea apa yang diberikan sebagai hadiah anniversary untuk isteri. Inilah masanya untuk anda membahagiakan dan menggembirakan isteri.

Walaupun hadiah tidak mahal, apa yang penting tanda ingatan dan kasih sayang anda buat isteri.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.